You are on page 1of 9

SEK KEB PANGLIMA ADNAN

PORT DICKSON
Kertas Kerja
GOTONG-ROYONG PERDANA
8 Ogos 2015
Anjuran bersama:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK PANGLIMA ADNAN
&
UNIT 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keharmonian)
SK PANGLIMA ADNAN

PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang
dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif
adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah
melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak
PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan
membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang,
kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan
pembiakan nyamuk aedes dan serta membeersihkan kawasan bercerun berhampiran gelanggang tenis.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SK Panglima Adnan akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

OBJEKTIF

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah,

selamat dan ceria.


Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan

semua pihak dalam program kebersihan sekolah.


Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan,

keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.


Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Tarikh cadangan
Tempat
Masa
Pakaian
Penglibatan

: 8 Ogos 2015 (Sabtu)


: Kawasan sekitar SK Panglima Adnan
: 8.00 pagi 11.30 pagi
: Pakaian sukan
: Kakitangan SK Panglima Adnan, murid tahap 2, ibubapa/penjaga

CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS


Pembersihan Longkang

Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui
kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang
pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar khususnya yang
berada di sekolah.

Kolam

Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan kantin merupakan kawasan tarikan
bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan
kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kolam dan kawasan di
sekitarnya.

Kawasan cerun berhampiran gelanggang tenis dan sekitar

Kerja-kerja membersihkan semak samun dijalankan bagi memastikan keselamatan pelajar semasa
bermain di padang.

Pembersihan tapak PRC yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kantin

Mengecat dan menghias atap di kantin sekolah supaya lebih menarik dan ceria dan kemas.

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan diperolehi daripada PIBG.

Mohon sumbangan luar.

PERALATAN
Disediakan oleh pihak sekolah dan dibawa oleh ibubapa/penjaga.

AHLI JAWATANKUASA INDUK GOTONG-ROYONG


Penaung

: En. Sabri Yusof (YDP PIBG )

Pengerusi

: Pn. Saniah Bt Abdul Samad ( Guru Besar SK Panglima Adnan)

Naib Pengerusi

: Pn. Hjh Norizan Bt Zainuddin ( GPK HEM)


: Pn. Zuraidah Binti Ahmad ( GPK 1)
: En. Mohd Affandi Bin Samsudin ( GPK KK)
: Pn. Nor Asikin Bt.Abu Othman (GPK P)

Ketua Program

: En. Mohd Amirul Amzar Bin Norazman

Setiausaha

: En Mohd Azri Bin Azmy

Bendahari

: Pn Nurzahaslinda Bt Abdul Jalil

JAWATANKUASA KERJA
Peralatan

Keselamatan / kecemasan

1. En. Mohd Rizal B. Md Kamal

1. En Azri Bin Azmy

2. En Muhamad Hatta B. Mohamed Nor

2. En Suardihazali Bin Ismail

3. En Razali Bin Ismail

3. Pn. Noor Athalia Bt Abd Ghapar

4. Pekerja
Makanan & Minuman
1. Pn. Saniah Bt. Abdul Samad

Ketua Rumah Sukan


1. Rumah Merah En Norman Bin Hassan

2. Pn Nor Latifah Bt. Samat

2. Rumah Kuning Pn Nor Asiah Bt. Mohd Apandi

3. Pn. Hayati Bt. Ismail

3. Rumah Biru En. Mohd Sidek Bin Atan

4. Pn. Zarina Bt. Mohammed Lip


5. Guru perempuan/Ibubapa/Penjaga

KAWASAN GOTONG-ROYONG

4. Rumah Hijau Pn Sharipah Abidah Bt. Syed Ahmad


Jurugambar En Norman Bin Hassan

Cerun Berhampiran Gelanggang Tenis ( Tapak PRC )

