You are on page 1of 109

..

HHP
PDDKKLLUUDDQQ
%%HHUUIILLNNLLUU

GDODP

3HQJDMDUDQGDQ
3HPEHODMDUDQ

 .HPDKLUDQ
          % H U IL N L U 
GDODP

3HQJDMDUDQGDQ
3HPEHODMDUDQ

JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur

APRIL 2002

Cetakan Pertama 2001


Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum


Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bibliografi: ms. 85
ISBN 983-222340-28-4
1. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinkingStudy and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul.
370.152

KATA PENGANTAR
Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan
atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan
masa kini dan masa depan.

Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi


tersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan
kurikulum.
Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan
suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk
menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.

Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul
serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN

HALAMAN

UNIT 1
Pengenalan

UNIT 2
Apakah Berfikir ?

UNIT 3
Kemahiran Berfikir Kritis

UNIT 4
Kemahiran Berfikir Kreatif

18

UNIT 5
Strategi Berfikir

28

UNIT 6
Kemahiran Menaakul

37

UNIT 7
Alat Berfikir

41

UNIT 8
Petunjuk Kemahiran Berfikir

46

UNIT 9
Metakognisi

53

UNIT 10
Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

56

UNIT 11
Pengoperasian Kemahiran Berfikir
Mata Pelajaran Sains
Mata Pelajaran Bahasa
Mata Pelajaran Kajian Tempatan
Mata Pelajaran Sejarah
Mata Pelajaran Pendidikan Seni

60
60
87
91
95
99

BACAAN LANJUTAN

102

UNIT 1

PENGENALAN

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen
khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata
pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian
Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan
(JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat
memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata
pelajaran.
Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.
Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur
utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.
MATLAMAT
Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir
dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi semua mata pelajaran.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti modul ini pendidik:
1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;
2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran;
3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;
4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada guru lain; dan
5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran
dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.

UNIT 2

APAKAH BERFIKIR?
%HUILNLU 

... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda
atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula


penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

pengalaman dan
(Fraenkel, 1980)

ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau


membuat penentuan .
(Beyer, 1991)

Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan


sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah.
PROSES BERFIKIR
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu
objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang
anda mungkin bertanya ialah :1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses
berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:
Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,


kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Proses Berfikir


MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan
mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.
Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir
menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN
BERFIKIR

KREATIF

Menjanakan idea
Menghubung kaitkan
Membuat inferens
Meramalkan
Membuat hipotesis
Mensintesiskan
Mengitlak
Membuat gambaran mental
Menganalogikan
Mereka cipta

KRITIS
MENAAKUL

Logik
Rasional

Mencirikan
Membandingkan dan
membezakan
Mengumpul dan
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengikut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Membuat kesimpulan

STRATEGI BERFIKIR
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan

KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada
kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu
diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas
sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.
Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah
membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang
sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul
dan mengelas.

UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS


Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.
1. Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah Penggunaan:
a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
b) Kenal pasti ciri.
Contoh :
Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat pada
haiwan tersebut.

Rajah 3.1 Gambar seekor haiwan


Kita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk
membantu kita mencirikan.

EHUPLVDL
Bermisai
Bermisai

EHUHNRU
Berekor
Haiwan
+DLZDQ

EHUNDNL

Berbulu
HPSDW

EHUEXOX

Berkaki
empat

Rajah 3.2

Rajah pancaran ciri haiwan

a) Lukiskan satu bulatan.


b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.
c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.
d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.
e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.
2. Membandingkan dan Membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.

Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)

Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.


Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contoh :
Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.
Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini.

Daun
GDXQ $A

Daun%B
GDXQ

Rajah 3.3 Gambar daun


Kita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untuk
membandingkan dan membezakan.

kasar
keras
licin

hijau
leper

kesat
lembut
panjang

Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun


a)
b)
c)
d)

Lukis dua bulatan yang bertindih.


Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A
Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B.
Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara
dua bulatan.

3. Mengumpulkan dan Mengelaskan


Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :
a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)
e)

Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.


Beri nama kepada kumpulan item itu.
Kenal pasti ciri lain.
Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.

Contoh :
Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,
baju hujan, pen dan pensil.
Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untuk
mengelas item-item tersebut.
a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.
b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan
kumpulan-kumpulan ini.
c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.

Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item

Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item


4. Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri
atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya:
1. Mudah difahami.
2. Item tertentu mudah dikesan.

Langkah penggunaan:
a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,
abjad, kronologi, corak atau masa.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis
susunan yang ditentukan.
d) Semak semula susunan.

Contoh :
Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik.
rentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini.

Binakan satu

Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas
mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam
kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh,
kacau ramuan dalam kolah, tarik............
Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6
untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadi
satu urutan yang logik.
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Imbas kembali semua langkah.


Pilih satu langkah sebagai permulaan.
Imbas kembali langkah yang seterusnya.
Pilih satu langkah yang lain.
Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.
Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia
langkah yang terkemudian.
g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun.
Isikan air
ke dalam
cerek

Letak
cerek
di atas
dapur

Pasang
api
dapur

Selepas
mendidih
padamkan
api

Masukkan
teh ke
dalam
penapis

Tarik

Kacau
ramuan
Dalam
kole

Masukkan
susu

Masukkan
penapis
ke dalam
kole..

Masukkan
air ke
dalam
kole

Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik


5. Menyusun Mengikut Keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau
kesegeraan.

10

Kemahiran ini digunakan untuk:


a) Menonjolkan perkara yang mustahak.
b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

Langkah penggunaan:
a) Tentukan matlamat anda.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau
lebih jauh kepada matlamat.
d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di
bawah.
e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.
Contoh :
Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampu
berpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan
alat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa .
Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untuk
menyusun item mengikut keutamaan.
a)
b)
c)
d)

Lukiskan beberapa anak tangga.


Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atas
Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya.
Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling
bawah.
Lampu berpendaflour
Televisyen
Perakam video
Radio
Seterika
Cerek

Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik

11

6. Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait
antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu
kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)

Tentukan pendapat atau kenyataan.


Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
Renung semula pendapat atau andaian.
Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

Contoh :
Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:
"Televisyen adalah penting kepada kehidupan".
Untuk menganalisis kita perlu:
a) Menentukan pendapat atau kenyataan:
kehidupan.

Televisyen adalah penting kepada

b) Huraikan andaian yang tersirat "penting kepada kehidupan" dari segi televisyen:
i.
ii.
iii.
iv.

Menyampaikan maklumat.
Berunsurkan pendidikan.
Boleh mengisi masa lapang.
Memberi hiburan.

c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada


kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang
berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan .
7. Mengesan Kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang
sesuatu.

12

Kemahiran ini digunakan apabila :


a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat
seseorang,
b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau
c. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.
Langkah penggunaan:
a)
b)

Nyatakan matlamat.
Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

c)
d)
e)

Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.


Pengitlakan yang keterlaluan.
Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan
bermuslihat).
Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.
Menyatakan pendapat sebagai fakta.

Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.


Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis
petunjuk.
Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.

Prasyarat: Pengetahuan tentang:


a)
b)

Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.


Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

Contoh:
Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8.
Kami ada cara
Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah
mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak
berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti
memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan.
Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu
berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan
datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya.
Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing
sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu.

Rajah 3.8 Petikan iklan


13

Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti.


Langkah
1. Nyatakan matlamat
2. Kenalpasti petunjuk
kecondongan

3. Analisis maklumat
4. Padankan pernyataan
yang berunsur
kecondongan dalam
petikan dengan jenis
petunjuk

Penerangan
Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai
unsur kecondongan
1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat
2. Pengitlakan yang keterlaluan
3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi)
4. Penyampaian yang berat sebelah
5. Menyatakan pendapat sebagai fakta
Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang
berunsur kecondongan.
Pernyataan Berunsur
Kecondongan Dalam
Petikan Iklan

Mengambil cetusan boleh


mengurangkan berat badan
Tanpa berlapar dan
melakukan senaman
Mengambil cetusan

5. Nilai sejauh mana


kecondongan
tersebut

Jenis-Jenis Petunjuk

Pengiklanan yang keterlaluan

Keterlaluan menyatakan
pendapat sebagai fakta
Pernyataan yang berbentuk
emosi atau bermuslihat
Boleh
Pengiklanan yang keterlaluan
Mengurangkan berat badan Persembahan atau
penyampaian yang berat
sebelah
Tanpa berlapar
Tanpa senaman
Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu
mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis
kecondongan "menyatakan pendapat sebagai fakta".

Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan


8. Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

14

Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:


a) Memilih sesuatu.
b) Menerima atau menolak sesuatu idea.
Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)
e)

Perhatikan idea atau pilihan.


Senaraikan ciri positif (kebaikan).
Senaraikan ciri negatif (kelemahan).
Beri wajaran kepada setiap ciri.
Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

Contoh:
Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut?
Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya
membuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
Positif
Pencapaian BI penting
Kepentingan BI
Pergaulan
Masa lapang dipenuhi
Memudahkan buat rujukan
Mengurangkan
pergantungan kepada ibu
bapa

Wajaran (+)
(1)

Negatif

Wajaran
(-)

Kos tuisyen
Waktu
Pergaulan bebas
Penghantaran

Jumlah wajaran (+)

Jumlah wajaran (-)

Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris
9. Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal
dan menyokong pernyataan.

15

Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).
b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.
c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak
perhubungan.
d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.
Contoh:
Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan
terhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masing
mempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkan
anak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotak
yang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah
3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini?
Untuk membuat kesimpulan kita perlu:
a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati
batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak .
b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk
melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber
cahaya.
c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber
cahaya.

16

'L OXDU
Di luar
ELOLN
GDUMDK
bilik

darjah
+DUL 3HUWDPD

+DUL .HHPSDW

+DUL .HODSDQ

'L GDODP
DOPDUL
Di dalam
WHUWXWXS
bilik
darjah

Rajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya

17

UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF


Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.
1. Menjanakan Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila:
a) Mencari idea baru.
b) Mencari alternatif.
Langkah penggunaan:
a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.
Contoh :
Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki
menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.
a) Tetapkan tajuk perbincangan :

Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.


b)

Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :

i. Menjual
ii. Mengumpul mengikut kelas
iii. Guna semula
iv. Bakar
v. Kambus
vi. Kitar semula

18

vii. Murid bawa balik ke rumah


viii. Bakar untuk guna semula
ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan
c) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, ideaidea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.
d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.
2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada
situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.
Contoh :
Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan
sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke
arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?
Untuk membuat inferens kita perlu :
a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai
baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka
berpisah.
b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.

19

c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan
tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.
3. Menghubung kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak.
Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)

Kenal pasti masalah.


Buat analisis tentang keadaan.
Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
Buat pernyataan tentang perkaitan.

Contoh :
Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa
merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab
sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu
keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak
pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan
ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?
Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk
menghubung kait.
a)
b)
c)
d)
e)

Kenal pasti masalah.


Tuliskan masalah di bawah sekali.
Kenal pasti kemungkinan sebab.
Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.
Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.

20

A ir s u ng ai tidak
m eng alir den gan laju

S u ng ai m en jad i
c etek

H ak is an tan ah
b erlak u

P enyerapan tan ah
kuran g baik

P ec em aran
S u ng ai
S is tem p erparitan
k uran g baik

P okok
d iteb ang
P em b ang un an
P es at

% D Q MLU

Rajah 4.1

Pohon Fikiran.

4. Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan
pilihan.
Langkah penggunaan :
a)
b)
c)

Perhati atau kumpul maklumat.


Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
Buat jangkaan yang paling sesuai.

Contoh :
Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan
Kerajaan berpindah ke Putra Jaya.
a) Kumpulkan maklumat
i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya
ii. Manusia semakin ramai setiap hari

21

iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat


iv. Kadar kemalangan meningkat
v. Bilangan pelancong bertambah
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :

Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang


c) Buat jangkaan yang paling sesuai :

Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang
sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan
asal.
5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah
bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.
Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu
eksperimen, kajian atau penyelidikan.
Langkah penggunaan :
a)
b)
c)
d)

Perhatikan suatu situasi atau keadaan.


Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

Contoh :
Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan
sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladang
ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan
hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.
Untuk membuat hipotesis kita perlu :
a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa .
b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):

22

i.
ii.
iii.

Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.


Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk
menghasilkan susu.
Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.

c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia
tidak boleh dijadikan hipotesis.
6. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,
perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.
Contoh 1:
Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum
kemerdekaan:
a)
b)
c)
d)

Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.


Hubung kaitkan antara peristiwa.
Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.
Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang
membawa kepada kemerdekaan negara.

7 Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

23

Kemahiran ini digunakan untuk:


a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal
Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)

Kumpulkan data.
Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
Buat kenyataan.

