You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI


PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,
96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tarikh

: 07 Jun 2015

Hari

: Khamis

Masa

: 5.30 pm- 06.30pm

Tempat

: Dewan Sri Rajang

Kehadiran

: 1) 26 orang

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu
alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.
1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG IV ini hendak dilaksanakan. Ia
perlulah boleh melibatkan dua pengkhususan kursus PPG ini.
1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 03 Julai
2015, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Jumaat di SJK (C) KWANG CHIEN,
SARIKEI untuk jamuan tengahari dan BILIK KELAS untuk bengkel dan
ceramah diadakan.
1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara.
1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan Ajk Induk dan Ketua Ajk Setiap Biro
kepada Cik Yeo Nga Piing. Pengerusi seterusnya mempersilakan Cik Yeo
Nga Piing untuk meneruskan mesyuarat.

2. Ucapan Pensyarah
2.1 Cik Yeo Nga Piing memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas
perlantikan semua ajk.
2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk
terlibat antaranya ialah :
2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk
penceramah dan perasmi BIG VI ini.
2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua
peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.
2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari
LDP.
2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah dewan dan kelas
untuk jamuan tengahari dan untuk ceramah dan bengkel.
2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Puan Ngu See Hoon (PPG PRA)
dengan kerjasama rakan sekelas.
2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan
VVIP. AJK Sambutan adalah terdiri dari Pengerusi dan Naib Pengerusi.
2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM15 akan dibayar oleh para
Peserta.
3. Hal hal lain
3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik
dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
3.2 Cik Yeo Nga Piing meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk
berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran
surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.
3.3 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat
memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan
dilaksanakan.
3.4 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada
mesyuarat kali kedua nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(KHAJIJAH BINTI SAAID)

(ARLYNA AK SAMPAR)

Setiausaha

Pengerusi

Program Bina Insan Guru Fasa VI

Program Bina Insan Guru Fasa VI

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA


KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI
PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,
96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tarikh

: 19 Jun 2012

Hari

: Selasa

Masa

: 9.00 am- 12.30 pm

Tempat

: Bilik Kuliah Anggerik

Kehadiran

: 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )

2) Cik Yeo Nga Piing (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu
alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Emblah Bt Ukaili dan disokong
oleh Puan Suria Bt Yusof.

3. Ucapan Pensyarah
3.1 Cik Yeo Nga Piing meminta supaya ketua ajk membentangkan
perkembangan terkini tugasan biro masing-masing.
3.2 Berikut ialah laporan daripada setiap biro yang berkenaan :
3.2.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar dan jumlah di
tangan ialah RM420.
3.2.2 Laporan Persiapan Tempat Setelah berbincang , persetujuan dicapai
iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 03 Julai 2015 bersamaan dengan
hari Jumaat.
3.2.3 Laporan Makanan Pengesahan kehadiran kesemua
peserta dan persetujuan bersama hanya air minuman sahaja yang
akan dibeli memandangkan lawatan pada bulan puasa.
3.2.4 Laporan Sijil AJK Sijil yang menyediakan.
3.2.5 Laporan Buku Program Telah siap dan diberikan pada Cik Yeo Nga
Piing untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa
pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Puan Fazilah
Bt Razali selaku ketua buku program.
3.2.6 Laporan Sambutan Dimaklumkan bahawa Penolong Kanan sekolah
terlibat yang akan menyambut tetamu undangan memandangkan PK1
adalah salah peserta program.
3.2.7 Laporan Siaraya Slide show dari BIG I hingga BIG VI akan dipaparkan

sambil diiringi dengan alunan muzik sentimental.Dua buah lagu telah disediakan
iaitu lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.
3.2.8 Laporan Cenderahati Penceramah dan perasmi akan diberi
penghargaan berbentuk (plat) dan sijil sebagai tanda terima kasih dari semua
pelajar PISMP-PJJ (PPG) yang terlibat.
3.2.9 Secara keseluruhannya, semua ketua ajk berpuashati dengan kerjasama
yang diberikan oleh kesemua ajk masing-masing bagi memastikan kelancaran
program BIG VI ini.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan
terlaksana dan menjadi kenyataan.
4.2 Cik Yeo Nga Piing mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik
adalah amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG VI ini nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(KHAJIJAH BINTI SAAID)

(ARLYNA AK SAMPAR)

Setiausaha

Pengerusi

Program Bina Insan Guru Fasa VI

Program Bina Insan Guru Fasa VI