You are on page 1of 2

Penjelajahan Dan Penerokaan

Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
1. portugal
2. Sepanyol
3. Belanda
4. Inggeris
Laluan Eropah ke Timur
Atlantik
Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.
Sebab-sebab penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.
1.Barangan Timur
Ingin mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur.
2.Galakan Raja
Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan
galakan menjelajah ke Timur.
3.Perjanjian tamatkan persaingan.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah
jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
4.Keuntungan dagang empahr.
Peragangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah.
5.Penyebaran kristian.
Ingin menyebarkan agama kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah.
6.Monarki baru dan galakkan.
Kemunculan Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda menggalakan penjelajahan dan
penerokaan ke seberang laut.
7.Kebanggaan utk menjajah.
Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah
sebagai kebanggaan bangsa.
Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat.
1.Iktiraf kekuatan Eropah
Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
2.Syarikat Perdagangan
Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke
Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur.
3.Pembekal Barangan kepada Eropah.
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
4.Kuasai pusat dagangan
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
5.Kayakan negara Eropah
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di
Eropah.
6.Jalan Laut dikuasai
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut Cina Selatan dikuasai oleh
Portugal.
7.Sebar Kristian
Penduduk tempatan menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian.
8.Hapus Tamadun Tempatan

Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan


tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
9.Hijrah Masyarakat Eropah
Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah
masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
10.Eksploitasi Buruh tempatan
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang
mereka.
11.Petempatan diluar Eropah
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa
Sepanyol.
Sikap untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga
zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah.
1.Ilmu
Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
2.Inkuiri
Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
3.Gigih
Kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat.
4.Berani
Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasameneroka lautan
serta daratan.

You might also like