Contoh :
Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin.
Rancangan
Berita
Filem
Dokumentari
Komedi
Agama
Pendidikan
Sukan
Jadual 4.1 .

TV 1

TV 2

TV 3

Rancangan TV pada hari Isnin :

Untuk mengitlak kita perlu :


a) Mengumpul data:
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
b) Mencari pola yang sama:
Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.
d) Buat pengitlakan:
Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari
Isnin.

24

8. Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan
perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.
Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan
cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.
Langkah penggunaan:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.
Contoh :
Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk menganalogi kita perlu :
a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.
c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.
9. Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran.
Kemahiran ini digunakan untuk:
c) Memahami konsep yang mujarad
d) Mengingat konsep yang kompleks.
Langkah penggunaan :
a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.

25

Contoh :
Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi
secara tiba-tiba.
Untuk membuat gambaran mental kita perlu :
a) Bayangkan matlamat:

Keadaan apabila berlaku gempa bumi.


b) Menetapkan titik permulaan:

Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.


c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:

Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya?
Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?
d) Bina satu senario keseluruhan .
10. Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.
Langkah penggunaan :
a)
b)
c)
d)
e)

Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.


Janakan idea.
Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
Mencuba dan menguji idea.
Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Contoh 1 : (maujud)
Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.
Contoh 2 : (mujarad)
Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.
Contoh 3 : (mujarad)
Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.
26

Untuk mereka cipta kita perlu :


a) Kenal pasti cabaran.

Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.


b) Menjanakan idea

Membuat perhiasan rumah


Membuat pakaian
Membuat kapur
Membuat makanan
Membuat simen
c) Menjanakan idea khusus

Membuat tabung
d) Pilih satu reka bentuk
e) Membina, mencuba dan menguji.
f) Ulangi langkah-langkah.

27

UNIT 5 STRATEGI BERFIKIR


Unit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.

1. Mengkonsepsi
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.
Langkah penggunaan :
a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh.
c) Kelaskan ciri-ciri.
d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
mengubah suai konsep awal.
f) Bina konsep sebenar.
Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam
setiap langkah mengkonsepsi.
Contoh :
Berdasarkan tayangan video yang bertajuk BUKIT KEPONG dan LEFTENAN
ADNAN, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia.
Untuk mengkonsepsi :
a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.
Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filem
b) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh.

i.

Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan


mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran.

ii.

Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan


maruah bangsa dan dan negara.

28

dalam

Langkah mengkonsepsi

KBKK Utama

a) Mengenal pasti maklumat atau contohcontoh yang berkaitan

menjana idea
membanding dan membeza

b) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada


maklumat atau contoh-contoh.

mencirikan
menghubungkait

c) Mengelaskan ciri-ciri tersebut.

menghubung kait
mengumpul dan mengelas

d) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu


untuk membina konsep awal.

menghubungkait
mensintesis

e) Memberi maklumat atau contoh-contoh


lain untuk menguji atau mengubah suai
konsep awal yang telah dibina.

menjana idea
menghubungkait
mensintesis

f) Membina konsep sebenar

mensintesis
mengitlak

Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama


iii.

Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan


tabah menghadapi cabaran

iv.

Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut

v.

Negara kita, kita mesti pertahankan (dialog)

vi.

Prinsip perjuangan ialah :

cinta akan bangsa dan negara


sedia berkorban untuk mempertahankan negara
berjuang hingga ke titisan darah terakhir
bersatu padu
mematuhi prinsip
berusaha ke arah perkembangan negara

29

c) Kelaskan ciri tersebut.

Berbangga sebagai rakyat Malaysia


Bersemangat setia negara
Bersemangat kekitaan
Berdisiplin
Berusaha dan produktif

i.
ii.
iii.
iv.
v.

d) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal:

Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya.


Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat
setia negara.
e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau
mengubah suai konsep awal yang telah dibina
i.

Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari


Kemerdekaan.
Ulasan :

Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme

ii.

Cinta akan bangsa dan negara


bersyukur sebagai warganegara Malaysia
taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya

Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine


Ulasan:
Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotisme

f) Membina konsep sebenar.

Satu konsep yang mantap dibina :


Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat
setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.
Catatan :
Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan
konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan
konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua.

30

2. Menyelesaikan Masalah
Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,
mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.
Strategi ini digunakan apabila diketahui
a) tiada jawapan yang betul,
b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.
Langkah penggunaan:
a)
b)
c)
d)
e)

Kenal pasti dan fahami masalah.


Jelaskan masalah.
Cari alternatif penyelesaian masalah.
Lakukan operasi penyelesaian.
Nilaikan penyelesaian.
Langkah menyelesaikan masalah

KBKK
utama

a) Mengenal pasti dan memahami masalah

mencirikan
membanding dan membeza
mengumpul dan mengelas

b) Menjelaskan masalah

membuat inferens
menghubung kait
menjana idea
meramal
mengesan kocondongan
menilai
membuat gambaran mental
mensintesis
mensintesis
menyusun mengikut keutamaan
menganalisis
mereka cipta
menganalisis
mengesan kecondongan
menilai
membuat kesimpulan
mengitlak

c) Mencari alternatif penyelesaian masalah

d) Melakukan operasi

e) Menilai penyelesaian

Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir


kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah.

31

Contoh :

Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelaki
menghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai deras
dan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.
Untuk menyelesaikan masalah :
a) Kenal pasti dan memahami masalah :

Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada


dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah
dihanyut oleh arus.
b) Jelaskan masalah :

Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.


c) Cari alternatif penyelesaian masalah:
i.
ii.
iii.
iv.
d)

Ikat tali ke pokok lain yang teguh.


Terjun ke sungai untuk membantu.
Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga.
Dapatkan bantuan orang lain.

Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat


alternatif yang dipilih
Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.

e)

Nilaikan penyelesaian :
i.

Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak


kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3.

ii.

Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara
penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain.

32

Kesan
(Apakah akan berlaku jika pilihan ini
diambil?)

Sokong
atau tidak

Nilai
(Penting atau tidak kesan itu,
mengapa?)

a) Ambil masa untuk buka dan ikat


semula tali

Tidak

keadaan cemas perlu


tindakan cepat

b) Arus deras lebih cepat


menghanyutkan mereka

Tidak

mangsa perlu diselamatkan

c) Orang yang beri bantuan mungkin


terjatuh ke dalam sungai

Tidak

keselamatan diri perlu dijaga.

Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih


3. Membuat Keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif
berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Strategi ini digunakan untuk :
a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai
penyelesaian.
b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.
Langkah penggunaan :
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Kenal pasti matlamat untuk dicapai


Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat
Analisis semua alternatif mengikut criteria umum.
Susun alternatif mengikut keutamaan.
Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.
Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti
risiko, strategi dan nilai.
g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.

Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritis
dan kreatif yang utama dalam setiap langkah.

33

Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama


Langkah membuat
keputusan
a) Mengenal pasti matlamat

KBKK
utama
mencirikan
membanding dan membezakan
mengumpul dan mengelaskan
menganalisis

b) Mengenal pasti alternatif

menjanakan idea
membuat inferens
menghubung kaitkan
meramal
membuat hipotesis

c) Menganalisis alternatif

meramal
membuat gambaran mental
mengesan kecondongan
menilai

d) Menyusun alternatif

mensintesis
membuat urutan
menyusun mengikut keutamaan
menganalisis

e) Memilih sekurang-kurangnya
dua alternatif terbaik

menganalisis
menilai
mengitlak
membuat kesimpulan

f) Membuat keputusan

Membuat kesimpulan

Contoh:
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung
menyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibu
anda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurang
baik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60
minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Anda
tidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu anda
secepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus anda
lakukan?

34

Untuk membuat keputusan:


a)

Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.

Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama
ibu yang sedang nazak.
b)

Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat.


Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain
Alternatif 2: Cari formen/mekanik.
Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta
tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah
Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan
pertolongan

c)

d)

Analisis alternatif
Alternatif 1:

Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian.

Alternatif 2:

Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam.

Alternatif 3:

Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada


destinasi tetapi menakutkan.

Alternatif 4:

Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi


mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.

Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama.


i.

Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta


lain serta berdoa kepada Allah

ii.

Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan

iii.

Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain

iv.

Cari formen/mekanik.

35

e) Pilih dua alternatif yang paling baik


i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta
lain serta berdoa kepada Allah
ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan
f)

Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5


Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan
a. Menilai Alternatif (i)
Kebaikan
Semakin dekat ke destinasi
Masa tidak terbuang

Wajaran
10

Keburukan
Meletihkan
Kereta mungkin dicuri orang

9
19

Wajaran
2
4
6

b. Menilai Alternatif (ii)


Kebaikan
Kereta lebih selamat
Saya lebih selamat

Wajaran
4
8

Keburukan
Masa terbuang
Mungkin tidak sempat
jumpa ibu

12

Wajaran
5
7

12

g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik


Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan
untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan
wajaran keburukan untuk alternatif (ii).

36

UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKUL


Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.
Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan :
a)

Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.

b)

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

1.

Penaakulan Secara Induktif

Membuat

pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk

membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.

Langkah penggunaan:
a)

Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.

b)

Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.

c)

Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

8
3

10

6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga

37

Contoh :
Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulan
berasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut.
Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu :
a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik.
Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti

rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai
tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
satu sudut pedalaman ialah 90 , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60 dan jumlah
sudut-sudut pedalaman ialah 180.
b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.
Segitiga

Segitiga
LMN

Segitiga
PQR

Segitiga
STU

Segitiga
ABC

Ciri/Pola
Mempunyai tiga bucu

Mempunyai tiga sisi

Mempunyai tiga sisi yang


sama panjang
Nilai satu sudut
pedalaman ialah 90
Nilai sudut-sudut
pedalaman ialah 60
Jumlah sudut-sudut
pedalaman bagi setiap
segitiga ialah 180

Jadual 6.1

Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga.

38

c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.


i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai
60 dan ketiga-tiga sisi sama panjang.
ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90
dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang.
2. Penaakulan Secara Deduktif
Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang
spesifik.
Langkah penggunaan :
b) Teliti situasi umum.
c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.

Contoh :
Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.
Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelas
masing-masing.
Segitiga sama sisi

Segitiga bersudut tegak

Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60

Nilai satu sudut pedalaman ialah 90

Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang

Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama


panjang

Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak .

39

Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :


a) Teliti situasi umum
i.

Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudutsudut pedalaman ialah 60.

ii.

Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai
satu sudut pedalaman ialah 90

b) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.


Segitiga

Segitiga
LMN

Segitiga
PQR

Segitiga
STU

Segitiga
ABC

Mempunyai tiga bucu

Mempunyai tiga sisi

Mempunyai tiga sisi yang sama


panjang

Nilai satu sudut pedalaman 90

Nilai sudut-sudut pedalaman 60

Jumlah sudut-sudut pedalaman


bagi setiap segitiga 180

Ciri/Pola

Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak

Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut :
mempunyai

tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai

sudut-sudut

pedalaman ialah 60 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.


Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang
berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai
satu sudut pedalaman ialah 90 dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180.

40

UNIT 7 ALAT BERFIKIR


Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat
berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda.
1 PENYUSUN GRAFIK
Penggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakan
tugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakah
penyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagai
kemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB dan
strategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1.
Jadual 7.1

Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikir

Kemahiran Berfikir dan


Strategi Berfikir
Mencirikan
Membanding dan membezakan
Mengumpul dan mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Membuat kesimpulan
Menjanakan idea
Menghubungkaitkan
Membuat inferens
Meramal
Mengitlak
Membuat gambaran mental
Mensintesiskan
Membuat hipotesis
Menganalogikan
Mereka cipta
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan

x
x

x
x

Penyusun Grafik**
5
6
7
8
9

x
x

x
x

10

11

12

x
x

x
x

x
x
x

x
x
x
x
x

x
x
x

x
x

x
x
x
x

x
x

x
x
x
x
x

41

**Nota: (Penyusun Grafik)


1 Carta Maklumat
2 Carta T
3 Carta Selari Masa
4 Carta Tulang Ikan

5
6
7
8

Carta Edaran
Rantai Urutan
Rajah Pancaran
Jadual Mantik

9 Pohon Fikiran
10 Tangga Hierarki
11 Rajah Venn
12 Carta Alir

2 SOALAN DAN PENYOALAN


Soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakan
idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji
kebolehan serta menilai pencapaian.
Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:
a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
b) Meningkatkan metakognisi.
c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.
e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.
f) Menguji kebolehan berfikir.
g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.
h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaran
soalan.
a) Soalan Bertumpu dan Bercapah
Soalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukan
jawapan yang lebih objektif atau subjektif.
Rajah 7.2 menunjukkan perbandingan
antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah.
Soalan bertu

Soalan berca

Soalan Bertumpu mpu

Soalan Bercapah
pah

Jenis soalan ini berdasarkan kepada


susunan beberapa soalan secara bersiri.
Soalan jenis ini bertujuan untuk
menumpukan idea atau hujah yang
hendak diketengahkan.

