SISTEM PENGAGIHAN AIR DI MALAYSIA

PENDAHULUAN Sistem pengagihan air adalah penting antara sumber bekalan air dan pengguna. Sistem pengagihan air adalah meliputi segala bahagian kerja-kerja air yang menerima air dari stesen pengepam dan juga meliputi kerja-kerja penghantaran air pada tekanan dan kuantiti yang mencukupi kepada pengguna untuk keperluan kehidupan seharian termasuklah untuk air minum. Kebanyakan pengguna beranggapan bahawa sistem pengagihan air adalah rangkaian paip di bawah jalan dan jalan-jalan yang mengangkut air dari kilang pemprosesan air kepada pengguna. Sistem pengagihan air juga termasuklah pam, injap, paip utama dan cabangnya, tangki simpanan, meter air dan pili bomba. Antara syarikat yang terlibat untuk pembekalan dan pengagihan air adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd (Syabas) yang juga merupakan syarikat utiliti yang menyediakan kemudahan bekalan air di seluruh negeri Selangor. Antara ciri-ciri yang perlu dipatuhi dalam sistem pengagihan air ini ialah : •
• • • •

Bekalan air yang diagihkan kepada kawasan bekalan adalah mencukupi untuk keperluan para pengguna Sistem agihan hendaklah berfungsi dengan baik dan berkesan iaitu kawasan bekalan mestilah mendapat kuantiti dan tekanan air yang mencukupi Talian paip dapat membekal dan mengawal air secara berterusan Reka bentuk, susunan dan pembinaan adalah ekonomikal Dapat menyimpan kuantiti air yang mencukupi untuk tujuan kecemasan contohnya apabila berlaku kebakaran dan sebagainya

SISTEM-SISTEM PENGAGIHAN
1

Terdapat 3 jenis sistem agihan iaitu sistem graviti, sistem pam dan gabungan antara sistem graviti dan juga sistem pam. Sistem yang biasanya digunakan di Malaysia adalah sistem graviti dan gabungan sistem graviti dan sistem pam. Pemilihan sistem pengagihan akan bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah keadaan topografi di sesebuah kawasan, kedudukan serta keluasan agihan, ketinggian dan juga keadaan tapak. Sebagai contoh, jika ketinggian mencukupi dan keadaan tapak mengizinkan, sistemn graviti boleh digunakan untuk kawasan tersebut. Apabila sistem gravity tidak dapat digunakan kerana tapak kawasan tidak sesuai dan juga tidak cukup ketinggian maka gabungan sistem graviti dan pam boleh digunakan.

1. Sistem Graviti Merujuk kepada rajah di bawah sistem graviti dapat digunakan apabila kawasan pembekalan mempunyai sebuah kawasan yang tinggi untuk mendirikan tangki simpanan. Air akan dialirkan dan diagihkan kepada pengguna yang berada di kawasan yang lebih rendah daripada tangki simpanan secara graviti. Kos operasi dan penyelenggaraan sistem ini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan sistem pam. Tetapi masalah akan timbul apabila sistem ini menyalurkan air kepada kawasan pembekalan yang lebih tinggi, di mana pengguna yang berada di kawasan yang lebih tinggi ini akan mengalami tekanan air yang rendah dan berkemungkinan mereka boleh terputus bekalan air semasa keperluan memuncak.
Sumber bekalan Loji rawatan Reservoir Kawasan agihan

Aliran graviti

Bermula dari sumber-sumber bekalan air seperti kolam takungan air ,air disalurkan ke loji rawatan yang menggunakan aliran graviti. Di loji rawatan, air akan dirawat untuk menghapuskan kekotoran dari segi fizikal, kimia dan biologi bagi menghasilkan air
2

yang mematuhi piawai air minum. Proses rawatan air termasuklah skrin, kerbuk kersik, pengudaraan, koagulasi, flokulasi, pengenapan, penapisan dan pembasmian kuman. Kemudian air seterusnya akan disalirkan ke tangki simpanan (reservoir) juga menggunakan aliran graviti. Pada peringkat akhir, air akan disalirkan ke kawasan agihan mengikut keperluan air sesuatu kawasan. Keperluan air adalah berdasarkan bilangan penduduk yang menerima bekalan air, penggunaan air per kapita, keperluan oleh industri, faktor perkhidmatan dan lain-lain permintaan khusus. 2. Gabungan sistem pam dan sistem graviti Sistem ini adalah sistem yang paling biasa digunakan. Air lebih semasa kurang penggunaan akan disimpan dalam tangki simpanan dan diguna pada masa puncak (peak hour). Air simpanan juga dapat digunakan apabila terjadi sesuatu kebakaran atau semasa bekalan kuasa terputus. Apabila keadaan topografi kawasan pembekalan adalah tidak menentu, maka gabungan sistem gravity dan pam adalah paling sesuai. Kawasan yang berada pada kawasan yang tinggi, air akan dibekalkan menggunakan pam, manakala kawasan yang berada di kawasan yang rendah akan dibekalkan menerusi tangki simpanan dengan menggunakan sistem gravity.
Reservoir Aliran graviti Loji rawatan Kawasan agihan

