You are on page 1of 11

1

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN


KUMPULAN: UPSI04 (142PJJ) SEMESTER : 7
TUGASAN : 2
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
SARASWATHI A/P SANJIRAYAN

NO.ID
D20112054365

NO.TEL.
O16-4429387

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. MOHD SANI BIN MADON

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

ISI KANDUNGAN

NO.

ISI KANSUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGHARGAAN

2.0

PENGENALAN

3.0

ULASAN MENYELURUH KE ATAS LIMA

4
59

ARTIKEL YANG BERKAITAN OBESITI


YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA
OBESITI

DAN IMPLIKASI

KEPADA

RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR.


3.0

PENUTUP

10

4.0

RUJUKAN

11

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.0 PENGHARGAAN
Saya yang bernama Saraswathi a/p Sanjirayan yang sedang mengikuti kursus PPG PJJ kohot
3. Nombor Matrik saya ialah D20112054365 (Kumpulan UPSI04 (A142PJJ). Saya bersyukur
kepada tuhan dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus saya yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk seperti dalam isi kandungan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah kerana banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali kepada
pensyarah kumpulan e- learning kami iaitu PROFESOR MADYA DR. MOHD SANI BIN
MADON kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya melalui
myguru e-learning,web conferencing melalui telefon. Beliau juga memberi teladan kepada saya
untuk membuat kerja kursus ini.
Sekalung penghargaan kepada Guru Besar, Guru Cemerlang dan guru-guru di sekolah saya
kerana memberikan tunjukajar, bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang saya menyiapkan
kerja kursus ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya,
iaitu ibu bapa, suami, anak-anak dan saudara mara kerana membantu saya dari semua aspek
untuk menyiapkan kerja kursus ini dari semasa ke semasa susah dan senang. Jasa mereka yang
akan saya kenang ke akhir hayat.
Akhir sekali saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langusung dan tidak langsung yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan
kerja kursus ini.

SARASWATHI A/P SANJIRAYAN


(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

2.0 PENGENALAN
Berdasarkan lima artikel yang saya telah baca masalah obesiti di kalangan masyarakat
hari ini adalah ditahap yang kritikal. Perkara ini terbukti apabila kajian di seluruh dunia
membuktikan bahawa seramai 7.8 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini. Ini
bermaksud sekiranya terdapat 5 juta kanak-kanak di Malaysia seramai 400 000 mengalami
masalah obesiti. Ini belum mengambil kira mereka yang berpotensi menjadi obese seperti kanakkanak yang berlebihan berat. Perkara yang memang lebih membimbangkan lagi adalah
dianggarkan pada tahun 2015 lebih kurang 2.3 billion orang penduduk dunia akan menjadi
berlebihan berat dan sejumlah 700 juta menjadi obese.
Baiklah mari kita ketahui apa itu obesiti terlebih dahulu. Obese merupakan pengumpulan
lemak yang sangat berlebihan daripada yang sepatutnya wujud dalam badan kita. Jika begitu
bagaimanakah cara mudah untuk kita mengetahui bahawa seseorang itu obese atau bukan. Kita
cuma perlu mengetahui berat badan dalam ukuran kilogram dan tinggi kita dalam ukuran meter.
Seterusnya bahagikan berat dengan meter persegi seperti contoh berikut. Katakan tinggi Ah Seng
adalah 1.8 meter dan beratnya adalah 81 kilogram. Perkiraannya adalah,
81 kilogram =
1.8 m x 1.8m
Jawapannya 25.
Ukuran sebegini disebut BMI(Body mass Index). Dalam kes Ah Seng, ukuran BMI 25
merupakan berat badan yang berlebihan. Sekiranya BMI Ali adalah 30, maka sahlah bahawa Ali
boleh dikategorikan dalam senarai obese. Namun Ah Seng perlu mengurangkan berat badannya
sedikit supaya BMInya kurang daripada 25 supaya mempunyai berat badan yang dikatakan
sihat. Jangan lupa sekiranya BMI kita adalah 17 dan kebawah ini juga merupakan satu masalah
iaitu masalah berat badan yang berkurangan. Ini bermaksud bahawa BMI ideal adalah diantara
18 hingga 24.

