You are on page 1of 47

4

KEBERKSANAN PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH


RENDAH DI DAERAH SEREMBAN

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang
penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang
dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data
kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi
11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan
untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian.
Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi
melihat perbezaan
antara faktor penghalang iaitu faktor struktur,
interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
dengan jantina, ujian- t digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara
faktor penghalang faktor struktur, interpersonal dan
intrapersonal
penglibatan
dalam
kegiatan kokurikulum dengan
jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan bagi
melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal
dan intrapersonal
penglibatan
pelajar
dalam kegiatan
kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati
faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang
dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor
struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra
personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal
selidik bagi mengumpulkan data.

PENGENALAN
Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia
ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua
sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat
untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah
menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian
yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan
beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.
Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan
yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajarpelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat
menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut
Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum

merupakan suatu pelengkap

kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada
pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.
Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan
mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar
Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka
yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya
selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di
dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang
menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987)
terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :

6
1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan,
peralatan, masa, wang dan maklumat.
2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau
hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai
untuk bermain dalam sukan badminton.
3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu
yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah
tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan
kemahiran diri yang dimiliki.
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan,
persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan
beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola
tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab
Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan
Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba,
Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..
Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan penekanan kepada kokurikulum yang
melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan oleh

Crawford dan Godbey

(1997) digunakan untuk menjelaskan mengapakah pelajar-pelajar kurang melibatkan diri


dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam aktiviti sukan.
Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat
kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum
khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

7
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama
sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri

dalam kegiatan

kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.


Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan
kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai
sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak
sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh
kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru
terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan
(1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih
kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai
kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil
lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti
matapelajaran akademik.
Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau
menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru
merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu
banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum
kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh
sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang
berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979)
yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa
kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform
dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

8
Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu
mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada
pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh

Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor

utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan
kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan
kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk
menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat
menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan
disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada
itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli
(1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah
kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.
Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan
pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk
melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau
bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar
lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan
oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa
menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah
terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini
berdasarkan jantina.
Pelajar-pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar
ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang
dari kawasan-kawasan penempatan yang berlainan. Ada yang tinggal di bandar Seremban, di
taman-taman perumahan sekitar Seremban dan

di kawasan luar bandar. Mereka ini

menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai
alasan dan sebab tersendiri menghalang mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
sukan. Pengkaji mendapati belum ada kajian mengenal pasti faktor-faktor penghalang

9
penglibatan pelajar ini dalam kegiatan kokurikulum sukan di lakukan oleh penyelidik
terdahulu. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti faktor utama yang menghalang penglibatan
kokurikulum pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa perlu dilakukan.
Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran
melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan
untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak
dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan
kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru
dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada
pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang
tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan
untuk mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Melihat apakah faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum khususnya sukan.
2. Melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan pelajar mengikut pelajar lelaki
dan pelajar perempuan.
3. Melihat faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
dengan pelbagai bangsa.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian
mengetahui:

dalam

penyelidikan

ini

adalah

untuk

1. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam


kegiatan kokurikulum?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

10
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

antara pelajar pelbagai

bangsa?
6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
7. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
8. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara
keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
KEPENTINGAN KAJIAN.
Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua Sekolah, Jawatankuasa
Kerja Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan
agensi yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga
bertujuan untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program
kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap
dapat membantu mengalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya
masyarakat akan lebih perihatin terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.
DEFINISI ISTILAH
Definisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa tinjauan yang
berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang dan penglibatan dalam kokurikulum.

11
1. Faktor-faktor Menghalang
Faktor menghalang termasuk program yang dirancang, terlampau ramai orang yang
menggunakan kemudahan atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Seterusnya
menggunakan model yang telah dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987)
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang guru pelatih ini melibatkan diri di
dalam aktiviti bersukan. McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini
sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga
penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah
ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan
aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program
aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang
menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut
Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang
berminat untuk

melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2)

interpersonal dan 3) intrapersonal.


2. Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan

untuk memupuk keseimbangan

perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam
kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya
hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara
pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan,
berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh
membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).
Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu
pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan
individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990).

Sukan juga

12
didefinisikan dalam beberapa makna.

Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989)

mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undangundang permainan atau acara tersebut.
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
1. Kajian kepentingan kokurikulum
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti
sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada
pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini
iaitu 1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah
atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan
kokurikulum; 2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada
pelajar-pelajar tersebut, dan 3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar. Dalam kajian ini
200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil
kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua
kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara
tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah
menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan
pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan
membina daya kepimpinan seseorang pelajar.
Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti
kokurikulum mampu membentuk peribadi positif pelajar. Namun begitu, tidak ramai individu
yang tampil untuk benar-benar membuktikan keadaan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat
bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Antara
objektif kajian ini dibuat adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam tahap
penglibatan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang

13
dan Selama, Perak dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kajian ini dibuat bagi
melihat perbezaan yang wujud dalam peribadi pelajar kumpulan tidak aktif, kumpulan sangat
aktif dan kumpulan aktif. Akhir sekali kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis bentuk
perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan
peribadi pelajar. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai subjek mewakili populasi. Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi
kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan
peribadi pelajar kumpulan tidak aktif dengan pelajar kumpulan sangat aktif dan aktif.
Terbukti juga wujud perhubungan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
dengan peribadi pelajar. Dengan itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan
menerima hipotesis alternatif. Sebagai kesimpulannya, sememangnya aktiviti kokurikulum
memberi kesan yang positif ke atas peribadi pelajar.
Menurut kajian yang di lakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan
GERKO ke atas pembentukan personaliti pelajar. Kemudiannya, aktiviti tersebut akan dilihat
dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa GERKO telah mendapat
tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan juga di
Sekolah Menengah Dato Undang Abdul Manap. Keadaan ini memang sudah dijangkakan
kerana aktiviti tersebut ternyata mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam
memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi
atau jasmani. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa
GERKO memberikan sumbangan dan faedah kepada pembentukan personaliti mereka.
Kenyataan ini dibuat berdasarkan
item

kepada

analisa

yang dibuat ke

atas

sejumlah

yang telah dikemukakan kepada mereka. Daripada 10 item yang dikemukakan, 7

daripadanya mencatat peratusan bersetuju yang melebihi 70 peratus dan hanya 3 sahaja
yang kurang daripada 70 peratus. Tiada perbezaan yang ketara antara pelajar PAT, PAS
dan PAR dari segi faedah yang diperolehi oleh mereka melalui penyertaan mereka dalam
GERKO. Begitu juga tidak ada

jurang

yang

sederhana aktif

dan kurang aktif. Kebanyakan

GERKO

memberi

telah

kesan

ke

ketara antara pelajar


mereka

juga

yang

bersetuju

aktif,
bahawa

atas pembentukan personaliti mereka. Melalui

penilaian yang dibuat menurut perspektif Islam

14
pula, didapati bahawa GERKO mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip
dan gagasan Islam.
Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang
dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas,
seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat
menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui
halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat
halangan-halangan

dan

masalah

yang

timbul

dalam

konteks

pelaksanaan

tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini
kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa
sendiri yang masih menganggap kegiatan
menambah

kokurikulum

sebagai membuang masa,

perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan

tersebut tidak penting.


Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik
darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum
yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan
permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih
mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu
lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu
masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anakanak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guruguru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit
bilangannya.
2. Kajian mengenai perlaksanaan kokurikulum
Menurut Mat Aris (1994) kegiatan kokurikulum sukan di sekolah merupakan aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan dengan harapan, agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akan tetapi, sekolah menengah

15
vokasional adalah sekolah yang lebih cenderung kepada bidang praktikal/amali dan teknikal
jika dibandingkan dengan sekolah akademik biasa. Sehubungan dengan itu, kegiatan
kokurikulum didapati tidak dijalankan dengan sempurna. Hasil dapatan kajian ini,
melibatkan pelajar dan guru sebagai responden, sebanyak 160 set soalselidik diedarkan
kepada pelajar tingkatan empat dan 60 set kepada guru-guru yang mengendalikan kegiatan
aktiviti sukan di sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pelajar-pelajar dan guru-guru
yang terlibat dalam kegiatan sukan di sekolah ini masih belum lagi dianggap memuaskan
berdasarkan beberapa faktor luaran seperti masa, kemudahan `region', kos, perbelanjaan
tanggungan keluarga, respon ibubapa, pelajar, guru, insentif dan pentadbiran yang menjadi
penghalang.
Kajian Kamariah (1986) telah memberi tumpuan kepada sebuah sekolah menengah di
kawasan luar bandar. Kajian meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan gerak
kerja termasuk sikap guru, pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling.
Setelah dilakukan penganalisaan terhadap segala masalah yang timbul, beberapa cadangan
dapat dikemukan bagi mencapai matlamat penubuhan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Di
antara beberapa strategi pelaksanaan yang diingini dapatlah disarankan seperti berikut: 1)
mengimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan kurikulum 2) mempelbagaikan jenis kelab
atau persatuan yang ada 3)melibatkan pelajar dari semua kaum 4) melibatkan pelajar atau
pihak sekolah dengan gerak kerja khidmat masyarakat 5) melibatkan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah, guru-guru dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak
kerja kokurikulum.
Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar
(1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta
penyertaan guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja
kokurikulum sekolah-sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum.