Pam Aliran yang di pam

Sumber bekalan

Untuk sistem ini, pam akan digunakan untuk menyalirkan air daripada sumber bekalan seperti kolam takungan ke loji rawatan air. Pam digunakan kerana kedudukan kolam takungan berada lebih rendah daripada loji rawatan air. Kemudian, selepas air dirawat yang bertujuan untuk bebas dari bakteria yang membawa penyakit, air akan
3

sekali lagi dipam ke tangki simpanan yang berada jauh lebih tinggi daripada loji rawatan air. Selepas itu, tangki simpanan ini akan mengalirkan air ke kawasan-kawasan agihan. Air yang dialirkan adalah menggunakan aliran graviti

KOMPONEN SISTEM AGIHAN 1. Sumber Bekalan Air Antara sumber-sumber bekalan air ialah : • air hujan • sungai dan alur • tasik dan kolam
• kolam takungan air

1. Tangki Simpanan ( Reservoir) Tangki simpanan adalah merupakan kolam ataupun tangki untuk menakung dan menyimpan air dan pada kebiasaannya diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Air yang disimpan di dalam tangki simpanan ini telah menjalani proses rawatan air sebelum diagihkan kepada pengguna. Kedudukan sebaik-baiknya diletakkan berhampiran dengan kawasan bekalan.

Fungsi utama :
• Menyeragamkan kadar pengepaman, tekanan dan kadar alir dalam paip agihan.

Tangki simpanan menjaga tekanan sistem malar dan melancarkan operasi

4

pengepaman dengan meminimumkan titik awal dan berhenti jika tidak diperlukan mengikut kegunaan pengguna. • Tangki simpanan dapat menyimpan air untuk masa kecemasan seperti kerosakan pam, gangguan kuasa, kerja-kerja penyelenggaraan dan lain-lain. Tangki simpanan juga dapat menyediakan kapasiti air yang mencukupi pada waktu puncak • Tangki simpanan juga dapat menyediakan air untuk mengawal kebakaran. 1. Paip retikulasi Retikulasi adalah rangkaian ataupun talian paip-paip agihan yang membekalkan air terus kepada pengguna. Terdapat beberapa jenis sistem talian paip agihan. Antara yang biasa digunakan adalah sistem bercabang ( dead end system ) dan juga sistem grid ataupun talian bergelung ( looped-network system ). Sistem agihan sepatutnya bersambung secara “loop” antara satu hujung dengan satu hujung yang lain untuk sistem hidraulik yang effisien.

JENIS-JENIS SISTEM TALIAN PAIP AGIHAN Biasanya, sistem pengagihan yang direka adalah untuk memenuhi keperluan domestik, komersil, dan industri. Sistem harus mempunyai cukup tekanan untuk menghantar dan mengagihkan air kepada para pengguna, serta cukup untuk memenuhi keperluan bomba. Pada masa yang sama, tekanan tidak boleh terlalu tinggi ataupun berlebihan yang menyebabkan masalah serius berlaku.

1. Sistem bercabang ( dead end system ) Pada kebiasaannya sistem ini untuk kawasan-kawasan perumahan yang tiada perancangan contohnya pekan lama.

5

Rajah 3 : Pembahagian air dalam sistem bercabang (dead-end system)

1. Kebaikan sistem bercabang ( dead end system )
• •

Sistem ini mudah untuk direka bentuk dan juga senang untuk mengira kadar alir dan tekanan. Berkos rendah kerana reka bentuknya adalah mudah

2. Keburukkan sistem bercabang ( dead end system ) •

Terdapat pengumpulan bahan-bahan enapan di bahagian hujung kawasan air bertakung seperti injap, pam dan lain-lain Terdapat bau dan rasa jika paip tidak dibersihkan
6

Jika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ataupun kerja-kerja pembaikan, akan mengganggu bekalan air kepada pengguna yang lain

1. Sistem grid/talian bergelung (looped-network system) Sistem ini merupakan peningkatan dari sistem bercabang iaitu dengan menyambung hujung cabangan. Biasa terdapat pada kawasan perumahan berbentuk segiempat tepat.