Skop - terhad dan spesifik

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran


murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelum
memberi jawapan. Ia bertujuan untuk
mengalihkan perhatian murid daripada satu
hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan
dengan hujah awal supaya pemahaman
murid bertambah luas.
Skop - luas dan terbuka

42

Jawapan terdapat secara langsung


daripada teks bacaan.

Jawapan tidak terdapat secara langsung


daripada teks bacaan.

Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang


mana jawapannya tidak perlu diolah.

Berbentuk penaakulan dan tafsiran di mana


jawapan memerlukan olahan.

Jawapan bersifat objektif dan spesifik.

Jawapan yang bersifat subjektif.

Contoh :
i. Huraikan peringkat perkembangan
kupu-kupu.
ii. Terangkan punca-punca pencemaran
air.
iii. Berikan tiga keburukan perkembangan
teknologi dalam sektor pertanian.

Contoh :
i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika
satu daripada peringkat kitaran hidup
kupu-kupu diganggu.
ii. Mengapakah ramai orang tidak
mengambil berat tentang masalah
pencemaran?
iii. Pada pendapat anda, apakah kesan
sampingan perkembangan teknologi
kepada peradaban manusia?

Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapah


b) Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop
tertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1.

Individu

perkara

Rajah 7.1

persekitaran

Skop lingkaran soalan

43

Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :
Jadual 7.3

Soalan Tajuk AIDS

Skop
Perkara

Individu

Persekitaran

Soalan

Apakah maksud AIDS?


Apakah punca penyakit AIDS?
Bagaimanakah aid berkembang?

Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap


penyakit AIDS?
Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS?
Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap
penyakit AIDS?
Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada
manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat
anda.
Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah
peningkatan jumlah pesakit AIDS?
Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk
mencegah bahaya AIDS?
Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti
yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?

3 PETA MINDA
Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan
yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatat
nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatu
persembahan adalah suatu yang penting.
Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.


Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.
Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.
Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.
Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
Jadikan corak yang menarik.
Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.

44

h)
i)

Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik
dan berkesan.
Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.

Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan

45

UNIT 8

PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIR

Dalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .
Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi makna
yang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu
guru dan murid
untuk memahami dan menguasai KB tersebut.
1 Petunjuk Pemikiran Kritis
Rajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis.
Pemikiran Kritis

a. Mencirikan
.

b. Membanding dan
membeza

c. Mengumpul dan
mengelas

Perkataan atau frasa yang memberi makna


yang sama
Menyatakan ciri-ciri unsur.
Memperlihatkan sifat.
Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur.
Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur.
Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur.

Mencari persamaan dan perbezaan.


Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.
Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.
Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.
Menyatakan persamaan dan perbezaan.
Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza.

Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya.


Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori.
Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan.
Mengkategorikan ciri.
Menyusun mengikut kriteria.
Menyusun mengikut kumpulan.

Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,

d. Membuat urutan

kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain.


Menyusun secara menaik atau menurun
Menyusun secara rantai urutan
Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling

e. Menyusun
mengikut
keutamaan

penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan


idea mengikut kepentingan.
Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera
Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat

46

Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang


Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah

f. Menganalisis

g.Mengesan
kecondongan

h. Menilai

i. Membuat
kesimpulan

Mencerakin maklumat
Mengolah idea
Mengesan penyebab
Menghuraikan faktor-faktor penyebab
Membuat andaian berasaskan maklumat
Menghurai mengikut ciri-ciri
Menghuraikan kepada bahagian
Mencerakin komponen yang terlibat
Mencari bukti-bukti yang menyokong
Mengimbas kembali idea
Mengkaji kesan baik dan buruk
Mengkaji keputusan berasaskan fakta

Menentukan pendirian berat sebelah


Menentukan pemberatan kepada satu pihak
Menentukan pendirian ke satu pihak

Menaksir maklumat
Mempertimbangkan pendapat dan pandangan
Mempertimbangkan cadangan
Menyatakan rasional
Membahaskan isu atau pernyataan
Membuat pertimbangan
Memberi alasan untuk menerima atau menolak
Membuat wajaran
Mempertimbangkan kesan dan akibat
Membuat pilihan
Mengimbas kembali pilihan
Menentukan nilai

Merumuskan isu
Menyatakan hasil selepas analisis
Menyusun alasan
Membuat resolusi
Membuat persetujuan
Membuat keputusan bijaksana yang muktamad
Menggulung hujah

47

PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIF

Rajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif
Pemikiran Kreatif

a. Menjana idea

b. membuat inferens

c.

Men
ghubung kait

d. Meramal

e. Membuat
hipotesis

Perkataan atau frasa yang memberi makna


yang sama
mengemukakan idea
mencadangkan alternatif
mencadangkan sebab
menyenaraikan idea
menyatakan cara lain
menyumbangkan pendapat
menyatakan kemungkinan
menghasilkan idea
mencetuskan idea
melahirkan idea

membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian


membuat rumusan awal daripada data
membuat kesimpulan awal daripada maklumat
membuat tanggapan awal
membuat penyataan awal
membuat pendirian awal
menyatakan ketetapan awal

menerangkan sebab dan akibat


menyatakan perkaitan
menyatakan sebab-musabab
menyatakan implikasi
mengkaji perkaitan
mencari perkaitan
mengaitkan idea
menyatakan pertalian
membuat perhubungan

menyatakan apa yang akan berlaku


membuat jangkaan
menganggarkan apa yang akan berlaku
membuat perlunjuran
menyatakan kemungkinan yang akan berlaku

menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya


membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya
membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya
menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya

48

h. Mensintesis

i. Mengitlak

i. Menganalogi

mengabungkan idea
menggubal semula
menyatukan idea-idea
menyepadukan idea-idea

membuat pernyataan umum berdasarkan pola


membuat generalisasi
membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea

memetafora
membuat sindiran
membuat kiasan
membuat perlambangan
membuat simulasi
membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan

mengimaginasi
j. Membuat
menggambarkan dalam bentuk lain
gambaran mental membayangkan dalam minda
melakarkan peta minda
membuat khayalan
cuba fikirkan suatu peristiwa

k. Mereka cipta
.

cadangan idea asli


menghasilkan gubahan asli
mereka bentuk
mencipta sesuatu
membuat inovasi
menghasilkan idea yang kreatif
membuat pengubahsuaian

49

3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIR


Rajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan
membuat keputusan
Langkah Strategi
Berfikir
a. Mengkonsepsikan

Perkataan atau frasa yang memberi makna


yang sama
menghasilkan konsep
membentukkan konsep
membina konsep

i. Mengenal pasti
contoh atau
maklumat

menentukan contoh
memberikan contoh
mendapatkan contoh
menyatakan contoh
menyenaraikan contoh

ii.

menyenaraikan ciri
menentukan ciri sepunya
memberikan ciri
mendapatkan ciri
menyatakan ciri

mengumpul ciri mengikut kategori


membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya
menyenarai ciri yang boleh dibandingkan
mengkategorikan ciri
menyusun mengikut kumpulan
membahagikan ciri yang sama ke dalam
kumpulan kecil

Mengenal pasti ciri


sepunya

iii. Mengelaskan
ciri- ciri

iv. Menghubung kaitkan


mencari perkaitan antara ciri
kelas untuk membina mengkaji perkaitan antara ciri
konsep awal
menyatakan perkaitan ciri
menyatakan pertalian ciri
v. Memberikan contohcontoh lain untuk
menguji atau
mengubah konsep
awal

vi. Membina konsep

mencari contoh-contoh tambahan


mencari bukan contoh
mendapatkan contoh
menyatakan contoh
menyenaraikan contoh
menentukan contoh

bentukkan konsep
hasilkan konsep

50

b. Menyelesai Masalah

cari penyelesaian
selesaikan
carikan cara penyelesaian
selesaikan persoalan

i.

Mengenal pasti
masalah

ii.

Menjelaskan masalah

menerangkan masalah
menghuraikan masalah

menentukan masalah
menyatakan masalah
memerihalkan masalah
menyenaraikan masalah

iii. Mencari alternatif


penyelesaian
masalah

iv. Melakukan operasi

menjalankan operasi
melaksanakan operasi
menjalankan langkah-langkah

v.

mentaksir penyelesaian
mempertimbangkan penyelesaian
membuat wajaran
membuat pilihan

membuat kata putus


membuat cadangan yang terbaik
memilih alternatif yang terbaik
membuat ketetapan
membuat ketentuan

i. Mengenal pasti
matlamat

menentukan matlamat
memberikan matlamat
mendapatkan matlamat
menyatakan matlamat
menyenaraikan matlamat

ii. Mengenal pasti


alternatif

menentukan alternatif
memberikan alternatif
mendapatkan alternatif
menyatakan alternatif
menyenaraikan alternatif

Menilai penyelesaian

c. Membuat Keputusan

mendapatkan alternatif
mendapatkan penyelesaian lain
mencari cara lain
menentukan kaedah berbeza

51

iii. Menganalisis alternatif mencerakin alternatif


menghurai pilihan
mengkaji kesan baik dan buruk
membuat kajian mendalam terhadap alternatif
iv. Menyusun alternatif

v.

menentukan dua alternatif terbaik


mendapatkan dua pilihan terbaik
menyenaraikan dua alternatif terbaik

Memilih sekurangkurangnya dua


alternatif terbaik

mengatur alternatif mengikut keutamaan


menyusun pilihan mengikut hierarki
menyenaraikan alternatif yang terbaik
menyusun pilihan terbaik

vi. Menilai alternatif yang mentaksir alternatif yang dipilih


telah dipilih
mempertimbangkan pilihan
mengkaji alternatif yang telah dipilih
membuat wajaran terhadap pilihan
vii. Membuat keputusan

membuat kata putus


membuat cadangan yang terbaik
memilih alternatif yang terbaik
membuat ketetapan
membuat ketentuan

52

UNIT 9 METAKOGNISI
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka
meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam
pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan
semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri
demi menghasilkan sesuatu yang maujud.
OPERASI METAKOGNISI
Operasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai proses
berfikir.
a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir
serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan
proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.
c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan
proses berfikir yang telah dilalui.
Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan proses
berfikir dengan berkesan.
MENGEMBANGKAN METAKOGNISI
Metakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu:
a) Guru membimbing murid:
i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan.
ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir.
iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam
kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid.
c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir
antara satu sama lain.

53

Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya.
Pernyataan,
pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalan
yang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid.
Yang berikut adalah contoh frasa awalan:
a) Saya fikir atau berpendapat ...

Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.


b) Saya kurang pasti bahawa ...

Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.


c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ...

Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat


kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.
d) Saya yakin bahawa ...

Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada
manusia sejagat.
Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakan
frasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons.
Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untuk
menggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan proses
metakognisi.
Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalan
kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai.
Dengan
mengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepada
pencapaian matlamat tugasan berfikir.
PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI
DAN SOALAN KOGNISI
Soalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembangan
metakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan dan
KBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah dari
segi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisi
dan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran.

54

Contoh Soalan:
Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.
Jadual 9.1

Perbezaan antara soalan metakognisi


dan soalan kognisi

Soalan Metakognisi

Soalan Kognisi

(a) Apakah langkah yang anda fikirkan a)


sesuai untuk mencari persamaan
dan perbezaan antara daun A dan
daun B?

Senaraikan ciri persamaan dan


perbezaan antara daun A dan
daun B.

(b) Bagaimanakah anda membezakan


daun A dan daun B?

(b) Bandingkan corak umum urat daun


A dan daun B.

(a) Mengapakah anda menggunakan


kaedah itu?

(c) Daun manakah yang lebih:


(i) lebar?
(ii) panjang?

(d) Adakah anda berpuas hati dengan


keputusan yang anda perolehi?

55

UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Satu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialah
melalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KB
dipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalam
menerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar pembelaja
ran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.

PEMBELAJARAN BERFIKRAH
Apakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?.
Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut:
Situasi 1
Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut:
a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada.
b) Memberi contoh yang berkaitan.
c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan.
Situasi 2
Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktiviti
berikut:
a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya.
b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada
kumpulan sedia ada.
c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan.
Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagai
penerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, murid
mengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalam
proses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepada
kumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiap
kelas haiwan.
Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secara
langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakah
peranan guru dalam situasi tersebut?

