You are on page 1of 1

BERITA SUKAN

KEJOHANAN BADMINTON SIRI SUPER TERBUKA JEPUN
Pemain badminton sensasi negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan
seteru utama dari China, Lin Dan pada final kelmarin dalam pertarungan rubber set,
22-20, 16-21, 21-17. Kejayaan Lee Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan
gagal diiringi oleh satu lagi finalis, pasangan beregu emas negara, Koo Kien KiatTan Boon Heong yang tewas kepada beregu China, Fu Haifeng-Can Yun 21-18, 1421, 12-21. Kekalahan ini bermakna mereka juga gagal menebus kehampaan pada
Kejohanan Dunia pada bulan lepas kepada lawan sama.
PIALA MALAYSIA
Semalam telah berlangsung perlawanan ulangan antara Pahang dan Kuala Lumpur
yang berkesudahan Pahang menewaskan Kuala Lumpur 5-2. Gol-gol Pahang hadir
menerusi jaringan Fazli Baharudin pada minit ke-30, Azamuddin Akil pada minit ke45 untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Separuh kedua bertambah
rancak apabila Pahang terus menambah jaringan gol menerusi R. Karthigesu pada
minit ke-64. Kuala Lumpur cuba bangkit melalui dua jaringan gol menerusi Badrul
Hisyam Azmi pada minit ke-60 dan Ahmad Hazwan Bakri seminit kemudian.
Bagaimanapun kebangkitan Kuala Lumpur dipatahkan menerusi jaringan sepakan
percuma Saiful Nizam Miswan pada minit ke-70. Famirul Asraf Sayuti melengkapkan
malam gemilang Pahang dengan jaringan kelima pada minit ke-85. Kegembiraan
jelas terpancar di wajah pengurus Pahang, Dollah Salleh apabila anak buahnya
berjaya mendapat tiga mata penuh. Kita ikuti temuramah antara pengurus Pahang
dengan rakan setugas saya, Nazmi Azeri. Silakan.
BERITA SUKAN LUAR NEGARA
Persembahan penyerang sensasi Manchester United ketika membantu kelabnya
menewaskan Chelsea dalam final Piala FA kelmarin terus mendapat pujian. Terbaru,
pengurus Chelsea Carlo Ancellotti memuji jaringan hatrik pemain Manchester United
yang juga penyerang utama England itu. Menurut beliau lagi, penyerang tersebut
mempunyai masa depan yang cerah dan juga merupakan nadi kepada pasukannya
bagi menghalang Chelsea mempertahankan kejuaraan liga buat dua tahun berturutturut.