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

3.0 ULASAN MENYELURUH KE ATAS LIMA ARTIKEL YANG BERKAITAN OBESITI


YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA OBESITI DAN IMPLIKASI KEPADA RISIKO
PENYAKIT KARDIOVASKULAR.

Rata-rata kesemua artikel yang saya baca mengakui bahwa obesiti merupakan satusatunya pembunuh kejam yang boleh dikatakan sebagai musuh dalam selimut kerana perkara ini
wujud akibat tindakan dan perbuatan diri sendiri tanpa disedari. Ia dikatakan pembunuh kejam
kerana obesiti merupakan punca kuasa yang seterusnya menyebabkan seseorang itu berisiko
tinggi untuk menghidap masalah kesihatan yang teruk seperti kolestrol tinggi,tekanan psikologi,
tekanan darah tinggi, kencing manis Jenis 2, angin ahmar, masalah tidur yang dikenali sebagai
apnea tidur, kanser usus dan tidak ketinggalan serangan jantung. Bukan itu sahaja, malah
penyakit kulit dan radang kulit sering mengganggu aktiviti seseorang yang mengalami obesiti.
Terdapat juga kes dimana tulang mereka menjadi bengkok kerana tidak dapat menanggung berat
yang sangat berlebihan.
Ada artikel yang menyebut mengenai fungsi makanan. Isu utama masalah obese di
kalangan adalah makanan. Di Malaysia contohnya makanan ruji kita adalah nasi. Rata-rata
tidak ada orang yang tidak kenal dengan nasi lemak. Harga nasi lemak biasa cuma lima puluh
sen. Harga nasi lemak ayam, sotong dan sebagainnya pula tidak melebihi sepuluh ringgit. Ini
menjadikannya makanan pilihan utama pelajar-pelajar di Malaysia. Kandungan nasi yang
berlemak wujudnnya dari campuran beras dan susu kelapa menjadikannya sangat enak dan
empuk untuk dimakan. Dalam tujuh hari kita memakan nasi lemak sekurang-kurangnya dua kali
seminggu. Lauk pauk kita juga ditambah dengan santan kelapa yang secara tidak langsung
menaikkan kadar kolestrol dan menjadikan kita obese.
Sebenarnya masyarakat di seluruh dunia terlalu dimanjakan dan dibelai oleh ibu bapa
mereka. Segala yang diminta dibelikan. Inilah faktor yang menyebabkan restoran makanan
segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan sebagainya tumbuh seperti cendawan diseluruh
pelusok dunia. Ditambah pula dengan perkhidmatan 24 jam. Minuman yang disediakan pula
adalah minuman bergas yang menggunakan minima 7 susu gula bagi setiap gelas biasa. Apabila
makanan yang digoreng yang tinggi kolestrolnya sentiasa disuap ke dalam badan ia meresap dan