56

Penerangan Maksud Pembelajaran Berfikrah


Pembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan
utama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan,
masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir,
metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989).
Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehan
untuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arah
pembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatan
pengajaran dan pembelajaran KB iaitu:
a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB).
b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir).
c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir).
Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
menjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid.
Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yang
digunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran.
RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran
dan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran
seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll.
a)

KB diperkenalkan.

b)

KB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

c)

KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

d)

KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru.

e)

KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan


berfikir.

57

Langkah 1: Memperkenalkan KB
a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang
baru.
b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau
frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga
diperkenalkan kepada murid.
c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada
perincian kemahiran dan strategi berfikir.
d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan
bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya.
e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi.
Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru
a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan.
b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan.
c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi
yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB
terhadap data atau situasi tersebut.
d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB.
(Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid
boleh ke peringkat seterusnya).
Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru
a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk
menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain.
b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari
KB selanjutnya yang lebih kompleks.
(Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah
dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka
perlu dibimbing semula).

58

Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan


bimbingan guru
a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan.
b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.
c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan
dalam situasi baru itu.
d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.
Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai
tugasan berfikir
Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk
membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain
seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam
bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah
sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya
menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap
penguasaan.

59

11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir dan
strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiap
peringkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajian
lapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkat
rangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasi
sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.

MATA PELAJARAN SAINS


PERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSB
Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikut
sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, Kurikulum
Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbang
saran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendak
dikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perlu
digunakan ialah mencirikan.
Lokasi

Bahan Bantu :
Mengajar

Dalam Makmal/Bilik Sains.


Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak,
bola takraw, bola tampar.

(Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)


Cikgu Murni

Apakah objek yang saya pegang ini?

Hashim

Bola sepak cikgu!

Cikgu Murni

Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak?

Hashim

Kerana objek itu berbentuk sfera.

Rani

Ada corak petak hitam putih, cikgu.

Sabri

Ada tulisan FIFA, cikgu.

Tham

Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu.

60

Kallang

Cikgu, kerana saya biasa melihat orang bermain bola sepak


dengan bola seperti itu.

Cikgu Murni

Bagus. Terima kasih, kamu sudah pandai mencirikan dan


menghubungkaitkan ciri dengan objek.
Sekarang saya hendak kamu mencirikan objek lain pula.
Siew Leng, sila catatkan jawapan yang akan diberikan oleh rakanrakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran di papan hitam.

(Cikgu Murni bersedia dengan dua jenis bola iaitu bola takraw dan bola tampar)
Cikgu Murni

Cuba perhatikan bola yang saya pegang ini, kita panggilnya bola A.
Apakah ciri bola ini?.

(Cikgu Murni mempamerkan bola takraw)


Zaidah

Berbentuk sfera, cikgu.

Abidin

Kuning-perang.

Ganesan

Cikgu, bola itu berlubang-lubang.

Rafeal

Bola itu kasar dan diperbuat daripada rotan, cikgu.

Chiew Yen

Saiznya kecil, cikgu.

Cikgu Murni

Bagus murid-murid. Terima kasih Siew Leng kerana mencatat.

Cikgu Murni

Salim sila tampil ke hadapan untuk mencatat jawapan yang akan


diberikan oleh rakan kamu pada penyusun grafik Rajah Pancaran
di papan hitam.

Cikgu Murni

Apakah pula ciri bola B yang saya pegang ini?

(Cikgu Murni menunjukkan bola tampar)


Mamat

Berbentuk sfera dan licin, cikgu.

Siew Leng

Cikgu, bola itu berwarna putih.

Anand

Diperbuat daripada kulit dan tidak berlubang-lubang, cikgu.

Dayang

Saiznya besar, cikgu.

61

Cikgu Murni

Bagus murid-murid dan terima kasih Salim kerana mencatat.


Murid-murid sila rujuk penyusun grafik di papan hitam.

(Rajah 11.1 menunjukkan Penyusun Grafik Rajah Pancaran yang dicatatkan oleh
Salim)

Cikgu Murni

Daripada kedua-dua penyusun grafik Rajah Pancaran ini, adakah


terdapat ciri sepunya?

Anand

Ada, cikgu.

Cikgu Murni
Anand

:
:

Apakah ciri itu?


Kedua-dua bola itu berbentuk sfera, cikgu.

Cikgu Murni

Adakah lagi ciri sepunya yang lain?

Dayang

Tidak ada lagi, cikgu.

(Guru perlu memperkenalkan penyusun grafik baru iaitu Rajah Venn yang akan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa)
Cikgu Murni

Baiklah murid-murid. Ciri sepunya ditulis di ruangan yang bertindih


dalam rajah penyusun grafik di papan hitam.
Ciri bola A dan bola B ditulis dalam ruangan masing-masing yang
tidak bertindih. Rajah penyusun grafik ini dikenali sebagai Rajah
Venn.

62

Bola A

Bola B

sfera

Cikgu Murni

Suratman, sila lengkapkan penyusun grafik Rajah Venn di papan


hitam.
Bola A

Bola B

Berlubang
Kecil
Rotan
sfera
Kasar
Kuning-perang

Tidak berlubang
Putih
licin

Cikgu Murni

Berdasarkan Rajah Venn yang telah dilengkapkan oleh Suratman,


apakah aspek yang kamu ambil kira untuk membezakan bola A
dan B?

Abidin

Rupa bentuk, cikgu. Satu berlubang-lubang dan satu lagi tidak .

Hassan

Warna. Bola A berwarna kuning dan bola B pula berwarna putih.

Khashim

Saiz. Satu kecil dan satu lagi besar.

Ulap

Bahan, cikgu. Satu diperbuat daripada rotan dan satu lagi


daripada kulit.

(Guru memperkenalkan kemahiran berfikir membandingkan dan membezakan)


Cikgu Murni

Murid-murid .... sebenarnya apa yang kamu buat tadi adalah


mencirikan bola A dan bola B serta mengenal pasti ciri yang sama
dan yang berbeza antara kedua-duanya.

63

Kemahiran ini dikenali sebagai membandingkan dan membezakan.


Kemahiran ini digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan
objek yang diperhatikan. Berikan perkataan atau frasa lain yang
memberi maksud yang sama dengan membandingkan dan
membezakan.
Hassan

Mencari persamaan dan perbezaan, cikgu.

Zaidah

Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan.

Siew Leng

Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa.

Ulap

Mencari ciri sepunya dan tak sepunya.

(Tiada jawapan lagi dari murid)


Cikgu Murni

Adakah lagi perkataan yang lain?

Abidin

Tiada lagi, cikgu ...

Cikgu Murni

Ada lagi! ... iaitu


... menentukan ciri sepadan dan tak sepadan.
... menyusun ciri yang sama dan berbeza.
... menyatakan persamaan dan perbezaan.

(Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah dilalui)
Cikgu Murni

Khashim

Semasa kamu membandingkan dan membezakan, apakah langkah


yang telah kamu lakukan?
Memerhati objek, cikgu!

Kallang

Mengenal pasti ciri setiap objek dan menyenaraikannya, cikgu.

Rani

Membanding ciri setiap objek untuk mengenal pasti ciri sepunya


dan ciri berbeza, cikgu.

(Guru menjelaskan langkah penggunaan kemahiran membandingkan dan membeza)


Cikgu Murni

Untuk kemahiran membandingkan dan membezakan kita boleh


mengikuti langkah-langkah berikut :
Pertama

Perhatikan satu, dua atau lebih objek.

Kedua

Kenal pasti ciri bagi satu daripada aspek objek itu

64

Ketiga

Tentukan sama ada objek lain mempunyai cirri


yang sama.

Keempat

Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Ulangi langkah di atas bagi ciri yang lain bagi setiap objek.

(Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan gambar kucing, ikan emas, siput babi, ular
sawa dan burung hantu. Guru perlu memperkenalkan penggunaan penyusun grafik
baru yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa)
Cikgu Murni

Apabila membandingkan dan membezakan lebih daripada dua


objek, kita boleh menggunakan penyusun grafik Jadual Matriks.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Rajah Pancaran, dan penyusun grafik Jadual
Matriks. Murid mengisi penyusun grafik Rajah Pancaran)
Cikgu Murni

Murid-murid, sudahkah kamu melengkapkan penyusun grafik Rajah


Pancaran bagi setiap haiwan dalam gambar yang diberikan?

Semua murid :

Sudah, cikgu.

Cikgu Murni

Bagus, sekarang kita akan mengisi penyusun grafik Jadual Matriks


pula.

Rani

Bagaimanakah hendak mengisi penyusun grafik Jadual Matriks ini,


cikgu?

Cikgu Murni

Terima kasih, Rani. Soalan kamu sangat baik.

(Guru menayangkan transparensi penyusun grafik Jadual Matriks seperti yang


diedarkan kepada murid menggunakan projektor overhed)
Cikgu Murni

Baris pertama dalam kotak pertama diisikan aspek , diikuti dengan


ciri dan senarai nama haiwan. Kemudian, tandakan di ruangan
yang bersesuaian antara ciri dan nama haiwan bagi semua haiwan
yang diberikan.

(Pada akhir pelajaran, guru mempamerkan semua hasil kerja murid. Contoh hasil kerja
murid adalah seperti dalam Rajah 11.1 dan Jadual 11.1)

65

dua pasang kaki


sepasang mata

Berbulu rambut
kucing

kuku tajam

telinga

gigi

bermisai
ekor

Warna merah kekuningan


bersirip
bersisik

berinsang

Ikan
emas

bergigi
Berwarna warni

Badan
panjang

bergigi

Sepasang mata
dua pasang
bertekal

bercengkerang
Siput
Siputbabi

berekor

mulut

babi

sepasang mata
Berkuku-tajam
bersisik

Ular
sawa

berekor

berparuh

kaki
bersisik

Sepasang kaki
Sepasang mata

Bulu
pelepah
Burung
hantu

ekor
berkepak

Rajah 11.1 Penyusun Grafik Rajah Pancaran


66

sepasang
mata

Jadual 11.1 Penyusun Grafik Jadual Matriks

Aspek

Bilangan
kaki

Selaput
badan

Aspek
anggota
lain

Rupa
bentuk

Ciri

Kucing

Tiada kaki
Sepasang
kaki
Dua
pasang
kaki
Berbulu
rambut
Berbulu
pelepah
Bersisik
Tentekal
Sepasang
mata
Berkepak
Berkuku
tajam
Kaki
bersisik
Berekor
Badan
panjang
Berwarna
warni

Ikan
emas

Siput
babi

Ular
sawa

Burung
hantu

PERINGKAT 2 : MEMPRAKTIKKAN KBSB DENGAN BIMBINGAN GURU


Contoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan tumbuhan
mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam
Kehidupan, Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini
menggunakan kaedah kerja lapangan pada langkah perkembangan pengajaran dan
pembelajaran.
KBSB yang hendak dikuasai ialah membandingkan dan membezakan manakala KBSB
yang perlu digunakan ialah mencirikan.
Lokasi :

Taman Sumber Sains

67

Pada langkah ini set induksi dan pembahagian kumpulan telah dilakukan.
Pelajar 4 Berlian telah dibawa oleh Cikgu Hakim ke Taman Sumber Sains untuk
memerhatikan pokok serai dan pokok puding.
Cikgu Hakim

Sebentar tadi murid-murid telah memerhatikan tumbuhan di Taman


Sumber Sains. Arifah, nyatakan bahagian tumbuhan manakah
kumpulan kamu perhatikan?

Arifah

Kami membuat pemerhatian pada bahagian daun dan akar, Cikgu.

Cikgu Hakim

Bagus! Arifah.
Kumpulan Basir dan Rajoo, adakah kamu
memerhatikan bahagian yang sama?

Rajoo dan Basir

Ya, Cikgu.

Cikgu Hakim

Rajoo, bagaimanakah hasil perbincangan kamu mengenai sifat


daun tumbuhan tersebut?

Rajoo

Cikgu, kami dapati daun puding kasar permukaannya dan


berwarna hijau.

Cikgu Hakim

Bagaimanakah dengan urat pada daun itu?

Rajoo

Uratnya macam bercabang-cabang, Cikgu.

Razak

Cikgu, semalam saya telah membaca bahawa, bentuk urat begitu


disebut urat daun jejala.

Cikgu Hakim

Bagus Razak. Urat daun itu dikenali sebagai urat daun jejala.

Cikgu Hakim

Murid-murid, cuba bandingkan antara daun serai dan daun puding


ini.

(Murid-murid membuat perbincangan)


Cikgu Hakim

Swee Lan, apakah yang kamu dapati?

Swee Lan

Cikgu, saya dapati daun puding lebar dan kasar permukaannya


manakala daun serai panjang dan kasar juga.