Blok A, Tapak Perhimpunan

En Nordin Bin Ahmad

- Rumah Merah

En Mohd Azri Bin Azmy

Blok B, Surau

En Mohd Zamir Bin Che Cob


En Azuhan Bin Che Othman
Ibubapa/penjaga

- Rumah Hijau
Blok C, Prasekolah, Kolam
- Rumah Biru

Murid

Makmal ICT, PKG & Hadapan Sekolah

Pembersihan Longkang

- Rumah Kuning

En Muhamad Hatta B. Mohamed Nor

Kantin

En Zulhilmi B. Abd Halim

En. Azaman B. Jamal

En. Izwan Nizam B. Mohd Baroja

En. Mohd Rizal B. Md Kamal

En. Mohd Amirul Amzar B. Norazman

En. Noor Azriqk B. Bahridan

Ibubapa/penjaga
Studio Muzik
En. Suardihazali B. Ismail
Pn. Siti Zubaidah Bt. Mohamed Jubi
Murid
Ibubapa/penjaga

TENTATIF PROGRAM
MASA

AKTIVITI

7.45 pagi

Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

8.00 pagi

Senam robik

9.00 pagi

Minum pagi

9.30 pagi

Taklimat agihan tugas , Gotongroyong bermula

11.30 pagi

Hadirin berkumpul di kantin & jamuan

ANGGARAN PERBELANJAAN
a)
b)
c)
d)

Pelajar
Ibu bapa
Guru & kakitangan sekolah
Sukarelawan
Jumlah

=
=
=
=
=

250 orang
50 orang
75 orang
20 orang
395 orang

Makan dan minum untuk sarapan pagi


a) Makan = Nasi Himpit & Kuah Kacang ( 1 orang = RM2.00)
b) Minum = Tea O/Kopi O ( 1 orang = RM 0.50)
Jumlah : RM 2.50
Keseluruhan = RM 2.50 x 395 = RM 987.50
Makan dan minum untuk makan tengahari
a)

Makan = Nasi Putih, Umbut kelapa masak lemak, ikan masin, ikan goreng & sambal belacan
( 1 orang = RM4.00)

b)

Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)


Jumlah : RM4.50
Keseluruhan : 395 x RM4.50 = RM 1777.50

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN : RM 987.50 + RM 1777.50 = RM 2765.00

Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil

Peralatan
Tin Cat
Harga Seunit (1 x RM40.00)

Harga
Bil tin cat yang diperlukan=2 unit
2 unit x RM40.00 = RM 80.00

2.

Berus Cat
Harga Seunit (1 x RM5.00)

Bil berus yang diperlukan=4 unit


4 unit x RM5.00 = RM 20.00

3.

Penggarit
Harga Seunit (1 x RM6.00)

Bil penyapu yg diperlukan=5 unit


5 unit x RM6.00 = RM 30.00

4.

Plastik Beg Sampah


Harga Seunit (1 x RM5.00)

Bil beg yg diperlukan=10 unit


10 unit x RM5.00 = RM 50.00

5.

Sabun Pencuci
Harga Seunit (1 x RM10.00)

Bil yang diperlukan=3 unit


3 unit x RM10.00 = RM 30.00

6.

Berus Longkang
Harga Seunit (1 x RM6.00)

Bil berus longkang diperlukan;


5 unit x RM6.00 = RM 30.00

7.

Pencedok longkang
Harga seunit ( 1 x RM8.00 )

Bil yang diperlukan = 2 unit


2 unit x RM8.00 = RM 16.00

8.

Racun rumput
Harga seunit ( 1 x RM150.00 )

Bil yang diperlukan = 1unit


1 unit x RM150.00 = RM 150.00

1.

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM406.00


JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
(Makanan + Peralatan)
RM 2765.00 + RM406.00 = RM 3171.00

PENUTUP
Diharap program Gotong Royong Perdana ini akan dapat berjalan dengan lancar dan memberi impak
kepada kecerian sekolah seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dan
ibubapa.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( En Mohd Amirul Amzar Bin Norazman)


Penyelaras 3K,
SK Panglima Adnan

(Pn Hjh Norizan Bt Zainuddin)


GPK HEM
SK Panglima Adnan

Disahkan oleh,

..
(Pn Saniah Bt. Abdul Samad)
Guru Besar
SK Panglima Adnan

You might also like