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

menjadikan kita obese. Gejala ini walaupun disedari tetapi tidak diendah atau diberi penekanan
sehinggalah masalah menjadi rumit dan dijangkiti penyakit yang berbahaya.
Artikel-artikel ini juga secara lanjutnya membincangkan peranan pendidikan kesihatan
kepada remaja khasnya kanak-kanak berumur 8 hingga 15 tahun. Pendidikan kesihatan amat
penting dewasa kini. Jika kita ada masa bolehlah bertandang ke kantin-kantin sekolah. Terdapat
risalah-risalah mengenai kalori pemakanan harian di kantin terpapar. Kuih yang bergula seperti
donut, makanan ringan seperti keropok dan air minuman bergas adalah dilarang sama sekali
dijual di premis tersebut. Piramid makanan juga diberi penakanan dalam penyediaan makanan.
Hal ini sedemikian kerana kementerian kesihatan bimbang akan ketidak sedaran remaja terhadap
tahap kesihatan diri. Dewasa ini ramai tidak faham akan ketidak seimbangan tenaga yang
digunakan oleh badan kita. Sebagai manusia yang berpelajaran kita perlu fikirkan bahawa mesti
wujud satu persamaan yakni tenaga yang diperolehi daripada makanan dan minuman digunakan
sepenuhnya untuk aktiviti kita seharian seperti bernafas, berkumuh dan aktiviti fizikal lain.
Disinilah perlunya kita mengulangkaji semula kalori pemakanan yang kita belajar dulu. Kita
mesti faham bahawa seseorang hanya perlukan berapa kalori dari setiap jenis sumber makanan
seperti protein, karbohidrat, lemak, zat galian, mineral dan vitamin. Ayam merupakan salah satu
sumber protein. Bagi bahagian peha sahaja terdapat 119 kalori bagi yang berkulit dan 82 bagi
yang tanpa kulit. Ini tidak habis lagi. Dalam kalori ayam tersebut terdapat lemak tepu dan lemak
tak tepu. Lemak tak tepu sangat susah dihadamkan dan boleh terkumpul sebagai kolestrol
didalam badan kita. Sebenarnya kita memerlukan sebanyak 1800 hingga 3000 kalori sehari..
Namun remaja yang pulang dari sekolah terdedah kepada banyak peluang mengecapi makanan
kesukaan mereka dengan adanya banyak kedai 24 jam mahupun restoran yang tidak mengawal
sumber makanan dan minuman mereka. Faktor ini tidak boleh dinafikan kerana kedua ibu dan
bapa yang bekerja cuma sempat menyediakan wang untuk makanan tengahari anak mereka.
Akhirnya remaja terjebak dengan makanan tinggi kolestrol dan tidak berkhasiat yang
sememangnya sedap tetapi membawa kesan yang negatif dari sehari ke sehari.
Faktor yang diperbincangkan seterusnya secara meluas adalah kekurangan aktiviti fizikal
di kalangan kita. Para penganalisis obesiti berpendapat bahawa ramai yang hidup tiga puluh
tahun yang lalu lebih aktif secara fizikal berbanding sekarang. Sebagai contoh, pelajar ke sekolah
samada secara berjalan atau berbasikal sejauh sekurang-kurangnya tiga kilometer dari rumah

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

mereka. Dewasa ini pula mereka dihantar ke sekolah samada melalui kenderaan awam mahupun
oleh kenderaan ibubapa mereka. Bagi mereka yang mempunyai kemewahan pula, tidak ada
kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan oleh anak-anak mereka. Kerja-kerja yang sangat biasa
seperti menyapu sampah, mengelap cermin rumah, membersihkan rumah, mencuci pakaian dan
memasak sekalipun di buat oleh pembantu rumah yang diupah sepanjang masa.
Seperkara lagi yang hangat diketengahkan oleh artikel-artikel yang saya baca
membincangkan tentang kesan dan akibat wujudnya teknologi. Teknologi terbukti banyak
membantu menyenangkan kehidupan manusia. Namun teknologi itu sendiri menyebabkan kini
terlalu leka dengan rancangan televisyen. Secara puratanya adalah dianggarkan ramai daripada
kita kini menonton selama dua setengah jam sehari. Bagi mereka yang mempunyai kemudahan
internet pula, rakan setia kita adalah permainan internet yang menyebabkan mereka terlalu leka
sehingga duduk dihadapan komputer selama lebih tiga jam.
Aktiviti sebegini menghindari aktiviti fizikal lain yang lebih bermanfaat seperti bermain
bola sepak, badminton dan sebagainya yang akan memberi mereka stamina dan kesihatan yang
terjamin. Justeru itu lemak badan tidak terbakar secara sepenuhnya. Ini mengakibatkannya
terkumpul dan seterusnya menjadi kolestrol tak tepu yang menjadi punca obesiti di kalangan
masyarakat kita.
Pada amnya kita semua tahu bahawa tidur itu penting untuk setiap individu. Malangnya
tidak ramai yang tahu bahawa bukan sekadar tidur kurang membawa masalah malah tidur
berlebihan juga akan menjadikan kita obese. Perkara ini sangat dititikberatkan oleh ahli nutrisi
kesihatan. Bagi seseorang yang kurang tidur , dalam hal ini kita yang suka akan budaya melepak
sehingga waktu malam larut termasuk di kedai cybercafe. Kadang-kadang mereka pulang
kerumah hanya pada pukul 2 atau 3 pagi dan bangkit untuk ke sekolah pada pukul 6 pagi. Tidur
mereka amat tidak mencukupi dan akan sentiasa berasa mengantuk dan lapar lalu menyebabkan
mereka mencari makanan. Hal ini menyebabkan keseimbangan badan terhadap makanan hilang
dan kolestrol mula terkumpul dan mengakibatkan kita mulai menjadi terlalu berat dan obese.
Kajian dari beberapa pihak juga mendapati bahawa waktu tidur juga mempengaruhi
kadar berat badan kita. Remaja yang kurang waktu tidurnya bertambah gemuk dan kadar
obesitinya bertambah dari sehari ke sehari. Perkara ini ditambah pula pengidaman terhadap
beberapa jenis makanan khasnya yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi yang

