You are on page 1of 2

PANTUN EMPAT KERAT(MUHIBAH & PERPADUAN)

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan ,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik brgugus buah papaya,


Masak dipetik satu per satu,
Walaupun berlainan bangsa dan budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,


Mengairi sawah beratus relung,
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong

Tuan puteri dari kayangan,


Senyuman manis seperti madu,
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali,
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.

Malaysia

(sumber koleksi pantun berjimat cermat,2007 -EDU TECH PUBLISHER)


MAKSUD PANTUN
Rangkap 1
Hidup bermuafakat harus diamalkan di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Rangkap 2
Rakyat Malysia yang berbilang bangsa dan budaya hidup bersatu padu kerana semangat muhibah yang diamalkan.
Rangkap 3
Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan.
Rangkap 4
Masyarakat yang berbilang bangsa tidak mustahil dapat mewujudkan bangsa yang bersatu padu.
Rangkap 5
Masyarakat yang berbilang bangsa ini masih mengamalkan kebudayaan mereka yang tersendiri, namun tetap
mengamalkan kebudayaan yang dapat diterima oleh nasional ,iaitu kebudayaan semua masyarakat.

TEMA
Perpaduan dalam negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.
PERSOALAN
(a) amalkan kehidupan harmoni dalam masyarakat.
(b) kepentingan bersatu padu dalam negara berbilang bangsa.
(c) bekerjasama dalam semua tindakan.
(d) kebudayaan nasional ynag sentiasa diamalkan.
(e) bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah.
NILAI
(a) keharmonian
(b) perpaduan
(c) bekerjasama
(d) penghargaan
PENGAJARAN
(a) kita haruslah mengamalkan kehidupan ynag harmoni.
(b) kita hendaklah sentiasa bersatu padu.
(c) kita hendaklah mengamalkan sikap kerjasama dalam kehidupan.
(d) kita hendaklah menghargai kebudayaan nasional kita.