You are on page 1of 15

TAJUK KAJIAN :

MASALAH PONTENG DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA DI


SEKOLAH RENDAH.

1.0.

PENDAHULUAN
Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan

penting ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Menurut Dictionary of Education,


disiplin adalah peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku muridmurid melalui hukuman atau ganjaran.
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1979),
disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun
membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu
lain dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Kebanyakan ahli sosiologi bersetuju dengan definisi umum yang
menyatakan masalah sosial ialah keadaan sosial (seperti kemiskinan) ataupun
satu corak tingkah laku (penyalahgunaan) yang boleh mendatangkan rasa tidak
puas hati kepada masyarakat dan menyebabkan berlakunya sesuatu perubahan.
Auguste Comte (1798-1857), seorang pengasas sosiologi menyatakan
bahawa masyarakat diibaratkan seperti organisma hidup. Sama seperti otot, tisu,
dan organ dalam tubuh manusia yang mengawal tubuh secara keseluruhan,
masyarakat juga terdiri daripada komponen-komponen kecil yang menyumbang
kepada keberlangsungan dan pemeliharaannya.
Ini turut diakui oleh Parsons (1951) yang menyatakan bahawa masyarakat
adalah sesuatu yang stabil, suatu sistem tersusun yang terdiri daripada pelbagai
komponen yang menyumbang kepada kestabilannya secara keseluruhan.
1

Komponen yang terdiri daripada keluarga, ekonomi, pendidikan dan kerajaan


sangat penting dalam memastikan keperluan masyarakat sentiasa terbela.
Setiap institusi juga menjalankan fungsi unik dalam menjaga kestabilan dan
melahirkan individu mulia (Merton, 1968).
Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap
disiplin pelajar di sekolah berkenaan.

Ini bermaksud disiplin pelajar akan

mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah sekolah. Disiplin pelajar


merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran peraturan sekoloh
(Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah.
Terdapat Surat Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar Dan Guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang
telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di
sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok,
bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan sebagainya.
Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas
pelajar sekolah rendah di salah sebuah sekolah rendah Daerah Kinta, Ipoh
Perak. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab pengkaji mendapati kes ponteng
kelas pelajar di sekolah yang berkenaan begitu ketara dan merunsingkan
(berdasarkan bilangan kes oleh guru-guru mata pelajaran dan kelas).
Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada guru-guru yang
mengajar mengatakan bahawa bilangan pelajar yang ponteng kelas amat serius
dan sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Masalah ponteng kelas ini
telah terserlah apabila diperhatikan ramai pelajar yang berkeliaran dan merayaurayau di kawasan sekolah mahupun ketidakhadiran sekolah berkenaan pada
waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan
dikumpul dengan melalui pertama, rekod Buku Kawalan Kelas dari setiap kelas
2

seperti yang dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar kelas
berkaitan.

Kedua, berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada data guru

disiplin. Seterusnya, senarai semak dan borang soal selidik diberi kepada
responden yang terlibat dalam kes ponteng kelas.
Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan
sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi
ponteng kelas di kalangan pelajar. Di samping itu juga pemerhatian dengan
tindak-tanduk pelajar ponteng kelas juga diambil kira dalam kajian ini.
Oleh yang demikian, maka kajian ini ingin mengenal pasti dan mendalami
sejauh manakah tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kelas ini
menular. Ianya dikaji dari perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini
agar dapat menyenaraikan cara-cara/langkah-langkah untuk mengatasi masalah
ponteng kelas dan seterusnya pihak pentadbir sekolah akan mengambil langkahlangkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kelas ini pada masa akan
datang.

2.0.

OBJEKTIF KAJIAN

2.1.

Mengenal pasti kekerapan ponteng kelas pelajar

2.2.

Mengenal pasti punca-punca ponteng kelas pelajar menengah atas


di salah sebuah sekolah menengah Daerah Kinta.

3.3.

Mengenal pasti cara mengatasi masalah ponteng kelas pelajar

3.0.

PERSOALAN KAJIAN
3.1.

Sejauh manakah kekerapan ponteng kelas

3.2.

Apakan di antara punca kadar ponteng kelas pelajar?

3.3.

Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar atas


mengikut faktor berikut:

a. Faktor diri (minat)


b. Faktor Guru
c. Peranan rakan sebaya
d. Keceriaan Keluarga
e. Faktor persekitaran
3.4.

Apakah persepsi pelajar terhadap cara mengurangkan masalah


ponteng kelas pelajar

4.0.

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:


i.

Responden pelajar yang terlibat dalam ponteng kelas di sekolah yang


dikaji.

ii.

Lokasi kajian hanya melibatkan salah sebuah sekolah rendah


kebangsaan yang terletak di Daerah Kinta.

iii.

Pemerhatian dilakukan berdasarkan kelas yang banyak pelajar yang


terlibat kes ponteng kelas.

iv.

Maklum balas instrumen bergantung kepada kesungguhan dan


ketelusan responden bergantung kepada skala likert.

v.

Oleh kerana kajian ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat
sahaja, maka bilangan responden yang terlibat hanya 41 orang sahaja.

5.0.

Analisis Data

Data yang dikumpul dianalisis dengan bantuan pengisian perkomputeran.


Diskritif statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai dapat dikonstruk dan
mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng kelas pelajar dan
menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara menangani ponteng kelas di
sekolah.
Jadual 1:
Pengelasan Ponteng kelas Responden Kepada Sangat Kerap, Kerapkali, dan
Sekali-sekala.
Sangat Kerap

11 kali dan ke atas

Kerapkali

5 10 kali

Kekerapan
Peratus
Sangat Kerap

Kerapkali

Sekali sekala

darjah

Keseluruhan

darjah 6

18

75.0%

12.5%

12.5%

24

100%

darjah 5

66.7%

8.3%

25.0%

12

100%

darjah 4

0.0%

80.0%

20.0%

100%

26

63.4%

19.5%

17.1%

41

100%

Jumlah
Besar

Jadual 2: Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut tahun

Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa


apabila seseorang pelajar yang ponteng kelas lebih daripada 11 kali adalah
dikategorikan dalam sangat kerap ponteng kelas.

Pelajar yang dikatakan

kerapkali ponteng kelas adalah ponteng kelas antara lima hingga 10 kali dalam
5

tempoh berkenaan. Manakala pelajar yang ponteng empat kali dan ke bawah
dikategori ponteng kelas sekali-sekala.

Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan


kekerapan ponteng kelas pelajar mengikut darjah yang dipetikan daripada Buku
Kedatangan sesi persekolahan dari bulan Januari hingga Julai .

Ianya

melibatkan kelas darjah empat, lima dan enam. Seramai 41 responden dipilih
daripada 177 populasi yang terlibat dalam ponteng kelas. Semua responden
yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. Responden dipilih
secara rawak dari setiap kelas. Antara responden ini, 15 orang daripada darjah
empat, 21 orang daripada darjah lima dan 5 orang daripada darjah enam.
Hanya 41 responden yang dipilih adalah disebabkan kesuntukan masa
dalam mengumpul data.

Ini menyebabkan pengkaji tidak sempat memberi

borang soal selidik untuk pelajar yang lain. Begitu juga terdapat responden yang
tidak mahu memberi pendapat dalam kajian ini. Kumpulan pelajar ini merasa
ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka walaupun pengkaji
menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan.
Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan
kekerapan ponteng kelas mengikut darjah menunjukkan bahawa responden
adalah dianggap sangat kerap ponteng kelas. Antaranya didapati pelajar darjah
empat mempunyai peratus kekerapan ponteng kelas paling tinggi, iaitu 75.0%
berbanding dengan 66.7% bagi darjah 5. Didapati juga 4 orang pelajar darjah 6
yang kerapkali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat 17.1% pelajar
yang sekali sekala ponteng kelas.
Antaranya yang melibatkan 15 orang responden perempuan dan 26 orang
responden lelaki.

Analisis kajian ini menunjukkan bahawa responden lelaki


6

adalah lebih kerap ponteng kelas berbanding dengan responden perempuan.


Maka faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas juga disoal selidik dan
dianalisis sebagai tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng
kelas.

6.0.