16
Menurut Adnan (1988), dewasa ini gejala sosial yang semakin hari semakin parah
melanda remaja hari ini, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program
melibatkan kokurikulum bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program tersebut perlu
lebih perihatin dan berpandangan lebih agresit supaya aktiviti kokurikulum dapat memenuhi
keperluan masa senggang pelajar akan mencapai objektif dan memberi keberkesanan yang
paling maksimum untuk mengatasi kepincangan moral remaja masa kini.
Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia mendapati perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak
mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru. Kadangkala
terdapat guru yang malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama
pelajar apatah lagi untuk merancang program-progam yang berfaedah. Pendapat ini disokong
oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat
dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa
pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh
mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang yang ditugaskan.Yusof (1983) pernah mengkaji seramai 50 pelajar di tiga buah
sekolah di Slim River, Perak melihat perkaitan antara penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dan prestasi akademik. Ternyata bahawa penglibatan mereka dalam
kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik malah mereka mendapat keputusan yang
lebih baik. Dengan bijak membuat pembahagian masa antara kokurikulum dengan
kurikulum, mereka berjaya mengimbangi kedua-duanya dalam masa yang sama.
Menurut Snyder (dipetik dalam Phillip, 1993), penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum adalah satu cara untuk mobiliti sosial sama ada secara langsung atau tidak
langsung melalui penanaman kualiti, pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan.
Menurut Coleman (dipetik dalam Phillip, 1993) pula mendapati bahawa pelajar lebih
mementingkan kokurikulum daripada akademik dalam konteks pencapaian kepuasan, disiplin
kendiri dan kepimpinan berbanding kurikulum. Menurut Ahmad Badawi (1984) pelajar
terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian
daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian sewajar di kalangan mereka. Sehubungan

17
itu, kegiatan kokurikulum di sekolah akan diberi pengiktirafan penting dalam menilai
pencapaian seseorang pelajar apabila dimasukkan ke dalam sijil peperiksaan persekolahan
mereka. Pendapat ini disokong oleh Lim Yen Yun (1991) menyatakan kegiatan bersukan
banyak membawa manafaat namun kurang diberi perhatian oleh para remaja. Antara faktor
utama ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan dan lebih menganggap pelajaran
atau hiburan adalah lebih mustahak. Akibatnya ramai pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang tetapi tidak mempunyai kecergasan fizikal dan kemahiran untuk bersosial.
Satu kajian telah dilakukan oleh Zainun dan Aini (1993) mengenai penglibatan
pelajar tingkatan empat dalam aktiviti rekreasi. Kajian dilakukan

ke atas 440 pelajar

dibeberapa buah sekolah mengenai penggunaan masa lapang mereka. Didapati pelajarpelajar memang mempunyai banyak masa lapang tetapi tidak digunakan untuk aktivitiaktiviti yang memanfaatkan mereka dan masyarakat.
Azizah (1990) dalam kajiannya telah mengenalpasti masalah-masalah dalam
perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak. Sampel kajian
yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang guru dan 270 orang pelajar dengan
menggunakan perbincangan, temubual dan soal selidik untuk melihat kekerapan dan chi
square. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang menghalang

penglibatan pelajar

dalam kegiatan kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian
mendapati pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat
mengikut ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor.

Masalah

yang

dihadapi ialah seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada
kemahiran

dan

juga tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang

dijalankannya. Pelajar-pelajar juga tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan beruniform.
Jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah didorong oleh diri
sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa. Alasan yang diberikan oleh pelajar, guru hanya
memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan sahaja dan terpaksa menolong
ibu bapa di rumah pada waktu petang.
Satu lagi kajian yang dilakukan di Johor oleh Mohammad Haris (1999) tujuan untuk
menilai keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda

18
Daerah Kota Tinggi. Antara tujuan kajian ialah melihat faktor yang melibatkan pengurusan,
persekitaran dan komitmen diuji dalam kajian ini. Hasil daripada kajiannya, didapati aspek
yang disenaraikan memberi kesan yang berbeza. Faktor persekitaran dan dalaman (intrinsik)
telah membantu meningkatkan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kejayaan
program memerlukan pengurusan yang teliti, khusus dan terancang. Kekurangan peruntukan
menjadi faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi aspek
pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Sekolah perlu menyelia
dan menguatkuasakan peraturan untuk meningkatkan disiplin, sikap dan tanggungjawab.
Kajian oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru
terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di
Negeri Sembilan. Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru
bertambah rencam dan terasa membebankan. Kajian mendapati faktor utama menghalang
perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar
ialah guru kurang berpengalaman dan kurang kursus diadakan untuk guru. Semasa
pelaksanaan, penyeliaan kurang daripada pihak pentadbiran dengan keadaan diburukkan lagi
jika seseorang guru itu aktif, ia kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah.
Menurut Mohamad Nor (1990) satu kajian untuk melihat pandangan para pelajar dan
ibu bapa terhadap gerak kerja kokurikulum di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri dari
110 orang pelajar tingkatan IV dari dua buah sekolah di negeri Selangor Darul Ehsan, sebuah
di Petaling Jaya dan sebuah lagi dari daerah Dengkil. Kajian ini mendapati lebih tinggi
anggapan gerak kerja kokurikulum boleh mengganggu pelajar daripada ibu bapa di bandar
dan golongan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi yang berpendapat demikian.
Mereka lebih mementingkan kecemerlangan akademik daripada kecemerlangan dalam gerak
kerja kokurikulum. Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa
gerak kerja kokurikulum memberi faedah sebagai latihan kepimpinan dan perkembangan
kognitif amnya. Sebaliknya pula lebih tinggi peratusan pelajar berpencapaian sederhana
mengganggap gerak kerja kokurikulum tidak mengganggu pelajaran dan mereka
mengganggap kokurikulum boleh memberi faedah dari segi perkembangan moral atau sosial.
Lebih tinggi juga peratusan ibu bapa luar bandar dan sosio ekonomi rendah menganggap

19
kokurikulum tidak mengganggu pelajaran tetapi sebahagian besar daripada mereka
mendapati sukar untuk membiayai secukupnya penglibatan anak-anak mereka dalam gerak
kerja kokurikulum. Kajian ini juga mendapati masalah kekurangan masa merupakan
penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan ibu bapa sama ada di bandar, sosio
ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta
dalam beberapa aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Walau bagaimanapun keempatempat golongan ibu bapa ini tidak menghalang penyertaan anak-anak mereka dalam gerak
kerja kokurikulum.
Siti Hajar (2000) telah membuat penyelidikan

untuk

mengenalpasti

amalan

pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah dan melihat
corak penglibatan ahli jawatankuasa kokurikulum dan murid dalam perlaksanaan
kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 285 orang guru dari
15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Dapatan yang diperolehi ialah aspek
pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal
berada di tahap sederhana. Sistem pengurusan didapati mempunyai hubungan terhadap
pencapaian dalam kokurikulum. Beberapa usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan
pencapaian kokurikulum ke tahap optimum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa
sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian
kokurikulum.
3. Kajian faktor menghalang penglibatan
Kajian yang dibuat oleh Zulkifli (1997) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah dengan
penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, ujian regresi berganda yang
dijalankan menunjukkan hanya satu faktor yang benar-benar memberi sumbangan kepada
angkubah bersandar iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan
bilangan kelas amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai kegiatan
kokurikulum, sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.

20
Mohd. Suzli (1997) juga mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum
kepada pelajar dan cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di
sekolah-sekolah menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji
menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di
samping penjadualan

yang

tidak

kebanyakan guru kokurikulum

bersistem.

tidak

Kajian

ini

mempunyai

juga

mendapati

kemahiran

bahawa

dalam

aktivitikokurikulum. Seterusnya kebanyakan pelajar yang menjadi sampel


dalam kajian ini melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Mereka yang terlibat secara
aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat
memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa

di

rumah

dan

juga

disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan ko- kurikulum di sekolah.


Kajian ini juga mengenalpasti pendapat pengetua dan guru-guru besar dari 7 buah sekolah
agama yang dikaji mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap penyuburan pelajar
dan cadangan-cadangan mereka untuk melicinkan lagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah-sekolah agama.
Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan
dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu
banyak masa dan tenaga.