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

seterusnya menjadikan kita terlebih makan, bertambah berat dan menjadi obese. Tidur
sebenarnya adalah satu proses semulajadi badan dimana hormon-hormon badan kita
diperbetulkan dan dikuatkan supaya seimbang dengan metabolism badan kita. Apabila kita
kurang tidur, enzim ghrelin dibebaskan oleh harmon badan yang mengakibatkan kita berasa lapar
dan terus memakan makanan yang berada dihadapan mata kita. Faktor ini ditambah dengan
pengurangan enzim leptin yang berfungsi menjadikan kita berasa kenyang. Justeru itu adalah
benar bahawa seseorang yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan menjadi obese.Begitu
juga halnya dengan remaja yang tidur berlebihan. Mungkin puncanya adalah kerana mereka
terlalu mengenyangkan perut sehingga berasa mengantuk selepas sahaja makan dan
penghadaman tidak berlaku secara sepenuhnya dan seterusnya juga mengakibatkan lemak badan
terkumpul secara tidak terkawal.
Kepimpinan ibu bapa juga menjadikan anak mereka seperti acuan. Maksudnya para ibu
bapa menjadi model kepimpinan bagi anak-anak mereka dalam pelbagai aspek termasuk
pertuturan, cara berpakaian dan juga cara pemakanan. Ramai ibu bapa tidak mengawal cara
pemakanan sebaliknya memakan apa-apa sahaja asalkan sedap dan mengenyangkan perut
mereka. Masalahnya pada ibubapa tersebut adalah mereka tidak hirau akan kesan pemakanan
yang tidak terkawal sehinggalah mereka diserang penyakit berbahaya seperti sakit jantung. Pada
masa itulah mereka akan sedar bahawa mereka mempunyai kadar lemak yang tinggi dan terpaksa
mengubah cara hidup mereka. Sehingga itu mereka tidak akan sedar dan insaf. Gaya hidup yang
sama akan dicontohi oleh anak mereka tanpa menyedari bahawa perbuatan memakan tanpa
pengawalan tentang kalori pemakanan akan menyebabkan seseorang yang baru berusia sepuluh
tahun mendapat sakit jantung kronik sehingga boleh menyebabkan maut. Kes yang terlibat
selalunya melibatkan ibubapa yang obese dan anak-anak yang sangat obese.
Seperkara lagi yang tidak boleh kita nafikan adalah faktor genetik. Di dalam beberapa kes
yang terpencil terdapat faktor ketidakseimbangan genetik yang mengakibatkan obesiti dari
lahirnya anak tersebut sehinggalah ke hujung hayatnya. Sekiranya faktor genetik adalah amat
mustahil untuk remaja tersebut kembali normal kecuali mengamalkan satu cara hidup yang
sangat terkawal dari segi makanan mahupun kesihatan. Namun adalah tidak mudah bagi mereka
yang obese dan terlalu gemuk dapat mengekalkan BMI normal atas faktor genetik semulajadi
mereka yang tidak membenarkan mereka menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Ini