PUNCA MASALAH PONTENG

Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti


mengikut pandangan murid murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan
persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang
dikaji. 17 kes telah dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 13 kes dari
faktor persekitaran, 7 kes dari faktor keluarga dan 4 kes dari faktor sekolah.
Bil

Punca Salahlaku

Bilangan Kes Salahlaku

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Diri Pelajar

13

17

Keluarga

Persekitaran

10

13

Sekolah

32

41

Jumlah

Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun 2015


6.1.

Faktor diri murid

17 daripada 41 orang murid telah dikenalpasti melakukan salahlaku kerana


kehendak diri sendiri. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri,
berdikari dan membina keyakinan diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka
ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri.
6.2.

Faktor keluarga
7

7 daripada 41 orang murid telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga.


Ada murid yang terpaksa ponteng kerana terpaksa menjaga adik-adik di rumah
kerana kedua ibu bapa bekerja. Selain itu, ada yang ponteng kerana letih
membantu ibu bapa berniaga hingga lewat malam. Ibu bapa juga tidak
mementingkan pendidikan anak-anak kerana sibuk mencari rezeki. Ada juga
murid yang ponteng kerana masalah kenderaan untuk ke sekolah.
6.3.

Faktor persekitaran

13 daripada 41 orang murid melakukan salahlaku kerana faktor persekitaran


terutamanya dari rakan sebaya. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung
kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan
sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap
dan pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun
tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Begitu juga dengan pendapat
Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak
piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh
oleh rakan sebaya.
6.4.

Faktor sekolah

4 daripada 41 orang murid telah melakukan salahlaku kerana faktor sekolah.


Faktor guru dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk ponteng
kelas.

Ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan, seterusnya

responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005)
bahawa guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota sematamata. Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan
pelajar untuk belajar.

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid


melakukan perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai
kelemahan rohani yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama.
Selain itu, faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi
penyebab perlakuan salahlaku pelajar pelajar di sekolah yang dikaji.

7.0.

ALTERNATIF PENYELESAIAN MASALAH

Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi masalah


salahlaku dalam kalangan pelajar iaitu:
7.1.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, pentadbir


sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang ringan masalah
salahlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program
yang berterusan mencegah aktiviti salahlaku di sekolah perlulah
dilipat

gandakan

serta

dinilai

keberkesanannya.

Pelbagai

pendekatan harus dilakukan demi mencegah masalah ponteng


dalam kalangan pelajar dari terus berleluasa. Salah satu contoh
pendekatan iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau
menggunakan

tiga

pendekatan

untuk

menangani

masalah

salahlaku individu iaitu;


a)

Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajarpelajar mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan
oleh sekolah. Secara unggul, pendekatan ini menegaskan
bahawa semua salahlaku akan dikenakan tindakan yang
serius.

b)

Pendekatan undang-undang

iaitu berdasarkan

kepada

peraturan atau undang - undang yang ditetapkan dalam


Ordinan

Pelajaran

dan

melalui

pekeliling

Ikhtisas
9

Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu sendiri.


Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undangundang sekolah.
c)

Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan.


Ia satu pendekatan dimana pelajar yang bermasalah
salahlaku akan bertemu dengan guru disiplin atau kaunselor
dalam perbincangan tertutup untuk mendengar alasan,
perasaan

dan

motif

tindakan

mereka.

Kaunselor

menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku


dapat mengubah tingkah laku, perasaan dan pemikirannya
ke arah kebaikan. Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk
keagamaan

seperti

solat

berjemaah,

tazkirah

dan

sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar


perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani
dan rohani yang menjadi asas pembentukkan keperibadian
yang mulia berlandaskan nilai nilai islam khususnya bagi
pelajar Islam.

7.2.

Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan


salahlaku pelajar berlaku dalam kalangan pelajar pelajar
khususnya pelajar Tahap 2. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah,
guru dan ibu bapa perlu mengenal pasti punca-punca salahlaku
tersebut terlebih dahulu, kemudian rancangan pencegahan perlu
dibuat berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat
terutama pihak sekolah

dan guru

juga dicadangkan agar

mengadakan lebih banyak aktiviti yang berbentuk motivasi untuk


meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

10

7.3.

Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolahsekolah sedia ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS
merupakan salah satu unit sokongan kepada pelajar-pelajar untuk
meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut Zuraidah
(1988), konsep asas program ini ialah rakan bantu rakan. Dalam
konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas akan
berusaha memberikan bantuan kepada rakan-rakan di sekolah
yang

menghadapi

pelbagai

masalah

disiplin

dan

sosial.

Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang


tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah
dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salahlaku seperti yang biasa
berlaku.

7.4.

Kajian mendapati penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah


merupakan antara program yang tinggi keberkesanannya. Justeru
itu, sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan
ibu bapa dalam setiap program pencegahan yang dijalankan oleh
pihak

sekolah

adalah

sangat

diperlukan. Disamping

dapat

memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa juga perlu


diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah salahlaku ini.
Gejala salahlaku di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa pelajar
semakin

berani

mencabar

undang-undang

dan

tidak

takut

melakukan kesalahan jenayah. Setiap kali berlaku insiden negatif


seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di sekolah,
banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai
penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka
adalah orang yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan,
tetapi juga membesarkan dan mendidik anak-anak dengan
sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah pendekatan seperti
11

kemahiran

berkomunikasi,

kemahiran

kaunseling,

kemahiran

mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya.


Oleh itu, kemahiran kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki
dan diaplikasikan dalam sesebuah keluarga agar pembentukan
sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat

dikawal dan

dibimbing secara lebih efektif.


7.5.

Memandangkan salahlaku khususnya kes berat seperti bergaduh,


ponteng sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku di
dalam kawasan sekolah sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti
pihak Polis, pihak Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat
keseluruhannya adalah perlu untuk memantau kegiatan para
pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan
sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah
semata-mata, tetapi remaja juga perlu dididik untuk mematuhi
peraturan dan undang-undang ketika berada di luar kawasan
sekolah.

Penglibatan

semua

pihak

amat

diperlukan

demi

membentuk peribadi remaja yang lebih Gemilang dan Terbilang.


Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin
murid. Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di
kalangan

guru

guru

yang

bertanggungjawab

mengesan

menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Denda


yang dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan murid.
Semua staf hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan
tindakan disiplin ke atasu murid, memberi peringatan dan khidmat
bimbingan
7.6.

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya


mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir
iaitu membentuk disiplin yang baik dalam murid murid itu sendiri.
12

Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya


sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut.
Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya
mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan
teladan yang baik kepada murid murid dengan sentiasa
bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa
dan bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.

8.0.

CADANGAN DAN RANCANGAN TINDAKAN


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kelas

pelajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kinta. memandangkan kes


ponteng kelas yang dirujuk kepada guru kaunseling adalah begitu ketara
sehingga menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini secara langsung telah
mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian
akademik. isu. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi
sedikit impak kepada pihak sekolah supaya kes ponteng kelas dapat
dikurangkan sehingga minimum.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor
yang mendorong mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai
dalam menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan
pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah. Akan tetapi, pelajar
tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah
ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik.
Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau
masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui

di

manakah kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Dalam

13

membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya


kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan can make an difference.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak.

Begitu juga

dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:
1.

lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.

2.

guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran


semasa mengajar.

3.

profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan


menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang.

4.

pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang


dihadapi oleh pelajar dan guru.

5.

9.0

keceriaan bilik darjah perlu dijaga.

KESIMPULAN
Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di

Daerah Kinta di negeri Perak. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru
guru mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti atau
memilih jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan
seterusnya

mengenalpasti

strategi

atau

tindakan

yang

sesuai

untuk

mengurangkan serta mengatasi masalah tersebut.


Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang
dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 41 orang
daripada enrolmen 678 orang murid, bersamaan 6.04% pernah terlibat dengan
kes salahlaku sepanjang Januari hingga Julai tahun 2015.
Melalui kajian ini, guru guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan
prihatin terhadap kebajikan dan disiplin murid murid yang diajar. Ini dijangka
akan membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan
14

seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif,


inovatif dan bijak membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah
yang menyebabkan masalah disipilin murid.
Oleh sedemikian itu, semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan
konsisten dalam tindakan tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat Sifar
salahlaku disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.

15