Menurut Mc Guire (1984) menyatakan antara kriteria

penghalang penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang
disediakan seperti terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya
yang tidak bersesuaian langsung.
Menurut Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini
penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam
aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan.
Menurut Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar
dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan
pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat

21
dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Muhammad Nor Che Noh (1980)
menyatakan kurikulum lebih penting dari kokurikulum.
Faktor-faktor seperti budaya, kesihatan, kecergasan serta lain-lain pengalaman
psikologi dan sosial adalah antara faktor-faktor yang mengalakkan individu melibatkan diri
di dalam aktiviti bersukan ( Coakley, 1998., Dunn, 1988.,& Salman, 1997). Meskipun begitu
terdapat juga faktor-faktor yang menghadkan penglibatan aktiviti bersukan individu. Antara
faktor penghalang penglibatan aktiviti bersukan yang paling popular adalah masalah
kesuntukan masa. Kenyataan ini bagaimanapun telah dipertikaikan oleh Wankel (1998)
kerana dia berpendapat tidak semestinya mereka yang melibatkan diri di dalam aktiviti
bersukan itu mempunyai masa yang lebih daripada mereka yang tidak melibatkan diri di
dalam aktiviti bersukan. Ini dianggap sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh kebanyakan
individu kerana penglibatan seseorang di dalam aktiviti bersukan bergantung kepada
keutamaan yang diberikan terhadap aktiviti fizikal. Satu lagi faktor penghalang yang sering
membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan adalah masalah tekanan atau
bebanan tugas. Perkara ini didapati benar berdasarkan satu laporan oleh Canada Fitness
Survey (1983) yang mendapati bahawa faktor tekanan kerja merupakan penghalang utama
penglibatan di dalam aktiviti bersukan bagi individu yang berumur 20 tahun ke atas.
Masalah kurang minat juga telah dilaporkan oleh Biddle (1995) sebagai faktor penghalang
penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan. Dalam satu temubual yang dikendalikan
oleh Boothby (1981) terhadap 254 individu dewasa di bahagian Timur-Laut England
mendapati bahawa masalah-masalah seperti kurang minat, kekurangan kemudahan dan lainlain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang individu melibatkan diri di dalam
aktiviti bersukan.
Mohd Sufi (1999) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti sikap pelajar tentang
aktiviti kokurikulum sukan di tiga buah sekolah di Kelantan. Tujuan kajian beliau adalah
khusus untuk meninjau sikap pelajar tingkatan empat kejuruteraan awam. Sejumlah 83
sampel dipilih secara rawak untuk mengetahui faktor-faktor utama mendorong pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap
sukan. Keputusan kajian mendapati sikap pelajar adalah positif terhadap sukan berdasarkan

22
beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar terhadap sukan. Mat Aris (1994) juga
telah melakukan kajian ke atas pelajar dan guru di sekolah vokasional di Lembah Kelang
untuk mengetahui tanggapan mereka terhadap kegiatan sukan. Sejumlah 160 set soalan telah
diedarkan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan 60 set soalan kepada guru-guru.
Keputusan kajian mendapati tidak memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti
masa, kemudahan region, kos, pebelanjaan, guru, intensif dan pentadbiran menjadi
penghalang.
Seterusnya dalam kajian lain, Mustafa Kamal (2000) mendapatai kebanyakan ibu
bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan
diburukkan lagi apabila peralatan, kelengkapan dan kemudahan kurang diberi perhatian oleh
pihak sekolah. Hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina
kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.
Kajian mengenai penglibatan kokurikulum juga telah dijalankan oleh Ramli (1999)
dimana beliau mendapati pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap
kegiatan kokurikulum tetapi keputusannya adalah pada tahap sederhana dan lemah dari segi
peratus puratanya. Penyertaan mereka turut didorong oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa serta
kemudahan-kemudahan pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut.
Menurut Raymore, Godbey dan Crawford (1992) telah melakukan kajian berdasarkan
model kajian yang telah dilakukan oleh Crawford dan Godbey (1987). Tujuan kajian ialah 1)
mengkaji adakah ketiga-tiga faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal merupakan
penghalang kepada penglibatan. 2) mengukur persepsi penghalang berkaitan wujud. 3)
mengukur samada wujud perbezaan persepsi antara jantina terhadap tiga faktor penghalang
4) menilai taraf sosioekonomi mempunyai perkaitan dengan faktor penghalang. Data
dikumpul dari 363 pelajar gred 12 di Toronto, Canada. Data yang dikumpul menggunakan
alat kajian yang mengandungi 1) faktor penghalang diukur menggunakan persepsi dari tiga
jenis faktor penghalang berkaitan dengan kegiatan rekreasi. 2) menggunakan Rosenberg
(1965,1989) skala kendiri dan 3) soalan demografi.

23
Dapatan kajian menunjukkan 1) tiga faktor penghalang menurut Crawford et
al.(1991)

wujud 2) nilai kendiri berkait secara negatif dengan persepsi penghalang

intrapersonal dan interpersonal 3) perempuan mempunyai faktor intrapersonal yang lebih


tinggi dan 4) taraf sosioekonomi berkait secara negatif dengan faktor penghalang
intrapersonal. Keputusan kajian mencadangkan pelajar perempuan dan dari taraf
sosioekonomi yang rendah lebih mempunyai faktor penghalang dari intrapersonal
berbanding pelajar lelaki dan berada dalam sosio ekonomi yang lebih tinggi.
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian dalam kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian yang bertujuan
untuk memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang
dikaji secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dapatan
kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji saja dan tidak boleh digeneralisasikan ke dalam
populasi.
BATASAN KAJIAN
1. Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah-sekolah Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
2. Populasi
Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Seremban yang berlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah
pelajar-pelajar dari Tingkatan Empat. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah harian biasa.
Purata pencapaian kokurikulum terutamanya sukan agak menurun prestasi pencapaiannya
jika dibandingkan lima tahun sebelumnya.

24
Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapat
meminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan
saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya
dipenuhi apabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan
mengurangkan ralat persampelan.
Subjek kajian adalah terdiri daripada 160 orang di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan yang belajar di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah

Seremban. Pelajar

yang terpilih merupakan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di tingkatan 4. Pemilihan


sampel adalah menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak
seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).
INSTRUMEN KAJIAN
Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat
mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan
dengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah
berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik
digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya.
Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan
untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap
tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir
sama iaitu soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,
kepercayaan, perasaan dan sebagainya
Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yang
telah dibentuk oleh Raymore, Godbey., Crawford & Von Eye (1993). Borang soal selidik ini
telah dialih bahasa dan diubahsuai oleh Aminuddin Yusof (2002) melihat faktor-faktor yang

25
menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Soal selidik ini tidak banyak
diubahsuai untuk digunakan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah keesahan.
KAJIAN RINTIS
Dalam kajian ini ujian rintis telah dibuat terhadap pelajar-pelajar tingakatan 4 di sebuah
sekolah di Bandar Baru Bangi.
Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai internal consistency correlation
coefficient mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah = .81. Mengikut Kubiszyn dan
Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai = .80 - .90 adalah nilai
alpha reliability coefficients yang diterima seperti juga pendapat Walter R Borg &
Meredith Damien Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90 adalah
customary coefficients. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas menunjukkan
bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh diterima pakai.
ANALISIS DATA
Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Data-data
yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang digunakan ialah
Stastistical

Package of Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSS Ins. 1993).

Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS

dapat

menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat (Majid Konting,
1990). Sub-program yang digunakan ialah Ujian t, Anova sehala dan Post Hoc Test Scheffe.
Selain daripada itu statistik deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan.
Aras signifikan ialah p < 0.05.
Untuk mengukur tahap, menurut Chan Yuen Fook (1999) skala lima Likert diukur
melalui sistem tiga kuartil (quartiles) mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam, 2003)

26
Jadual 1 Interpretasi Tindak balas Responden Berdasarkan Skor Min

tahap

tahap
(rendah)

tahap
(Sederhana)

tahap
(Tinggi)

1.66 3.33

3.33 5.00

0 1.66

Jadual 1 menunjukkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan
melalui skor julat min berdasarkan Likert lima skala (5.0), tahap rendah (0 1.66), tahap
sederhana (1.67 3.33), tahap tinggi (3.34 5.00).
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah faktor-faktor yang
menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum perbandingan minmin digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat perbezaan
yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian
ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian t digunakan.
Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan.
Untuk menjawab persoalan kajian kelima, adakah terdapat perbezaan yang signifikan
antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova
sehala digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian keenam, adakah terdapat perbezaan
yang

27
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian
Anova sehala digunakan.
Untuk menjawab persoalan kajian ketujuh, adakah terdapat perbezaan yang signifikan
antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova
sehala digunakan.
Seterusnya, untuk menjawab persoalan kajian kelapan, adakah terdapat perbezaan
yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan

pelajar dalam

kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian
Anova sehala digunakan.
LAPORAN KAJIAN
PENDAHULUAN
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang menghalang penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan. Bab ini meliputi keputusan analisis statistik untuk
menguji dan menjawab soalan-soalan kajian. Data yang telah dikumpul melalui soal selidik
diproses menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
ini dihuraikan kepada dua bahagian iaitu dapatan awal dan dapatan persoalan kajian.
Sejumlah 160 soal selidik telah diedarkan dan kesemua soal selidik tersebut telah
diterima semula. Ini kerana soal selidik diedar dan dikumpul sendiri oleh penyelidik.
DAPATAN AWAL
Seramai 160 pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Seremban diambil bagi tujuan
kajian. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingakatan sekolah menengah harian biasa.