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

adalah sedemikian kerana individu-individu sering mengadu cara pemakanan yang betul dan
latihan fizikal tidak dapat mengurangkan saiz badan mereka .
Artikel-artikel yang saya baca juga tidak jemu-jemu mengaitkan kepentingan senaman.
Bersenam dapat membantu kita mengelak dari menjadi obese. Walaupun kerajaan negara kita
telah mengambil pelbagai inisiatif untuk remaja namun gejala obesiti nampaknya semakin
bertambah dari sehari ke sehari. Sebenarnya faktor emosi juga merupakan satu penyebab kita
menjadi obese. Yakni seseorang yang sering menjadi terlalu bosan, marah mahupun tertekan
sering terlebih makan. Disitulah bermulanya satu era baru iaitu badan kita bertambah gemuk dan
kolestrol mula terkumpul secara langsung. Oleh itu harus kita sentiasa beringat bahawa
walaupun kita berasa stress, bosan mahupun marah pemakanan harus dijaga dengan sebaik
mungkin. Tidak ada gunanya kita memakan pil pengurang berat dan sebagainya selepas keadaan
badan sudah tidak terkawal. Pendek kata adalah mudah untuk naik 20kg daripada mengurangkan
berat yang sama.
Kempen seperti berjalan sepuluh ribu langkah setiap hari sememangnya amat bermanfaat
tetapi nasyarakat kini merupakan satu golongan yang mudah menjadi bosan sekiranya perkara
itu tidak ada dalam minda mereka sebagai agenda utama aktiviti harian. Sudah sampai masanya
kita membina lebih banyak tempat beriadah dan taman permainan yang siap dengan pokokpokok yang rimbun, lorong berjalan, lorong berbasikal, gelanggang futsal, padang bola mahupun
bola jaring supaya remaja tertarik akan keindahan dan seterusnya bersenam dan berjasmani
sambil mengekalkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Bersenam dengan irama yang rancak juga
diminati oleh masyarakat kini. Kemudahan yang seperti ini harus disediakan di setiap kawasan
perumahan. Seterusnya pertandingan peringkat taman dan seterusnya peringkat daerah dan
negeri akan memberi peluang bukan hanya untuk menang tetapi sebagai pemangkin untuk kita
supaya bersenam untuk kesihatan.

10

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

3.0 PENUTUP
Dari artikel-artikel yang saya baca dapat saya rumuskan bahawa segala usaha perlu
diambil untuk membendung gejala obesiti. Pertama bersenam harus dijadikan amalan hidup
sepanjang hayat. Emosi dan perasaan kita juga patut dikawal. Ini adalah kerana stress akan
menyebabkan kita makan tanpa kawalan. Kedua kita wajib mempelajari kalori pemakanan dan
mengawal pemakanan kita. Makanan yang tinggi risiko kolestrol dan lemak harus dielakkan.
Berat badan harus sentiasa diukur untuk megetahui BMI kita. Tidur juga merupakan sesuatu
yang sangat penting dan harus diberi perhatian. Penggunaan komputer haruslah berpatutan dan
tidak berlebih-lebihan sehingga menjejaskan tidur kita. Dengan itu kita bolehlah menjadi sihat
dan bebas obese. Kita juga boleh menyelamatkan diri kita daripada pelbagai jenis penyakit
seperti penyakit kardivaskular, kolestrol tinggi,tekanan psikologi, tekanan darah tinggi, kencing
manis Jenis 2, angin ahmar, masalah tidur yang dikenali sebagai apnea tidur, kanser usus dan
serangan sakit jantung.

11

QGK3013: KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

4.0 RUJUKAN
jurnal 1
http://search.proquest.com.ezpustaka.upsi.edu.my/docview/213830673/fulltextPDF/
89259EB5823E4764PQ/1?accountid=13155
jurnal 2:
http://search.proquest.com.ezpustaka.upsi.edu.my/docview/204808885/ED4411008
3F849C9PQ/1?accountid=13155
jurnal 3
http://search.proquest.com.ezpustaka.upsi.edu.my/docview/215105657/fulltextPDF/
EDD664EC06E54F47PQ/1?accountid=13155
jurnal 4
http://search.proquest.com.ezpustaka.upsi.edu.my/docview/1033833617/fulltextPDF
/68759639795949F7PQ/1?accountid=13155
jurnal 5
http://search.proquest.com.ezpustaka.upsi.edu.my/docview/218453487/fulltext/201
46DE73EF546BFPQ/1?accountid=13155