Jamaluddin

Urat daun puding adalah urat daun jejala, Cikgu. Tetapi urat daun
serai kelihatan lurus.

68

Cikgu Hakim

Ya, Jamaluddin. Razak, jika urat daun begini apakah yang


dinyatakan dalam buku itu?

Razak

Urat daun selari, Cikgu.

Cikgu Hakim

Bagus. Murid-murid urat daun itu dikenali sebagai urat daun selari.
Kalau kamu bersedia seperti Razak, kamu akan faham lebih jelas.
Sekarang teruskan pemerhatian kamu terhadap kedua-dua
tumbuhan itu. Gunakan penyusun grafik Carta T untuk mencatat
pemerhatian.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Carta T untuk digunakan oleh murid bagi
membandingkan dan membezakan.)

POKOK PUDING

POKOK SERAI

(Murid-murid membuat pemerhatian )


Cikgu Hakim

Razali, apakah bentuk akar pokok puding?

Razali

Akar pokok puding besar.

Rajoo

Ada satu akar yang besar Cikgu, dikelilingi oleh akar kecil. Pada
akar kecil itu pula ada lagi akar yang lebih halus.

Cikgu Hakim

Betul tu Rajoo. Akar ini dinamakan akar tunjang. Bagaimana dengan


akar pokok serai? Aminah!

Aminah

Cikgu, akar pokok serai banyak tetapi tidak ada akar besar.

Swee Lan

Kalau akar begini, kita hendak namakan apa pula Cikgu?

Cikgu Hakim

Akar itu kita namakan sebagai akar serabut.

69

Cikgu Hakim

Bagaimanakah kamu membandingkan dan membezakan kedua


tumbuhan itu?

Razali

Saya memerhati daun dan akar, Cikgu.

Cikgu Hakim

Bagus, Razali.

Arifah

Kita mesti mencirikan objek yang hendak dibandingkan dan


dibezakan Cikgu.

Cikgu Hakim

Bagus, Arifah. Apabila kita hendak membandingkan dan


membezakan, kita perlu memerhatikan ciri-cirinya.
Sekarang cuba cari persamaan dan perbezaan tumbuhan tersebut
dan catatkan dalam penyusun grafik Jadual Matriks.

(Guru mengedarkan penyusun grafik Jadual Matriks kepada murid-murid untuk


melakukan aktiviti)
Aspek

Ciri

Pokok Serai
Puding

Daun

Akar

PERINGKAT 3 : MEMPRAKTIKKAN KBSB TANPA BIMBINGAN GURU


Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus mengelas tumbuhan mengikut sifat
fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Hidupan dalam mata
pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah
kajian lapangan semasa langkah set induksi, pengembangan pembelajaran dan
refleksi. KBSB yang hendak dikuasai ialah mengelas, KBSB yang telah dipelajari dan
perlu digunakan ialah mencirikan serta membandingkan dan membezakan.
Lokasi

: Taman Sumber Sains

Bahan Bantu : Penyusun grafik Rajah Pancaran,

70

Mengajar

Rajah Venn, Carta Maklumat, gambar tumbuhan dan


buku rujukan tentang tumbuhan

Pelajar kelas Tahun 4 Melati dibawa oleh Cikgu Ali ke Taman Sumber Sains untuk
memerhatikan daun pokok bunga raya dan daun lalang.
Cikgu Ali mengarahkan pelajar supaya berkumpul di dalam kumpulan masing-masing.
Seorang ketua dikehendaki mengendalikan aktiviti KBSB iaitu mencirikan serta
membandingkan dan
membezakan sifat fizikal daun tumbuh-tumbuhan tanpa
bimbingan guru. Pada masa murid menjalankan aktiviti, Cikgu Ali membuat
pemantauan.
Ahmad (ketua :
kumpulan)

Mari kita perhatikan daun bunga raya dan daun lalang.


Apa yang kamu perhatikan?

Salmah

Daun bunga raya nipis, Mad.

Sudirman

Daun lalang nipis juga.

Ahmad

Ciri apa pula yang kamu perhatikan, Soo Chuen?

Soo Chuen

Daun bunga raya mempunyai urat daun yang berjala tetapi daun
lalang berurat selari.

Ahmad

Apakah ciri lain pada daun tersebut.

Arumugam

Saya dapati kedua-dua daun berwarna hijau.

Dolmat
Ahmad

:
:

Eh.. Mad, permukaan daun lalang kasar.


Kita telah dapat mencirikan daun-daun yang kita kumpulkan.
Sekarang kita akan membandingkan dan membezakan ciri daun
pokok bunga raya dan daun lalang. Kita gunakan penyusun grafik
Rajah Venn.

(Ahmad mengedarkan penyusun grafik Rajah Venn kepada setiap ahli kumpulannya)
Sudirman

Dolmat

Ahmad, saya cadangkan dalam bulatan A kita senaraikan ciri daun


pokok bunga raya.
Kalau begitu, ciri daun lalang kita senaraikan dalam bulatan B.

Arumugam

Lepas itu kita nak buat apa?

Ahmad

Macam ini Arumugam, kita kenal pasti ciri sepunya daun pokok
bunga raya dan daun lalang. Kemudian kita pindahkan dan
tuliskan ciri itu dalam ruangan yang bertindih pada rajah Venn ini.

71

(Setelah setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan, Cikgu Ali bersama
dengan semua murid membuat rumusan)
Cikgu Ali

Semua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kerja dari


aktiviti tadi.

(Murid mempamerkan hasil kerja mereka seperti contoh berikut)

(Cikgu Ali memeriksa hasil kerja setiap kumpulan dan membuat rumusan)
Cikgu Ali

Saya dapati hasil kerja kamu sangat memuaskan. Ini menunjukkan


kamu telah dapat menguasai kemahiran berfikir mencirikan serta
membandingkan dan membezakan dengan baik.

(Setelah membuat rumusan guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk


KBSB mengelas. Cikgu Ali meminta setiap kumpulan mengumpulkan daun dari
pelbagai jenis pokok)
Cikgu Ali

Sila aturkan daun-daun itu di atas kertas surat khabar. Sekarang


kita akan mengelaskan daun itu mengikut ciri-ciri sepunya.

72

Dolmat

Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan itu?

Cikgu Ali

Mengelaskan ialah mengumpul item atau maklumat kepada


kumpulan berasaskan kepada ciri sepunya.

Ahmad

Cikgu, bagaimana kita hendak mengelaskan?

Cikgu Ali

Mengumpulkan dan mengelaskan adalah kemahiran berfikir di


mana kamu perlu menggunakan kemahiran mencirikan,
membandingkan dan membezakan seperti yang telah kamu
lakukan tadi. Kita boleh mengumpul dan mengelas menggunakan
penyusun grafik berikut. Kita perlu mengisikan petak pada
penyusun grafik berdasarkan ciri item yang tertentu. Kita mulakan
dengan mengisi petak A iaitu nama bagi item yang hendak
dikumpulkan dan kelaskan.

Sekarang cuba kita fikirkan apakah nama item yang sesuai.


Eng Tuan

Daun, cikgu.

Cikgu Ali

Kenapa kamu kata daun paling sesuai?

Eng Tuan

Sebab sekarang kita sedang mengumpulkan dan mengelaskan


daun, cikgu.

Cikgu Ali

Betul. Untuk mengumpulkan dan mengelas, namakan item yang


umum di petak A. Sekarang kita tulis perkataan 'daun' di petak A
ini.

(Murid menulis di penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan).

73

Seterusnya berdasarkan ciri item yang tertentu, bahagikan daun ini


kepada dua kumpulan. Apakah ciri yang boleh kita gunakan untuk
membahagikan daun ini kepada dua untuk diisikan ke dalam petak
B1 dan B2?
Suresh

Cikgu, boleh kita pilih ciri urat daun? Urat daun selari dan urat
daun jejala?

(Murid mencirikan serta membandingkan dan membezakan)


Cikgu Ali

Ya boleh, mari kita isikan petak B1 dengan urat daun selari dan
petak B2 dengan urat daun jejala.
Seterusnya apakah ciri lain yang diperhatikan yang boleh kita
gunakan untuk membahagikan urat daun selari dan jejala kepada
dua kumpulan untuk mengisi petak C?

Dolmat

Daun licin dan daun kasar, Cikgu.

Cikgu Ali

Betul. Sekarang isikan petak C1 dan C3 dengan daun licin


manakala petak C2 dan C4 dengan daun kasar.
Sekarang, namakan tumbuhan yang mempunyai ciri berdasarkan
pengelasan yang kita telah buat iaitu :
Daun berurat selari dengan permukaan licin, daun berurat selari
dengan permukaan kasar, daun berurat jejala dengan permukaan
licin, daun berurat jejala dengan permukaan kasar.
A
Daun

B1
Urat selari

C1
Licin
Contoh:
daun pandan

B2
Urat jejala

C3
Licin
Contoh: daun
bunga raya

C2
Kasar
Contoh:
daun serai

74

C4
Kasar
Contoh: daun
pokok had-had

Cikgu Ali:

Murid-murid, apa yang kita telah lakukan tadi adalah mengasingkan


daun pelbagai jenis tumbuhan berdasarkan ciri-ciri sepunya. Kemahiran
ini dikenali sebagai mengumpulkan dan mengelaskan. Kemahiran ini
digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak
tersusun. Cuba berikan perkataan atau frasa lain yang memberikan
maksud yang sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan.

Roslan:

Mengumpulkan mengikut ciri yang boleh dibandingkan, Cikgu.

Cikgu Ali:

Betul. Ada cadangan lain?

Suhaimi:

Menyusun mengikut kumpulan.

Cikgu Ali:

Cadangan itu pun boleh diterima, terima kasih. Sebenarnya, ada


banyak lagi frasa lain yang membawa maksud sama dengan
mengumpulkan dan mengelaskan.

(Guru mengedarkan senarai frasa lain yang membawa maksud sama dengan
mengumpulkan dan mengelaskan bagi membincangkannya)
(Guru membimbing murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah
dipelajari)
Cikgu Ali:

Semasa kita mengumpulkan dan mengelaskan daun tadi, apakah


langkah-langkah yang telah kita ikuti?

Salmah:

Cikgu, kami mengenal pasti ciri sekumpulan item iaitu daun.

Soo Chuen:

Betul cikgu, lepas itu kita kenal pasti beberapa ciri lain. Kemudian kita
masukkan item yang sama cirinya ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

Cikgu Ali:

Bagus, nampaknya murid-murid sudah dapat idea bagaimana hendak


mengumpul dan mengelas. Sekarang cikgu rumuskan langkah yang
boleh diikuti untuk melaksanakan kemahiran mengumpulkan dan
mengelaskan :
Pertama, kenal pasti ciri umum kumpulan item.
Kedua, berikan nama kepada kumpulan item itu.
Ketiga, kenal pasti ciri lain.
Keempat, masukkan item yang sama ciri ke dalam kumpulan lebih kecil.
Kelima, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan
dalam suatu kumpulan.

Cikgu Ali:

Sekarang berdasarkan pengetahuan yang kamu perolehi tentang


langkah mengumpulkan dan mengelaskan, mari kita kelaskan tumbuhan

75

yang ada di Taman Sains ini dengan membuat pemerhatian serta


berdasarkan bahan rujukan yang cikgu bekalkan.

(Guru mengedarkan Carta Maklumat kepada murid)


Cikgu Ali:

Dengan menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan,


kumpulkan dan kelaskan tumbuhan mengikut cirinya. Apakah ciri yang
akan digunakan?

Leela:

Urat daun, Cikgu.

Azie:

Akar, Cikgu.

Husin:

Berbunga dan tak berbunga, Cikgu.

Cikgu Ali:

Bagus, seterusnya sila bincang dalam kumpulan masing-masing untuk


melengkapkan penyusun grafik yang diedarkan, dan sebentar nanti kita
adakan sesi pembentangan hasil kerja setiap kumpulan.

Rajah 11.2 adalah satu contoh hasil kerja murid.