28
Jadual 2 : Profil sample mengikut jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

80
80
160

50
50
100

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan dari segi jantina pelajar lelaki
adalah seramai 80 orang atau 50%. Sementara pelajar perempuan pula seramai 50 orang atau
50%. Keseluruhan subjek kajian adalah seramai 160 orang.
Jadual 3 : Profil sample mengikut bangsa.
Bangsa
Melayu
Cina
India
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

109
28
23
160

68.1
17.3
14.4
100

Bagi kategori bangsa , pelajar yang berbangsa Melayu merupakan kumpulan bangsa
yang teramai iaitu 109 orang atau 68.1% dari keseluruhan sampel. Diikuti pelajar berbangsa
Cina seramai 28 orang atau 17.3% dan pelajar berbangsa India adalah kumpulan yang
terkecil sekali dari keseluruhan pelajar tingkatan empat seramai 23 atau 14.4% sahaja.
Jadual 4 : Profil sample mengikut tempat tinggal.
Tempat Tinggal
Rumah
Asrama
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

160
0
100

100
0
100

Daripada jadual 4 menunjukkan kesemua subjek yang dikaji tinggal di rumah samada
ibubapa atau rumah sewa.

29
Jadual 5 : Profil sample mengikut tempat tinggal megikut kawasan
Lokasi sekolah
Bandar
Luar bandar
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

72
88
100

45
55
100

Daripada jadual 5 didapati seramai 72 orang sample (45%) tinggal di Bandar dan 88
orang sample (55%) tinggal di luar Bandar.
Jadual 6 : Profil sample mengikut pencapaian PMR.
Pencapaian PMR
Kurang 1A
2A hingga 4A
5A hingga 7A
8A ke atas
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

91
41
19
9
100

56.9
25.6
11.9
5.9
100

Daripada jadual 6, didapati 91 orang sample (56.9%) mendapat 1A dalam PMR, 41


orang (25.6%) mendapat 2A hingga 4 A, 19 orang sample (11.9%) mendapat 5A hingga 7A
dan 9 orang sample (5.6%) mendapat 8A ke atas dalam PMR.
Jadual 7 : Profil kekerapan bersukan.
Kekerapan bersukan
Kurang 1 jam
1 hingga 5 jam
5 hingga 9 jam
10 jam ke atas
JUMLAH

Kekerapan (f)

Peratus (%)

74
64
11
11
100

46.3
40.0
6.9
6.9
100

Daripada jadual 7 didapati 74 orang sample (46.3%) bersukan kurang 1 jam sehari,
64 orang (40%) bersukan 1 hingga 5 jam sehari, 11 orang sample (6.9%) bersukan 5 hingga 9
jam sehari dan 11 orang sample (6.9%) bersukan melebihi 10 jam sehari.

30
Jadual 8 : Faktor struktur mengikut pangkatan dan min.
Pangkatan
1
2
3

Soalan 6
Soalan 11
Soalan 4

4
5

Soalan 7
Soalan 14

Soalan 15

7
8
9
10
11
12
13

Soalan 10
Soalan 2
Soalan 1
Soalan 5
Soalan 8
Soalan 15
Soalan 13

14
15

Soalan 3
Soalan 12

Soalan

Min

Alatan sukan boleh digunakan waktu tertentu sahaja


Peralatan sukan tidak mencukupi
Kemudahan sukan tidak dapat menampung pelajar
yang ramai
Masalah pengangkutan ke sekolah
Sekolah tidak menyediakan jadual penggunaan
kemudahan sukan.
Stor sukan tidak dibuka setiap hari dan menyukarkan
mendapat alatan
Sukar menggunakan peralatan sukan di sekolah
Kemudahan sukan di sekolah tidak mencukupi
Kedudukan rumah yang jauh
Kemudahan sukan di sekolah tidak dijaga
Peralatan sukan yang mahal.
Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan uzur
Sekolah tidak menyediakan papan kenyataan aktiviti
sukan
Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat
Pakaian sukan mendedahkan aurat

3.82
3.53
3.23
3.19
3.11
3.10
2.75
2.74
2.74
2.66
2.60
2.54
2.43
2.30
2.04

Berdasarkan jadual 8 perbezaan min bagi setiap pelajar berdasarkan item soalansoalan yang dikemukakan mengikut faktor. Bagi faktor struktur, dapatan kajian menunjukkan
item soalan yang berkaitan dengan kemudahan penggunaan peralatan sukan menunjukkan
min yang tinggi iaitu soalan 6 (M =3.82), dan soalan 11 (M=3.53) berkaitan peralatan yang
tidak mencukupi dan soalan 4 (M=3.23) masalah kekurangan alatan yang tidak mencukupi
adalah antara faktor halangan yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum sukan. Kemudian diikuti dengan masalah pengangkutan iaitu
soalan 7 (M=3.19). Faktor yang berkaitan dengan kemudahan dalam penggunaan alatan dan
jadual pengunaan alatan merupakan faktor yang seterusnya merupakan halangan kepada
pelajar iaitu soalan 14 (M= 3.11) iaitu jadual pengunaan alatan yang tidak disediakan oleh
pihak sekolah , soalan 15 (M=3.10) masalah menggunakan alatan kerana stor tidak dibuka
setiap hari dan

soalan 10 (M=2.75) kesukaran menggunakan peralatan dan soalan 2

(M=2.74) kemudahan sukan yang tidak lengkap.

Faktor kedudukan rumah yang jauh

merupakan faktor penghalang yang seterusnya iaitu soalan 1 (M=2.74). Sementara soalan 5
(M=2.66) mengenai kemudahan sukan yang tidak dijaga dengan baik. Manakala soalan 8

31
(M=2.60) pelajar tidak mampu membeli alatan sukan yang mahal yang menyebabkan sukar
mengikuti aktiviti sukan. Soalan 9 (M=2.54) merupakan faktor struktur ke empat terendah
mengenai peralatan yang telah uzur dan rosak. Masalah

tiada papan kenyataan yang

disediakan oleh pihak sekolah merupakan faktor ke tiga terendah iaitu soalan 14 (M=2.43).
Soalan 3 (M=2.30) mengenai kemudahan sukan yang tidak selamat adalah item soalan kedua
terendah manakala soalan 12 iaitu mengenai pakaian yang mendedahkan aurat merupakan
faktor yang paling rendah. Ini adalah kerana segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan di
sekolah adalah mengikut kehendak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan dan sentiasa diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seremban/Port
Dickson agar tidak bercanggah dan melanggar kepercayaan agama.
Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui
skor julat min didapati bahawa soalan 6 dan soalan 11 menunjukkan tahap yang tinggi.
Soalan ini adalah berkaitan dengan kemudahan

peralatan. Sementara soalan lain

menunjukkan tahap serderhana.


Jadual 9 :
Pangkatan
1
2

Soalan 10
Soalan 9

3
4

Soalan 1
Soalan 14

Soalan 6

Soalan 5

Soalan 15

Soalan 2

9
10
11
12
13
14
15

Soalan 12
Soalan 3
Soalan 10
Soalan 13
Soalan 11
Soalan 8
Soalan 7

Faktor Interpersonal mengikut pangkatan dan min.

