You are on page 1of 17

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu hari ini melalui banyak peristiwa dalam menongkah masa, sebelumnya
menjadi sebuah lingua franca yang mana martabatnya diangkat, tatkala zaman berubah, bahasa
Melayu semakin hilang taring dan kuasanya, namun hari ini kedudukannya sebagai bahasa utama
negara Malaysia sudah terjamin, dari segi peruntukkan dalam perlembagaan dan juga
penggunaannya yang luas. Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid
yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983,
penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan
mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan
sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat
Malaysia, dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasabahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan
bahasa-bahasa yang lain walaupun kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
rasmi sering tercabar pada masa kini.
Banyak cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Justeru itu, kerajaan telah mengorak langkah dalam mempertahankan bahasa
tersebut. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa
Melayu di mata dunia seperti program Bulan Bahasa, Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan, Bahasa
Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan
sebagainya.
Bahasa kebangsaan sesebuah negara hendaklah bersifat standard atau baku, kerana
dengan bersifat demikian barulah dapat bahasa itu menjalankan tugasnya dengan berkesan
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pengantar ilmu yang tinggi dan bahasa perhubungan rakyat
jelata. Sesuatu bahasa haruslah distabilkan dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk
memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik. Salah satu aspek pengekodan bahasa ialah
pembentukan norma yang diterima dan digunakan sebagi panduan oleh penutur bahasa tersebut.
Justeru, dalam kertas kerja ini akan membincangkan tentang Pengajaran Tatabahasa Dalam
Konteks
tatabahasa.

yang berkaitan dengan prinsip-prinsip, kaedah dan teknik dalam pengajaran

1.0 Prinsip Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang
betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta
penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa,
terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui.Pertama, guru
perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada
murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran
seseorang guru itu dengan lebih bermakna.

Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan
kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru.
Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap
kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan
ada yang murid yang lambat (slow learner). Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi
pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid. Di
samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang banyak.
Latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau
lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh. Melalui
latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang
mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya
bagi membantu murid-murid tersebut.
Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan
menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.
Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu

menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang
disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan
memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah. Sebelum seseorang guru mengajar aspek
tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna
seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan.
Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan
tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah menepati kehendak sukatan dan
mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid mempelajari tatabahasa.
Aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa. Walau bagaimana pun,
prinsip pengajaran tatabahasa tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan
rumus atau hukum bahasa tersebut. Sudah mencukupi, kalau murid itu sudah memahami
penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga
menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di
samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian. Selain itu juga, prinsip
pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks
berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan penguasaan dalam aspek
tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan peraturannya akan dapat
membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.

PENGAJARAN TATABAHASA DALAM KONTEKS


Ada beberapa istilah dan konsep yang perlu diberi definisi yang berkaitan dengan
pengajaran tatabahasa supaya kita dapat melihat dengan jelas kepentingannya. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa di dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa, banyak
waktu yang digunakan untuk mengajar tatabahasa. Justeru, dalam hal ini istilah
pendekatan, kaedah dan teknik juga perlu kita ketahui terlebih dahulu.

Pendekatan
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran
tatabahasa. Antaranya pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektik dan
pendekatan 4P(Pengenalan, Penyampaian, Penilaian, Penerapan).
Pendekatan induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu
proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, murid diajar sesuatu bahan
pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan
pelajaran tersebut. Menurut John, M.Kierzik dan Walker Gibson(1960), pendekatan
induktif dimulakan dengan sesuatu sebab ata contoh dan bergerak ke hadapan kepada
satu generalisasi. Dalam hal ini, guru akan mengumpulkan contoh-contoh daripada teks,
menunjukkan dan menerangkan bagaiamana ai berfungsi dan membantu murid untuk
menghasilkan satu kesimpulan yang sesuai.

Pendekatan

deduktif

pula

merupakan

satu

pendekatan

mengajar

yang

mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu. Seperti


pendekatan induktif, pendekatan deduktif juka memerluka penaakulan yang tinggi.
Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan dimulakan dengan melihat hukumhukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu. Dari sini, pembelajaran akan
diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh atau
mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberi. Dalam pengajaran yang
menggunakan pendekatan ini, murid akan menuju ke sesuatu fakta dengan menggunakan

peraturan, formula, maklumat-maklumat tertentu, syor-syor atau generalisasi yang telah


diterima terlebih dahulu. Dalam hal ini, sewaktu belajar, pemikiran murid akan bergerak
daripada yang am kepada yang lebih khusus.