Alam tumbuhan

Daun berbunga

Daun sfora:
rumpai

Hasilkan sfora:
cendawan

Daun berbunga

Hasilkan
biji: ru

Urat daun
selari: lalang

Sistem akar
serabut

Urat daun
jejala:
keembung

Rajah 11.2 Carta Maklumat pengelasan alam tumbuhan

76

Sistem akar
tunjang

Urat daun
jejala:
mangga

PERINGKAT 4 :

MENGAPLIKASIKAN KBSB DALAM SITUASI BARU DENGAN


BIMBINGAN GURU

Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus untuk membandingkan dan


membezakan objek berdasarkan sifat lutsinar, lutcahaya dan legap dari 'Dunia Melalui
Deria Kita' dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. Pengoperasian ini menggunakan
kaedah perbincangan dan penyiasatan secara berkumpulan semasa langkah set
induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran dan pengukuhan.
KBSB yang telah dikuasai dan perlu digunakan ialah membandingkan dan
membezakan, mencirikan dan mengelaskan. Pada akhir pelajaran, pelajar boleh
mengaplikasikan KBSB yang telah diberi itu dalam situasi yang baru.
Lokasi

: Makmal Sains

Bahan Bantu : Lampu suluh, kain batik, kain kasa, kertas A4


Mengajar
plastik transparensi, beg plastik berwarna, kerajang
aluminium, dan kertas surih.
Sampul surat (bersaiz 20cm x 40cm) yang mengandungi
objek lain seperti plastik hitam, kain sutera, kepingan
kaca jernih, kepingan perspeks dan kertas surat khabar.

(Guru membimbing pelajar membuat refleksi tentang proses berfikir mengelaskan yang
telah dipelajari)
Cikgu Siti

Hari ini kita hendak belajar tajuk baru menggunakan kemahiran


mengelas. Tetapi, sebelum cikgu memulakan pelajaran hari ini
marilah kita melihat kembali apakah yang dimaksudkan dengan
mengelaskan.

Jimen

Mengelaskan maksudnya, kita kumpulkan objek mengikut sifat


yang sama.

Cikgu Siti

Bagus, Jimen. Siapa boleh beritahu bagaimana kita boleh


membuat pengelasan.

Ettin

Mula-mula cikgu, kita mestilah mengetahui sifat-sifat objek


tersebut.

Cikgu Siti
Madon

:
:

Bagus. Apa pula langkah seterusnya, Madon?


Kita membandingkan dan membezakan objek-objek itu dengan
mengenal pasti sifat sepunya objek tersebut.

77

Cikgu Siti

Lepas itu, apa pula kita buat?

Nolly

Lepas itu Cikgu, kita pun kumpulkan objek itu kepada kumpulankumpulan kecil berdasarkan sifat sepunya masing-masing.

Cikgu Siti

Bagus, nampaknya kamu telah pun faham bagaimana hendak


membuat pengelasan. Sekarang kita akan belajar tajuk baru
menggunakan kemahiran mengelaskan ini.

Cikgu Siti

Pelajar, perhatikan objek yang cikgu telah letakkan di atas meja


setiap kumpulan. Senaraikan objek tersebut.

(Pelajar menyenaraikan objek yang ada di atas meja : kertas tisu, transparensi, kertas
surih, kerajang aluminium, kain batik, beg plastik berwarna, kertas A4 dan kain kasa)
Cikgu Siti

Boleh satu kumpulan beritahu kelas, apakah objek-objek di atas


meja kamu? Mokhtar, cuba tulis senarai tadi di papan hitam.

(Mokhtar menulis senarai objek yang diletak di atas meja di papan hitam)
Cikgu Siti

Bagus, sekarang cuba pula kumpulkan objek-objek tersebut


mengikut sifat yang kamu pilih.

(Kumpulan melakukan aktiviti selama lima minit)


Cikgu Siti

Ali, berapa kumpulan objek yang kamu dapat?

Ali

Kami dapat empat kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang diperbuat
daripada kertas, objek yang diperbuat daripada plastik, objek yang
diperbuat daripada kain dan objek yang diperbuat daripada logam.

Cikgu Siti

Bagaimana dengan kumpulan lain..... Kumpulan Mary?

Mary

Kami dapat dua kumpulan objek cikgu, iaitu objek yang mudah
dikoyakkan dan objek yang tidak mudah dikoyakkan.

Cikgu Siti

Bagus. Sekarang cuba fikirkan bagaimana kita boleh mengelaskan


objek-objek tersebut dengan menggunakan cahaya lampu suluh.

(Pelajar berbincang)
Muthu

Cikgu, kumpulan kami ada idea.

Cikgu Siti

Apa dia, Muthu?

78

Muthu

Kita boleh kelaskan objek-objek itu mengikut kebolehan cahaya


melaluinya.

Cikgu Siti

Bagus. Sekarang setiap kumpulan sila jalankan aktiviti untuk


mengelaskan objek mengikut kebolehan cahaya melaluinya.

(Pelajar menjalankan aktiviti untuk mengelaskan objek yang ada di atas meja mereka)
(Setelah semua kumpulan selesai, guru menjalankan perbincangan)
Cikgu Siti

Pelajar, mari kita bincangkan keputusan yang telah diperolehi oleh


setiap kumpulan. Kita mulakan dengan kumpulan Ali.

Ali

Kumpulan kami dapat dua kelas objek sahaja cikgu. Pertama


kumpulan objek yang membenarkan cahaya melaluinya dan kedua,
kumpulan objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya.

Cikgu Siti

Ali, bolehkah kamu beritahu kelas bagaimana kumpulan kamu


mengelaskan objek tersebut?

Ali

Cikgu, kumpulan kami mencirikan objek-objek tersebut berasaskan


kepada kebolehan cahaya menerusinya. Kami dapati ada objek
yang membenarkan cahaya melaluinya dan ada pula objek yang
tidak membenarkan cahaya melaluinya. Kemudian objek yang
sama sifatnya kami kumpulkan dalam satu kumpulan. Jadi kami
membandingkan dan membezakan antara objek berdasarkan sifat
tersebut dan memperolehi dua kumpulan objek.

Cikgu Siti

Bagus. Sekarang kumpulan kamu pula, Zainab.

Zainab

Kami dapat tiga kumpulan objek, Cikgu. Pertama kumpulan objek


yang membenarkan banyak cahaya menembusinya. Kedua
kumpulan objek
yang membenarkan sedikit sahaja cahaya
menembusinya dan ketiga, kumpulan objek yang langsung tidak
membenarkan cahaya menembusinya.

Cikgu Siti

Bagaimana kumpulan kamu boleh mendapat tiga kumpulan objek


Zainab, sedangkan kumpulan Ali dapat dua kumpulan sahaja?

(Guru meminta pelajar membuat refleksi)


Zainab

Cikgu, mula-mula kami berjaya mencirikan objek-objek tersebut


berdasarkan kebolehannya membenarkan cahaya melaluinya
sama seperti kumpulan Ali.
Tetapi dalam kumpulan yang
membenarkan cahaya melaluinya kami mendapati masih ada

79

perbezaan iaitu objek yang membenarkan sedikit cahaya


melaluinya dan objek yang membenarkan banyak cahaya
melaluinya. Sebab itu kami mendapat tiga kumpulan.
Cikgu Siti

Bagus.
Sekarang cikgu minta kumpulan Zainab membuat
demonstrasi kepada rakan-rakan kamu bagaimana kamu
memperolehi ketiga-tiga kumpulan objek itu.

(Kumpulan Zainab menjalankan demostrasi sambil diperhatikan oleh kumpulan lain)


Cikgu Siti

Pelajar, kamu telah melihat tiga kumpulan mengikut kebolehan


cahaya melaluinya. Objek yang membenarkan cahaya melaluinya
dengan banyak diperbuat daripada bahan yang bersifat lutsinar.
Objek yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya diperbuat
daripada bahan yang bersifat lutcahaya dan objek yang tidak
membenarkan cahaya melaluinya diperbuat daripada bahan yang
bersifat legap.

(Guru menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat untuk mengelas bagi


menjelaskan huraian tadi)
Cikgu Siti

Sekarang, Cikgu akan berikan kepada setiap kumpulan sehelai


kertas mahjong dan lukiskan penyusun grafik Carta Maklumat
untuk membuat pengelasan. Cuba kamu kelaskan objek yang ada
di dalam sampul surat mengikut kelas objek seperti dibincangkan di
atas dan rekodkan dalam penyusun grafik yang diberi.

(
Cikgu Siti

Sekarang, Cikgu hendak semua kumpulan memaparkan penyusun


grafik yang telah dilengkapkan di dalam kertas mahjong pada

80

papan hitam supaya kita dapat bandingkan jawapan antara


kumpulan.
PERINGKAT 5 :

MENGGUNAKAN KBSB BERSAMA KEMAHIRAN YANG LAIN


UNTUK MENCAPAI TUGASAN BERFIKIR

Contoh pengoperasian ini berdasarkan tajuk Koordinasi dan Keseimbangan Dalam


Badan Kita, mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Pengoperasian ini menggunakan
kaedah main peranan semasa langkah penyelesaian masalah. KBSB yang telah
dipelajari dan perlu digunakan ialah mencirikan, membandingkan dan membezakan,
menganalisis, menjanakan idea, mengitlak, meramal dan membuat kesimpulan.
Kemahiran lain yang perlu diguna adalah kemahiran proses sains seperti memerhati,
meramal, mentaksir maklumat, mendefinisikan secara operasi dan berkomunikasi.
Kemahiran manipulatif seperti mengguna dan mengendalikan alat serta menyimpan alat
dengan betul dan selamat juga digunakan.
Lokasi

Bilik Darjah/Makmal

Tugasan

Mengumpul maklumat dan mengadakan


forum bertajuk "Hidup Bahagia Tanpa AIDS"

Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Mawar telah dibahagikan kepada empat kumpulan


yang akan mengumpul maklumat untuk dibentangkan ketika forum tersebut seperti
berikut:
Kumpulan Pengerusi
Kumpulan Doktor
Kumpulan Ustaz
Kumpulan Pegawai Polis

:
:
:
:

Ramlah sebagai ketua


Gimbang sebagai ketua
Wan Ahmad sebagai ketua
Tan Bee Aun sebagai ketua

Setiap ahli di dalam semua kumpulan dikehendaki membuat keputusan tentang


cara untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan peranan masing-masing.
Mereka juga dikehendaki meramalkan soalan dan jawapan yang bersesuaian yang
mungkin ditimbulkan ketika forum berlangsung. Pelajar disarankan untuk mengadakan
temu bual dengan doktor, ustaz dan polis.
Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual hendaklah ditafsirkan,
kemudian dikumpulkan untuk dikelaskan dan disusun mengikut keutamaan.
Seterusnya maklumat-maklumat ini perlu dianalisis bagi membuat urutan yang
bersesuaian.
Pengumpulan maklumat memerlukan kemahiran memerhati yang baik kerana
daripada pemerhatian itu pelajar boleh meramal pelbagai hubung kait antara pelbagai

81

pemboleh ubah yang dikenal pasti. Mereka sepatutnya berkemahiran untuk


mentafsir data yang diperolehi dalam pelbagai bentuk melalui sesi temubual yang
mereka jalankan.
Pelajar perlu juga mendefinisikan secara operasi untuk membuat rumusan daripada
maklumat berbentuk konsep. Pelajar harus memikirkan kaedah mempersembahkan
pendapat ketika forum berlangsung dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di sini
mereka semestinya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
Guru perlu menyediakan alat seperti projektor overhed , projektor slaid dan skrin untuk
digunakan oleh ahli panel ketika forum dilangsungkan. Setiap kumpulan hendaklah
menyediakan petugas di kalangan ahlinya untuk mengguna dan mengendalikan alatalat di atas dengan betul. Mereka juga hendaklah menyimpan alat-alat tersebut
dengan betul dan selamat di tempat asalnya selepas majlis forum dijalankan.
Mereka diberi masa selama seminggu untuk menyediakan maklumat- maklumat di atas.
Pada hari majlis forum itu hendak dijalankan Cikgu Azizah dengan dibantu oleh pelajarpelajar dalam kelas itu telah menyusun kedudukan kerusi meja bagi pengerusi, ahli
panel dan pelajar lain. Selepas itu Cikgu Azizah pun memulakan majlis forum tersebut.
Cikgu Azizah :

Selamat pagi pelajar sekalian, hari ini kita akan mengadakan satu
majlis forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS' oleh ahli
panel yang mewakili kumpulan yang telah saya tentukan pada
minggu lepas. Sekarang saya menjemput Ramlah selaku pengerusi
untuk menjalankan majlis forum pada hari ini. Dipersilakan Ramlah.

Ramlah

Yang Berusaha Cikgu Azizah guru sains tingkatan 4 Mawar, Yang


Dihormati ahli-ahli panel dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
Syukur Alhamdulillah pada hari ini kita berpeluang mengikuti satu
forum yang bertajuk 'Hidup Bahagia Tanpa AIDS'.
Untuk
menyempurnakan majlis forum ini terlebih dahulu saya
memperkenalkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Wan
Ahmad dari Pejabat Agama Islam Daerah Ulu Langat, Dr.Gimbang,
Pegawai Perubatan Hospital Daerah Ulu Langat dan ASP Tan Bee
Aun, Penolong Penguasa Polis Ulu Langat. Saya mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kerana sudi membincangkan tajuk
forum kita pada hari ini. Hidup Bahagia Tanpa AIDS itulah tajuk
yang akan dibincangkan. Seperti yang kita tahu AIDS adalah
sejenis penyakit berbahaya. Apakah sebenarnya penyakit AIDS?
dan untuk menjawab soalan ini, kita menjemput Dr.Gimbang untuk
mencirikan kriteria penyakit AIDS dan membandingkan
membezakan dengan penyakit lain.