Soalan

Min

Pengetahuan tentang aktiviti sukan tidak mencukupi


Tidak memahami matlamat dalam melibatkan diri
dalam sukan
Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan diri
Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri
dalam sukan
Kelas tuisyen menghalang dalam melibatkan diri dalam
sukan
Tidak mempunyai masa dalam melibatkan diri dalam
aktiviti sukan
Sering gagal apabila melibatkan diri dalam aktiviti
sukan
Tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri
dalam sukan
Takut cedera apabila melibatkan diri dalam sukan
Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan
Tidak berminat dalam melibatkan diri dalam sukan
Sering menghadapi masalah kesihatan
Aktiviti sukan membosankan
Malu melibatkan diri dalam aktiviti sukan
Aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama

2.83
2.69
2.64
2.64
2.63
2.53
2.46
2.36
2.42
2.32
2.27
2.25
2.24
2.24
1.62

32
Bagi faktor interpersonal pula, mengikut Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan item
soalan 10 (M=2.83) iaitu pengetahuan tentang aktiviti tidak mencukupi adalah faktor
halangan yang paling tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum sukan. Diikuti oleh soalan 9 (M = 2.69) iaitu tidak memahami
sepenuhnya matlamat melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sementara itu item soalan 1 (M =
2.64) iaitu masalah kewangan untuk mengikuti aktiviti sukan kerana kebanyakan pelajar
tinggal jauh dari kawasan sekolah dan menyebabkan mereka memerlukan belanja tambahan
bagi menghadiri aktiviti kokurikulum pada waktu petang dan item soalan 14 (M= 2.64) iaitu
takut menghadapi kegagalan dalam peperiksaan

adalah pangkatan ke tiga dalam faktor

interpersonal. Item soalan 6 ( M = 2.63) kesibukan pelajar mengikuti kelas tuisyen adalah
pangkatan keempat dalam faktor interpersonal dan diikuti soalan 5 (M=2.63) tidak ada masa
untuk bersukan dan menduduki pangkatan kelima dalam faktor interpersonal. Pangkatan
keenam pula ialah item soalan 15 (M=2.46) sering gagal apabila melibatkan diri dalam
sukan. Pangkatan ketujuh pula ialah item soalan 2 (M=2.36) tidak mempunyai kemahiran
untuk melibatkan diri dalm aktiviti sukan. Soalan 12 (M= 2.42) menduduki pangkatan
seterusnya iaitu takut cedera apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kedudukan dalam
pangkatan yang seterusnya ialah soalan 3 (M=2.32) iaitu merasa tidak selesa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 10 (M=2.27) tidak berminat untuk melibatkan
diri dalam aktiviti sukan. Item soalan yang seterusnya ialah soalan 13 (M=2.25) masalah
kesihatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan 11 (M=2.24) aktiviti sukan
sangat membosankan menduduki pangkatan ketiga terendah. Manakala item soalan 8
(M=2.24)

malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan menduduki pangkat kedua

terendah dan item soalan 7 (M=1.62) iaitu aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan
agama. Ini adalah disebabkan kesemua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah tidak
bertentangan dengan agama.
Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui
skor julat min didapati bahawa semua soalan interpersonal menunjukkan tahap yang
serderhana melainkan soalan 7 yang berkaitan kepercayaan agama menunjukkan tahap yang
rendah. Di sini didapati bahawa faktor kepercayaan kepada agama bukan merupakan faktor
utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

33

Jadual 10 : Faktor Intrapersonal mengikut pangkatan dan min.


Pangkatan
1
2

Soalan 10
Soalan 9

3
4

Soalan 6
Soalan 5

5
6
7
8
9
10

Soalan 8
Soalan 14
Soalan 2
Soalan 1
Soalan 3
Soalan 15

11
12
13

Soalan 11
Soalan 7
Soalan 13

14
15

Soalan 12
Soalan 4

Soalan

Min

Dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak


Guru memberi perhatian kepada pelajar yang
berkebolehan sahaja
Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi
Bilangan guru yang melibatkan diri dalam sukan tidak
mencukupi
Guru tidak memilih walaupun berminat dalam sukan
Sekolah sentiasa mengutamakan program akademik
Tidak mempunyai rakan yang berminat untuk bersukan
Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan
Keluarga tidak memberi galakan
Sekolah tidak memberi peluang untuk melibatkan diri
dalam sukan
Tertarik untuk melepak bersama kawan-kawan
Guru sentiasa membuat tanggapan negetif
Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam
sukan
Sekolah tidak memberi galakan
Guru tidak memberi galakan

3.37
3.28
2.91
2.70
2.67
2.55
2.48
2.35
2.25
2.22
2.22
2.22
2.07
2.06
1.96

Berdasarkan jadual 10 bagi faktor intrapersonal pula item soalan 10 (M = 3.37) iaitu
beban kerja sekolah yang terlalu banyak adalah soalan yang tertinggi pangkatannya dalam
kumpulan faktor intrapersonal. Ini kerana kebanyakan sekolah terlalu mementing pencapaian
akedamik daripada kegiatan kokurikulum sukan dan untuk memastikan pelajar cermerlang
dalam bidang akedamik pihak sekolah memperbanyakkan kerja sekolah atau latihan kepada
pelajar. Item soalan 9 (M = 3.28) iaitu guru hanya memberi perhatian kepada kepada pelajar
yang berkebolehan dalam sukan berada pada pangkatan ke 2 .Item soalan 6 ( M = 2.91)
jurulatih yang berminat dalam aktiviti sukan tidak mencukupi dan soalan 5 (M=2.70)
menyokong penyataan di atas kerana kebanyakan guru kurang melibatkan diri dalam aktiviti
sukan menyebabkan jurulatih dalam aktiviti kokurikulum sukan kurang di sekolah di daerah
Seremban.
Pangkatan ke lima intrapersonal ialah soalan 2.67 (M = 2.67) iaitu guru tidak memilih
pelajar walaupun berminat mengikuti aktiviti sukan dan seterusnya soalan item 14 (M=2.55)

34
pihak sekolah mementing program akademik menyokong soalan yang mendapat pangkatan
tertinggi.
Item soalan 2 (M = 2.48) iaitu tidak mempunyai kawan yang berminat untuk bersukan
dan Item soalan 1 (M = 2.35) menyokong pernyataan item soalan 2 . Item soalan yang
menduduki pangkatan ke sembilan ialah item soalan 3 (M=2.25) iaitu tidak mendapat
galakkan keluarga. Item soalan 15 (M=2.22) iaitu pihak sekolah tidak memberi peluang
kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 11 (M= 2.22) tertarik melepak
bersama kawan daripada mengikuti aktiviti sukan dan soalan 7 (M= 2.22) guru membuat
tanggapan negatif menduduki pangkatan ke sebelas. Pangkatan yang seterusnya ialah soalan
13 (M=2.07) pihak sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam aktiviti sukan.
Soalan 12 (M=2.06) pihak sekolah tidak memberi galakkan dalam aktiviti sukan. Soalan 4
(M=1.96) guru tidak memberi galakkan melibatkan pelajar dalam aktiviti sukan merupakan
faktor intra personal yang terendah sekali.
Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui
skor julat min didapati bahawa soalan 10 menunjukkan tahap yang tinggi di mana bebanan
kerja sekolah merupakan masalah besar kepada pelajar bagi menghadiri kegiatan
kokurikulum sukan. Manakala lain-lain soalan menunjukkan tahap serderhana.
Keseluruhan dapatan dari Jadual 4.2, 4.3 dan 4.4 di atas, dapat dirumuskan bahawa
faktor struktur adalah faktor utama penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum diikuti dengan faktor intrapersonal dan faktor interpersonal.
Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan.

35
Jadual 11 : Ujian t faktor penghalang dengan jantina
Faktor

Jantina

Min

SD

Df

L = 80
P = 80
Interpersonal
L = 80
P = 80
Intrapersonal
L = 80
P = 80
* Aras signifikan p < 0.05

2.92
2.79
2.36
2.44
2.59
2.40

0.674
0.540
0.692
0.663
0.750
0.551

1.405

158

-.731

158

1.834

158

struktur

Jadual 11 di atas menunjukkan analisis ujian t antara faktor menghalang penglibatan


pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina.

Dari segi faktor struktur terdapat

perbezaan min antara pelajar lelaki (M= 2.92, sd = 0.674) dengan pelajar perempuan
(M=2.79, sd = 0.540). Didapati min pelajar lelaki

lebih tinggi daripada min pelajar

perempuan sebanyak 0.13. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (t (158)= 1.405, p < 0.05) antara faktor struktur dengan jantina dalam penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.
Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.5 dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M = 2.36, sd = 0.692) dengan
pelajar perempuan (M = 2.44, sd = 0.663). Ianya menunjukkan min pelajar perempuan lebih
tinggi daripada min pelajar lelaki sebanyak 0.08. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan (t (158) = -.731, p < 0.05) antara faktor interpersonal dengan
jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.
Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.10 dapatan kajian
menunjukkan min

pelajar lelaki (M = 2.59, sd = 0.750) dengan min pelajar perempuan

(M = 2.40, sd = 0.551) telah menunjukkan min pelajar lelaki lebih tinggi berbanding min

36
pelajar perempuan sebanyak 0.19. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan (t (158) = 1.834, p < 0.05).
Antara ketiga-tiga faktor tersebut hanya faktor interpersonal, min pelajar perempuan
melebihi min pelajar lelaki. Kesimpulan ujian t yang telah dilakukan untuk melihat faktor
penghalang dengan jantina, tiada satu faktor pun yang menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Dapatan kajian ini membuktikan pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai
alasan yang sama untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Pada pandangan
pengkaji, kebanyakan pelajar ini hanya memberikan tumpuan khusus kepada kejayaan
akademik mereka. Pelajar mempunyai cita-cita tinggi untuk memasuki pusat-pusat pengajian
tinggi selepas tamat pelajaran. Tumpuan mereka lebih kepada bidang akademik berbanding
dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan samada dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal menghalang
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.
Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu adakah terdapat perbezaan
yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum sukan

antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah

digunakan.
Jadual 12 : Analisis ujian Anova antara faktor penghalang dengan bangsa.
Faktor

ss ant.kump.

ss dlm kump.