Rajah 4 : Pembahagian air dalam sistem grid/talian bergelung (looped-network system) Kebaikan •

Tiada air bertakung kerana air dalam sistem bekalan mengalir lebih dari satu arah. Bekalan air tidak akan terputus apabila kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dijalankan
7

Tekanan tetap tinggi dalam cabangan-cabangan paip

Keburukan
• Kos lebih tinggi kerana memerlukan penggunaan banyak sambungan paip dan

injap • Reka bentuk paip adalah sukar.

Secara umumnya, jurutera lebih memilih sistem grid untuk sebuah sistem percabangan kerana pengguna akan mendapat bekalan air untuk setiap titik dari setidaknya dua arah. Ini juga membolehkan setiap bahagian paip yang rosak perlu bersendirian untuk dibaiki tanpa mengganggu perkhidmatan kepada kawasan pengguna yang luas.

KESIMPULAN DAN CADANGAN Reka bentuk atau peluasan sistem pengagihan air secara umumnya melibatkan modal yang besar yang merangkumi operasi secara terus-menerus, kos penyelenggaraan, dan kos pembaikan. Pendekatan reka bentuk konvensional terdiri daripada memilih, saiz paip, saiz tangki simpanan dan kemudahan pengepaman. Suatu analisis dan bancian (survey) perlu dilakukan untuk memperoleh data kegagalan komponen sistem pengagihan air, untuk menyemak kaedah yang digunakan oleh utiliti untuk mengumpul dan memelihara data mengenai penyelenggaraan dan juga kegagalan dan pembaikan daripada pelbagai komponen sistem pengagihan air. Dari segi penyelenggaraan, bagi memastikan operasi dan kerja-kerja

penyelenggaraan berjalan dengan baik, perancangan yang teliti dan teratur adalah sangat penting. Sistem agihan air ini adalah terdiri daripada komponen-komponen seperti tangki, pam, injap dan saluran paip. Semua komponen-komponen sistem ini masing- masing mempunyai fungsi yang tertentu. Untuk mengagihkan air kepada pengguna, semua komponen sistem ini adalah saling bergantung antara satu sama lain.

8

Air merupakan suatu keperluan asas yang terpenting dalam kehidupan manusia dan makhluk-makhluk lain. Melalui sistem pengagihan air yang berkesan, air dapat diagihkan kepada pengguna dengan kuantiti yang mencukupi.Untuk suatu masa yang akan datang, jurutera haruslah berusaha untuk mencipta dan mempunyai kaedah baru untuk menganalisis dan merancang infrastruktur pengagihan air dengan lebih berkualiti dan terancang. Kaedah-kaedah baru yang mungkin akan dicipta oleh jurutera alam sekitar mestilah dapat mengagihkan air dengan kuantiti dan tekanan yang mencukupi, kualiti air yang telah dirawat adalah baik, kos untuk reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan adalah ekonomikal dan sebagainya. Untuk mendapatkan kualiti dan spesifikasi yang baik dan terancang dalam sistem agihan air, jurutera alam sekitar haruslah mengkaji anggaran keperluan air dan pertumbuhan penduduk. Keperluan air adalah berdasarkan kepada bilangan pengguna, permintaan (keperluan) air per kapita, faktor perkhidmatan dan keperluan oleh industri. Penglibatan jurutera alam sekitar dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan sangat diperlukan untuk kesejahteraan para pengguna.

LAMPIRAN

9

Rajah 5 dan Rajah 6 : Contoh tangki simpanan air yang berbeza reka bentuk

Rajah 7 : Kerja-kerja perpaipan

10

Rajah 8 : Graf penggunaan air melawan masa

11

Rajah 9 : Kolam takungan air yang menjadi antara sumber bekalan air

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
1. Dr.Shreeshivadasan A/L Chelliapan (2010), Modul Pengajaran Kejuruteraan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. 2. http://www.ucowr.siu.edu/updates/pdf/V86_A3.pdf 3. http://www.nesc.wvu.edu/ndwc/articles/OT/SP01/Distribution_101.html 4. http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/1JSB/PPart1/ROGERHOWELL2.doc.pdf 5. B S N Raju (1995), Water Supply and Wastewater Engineering, Tata Mc-Graw-Hill Publishing Company Limited

12