82

Dr. Gimbang

Terima kasih pengerusi majlis. AIDS sebenarnya ialah sejenis


penyakit yang disebabkan oleh .
Tanda-tanda seseorang itu menghidapi AIDS ialah ...
Lihat slaid yang ditayangkan. Ini adalah tanda-tanda seorang
pesakit yang menghidapi AIDS. Jika kita lihat penyakit lain pula
seperti leukimia, demam denggi dan sifilis didapati tanda-tanda
pesakit ialah ..
Slaid 3 menunjukkan .
Slaid 4 menunjukkan .
Dan slaid 5 menunjukkan ..
Daripada tanda-tanda penyakit yang dinyatakan tadi, terdapat
tanda yang sama iaitu ..dan perbezaannya ialah

Ramlah

Terima kasih Dr.Gimbang atas penerangan bagi ciri penyakit AIDS


dan seterusnya membandingkan dan membezakan dengan
penyakit lain. Dari sudut sosial pula, kita beralih kepada ASP Tan
Bee Aun. Bolehkah ASP Tan menjelaskan hubung kait di antara
penagihan dadah dengan penyakit AIDS dan seterusnya membuat
ramalan bagi bilangan penagih dadah dan pesakit AIDS di daerah
ini buat masa yang akan datang. Dipersilakan.

Tan Bee Aun :

Terima kasih pengerusi majlis. Sebenarnya penagihan dadah dan


penyakit AIDS ini ada hubung kaitnya. Dengan ini tentulah terdapat
seorang itu adalah penagih dadah dan ia juga seorang pengidap
AIDS. AIDS juga boleh berjangkit dengan cara
Dengan bertambahnya penagih dadah yang menggunakan
suntikan maka tentulah akan bertambah bilangan pesakit AIDS.
Slaid yang ditayangkan adalah data bagi bilangan penagih dadah
dan pesakit AIDS bagi Daerah Ulu Langat.
Slaid seterusnya adalah data bagi bilangan penagih dadah yang
juga pesakit AIDS.
Pihak kami meramalkan pada tahun 2000 bilangan penagih dadah
dan pesakit AIDS ialah...

Ramlah

Terima kasih ASP Tan. Nampaknya bilangan penagih dadah dan


pesakit AIDS di daerah ini adalah besar. Bagitu juga hubungkaitnya
antara penagih dadah dengan pesakit AIDS ini begitu nyata sekali.
Ramalan yang dibuat juga amat membimbangkan kita semua. Kita
beralih kepada Ustaz Wan Ahmad, bagaimanakah Ustaz dapat

83

menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia dengan


kemungkinan
menghidapi
penyakit
AIDS,
seterusnya
bagaimanakah gaya hidup mengikut cara hidup Islam yang bahagia
dan bebas daripada virus AIDS. Dipersilakan Ustaz Wan Ahmad.
Wan Ahmad

Assalamualaikum. Pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan pelajar


sekalian. Agama Islam banyak menekankan tentang amalan akhlak
mulia dalam kehidupan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat.
Kita tahu ramai penagih dadah dan pesakit AIDS adalah remaja
yang baru sahaja tamat persekolahannya di mana mereka sentiasa
berkawan dengan rakan sebaya yang terlibat dengan dadah.
Gejala inilah yang akan .
Remaja perlulah berhati-hati memilih rakan
Akhlak mulia boleh dihubungkaitkan dengan pesakit AIDS
berdasarkan .
Oleh itu, gaya hidup sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran
Islam dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa
yang dilarang akan..
Sebagai sebuah keluarga Islam yang bahagia adalah..

Ramlah

Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz yang


telah menjelaskan hubung kait di antara amalan akhlak mulia
dengan penyakit AIDS dan membuat pengitlakan gaya hidup yang
berasaskan cara hidup Islam. Seterusnya juga Ustaz telah
memberikan panduan bagaimana kita boleh menjauhkan diri
daripada dijangkiti virus AIDS.
Kita beralih semula kepada Dr.Gimbang.
Doktor, bagaimanakah caranya penyakit AIDS ini boleh berjangkit
dan apakah langkah yang perlu dilakukan supaya kita tidak
dijangkiti AIDS mengikut sudut perubatan?

Dr.Gimbang

Virus AIDS sebenarnya boleh berjangkit.


Langkah yang perlu diambil oleh orang ramai
Dengan ini kita dapat melihat hubung kait antara cara jangkitan dan
langkah mencegah ..

Ramlah

Terima kasih Doktor atas penjelasan bagaimana penyakit AIDS ini


boleh berjangkit dan langkah mencegah daripada dijangkiti AIDS.
Seterusnya Doktor juga telah membuat hubung kait antara cara
jangkitan dan langkah mencegah penyakit ini. Saya mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel kerana
berjaya menjelaskan apa yang dikatakan AIDS yang begitu

84

menakutkan kita semua pada hari ini. Segala maklumat dan


cadangan yang diberikan amat berfaedah kepada kita semua untuk
lebih memahami tentang penyakit ini dan hubungkaitnya dengan
penyakit lain seterusnya mengikuti langkah-langkah bagi
mencegah dijangkiti AIDS.
Berpandu kepada pendapat dan
maklumat yang diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel dalam bidang
masing-masing dapatlah kita membuat kesimpulan tentang
penyakit AIDS, cara AIDS berjangkit, hubung kait penyakit AIDS
dengan penagihan dadah dan penyakit lain, gaya hidup yang sihat
dengan menjauhi AIDS dan cara menjauhi diri dari dijangkiti AIDS.
Saya akhiri majlis ini dengan ucapan terima kasih.

(Selepas majlis forum, Cikgu Azizah menjalankan sesi refleksi


bersama pelajar-pelajar)
Cikgu Azizah :

Ahmad

Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah


mengambil bahagian dengan jayanya.
Sekarang kita akan
membincangkan semula tentang isi forum tadi.
Apa yang hendak dibincangkan Cikgu?

Cikgu Azizah :

Bagaimana kamu akan membanding dan membezakan antara


penyakit AIDS dengan penyakit-penyakit lain seperti sifilis dan
denggi?

Jamal

Mula-mula kita perhatikan tanda-tanda awal penyakit tersebut,


Cikgu.

Bashah

Tanda-tanda sahaja tidak cukup Cikgu. Kita perlu juga kenal pasti
tanda-tanda yang sama dan berbeza di antara AIDS dengan
penyakit lain.

Cikgu Azizah :

Bagus, nampaknya kamu telah dapat membandingkan dan


membezakan.

Vellu

Bagaimanakah ASP Tan Bee Aun boleh meramalkan bahawa


bilangan pesakit AIDS boleh meningkat lagi?

Zainab

Cikgu, biar saya cuba jawab. Ramalan itu boleh dibuat daripada
analisis data yang dikumpul daripada rekod polis.

Zainal

Ada lagi cikgu. Ketika membuat ramalan, kita perlu menentukan


pola atau corak pada maklumat yang dikumpul.

Cikgu Azizah :

Betul pendapat kamu. Bagaimana pula analisis itu dibuat? Cuba


terangkan. Carolina!

85

Carolina

Kita boleh menganalisis dengan cara mengolah data yang


dikumpul dan menghuraikannya kepada ciri yang lebih terperinci
seperti yang dibuat oleh ASP Tan Bee Aun.

Cikgu Azizah :

Bagus Carolina. Nampaknya kamu betul-betul menghayati forum


tadi.

Asmah

Tadi saya dengar Ustaz Wan Ahmad menyatakan kita perlu pandai
memilih rakan-rakan sebaya dalam pergaulan harian. Bagaimana
kita hendak memilih rakan sebaya yang sesuai cikgu?

Cikgu Azizah :

Senang saja Asmah, tadi ustaz Wan ada menyebut semasa kita
memilih rakan sebaya kita perlu mengenali latar belakang hidupnya
dan dengan siapa pula dia berkawan. Lihat juga akhlak mulia yang
ada padanya dan tingkah lakunya yang kurang baik.

Carolina

Kalau begitu cikgu, kita perlu menilai sama ada seseorang itu
berakhlak atau tidak.

Cikgu Azizah :

Baiklah pelajar, tadi kita telah dengar pendapat dari ahli panel dan
pendapat rakan kita tentang Hidup Bahagia Tanpa AIDS. Ahli panel
juga telah memaparkan pelbagai maklumat sebagai panduan yang
berguna kepada kita. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa kita
perlu menjalani kehidupan yang harmoni, berakhlak mulia dan
menjauhkan diri kita daripada aktiviti yang boleh merosakkan diri
seperti penagihan dadah dan pergaulan bebas supaya diri kita
tidak dijangkiti AIDS.

86

MATA PELAJARAN BAHASA


A. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Menilai.
Situasi:
Seorang murid tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. Apakah pendapat
anda mengenai aksinya?

Langkah 1: Meneliti dan memahami kenyataan tersebut.


a)
b)

Meminta murid membaca dan memahami soalan yang dikemukakan.


Menyoal tentang erti perkataan tidak beratur.
Jika terdapat murid menghadapi masalah dalam memahaminya, sila terangkan
kepada mereka.

Langkah 2 : Menilai atau mengkaji data atau kenyataan yang diberi.


a)

Soal murid anda :

Adakah perbuatan tersebut baik atau tidak? Mengapa?


b)

Tanya mereka tentang tempat-tempat lain murid harus beratur.

Langkah 3 : Buat satu keputusan atau memberi pendapat:


a)

Bantu para murid anda untuk membuat satu keputusan atau memberi pendapat
dengan menggunakan struktur ayat seperti contoh yang berikut:
Kami tidak boleh memotong barisan semasa kami ........................................
atau
Kami mesti beratur semasa kami .........................

Aktiviti
1.

Tanda ( / ) pada aktiviti yang anda suka lakukan. Beri sebab-sebab.


a)
b)
c)
d)

Membuat latihan Bahasa Melayu.


Membaca majalah.
Memancing.
Bersiar-siar.

87

(
(
(
(

)
)
)
)

2.

Tanda ( / ) pada aktiviti yang boleh membantu murid untuk maju dalam Bahasa
Melayu. Beri sebab-sebab.
a)
Selalu menonton televisyen.
(
)
b)
Selalu membaca buku Bahasa Melayu.
(
)
c)
Selalu membuat kerja rumah Bahasa Melayu .
(
)
d)
Selalu bermain bola sepak.
(
)

3.

Tulis sama ada setiap aktiviti yang disenaraikan di bawah ini baik atau buruk dan
beri sebab-sebab.
a)
b)
c)
d)

Seorang murid telah membuang sampah ke dalam longkang.


Seorang murid telah membantu seorang wanita tua untuk
menyeberangi jalan raya.
Para murid saling melawat pada hari-hari perayaan.
Seorang murid menghabiskan masanya dengan merayau-rayau di
bandar.

(
(

)
)

4.

Apakah kebaikan dan keburukan menonton televisyen untuk jangka masa yang
panjang?

5.

Satu kumpulan murid sentiasa keluar pada waktu malam. Apa pendapat anda?

B. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kemahiran Berfikir Membuat


Keputusan
Tajuk : ....................................................................................................................
1.

Menjana pelbagai pilihan / alternatif.

1. ....................................................

6. ............................................................

2. ..................................................... 7. .............................................................
3. ...................................................

8. .............................................................

4. ..................................................... 9. .............................................................
5. ....................................................

10. .............................................................

88

2.

Mengkaji risiko bagi setiap pilihan.

No. Pilihan

3.

Risiko

Tentukan kriteria tentang pilihan yang dibuat. ( 3 - 4 kriteria )


Kriteria :
......................................................................................................................

4.

Membuat keputusan tentang pilihan yang terbaik berasaskan kriteria.


Pilihan pertama : .......................................................................
Pilihan kedua

: .......................................................................

Pilihan ketiga

: .......................................................................

Ali tinggal berseorangan di rumah. Ibu bapanya telah pergi melawat neneknya di
Ipoh. Seorang yang tidak dikenali memberitahu Ali bahawa bapanya telah
memesan bunga. Dia menyuruh Ali membuka pintu supaya dia dapat meletakkan
bunga tersebut di dalam rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ali?