Struktur

.158

59.687

.207

.813

Interpersonal

5.270

67.546

6.125

.003*

intrapersonal

4.874

65.045

5.882

.003*

Keseluruhan
1.812
*Aras signifikan p< 0.05

43.665

3.258

.041*

37
Jadual 13 : Ujian Post-Hoc Scheffe bagi faktor struktur, intrapersonal dan keseluruhan.
Faktor

Bangsa (Min)

Bangsa ( Min)

Perbezaan Min

interpersonal

Melayu 2.29
Cina
2.76
India 2.48

Cina
2.76
India 2.48
Melayu 2.29

- 0.47
0.28
0.19

.003*
.297
.454

intrapersonal

Melayu 2.48
Cina
2.79
India 2.17

Cina
2.79
India 2.17
Melayu 2.48

-0.31
0.62
-0.31

.087
.004*
.104

Melayu 2.55
Cina
2.81
India 2.47
*Aras signifikan p< 0.05

Cina
2.81
India
2.47
Melayu 2.55

-0.26
0.34
0.08

.070
.085
.837

Keseluruhan

Hasil dapatan kajian merujuk kepada Jadual 12 mendapati tidak terdapat perbezaan
yang

signifikan (F=0.207, p>0.05) antara faktor struktur dengan bangsa dalam faktor

penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.


Seterusnya bagi menjawab persoalan keenam iaitu adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara
pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan.
Berdasarkan Jadual 13 dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal,
terdapat perbezaan yang signifikan [F = 0.207, p < 0.05] antara bangsa iaitu bangsa Melayu,
Cina dan India.
Untuk melihat perbezaan faktor penghalang interpersonal penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa
Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan
yang signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Keputusan yang
diperolehi adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 13.

38
Daripada jadual 13 di atas dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal, min
bangsa Cina ( M = 2.76 ) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29).
Perbezaan min antara bangsa Cina ( M = 2.76 ) dengan bangsa Melayu (M = 2.29) adalah
sebanyak - 0.47. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p =
0.003). Sementara itu dapatan kajian juga mendapati min bangsa Cina ( M = 2.76) adalah
lebih tinggi daripada min bangsa India (M = 2.48). dan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (p = 0.297). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min bangsa India (M =
2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29) dan tidak signifikan (p =
0.454).
Dapatan kajian menunjukkan dari segi faktor interpersonal terdapat perbezaan antara
pelajar Melayu dengan pelajar Cina . Kebanyakan pelajar Cina amat mementing akademik
berbanding pelajar Melayu. Ini menyebabkan mereka kurang tertarik untuk menghadiri
aktiviti kokurikulum pada waktu sebelah petang. Kebanyakan daripada pelajar Cina adalah
di kalangan keluarga yang berpendapatan kukuh. Ibu bapa mereka

mempunyai sumber

kewangan yang agak kukuh kerana kebanyakan daripadanya adalah peniaga. Justeru itu
kebanyakan daripada mereka terlibat kelas tuisyen pada waktu sebelah petang dan
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa bagi mengikuti aktiviti kokurikulum sukan.
Selain itu daripada dapatan kajian menunjukkan min bagi pengetahuan dan memahami
matlamat mereka dalam melibatkan diri dalam sukan menunjukkan min yang tertinggi. Ini
mungkin disebabkan pelajar bangsa Cina tidak mengetahui bahawa aktiviti kokurikulum
merupakan sebahagian daripada aspek penting bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi.
Bagi menjawab persoalan kajian ketujuh iaitu adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah digunakan.
Berdasarkan Jadual 12 di atas, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan [ F = 5.882,p < 0.05] antara faktor intrapersonal dengan bangsa dalam faktor
penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

39
Untuk melihat perbezaan faktor penghalang intrapersonal penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa
Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan
yang signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Berdasarkan jadual
4.11, dapatan kajian menunjukkan bagi faktor intrapersonal, min bangsa Cina ( M = 2.79 )
adalah lebih tinggi berbanding min bangsa India ( M = 2.17 ). Perbezaan min antara bangsa
Cina ( M = 2.79 ) dengan bangsa India ( M = 2.17 ) adalah sebanyak 0.62. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.004 ). Sementara itu dapatan
kajian juga mendapati min Cina ( M = 2.79 ) adalah lebih tinggi daripada min bangsa
Melayu (M =
2.48). Perbezaan min adalah sebanyak 0.31 dan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan ( p = 0.087). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min
bangsa Melayu (M = 2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa India India ( M = 2.17
) dan tidak signifikan ( p = 0.104 ).
Berdasarkan dapatan kajian di atas didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar Cina dengan pelajar India dari segi faktor intrapersonal. Bagi pandangan pengkaji,
perbezaan ini wujud kerana kebanyakan pelajar Cina amat mementingkan pencapaian
akademik. Pelajar kebanyakannya menyatakan terlalu banyak kerja sekolah yang
dibekalkan oleh pihak sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti
sukan. Bagi memastikan mereka dapat menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh
pihak sekolah mereka tidak akan menghadiri aktiviti sukan kerana masa tersebut
digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah. Selain tu masalah kekurangan jurulatih
dan bilangan guru melibatkan diri juga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk
melibatkan diri dalam sukan. Kebanyakan pelajar ini

menganggap sia-sia mereka

menghadiri aktiviti sukan jika tiada guru atau jurulatih yang dapat membimbing mereka
bagi mendapatkan

kemahiran

dalam permainan yang mereka ceburi.


Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelapan adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan. Berdasarkan
Jadual 4.10 di atas, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

[F =

40
3.258 , p > 0.05]

faktor keseluruhan bagi faktor penghalang penglibatan pelajar dalam

kegiatan kokurikulum dengan bangsa.

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


PENDAHULUAN
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat faktor utama yang menghalang penglibatan
murid dalam kegiatan kokurikulum. Dalam bab ini perbincangan dibuat berdasarkan kajiankajian terdahulu samada ianya menyokong atau bercanggah dengan dapatan kajian terdahulu.
Faktor penghalang dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal
Pada mulanya perbandingan menggunakan pangkatan dari min digunakan untuk menentukan
faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.
Hasil kajian menunjukkan faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum ialah dapatan kajian yang menyatakan masalah penggunaan alatan yang boleh
digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Selain dari itu bilangan peralatan yang tidak
mencukupi berbanding pelajar yang ramai juga satu faktor yang membataskan penglibatan
pelajar dalam aktiviti sukan. Masalah pengangkutan juga adalah satu lagi masalah yang
mengekang penglibatan pelajar. Seramai 55% pelajar yang di kaji tinggal di luar bandar dan
45% tinggal di bandar. Walaupun pelajar yang tinggal di bandar, mereka masih menyatakan
masalah pengangkutan menjadi masalah bagi mereka kerana kedudukan rumah mereka yang
agak jauh dari kawasan sekolah. Kekurangan maklumat mengenai kegiatan dan kemudahan
juga menjadi faktor

hingga menyebabkan pelajar tidak mengetahui kemudahan yang

disediakan. Faktor struktur adalah faktor utama menjadi penghalang penglibatan pelajar.
Dapatan ini disokong oleh

kajian yang telah dilakukan oleh Mat Aris (1994) yang

menyatakan antara faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum


adalah faktor luaran iaitu kemudahan. Kajian oleh Roslan (1994), Mohammad Haris (1999),
Mustafa Kamal (2000) dan Ramli (1999) telah menyokong kajian iaitu salah satu faktor

41
utama menghalang penglibatan pelajar ialah kemudahan. Dapatan kajian tersebut sama
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zulkifli (1997) yang menyatakan faktor struktur
seperti saiz sekolah, bilangan pelajar yang ramai amat mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam menyertai kegiatan kokurikulum, sementara faktor-faktor lain hanyalah sebagai
penyokong. Kajian Boothby (1981) juga mendapati masalah seperti kurang minat,
kekurangan kemudahan dan lain-lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang
individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan.
Faktor struktur yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
ialah faktor kekurangan maklumat maklumat mengenai kemudahan dan aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Hasil kajian memperlihatkan kebanyakan pelajar tidak tahu
perkembangan aktiviti kokurikulum. Ini mungkin disebabkan pihak sekolah tidak
menyediakan papan kenyataan bagi menghebahkan aktiviti kokurikulum sukan dan lokasi
papan kenyataan yang tidak strategik Faktor kekurangan masa untuk membaca maklumat
yang ditampal juga menyebabkan pelajar tidak mendapat maklumat sepatutnya.