Pendekatan 4P

ialah satu lagi pendekatan yang dianggap berkesan untuk

penguasaan tatabahasa. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Floyd Bergman (1970) yang
menggunakan kependekkannya sebagai I.D.E.A. Menurut pendekatan ini, pengajaran
unsur-unsur tatabahasa boleh dijalankan dalam empat peringkat iaitu Pengenalan
(Introduction),

Penyampaian

(Deliberation),

Penerapan(Application). Pendekatan 4P

Penilaian(Evaluation)

dan

menggabungkan segala kebaikan yang ada

dalam pendekatan induktif dan deduktif. Sesuai dengan pendapat golongan menatalis dan
behaviuris, Bergman yang mengasaskan pendekatan ini tidak menolak keupayaan mental
dan keperluan persekitaran dalam proses pembelajaran. Beliau mempercayai bahawa
pembelajaran unsur-unsur tatabahasa memerlukan proses mental di samping banyak
ulangan, latihan dan latih tubi. Dari segi aktiviti-akitivti yang perlu diketengahkan,
gabungjalin ketiga kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis
adalah ditekankan.

Pendekatan elektik pula merupakan satu pendekatan yang diwujudkan hasil


daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Ia menggabungkan segala ciri baik
yang terdapat dalam pendekatan tersebut untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran tertentu. Pengambilan ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini
bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
seimbang, berfaedah dan berkesan.

Kaedah
Menurut Abdullah Hassan(1986), kaedah adalah sebagai langkah-langkah atau
peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagianbahagiannya , sesuai dengan pendekatan yang dipegangnya. Beberapa kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran tatabahasa iaitu antaranya kaedah nahu terjemahan, kaedah
terus, kaedah audio-lingual(dengar sebut), kaedah kognitif dan.

Kaedah nahu terjemahan menitikberatkan pelajar-pelajar menghafaz rumus-rumus


tatabahasa dan ayat-ayat yang dikemukakan oleh pelajar mengarah kepada pola atau
struktur yang terdapat dalam rumus tatabahasa berkenaan. Perbendaharaan kata diberikan
di pangkal pengajaran menerusi terjemahan dan tumpuan pengajaran kerap mengarah
kepada kesalahan umum dalam penggunaan bahasa. Kaedah ini lebih cenderung
menghurai bahasa tulisan dan mengetepikan langsung bahasa pertuturan atau kemahirankemahiran komunikasi terlalu banyak tekanan pengajaran diarahkan kepada pengetahuan
peraturan bahasa dan kekecualian-kececualiannya.

Kaedah terus pula yang dikemukakan oleh Berlitz menekankan penggunaan


struktur dan perbendaharan kata bahasa seharian dalam situasi yang aktif. Komunikasi di
dalam kelas terbentuk melalui interaksi antara guru dengan murid. Bahasa sasaran terus
atau langsung diajar tanpa menggunakan terjemahan-terjemahan daripada bahasa ibunda.
Bahan-bahan pengajaran disusun mengikut rumus-rumus nahu dan disampaikan secara
latih tubi bagi membiasakan pelajar dengan pola-pola atau struktur ayat yang
dipelajarinya Kemahiran berbahasa akan terbentuk melalui latihan yang berulang-ulang
melalui pertuturan.

Kaedah dengar sebut(audio-lingual) ini berorientasikan kemahiran mendengar dan


bertutur, walaupun kemahiran membaca dan menulis tidak ketinggalan. Kaedah ini juga
menekankan program pembelajaran bahasa untuk perhubungan atau komunikasi. Ada

empat ciri kaeda dengar sebut ini seperti mana yang diketengahkan oleh Abdul
Majid(1980) iaitu :

biasanya setiap perkara yang hendak dipelajari disampaikan dalam bentuk lisan , sebelum
perkara tersebut wujud dalam bentuk tulisan

kaedah pembelajaran bergantung kepada kebolehan menganalisis perbezaan di antara


bahasa penutur dengan bahasa yang dipelajari secara saintifik

penekanan harus diberikan dalam latih tui mengenai bentuk bahasa itu dinamakan latihan
pola(pattern practice)

memerlukan keadaan yang nyata di dalam perhubungan di antara individu dengan


individu yang lain.

