You are on page 1of 29

TOPIK 3

KEWANGAN

HASIL PEMBELAJARAN
Menyatakan definisi kewangan dan kaitannya dengan
bidang lain
Mengenal pasti jenis-jenis penyata kewangan dan
kegunaannya
Menjelaskan maksud titik pulang modal dan mengetahui
cara pengiraan dan penggunaannya
Mengenalpasti item-item yang terdapat dalam penyata
kewangan dan belanjawan tunai
Menyediakan penyata kewangan dan
belanjawan tunai mengikut format yang
tepat

DEFINISI
KEWANGAN suatu seni dan sains
dalam menguruskan wang yang
melibatkan penentuan nilai dan pembuat
keputusan yang terbaik dalam aktiviti
kewangan

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang
digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Terbahagi kepada dua iaitu;
Aset Tetap
Aset Semasa

Aset Tetap
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan
untuk tujuan jualan semula.
Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh
perniagaan.
Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas),
Premis, Lekapan dan Lengkapan /
Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja)
dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip,
mesin kira, mesin fotostat).

Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu
tempoh perakaunan.
Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam
tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh
perakaunan.
Contoh; Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai,
Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.

Liabiliti
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau
perkhidmatan.
Terbahagi kepada dua iaitu;
Liabiliti bukan semasa (Liabiliti jangka panjang)
Liabiliti semasa (Liabiliti jangka
pendek)

Liabiliti Bukan Semasa


Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik
dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih
daripada satu tahun.
Contoh; pinjaman bank

Liabiliti Semasa
Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka
masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau
setahun.
Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru

Ekuiti
Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal
yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan
untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.

KAITAN KEWANGAN DENGAN


BIDANG LAIN
Dalam perniagaan seperti pengeluaran,
pemasaran dan pengurusan sumber
manusia.
Dalam bidang pentadbiran, piawai
kecekapan sesebuah organisasi
perniagaan bergantung kepada
kecekapan pengurusan kewangannya.

PERANAN PENGURUS
KEWANGAN
Membuat analisis dan perancangan
kewangan
Mengurus struktur aset syarikat
Mengurus struktur modal syarikat
Menjaga kecairan dan keberuntungan
syarikat

PENYATA KEWANGAN
penyata yang disediakan oleh pihak pengurusan
sesebuah syarikat kepada pemegang saham berhubung
dengan pengendalian sumber-sumber yang
diamanahkan kepada mereka.
merupakan alat perhubungan antara pengurus dengan
pihak-pihak yang berminat ke atas syarikat
Penyata kewangan disediakan pada hujung
sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari
keuntungan dan mengetahui kedudukan
kewangan sesebuah perniagaan.

SAMB..
memberi perlindungan kepada aset-aset
pelaburan dalam perniagaan, memastikan yang
aset-aset perniagaan dikendalikan dengan
sempurna dan juga sebagai alat bagi
menyempurnakan tugas pengawasan
penyata kewangan perlu mengandungi
maklumat-maklumat tentang prospek
masa depan di samping menerangkan
prestasi-prestasi masa lepas.

PENYATA PENDAPATAN
Penyata Pendapatan menunjukkan semua hasil
yang diperoleh dan di belanja yang terlibat bagi
suatu tempoh perakaunan.
penyata pendapatan dapat mengukur prestasi
perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan.
Untung bersih diperolehi jika hasil melebihi
belanja, sebaliknya rugi bersih dialami
apabila belanja melebihi hasil.

SAMB
Maklumat yang terdapat pada Penyata
Pendapatan ialah:
Nama perniagaan
Tajuk atau penyata dan tempoh perakaunan
Butir-butir dan hasil perniagaan
Butir-butir dan jumlah belanja
perniagaan
Untung bersih atau rugi bersih

KUNCI KIRA-KIRA
penyata yang menunjukkan aset, liabiliti
dan ekuiti pemilik pada suatu tarikh
tertentu. Penyediaan Kunci Kira-kira
bertujuan untuk menunjukkan kedudukan
kewangan sesebuah perniagaan.

SAMB
Maklumat yang terdapat dalam Kunci
Kira-kira ialah:
Nama perniagaan
Tajuk dan tarikh penyata
Butir-butir dan amaun aset
Butir-butir dan amaun liabiliti
Ekuiti pemilik

SAMB.
Kunci kira-kira menerangkan :
Nilai aset yang dimiliki oleh syarikat
Jumlah liabiliti yang merangkumi liabiliti jangka pendek dan
liabiliti jangka panjang yang perlu dilunaskan oleh syarikat.
Nilai ekuiti syarikat termasuklah jumlah pelaburan pemegang
saham.
Pegangan aset semasa yang tinggi akan meningkatkan jumlah
kecairan syarikat.
Liabiliti menunjukkan jumlah pinjaman samada
tinggi atau rendah.

PENYATA ALIRAN DANA


Penyata Aliran Dana dihasilkan gabungan
antara Penyata Pendapatan dan Kunci
Kira-kira.
Juga dikenali sebagai Penyata Perubahan
Kedudukan Kewangan.

PERANCANGAN KEWANGAN
Perancangan kewangan melibatkan
ramalan keperluan kewangan untuk
keperluan jangka pendek seperti modal
kerja dan keperluan jangka panjang
seperti pembelian aset tetap, pelaburan
dan lain-lain.

Belanjawan Tunai

Jadual yang menunjukkan baki tunai awal, anggaran wang masuk


dan anggaran wang keluar bagi satu tempoh masa akan datang.

Belanjawan tunai boleh disediakan dalam tempoh tiga bulan, enam


bulan dan setahun.

Pada akhir tempoh masa, belanjawan tunai menunjukkan syarikat


mengalami lebihan atau kurangan tunai.

Dalam belanjawan tunai, hanya urusniaga yang


melibatkan tunai sahaja direkodkan.

Samb.
Kepentingan belanjawan tunai : Mengukur keupayaan tunai
Mengetahui pendapatan dan perbelanjaan
Alat kawalan berkesan
Membuat perbandingan
Motivasi
Sumber rujukan utama bank

Belanjawan Modal
Pelaburan jangka panjang akan
melibatkan satu jumlah penggunaan dana
yang banyak.
Tujuannya adalah untuk memaksimumkan
keuntungan syarikat.

Samb
Bagi mengelakkan kesilapan dalam
membuat keputusan belanjawan modal
beberapa kaedah penilaian boleh
digunakan :
Kaedah Tempoh Bayaran Balik (TBB)
Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB)
Kaedah Kadar Pulangan Dalaman
(KPD)

You might also like