Adalah

dicadangkan satu papan maklumat atau lebih mengenai kegiatan kokurikulum perlu
ditempatkan di tempat tumpuan pelajar agar mereka mendapat maklumat jelas mengenai
kemudahan dan kegiatan yang dijalankan. Siaran dan surat makluman kepada pelajar boleh
diedarkan dan ditampal bilik-bilik darjah untuk makluman semua pelajar.
Dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengelolaan aktiviti bertentangan dengan
agama adalah yang paling sedikit. Ini menunjukkan pelajar tidak menganggap kegiatan
kokurikulum sukan yang dijalankan di sekolah ini bertentangan dengan kepercayaan agama
pelbagai bangsa yang belajar di sekolah ini. Ini kerana setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah mengikut kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pemantauan dan penyeliaan
yang dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah dapat memastikan aktiviti dikendali
mengikut kehendak kementerian. Langkah ini perlu diteruskan bagi menjamin penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat ditingkatkan. Dapatan ini bercanggah dengan
kajian yang dilakukan oleh Hamidah (1999) mendapati pada penglibatan pelajar Islam dalam
kegiatan kokurikulum kurang terserlah kerana di kalangan ibu bapa menganggap penglibatan

42
anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Mohd
Zuki (1994) sebaliknya menyokong dapatan kajian ini iaitu melalui penilaian yang telah
dibuat menurut perspektif Islam, didapati bahawa GERKO atau kegiatan kokurikulum
mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip dan gagasan Islam.
Keputusan menunjukkan faktor penghalang penglibatan antara pelajar lelaki
mengatasi pelajar perempuan dari segi faktor struktur dan intrapersonal. Ini menunjukkan
pelajar lelaki lebih menghadapi masalah untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Ini adalah disebabkan kurangnya sokongan keluarga dalam menyertai aktiviti kokurikulum
dan ada antara pelajar lelaki yang membuat kerja sampingan bagi mendapatkan wang saku
mereka sementara pelajar perempuan pula terpaksa menolong ibu bapa mereka membuat
kerja di rumah. Dapatan ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan olah Mustafa
Kamal (2000) mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak
dalam kegiatan kokurikulum. Azizah Nordin (1990) dalam kajiannya juga mendapati
kebanyakan pelajar di waktu petang ketika kegiatan kokurikulum dijalankan, pelajar terpaksa
menolong ibu bapa di rumah.
IMPLIKASI
Berdasarkan kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan implikasi kepada pihak-pihak
berkenaan. Implikasi kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu:
Implikasi Praktikal
Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah serta khasnya guruguru untuk merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan lebih berkesan.
Kajian ini boleh menambah pengetahuan guru serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum
sukan agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih bermakna. Kegiatan
kokurikulum sukan yang menarik dan memberi manafaat kepada pelajar akan dapat
menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Ini
bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Nordin (1991) menyatakan

43
bahawa penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan
gerak kerja kokurikulum di sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan
diri dalam kegiatan kokurikulum.
Implikasi Teoretikal
Dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh Kementerian Pelajaran khususnya Unit
Kokurikulum yang dapat merancang program kokurikulum dengan lebih berkesan. Masalah
yang sering dihadapi ialah ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.
Pelbagai peruntukan berupa kewangan dan barangan untuk menjadikan program
kokurikulum lebih bermakna dan tidak akan disia-siakan jika faktor penghalang penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum ini dapat di atasi. Kementerian melalui Jabatan-jabatan
Pelajaran Negeri dapat merancang dan melaksanakan dasar yang lebih efektif setelah
mengenalpasti faktor penghalang yang utama penglibatan diri pelajar dalam kegiatan
kokurikulum.
CADANGAN UNTUK MENGATASI HALANGAN
Secara keseluruhan kajian telah menghasilkan maklumat-maklumat penting mengenai faktor
menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Oleh kerana faktor struktur
adalah faktor utama menghalang penglibatan pelajar Pengunaan alatan pada waktu tertentu
merupakan satu faktor yang menyumbang min tertinggi dalam faktor struktur (3.82). Min
bagi faktor ini menunjukkan tahap tinggi menggunakan skor julat min berdasarkan sistem
tiga kuartil (tahap rendah, sederhana dan tinggi). Bagi mengatasi halangan ini dicadangkan
pihak sekolah menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana pelajar boleh
menggunakan pada masa lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan
mengikut waktu kesenggangan pelajar pada waktu agar mereka dapat menggunakan
kemudahan alatan bagi mereka bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya menyediakan
alatan pada waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan alatan tiada.
Selain daripada menggalakan pelajar bersukan ia juga dapat menghindar pelajar-pelajar

44
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfeadah seperti melepak, berbual kosong, mengacau
pelajar lain dan lain-lain.
Kebanyakan sekolah mempunyai peralatan yang tidak mencukupi berbanding jumlah
pelajar yang ramai. Ini menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa berkongsi alatan dengan rakan
mereka semasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi pelajar yang berkemampuan mereka
mungkin tidak menghadapi masalah untuk membeli peralatan sukan. Masalah ini biasanya
akan dihadapi oleh pelajar yang tinggal di luar bandar yang tidak berkemampuan untuk
membeli peralatan dan juga pelajar di bandar

dari keluarga yang miskin atau tidak

berkemampuan. Bagi mengatasi masalah ini pihak Kementerian Pendidikan hendaklah


menambah peruntukan pembelian alatan sukan mengikut jumlah pelajar dalam sesebuah
sekolah. Selain itu pihak sekolah juga hendaklah berusaha mencari sumber lain dalam
membeli peralatan sukan seperti memohon bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan daripada Ahli Dewan
Undangan Negeri, orang perseorangan dan lain badan dalam membantu menambah peralatan
sekolah. Dengan adanya usaha-usaha ini pihak sekolah akan dapat menambah peralatan
sukan dan seterusnya menarik pelajar menyertai aktiviti sukan di sekolah.
Masalah pengangkutan juga merupakan satu lagi masalah kepada pelajar bagi
mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Masalah ini biasanya wujud bila pelajar hendak
pulang ke rumah kerana perkhidmatan bas telah tamat semasa mereka hendak pulang ke
rumah.. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari-hari persekolahan dan
waktu perlaksanaan ialah pada pukul pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Waktu
perlaksanaan dicadangkan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang. Walaupun
cuaca pada pukul 3.30 petang agak panas tetapi waktu balik bagi pelajar pada pukul 5.00
petang lebih sesuai berbanding balik pada pukul 6.30 petang kerana kemudahan
pengangkutan awam hampir tamat pada waktu tersebut dan pelajar tidak menghadapi
masalah kenderaan semasa hendak pulang ke rumah. Kekurangan maklumat mengenai
kemudahan adalah antara faktor struktur yang menghalang penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum.

45
Masalah seperti kekurangan kemudahan khusus untuk pelajar perempuan
menyebabkan mereka tidak menyertai kegiatan kokurikulum. Kemudahan sukan seperti
gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola tampar yang hanya satu sahaja terdapat
di sekolah menyebabkan pelajar

perempuan tidak mahu berkongsi menggunakannya

dengan pelajar lelaki. Masalah ini lebih nyata terhadap pelajar-pelajar perempuan yang
beragama Islam. Adalah dicadangkan agar penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut
dijadualkan pengunaannya mengikut jantina atau ditambah gelanggang kepada dua (jika
mempunyai kawasan) dan ditetapkan pengunaannya di mana satu gelanggang digunakan
oleh pelajar perempuan dan satu lagi untuk pelajar lelaki.

Ini boleh meningkatkan

penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.


Antara limitasi kajian ini ialah sampel yang digunakan hanyalah dari kumpulan
pelajar sekolah Daerah Seremban

sahaja, maka adalah dicadangkan di masa hadapan

pengkaji akan menggunakan populasi yang lebih besar melibatkan Sekolah di Negeri
Seremban dengan melibatkan semua daerah. Sampel kajian juga boleh dikategorikan kepada
sekolah bandar dan luar bandar, sekolah di tanah rancangan Felda, sekolah berasrama penuh
dan sebagainya. Pemasalahan sebenar boleh diketahui dan dikenalpasti dalam menentukan
faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum. Kajian
tersebut boleh dijadikan panduan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang
dan melaksanakan kegiatan kokurikulum sekolah di seluruh negara.
Berdasarkan perbincangan dan rumusan kajian, penyelidik ingin menyarankan
beberapa cadangan untuk kajian lanjutan iaitu:
1.

Kajian ini dilakukan dengan hanya menggunakan soal selidik dan subjek
hanya terikat kepada jawapan yang disediakan. Reka bentuk kajian ini
lebih sempurna sekiranya penyelidikan yang berbentuk temuduga
dijalankan di samping soal selidik.

2.