Selain daripada ciri-ciri tersebut, kaedah dengar sebut ini mengutamakan dialog sebagai
alat yang ampuh menerangkan sesuatu bahasa dan penekanan yang berulang-ulang untuk
melahirkan suatu tabiat. Kaedah ini tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran ilmu
tatabahasa dan menolak pendekatan kaedah nahu terjemahan yang berbentuk intelektual yang
cuba menghuraikan permasalahan bahasa. Proses pembelajaran dilihat sebagai satu tabiat dan
pelaziman tanpa melibatkan analisis yang bersifat inteletual atau menggerakkan daya fikir
dan kreatif. Latihan-latihan berbentuk mudah dan aktif supaya pembelajaran tidak dianggap
sebagai satu bebanan pemikiran. Kaedah ini juga menerapkan penggunaan peralatan
mengajar seperti benda-benda maujud, gambar dan makmal bahasa. Penekanannya
disampaikan secara berulang-ulang untuk membiasakan penggunaan bahasa seperti menerusi
teknik latih tubi yang membolehkan para pelajar membuat gerak balas hasil daripada
rangsangan guru.

Kaedah kod kognitif ini lebih bersifat analisis sedangkan kaedah dengar sebut pula
digerakkan secara analogi. Perbezaan yang jelas antara kaedah dengar sebut dengan kaedah
kognitif ini ialah penggunaan pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Dengan
analisis, pelajar menggunakan fikirannya untuk memahai sesuatu rumus tatabahasa. Azman
Wan Chik (1968) menerapkan beberapa ciri kaedah kognitif iaitu menguasai dengan secara
sedar pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal sesuatu bahasa, pembelajaran dengan
menganalisis pola-pola dan menekankan pemahaman para pelajar akan struktur sesuatu
bahasa daripada kesenangan menggunakan struktur tersebut. Para pengkaji pendidikan
menyifatkan kaedah ini merupakan lanjutan atau penyesuaian kaedah nahu terjemahan.
Dalam bentuknya yang baru, kaedah ini memberatkan soal penguasaan bahasa secara sedar,
iaitu bahasa sebagai satu sistem yang bermakna.

2.0 Kaedah Pengajaran tatabahasa secara tidak langsung (Rancangan Pengajaran Harian)
Berikut merupakan sebuah rancangan pengajaran harian bahasa Melayu yang
menggunakan kaedah tidak langsung dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu, mengikut
Noraini (2003), pengajaran secara tidak langsung merupakan satu penekanan dibahagian yang
penting dan memerlukan latihan agar dapat memberikan kesan terhadap murid tersebut.
Rancangan Pengajaran Harian
Tahun

: 4 Nilam

Bilangan murid : 30 orang


Masa

: 7.30-8.30 pagi

Tema

: Keluargaku sayang

Tajuk

: Keluarga Bahagia

Fokus utama
: 5.1
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul

Fokus sampingan : 8.1

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Objektif :
Akhir pembelajaran, murid dapat :
i) membaca kuat teks Keluarga Bahagia dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi perbualan
iii) membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja dengan betul.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa Kata panggilan dan kata ganti nama diri

Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah


Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori

ALAT BANTU MENGAJAR

Video Lagu Keluarga Bahagia-Saujana

Teks cerita Keluarga Bahagia

Komputer

LCD

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.

Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Pembelajaran
Video Lagu Keluarga
Bahagia- Saujana.

Set Induksi (5 minit)

Soalan :

Apakah keluarga?

Keluarga terdiri
daripada?

Murid menonton
tayangan video
Lagu Keluarga
Bahagia
Murid bersoal
jawab dengan guru
berdasarkan video
dan lirik lagu
tersebut.

Kemahiran berfikir

Nilai : Kasih sayang

BBM :

Klik di bawah untuk


paparan video "Lagu
Keluarga Bahagia"

Teks Keluarga Bahagia

Langkah 1 (20 min):

Video "Lagu
Keluarga Bahagia"

Kemahiran membaca

Soalan :

Apakah peranan
ayah?

Apakah sifat ibu?

Penggunaan kata
panggilan dan kata ganti
nama diri

Murid membaca
kuat teks tentang
Keluarga Bahagia
secara kelas,
kumpulan dan
individu.
Murid dan guru
bersoal jawab
tentang petikan
yang dibaca.

Langkah 2 (20 min):

Guru menerangkan
kegunaan kata
panggilan dan kata

BBM

Klik di bawah untuk


paparan teks "Keluarga
Bahagia"

Teks Keluarga Bahagia

Kemahiran Lisan

ganti nama diri.

Ayat tunggal

Murid
mengeluarkan kata
panggilan dan kata
ganti nama yang
terdapat dalam
petikan.

Murid melakonkan
satu situasi yang
diberikan oleh guru
dengan
menggunakan kata
panggilan dan kata
ganti nama yang
betul.

Langkah 3 (10 min)

Kata kerja
Contoh :

Ibu memasak di
dapur.

Abang bermain bola


dengan adik.

Rumusan Pengajaran

Murid dikehendaki
membina ayat
tunggal
berdasarkan kata
kerja yang diberikan
oleh guru dengan
menyelitkan kata
panggilan dan kata
ganti nama diri
yang telah dikenal
pasti daripada
petikan tadi.

Penutup (6 min):

Guru bersoal jawab


dengan murid
tentang dapatan
pengajaran pada

Nilai : Kasih saying

hari tersebut.

Menekankan
kembali isi
pelajaran

3.0 Masalah murid dalam pembelajaran tatabahasa


Pembelajaran mengenai tatabahasa adalah satu pembelajaran yang sukar terutamanya buat muridmurid, timbul pelbagai permasalahan daripada aspek pengajaran sehinggalah penerimaan murid
terhadap input yang diberikan. Antara factor utama penyebab permasalahan adalah kebosanan,
sememangnya pada bahagian tatabahasa ini, bosan adalah disebabkan oleh terlalu banyak komponen
yang perlu dihafal disamping teknik yang tidak begitu berkesan digunakan oleh guru untuk
menyampaikan maklumat ataupun intipati pengajaran tatabahasa tersebut. Disamping itu, kebosanan
wujud akibat ketidakpelbagaian guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dalam erti
kata yang mudah, guru tidak menggunakan teknik yang menarik untuk mengajar tatabahasa ini.
Menurut Mook(2009), pengajaran untuk komponen rumit memerlukan pembudayaan yang gembira
bagi melancarkan penerimaan ilmu, tetapi hakikatnya permasalahan utama bosan ini sebenarnya
bersinkronasi daripada guru yang tidak kompeten mengajar dan akhirnya mewujudkan masalah utama
iaitu bosan. Selain daripada kebosanan, maslaah yang seterusnya adalah penggunaan teknik yang
salah oleh guru yang mengajarkan tatabahasa, teknik ataupun kaedah adalah stau elemen
pemudahcara kepada murid-murid, sekiranya penggunaan teknik salah, maka secara keseluruhannya
pengajaran itu akan menjadi gagal.

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan ada
juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang
biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini
bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau
rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan
contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan
bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik
dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat

untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik
yang digunakan tidak menarik perhatian murid.
Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada
murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik
yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih
berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta
forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan
perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak
membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru
cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh
pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu
bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus
atau peraturan yang khusus.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan
tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak
lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping
menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu
menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan
arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu
tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata
yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.
Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa
bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.
Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek
tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga
Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di
samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga
boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau

bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak
dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah
untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen,
prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran
tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh
menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran
tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat
mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat untuk belajar tatabahasa.
Bagi pelajar-pelajar tahun 6, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau
risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar
mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada
petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di
dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah
menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut.

Rujukan
Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi Dan Sintaksis Untuk
Guru Dan Pelajar. Pahang : PTS Publications& Distributors Sdn. Bhd.

Asraf (1992). Revisi Lengkap PMR Tatabahasa. Tingkatan 1, 2 dan 3. Selangor


Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(1986). Tatabahasa Dewan, Jilid 1: Ayat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Hj. Musa (1989). Tatabahasa Dewan,
Jilid 2:Perkataan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hisham Osman (2002). Penjodoh Bilangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

You might also like