Kajian selanjutnya dicadangkan agar melibatkan subjek dari pelbagai


peringkat umur dan meliputi kawasan geografi yang lebih luas. Ia boleh

46
memberi maklumat yang lebih menyeluruh dan diterima umum tentang
faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
PENUTUP
Dapatan kajian menunjukkan faktor penghalang utama penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum ialah faktor struktur. Dalam analisis diskritif ini ternyata masalah berkaitan
kemudahan merupakan faktor utama dalam menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum sukan. Pihak Kementerian Pelajaran hendaklah memberi peruntukan yang lebih
besar kepada sekolah agar pihak sekolah merancang dan seterusnya memperlengkapkan
kemudahan dan peralatan di sekolah-sekolah dalam strategi menarik minat pelajar menyertai
aktiviti sukan.
Selain daripada itu faktor-faktor intrapersonal dan faktor interpersonal juga harus
diambilkira kerana ia juga merupakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum sukan. Pihak-pihak Jabatan Pendidikan, sekolah, ibubapa, guru dan
individu yang terlibat seharusnya juga harus melibatkan diri dalam mengatasi masalah ini.
Dengan adamya penglibatan yang sepenuhnya daripada pihak terbabit sudah tentu akan
dapat menggalakan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan khususnya sukan.
Akhir kata, semoga dapatan kajian ini akan mengalakkan pelajar melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum dan juga boleh dijadikan sebagai garis panduan bagi
penyelidik- penyelidik lain yang ingin melakukan kajian lanjutan ke atas faktor-faktor yang
menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan di sekolah-sekolah.

47
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan . Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka.
Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan
Beruniform. Satu kajian awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Adnan Khamis. (1988). Nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum pergerakan ke arah
menghasilkan insan yang mantap lagi seimbang mengikut falsafah KBSM-fokus
Pergerakan Pengakap sekolah. Seminar Nilai-nilai murni Merentas Kokurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Badawi, Kokurikulum akan dimasukkan dalam semua sijil peperiksaan dlm.
Utusan Malaysia, hlm. 4, 22 September 1984.
Aminuddin Yusof. (2000). Takrif kokurikulum. Unpublished Paper : Universiti Putra
Malaysia.
Azizah Nordin. (1990). Mengenalpasti masalah-masalah dalam perlaksanaan aktiviti
kokurikulum di tiga buah sekolah di Daerah Gombak. Tesis yang tidak diterbitkan :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Biddle, S.J. (1995). Exercise motivation across the life span. In European Perspective On
Exercise and Sport Psychology, pp. 3-25, Leeds: Human Kinetics Europe.
Canada Fitness Survey (1983). Canada youth and physical activity. Ottawa,Ontario:
Author. Chan Yuen Fook. 1999. Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Di Malaysia,
Jurnal
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki,Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jld. 8, Bil. 1. Kuala Lumpur.
Coakley, J. J. (1998). Sport in society: Issues and controversies. Boston, MA: Irwin
Mc Graw-Hill.
Crawford, D. & Godbey, G. (1987). Reconceptualizing barriers to family recreation. Leisure
Sciences, 9 (3), 119-127.
Dunn, A. L. (1998) Six-month physical activity and fitness change in project active : A
And omised trial. Medicine & Science in Sport & Exercise , 30, 1076 1083.
Gale H. Roid & Thomas M. Haladyna. 1982. A Technology for Test-Item Writing. New
York: Harcourt Brace Jovonarich Publishers.

48
Ghazali Darusalam. 2003 . Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia
[Pengkhususan
Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Hamidah Bt Abdul Karim. (1999). Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum
dan sumbangannya ke arah pencapaian akademik : Satu tinjauan di Sekolah
Menengah Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang tidak diterbitkan :
Universiti Teknologi Malaysia.
Isaac, S., & Micheal, W. B., (1984). Handbook in research and evaluation. San Deigo :
Edits Publishers.
Kamariah bt Mohd Sidik, (1986). Organisasi dan perlaksanaan program kokurikulum di
sebuah sekolah menengah: Beberapa masalah dan rangka penyelesaian. Tesis yang
tidak diterbitkan : Universiti Malaya
Lim Yen Yen. Remaja Mengabaikan Sukan dlm Dewan Siswa, hlm 19, Jun 1991.
Mashitah Ghazali ( 1995)., Kegiatan kokurikulum di sekolah membantu membina daya
kepimpinan di kalangan pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid. Tesis
tidak diterbitkan : Universiti Utara Malaysia.
Mat Aris Abdul Hadi ( 1994) Tanggapan pelajar dan guru terhadap kegiatan sukan di
Sekolah Menengah Vokasional (Lembah Kelang). Tesis yang tidak diterbitkan :
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Haris Meon. (1999). Keberkesanan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah
Menengah Rancangan Felda Daerah Kota Tinggi, Johor. Tesis yang tidak diterbitkan
: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Lotpi Razali (1997)., Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar (Satu kajian
di sekolah menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak). Tesis tidak
diterbitkan : Universiti Utara Malaysia.
Mohd Majid Konting, (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Saufi Zakaria. ( 1999). Sikap pelajar terhadap kokurikulum sukan di tiga buah
Sekolah Menengah Teknik, Kelantan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum,peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur : Sanon Printing.

49
Mohd Suzli Abdullah. ( 1997). Permasalahan aktiviti kokurikulum sekolah-sekolah
menengah agama Yayasan Islam Kelantan di Daerah Pasir Mas. Tesis tidak
diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Mohd Zuki Pileh (1995). Gerakerja Kokurikulum (Gerko) di Sek.Men Datuk Undang Abdul
Manap, Johol, N.Sembilan : Sumbangannya ke arah pembentukan personaliti pelajar
yang ideal : Satu analisa menurut perspektif Islam. Tesis yang tidak diterbitkan :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mustafa Kamal Ali. (2000). Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Melayu
tingkatan empat dalam aktiviti kokurikulum di rancangan Felda Daerah Segamat
Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Bin Mohamad Taib. (1990) Pandangan Pelajar Dan Ibu Bapa Terhadap Gerakerja
Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur,Universiti Malaya. Tesis yang tidak
diterbitkan : Universiti Malaya.
Norusis, M. J., & SPSS Ins. (1993). SPSS for windows: Base system users guide. Chicago :
SPSS Ins.
Philips, J. C. (1993) Sociology of sport. Massachusetts: A Division of Simon & Schuster, Inc.
Quek Chin Hwee, Steven (1994). The relationship between sports participation and
academic performance. Singapore Sport Council. Singapore.
Ramli Ishak. ( 1999). Persepsi dan sikap pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah
Menengah Batu Lima, Gurun, Kedah terhadap kegiatan kokurikulum : Satu tinjauan.
Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.
Raymore. L. A., Godbey. G. C., & Crawford. D. W. (1992) . The perception of constraints
on leisure among adolescent: Support for Crawford, Jackson, and Godbey Model, in
The 1992 Leisure Research Symposium Oct. 15 18, 1992.
Raymore, L.. A, Gogbey, G. C, Crawford, D. W & Von Eye, A. (1993). A nature and process
of leisure constraints : An empirical test. Leisure Sciences, 15, 104.
Roslan Ahmad. (1994). Pandangan pelajar Politeknikn Ungku Omar terhadap aktiviti
kokurikulum (sukan) : Satu tinjauan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti
Teknoloji Malaysia.
Salman, N. W. (1997). Sports in Malaysia : Opportunities and barriers for women.
Unpublished Masters Thesis, Leed Metropolitan University.
Sheridan J. Coakes. (1999). SPSS Analysis without Anguish, Wiley & Sons Ltd. Australia.

50
Siti Hajar Bt Ismail (2000). Satu Kajian Mengenai Hubungan Pengurusan Dengan
Pencapaian Dalam Bidang Kokurikulum. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti
Utara Malaysia .
Tuckman. (1978). Conducting educational research, 2nd Edition. New York : Harcourt
Brace Jovanovich, Inc.
Tuckman Bruce W. 1985. Evaluating Instructional Program. Ed. Ke-2. Boston :Allyn and
Bacon.
Wankel, L.M. (1998). Exercise adherence and leisure activity. In Exercise Adherence :
Its Impacts on Public Health (edited by R.K. Dishman), pp. 369-396. Leeds :
Human Kinetics Europe.
Wee Eng Hoe (1994). Organisasi dan pentadbiran sukan dan Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti.
Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja kokurikulum (sukan). Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Wiersma W. 2000. Research In Education : An Introduction. Boston : Allyn and Bacon.
Yusof Man (1983). Sejauh manakah penglibatan murid-murid dalam gerak kerja
kokurikulum di sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Tesis Bacelor
Pendidikan : Universiti Putra Malaysia.
Zainal Sabu. (1999). Persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan
kokurikulum di Sekolah Menengah di N.Sembilan. Tesis yang tidak diterbitkan :
Universiti Malaya.
Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993). Satu kajian penglibatan pelajar tingkatan IV di
Malaysia dalam aktiviti rekreasi. Jurnal Pendidikan 18 : ms 79 88.
Zulkafli Mansor (1997) Hubungan antara faktor sekolah dengan penglibatan kokurikulum di
kalangan pelajar. Tesis tidak diterbitkan : Universiti Utara Malaysia