Langkah 1 : Meneliti dan memahami kenyataan.


a)

Minta murid untuk membaca dan memahami petikan dan soalan yang
dikemukakan.

b)

Beritahu mereka bahawa dalam mengambil keputusan mereka perlu tahu langkahlangkah yang perlu diambil dan mengikutinya.

c)

Jelaskan langkah-langkah dengan tepat.

d)

Gunakan borang yang disediakan untuk mengembangkan kebolehan mereka.

89

Langkah 2 : Menjana pelbagai pilihan.


a)

Minta murid beritahu tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Ali.

b)

Jawapan ini mesti dikemukakan oleh para murid dan bukannya guru.

c)

Jawapan boleh merangkumi membuka pintu, menelefon nenek atau lain.

d)

Jawapan perlu ditulis pada borang yang dipamerkan di papan hitam.

Langkah 3 : Meneliti risiko bagi setiap pilihan.


a)

Bagi setiap pilihan minta murid menulis risikonya.

b)

Jawapan perlu ditulis dalam borang yang dipamerkan di papan hitam.

Langkah 4 : Menentukan kriteria untuk memilih setiap pilihan.


a)

Jelaskan kepada murid tentang maksud kriteria dan beri beberapa contoh.

b)

Kriteria ini mungkin merupakan keselamatan untuk meyakinkan orang atau untuk
menjadi kawan.

c)

Minta murid mencadangkan 3 atau 4 kriteria dan menyusun mengikut keutamaan.

d)

Setiap murid mungkin akan mempunyai kriteria dan penyusunan yang berbeza.
Dalam keadaan ini yang perlu ditekankan adalah keselamatan.

Langkah 5 : Membuat keputusan tentang pemilihan yang terbaik berasaskan kriteria.


a)

Berasaskan kriteria yang mementingkan keselamatan, minta murid memilih pilihan


pertama, kedua atau ketiga.

b)

Pada akhir pelajaran beritahu murid supaya mengambil langkah-langkah seperti


tersebut apabila membuat sesuatu keputusan dan tidak membuat keputusan tanpa
berfikir.

90

MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN


Tahun

6 Anggerik

Masa

1 jam

Topik 9

SUMBER NEGARA

Subtopik 9.4

Tanggungjawab Bersama dalam Pemeliharaan dan


Pemuliharaan.

Huraian

Kitar dan guna semula.


Kitar dan guna semula bahan-bahan buangan seperti kertas,
tin,kaca, besi dan plastik.

Objektif khusus

Pada akhir pelajaran murid boleh menyatakan kepentingan


mengitar semula bahan buangan.

Unsur Patriotisme

Menyedari bahan buangan masih berguna kepada


kehidupan kita.

Kemahiran Berfikir :

Menjanakan Idea

Bahan bantu
Mengajar

Penyusun grafik Peta Minda, pasu bunga yang diperbuat


daripada botol yang telah dibuang, kertas dikitar semula
dan tabung duit yang diperbuat daripada tin minuman.

Langkah pengajaran:
Set Induksi
1. Guru menyoal murid secara lisan iaitu Apakah akan terjadi jika semua pemandu

lori yang mengangkut sampah mogok? . Jangkaan jawapan murid-murid antaranya


ialah sampah bertambah banyak pencemaran udara, pembakaran sampah dan

banyak lalat .
2. Guru menunjukkan kepada murid-murid pasu bunga yang diperbuat daripada botol
yang telah dibuang, kertas yang dikitar semula dan tabung duit yang diperbuat
daripada tin minuman sambil menyoal murid-murid iaitu Cuba lihat barang-barang

ini, daripada apakah ia dibuat ?

91

Jangkaan jawapan murid-murid ialah barang-barang tersebut diperbuat daripada

bahan-bahan buangan.
3. Guru menerangkan tentang proses untuk menghasilkan barang yang boleh
berfungsi semula atau berfungsi sebagai barang yang lain dengan menggunakan
bahan-bahan buangan disebut sebagai proses pengitaran semula.
Langkah 1

1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk
sesi perbincangan. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pencatat dan ketua.

2. Guru menetapkan tajuk perbincangan iaitu:


Kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui proses pengitaran semula .
Langkah 2

1. Guru meminta setiap ahli dalam kumpulan mengemukakan idea masing-masing dan
meminta pencatat mencatatkan semua idea yang dikemukakan oleh ahli kumpulan
walaupun idea dirasakan kurang tepat.

2. Guru meminta murid merenung kembali idea-idea yang dikemukakan dan


menambah lagi idea yang boleh difikirkan.

3. Guru meminta murid-murid melihat semula idea-idea yang telah dicatatkan dan juga
menilai idea-idea tersebut untuk disaring, digugur, dipinda atau diubah suai
mengikut keperluan.

92

Kemungkinan idea-idea yang dikemukakan oleh murid ialah seperti berikut:


-

Penggunaan semula kertas-kertas lama

Menjaga kebersihan persekitaran rumah

Pemeliharaan hutan

Mengurangkan pencemaran

Menjimatkan kos

Peluang pekerjaan

Pemprosesan semula sebagai bahan makanan ternakan

Langkah 3
1.

Guru meminta setiap kumpulan menggunakan penyusun grafik peta minda


untuk menghubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan kepada kategorikategori tertentu. Misalnya hasil daripada sumbang saran tadi murid-murid
mengelompokkan semua idea dalam bentuk peta minda seperti rajah 11.1.

2.

Setelah selesai perbincangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, guru
meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil sumbang saran dalam
bentuk peta minda .

Langkah 4

1.

Guru meminta murid-murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan muridmurid dikehendaki menulis sebuah karangan bertajuk Kebaikan proses
pengitaran semula.

93

Rajah 11.1 Peta minda kebaikan pengitaran semula


Penutup
Guru menutup sesi pengajaran dengan membuat kesimpulan bahawa pengitaran
semula bahan-bahan buangan adalah langkah yang bijak bagi memastikan bumi tidak
terus tercemar. Usaha-usaha pengitaran semula dapat menjamin agar sumber-sumber
asli dari perut bumi tidak kehabisan dalam jangka masa panjang.

94

MATA PELAJARAN SEJARAH


Tingkatan

Topik

Perubahan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu.

Kemahiran
Berfikir

Membandingkan dan Membezakan

Pengetahuan
sedia ada

Objektif
pelajaran

Objektif
Kemahiran
Berfikir

a)

Pengetahuan tentang pendidikan semasa zaman British.

b)

Pengetahuan tentang Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu.


Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

a)

Murid akan mengenal pasti persamaan dan


laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

b)

Murid dapat menjelaskan tujuan kedua-dua laporan diadakan.

c)

Murid
akan
mengingati
semula
pelajaran
perkembangan pendidikan di Tanah Melayu.

a)

Murid boleh membuat perbandingan yang berkesan


melalui proses berfikir yang kemas dan tersusun.

b)

Murid memikirkan langkah-langkah yang berkesan dan


menyedari bahawa langkah-langkah tersebut memberi manfaat
kepada mereka.

c)

Murid boleh membuat interpretasi yang tepat


pemikiran yang baik dan tersusun.

d)

Murid dapat menceritakan tentang langkah-langkah berfikir


yang telah diambil.

perbezaan

tentang

berasaskan

Langkah-Langkah Pengajaran
Pengenalan:
1.

Beri penerangan tentang objektif pelajaran iaitu kaitannya dengan kehidupan


seharian

2.

Beri satu situasi yang murid perlu buat perbandingan contohnya,

95

3.

i.

kerja sendiri atau makan gaji

ii.

belajar dalam negeri atau luar negeri.

Murid diminta mengingati semula pelajaran mengenai


i. Laporan Razak

4.

ii. Laporan Rahman Talib

Murid memberi hujah-hujah bagi kedua-dua laporan dan isi penting ditulis
atas papan hitam.

5.

Berikan soalan/penyoalan di bawah kepada murid dan beri penerangan


kepada mereka bahawa ia adalah bertujuan untuk membantu proses mereka
berfikir.

Soalan/Penyoalan
1.

Apakah persamaan antara dua laporan itu ?

2.

Apakah perbezaan antara dua laporan itu ?

3.

Nyatakan persamaan dan perbezaan yang signifikan.

4.

Apakah aspek yang dapat diperlihatkan pada persamaan


dan perbezaan yang signifikan itu ?

5.

Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada persamaan dan


perbezaan yang signifikan itu ?

6.

Berikan penyusun grafik seperti berikut untuk digunakan oleh murid. Murid
berbincang secara kumpulan untuk mendapatkan maklumatnya.

7.

Berikan masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan.

8.

Secara kaedah kelas guru meminta murid-murid membentang dapatan


mereka.

9.

Beri masa untuk murid berbincang hujah-hujah yang diperlukan ( 10 atau 15 minit )

96

Penyusun Grafik
Membuat Perbandingan Antara
Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib

PERSAMAAN
Untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum di Tanah Melayu.
Berhasrat semua sekolah di negara ini akan mempunyai imej Tanah Melayu.
Untuk memantapkan sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Untuk memenuhi kemahuan dan hasrat seluruh rakyat negara ini.
Kedua-dua pengerusi jawatankuasa adalah Menteri Pelajaran pada masa itu.

PERBEZAAN
1956

Tahun/ Masa

1960

Dua belas tahun

Umur
Persekolahan

Lima belas tahun

Sekolah Umum dan


Sekolah Jenis Umum
Rasa tidak puas hati di
kalangan guru-guru Melayu
dan orang-orang Cina

Jenis Sekolah
Penerimaan
Masyarakat

Sekolah Kebangsaan dan


Sekolah Jenis Kebangsaan
Diterima oleh kebanyakan
rakyat Tanah Melayu

Pola Persamaan dan Perbezaan yang disignifikan:


Kedua-dua laporan bertujuan untuk memupuk perpaduan manakala tempoh/umur
persekolahan, jenis sekolah dan penerimaan masyarakat merupakan perbezaan
utama.
Rumusan dan Interpretasi:
Untuk perpaduan, dasar pendidikan yang sesuai dan diterima oleh rakyat perlu
diadakan. Rakyat Tanah Melayu bertuah kerana semua kaum diberi layanan yang adil
dalam soal pendidikan.
97

Pelajaran l l

1.

Ulang secara ringkas hujah-hujah persamaan dan perbezaan yang telah


dinyatakan dalam pelajaran I.

2.

Secara kelas dapatkan juga perkara-perkara signifikan antara persamaan dan


perbezaan itu.

3.

Secara kelas juga dapatkan rumusan-rumusan yang telah dibuat oleh murid-murid.

4.

Sesi berikut adalah sesi metakognisi yang memerlukan murid menjawab soalansoalan seperti :
a)

Cuba kamu fikirkan tentang langkah-langkah yang kamu telah ambil untuk
mendapatkan persamaan dan perbezaan.

b)
5.

Cuba kamu fikirkan adakah langkah-langkah itu kemas dan membantu kamu.

Bagi bahagian akhir pelajaran ini, cuba kemahiran berfikir yang melibatkan muridmurid membuat perbandingan dalam situasi lain seperti :
a)

Bandingkan Laporan Razak dengan Laporan Rahman Talib.

b)

Bandingkan kehidupan tinggal di bandar dan di kampung.

98

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

Mata Pelajaran

Pendidikan Seni Visual

Tahap

2 (4 Bestari)

Masa

2 jam ( 4 waktu X 30 minit)

Bidang

Membuat Corak dan Rekaan

Tajuk

Membuat kad ucapan media batik

Objektif

Pada akhir pembelajaran murid dapat


1.

meningkatkan pengetahuan tentang konsep resis atau halangan yang


digunakan untuk membuat corak,

2.

menghasilkan rekaan corak menggunakan teknik resis dan menghasilkan


produk lain dengan hasil awal,

3.

memadankan warna yang sesuai dalam rekaan corak, dan

4.

memberi ulasan tentang produk yang dihasilkan.

Pengetahuan Sedia Ada:


1.

Murid pernah melukis dan mewarna

2.

Murid pernah melihat corak dan warna pada kain batik

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:


(sila rujuk kepada jadual di bawah)

99

Perkara

Butiran Kegiatan

Fokus Pembelajaran

Catatan/
Ilustrasi

Murid menghayati dan

Mengimbas

lagu yang mempunyai lirik

memahamkan lagu.

kembali seni

berkaitan batik kepada

Mencirikan beberapa

kata lagu

murid. Murid diminta

perkataan yang berkait

memberikan makna kepada

dengan kain batik

Set Induksi Guru memperdengarkan

beberapa perkataan dalam


lirik lagu tersebut. Murid
diminta menyebut semula
beberapa perkataan yang
didengari mereka.

Berbincang mengenai

Mengumpul dan

objek pilihan, teknik warna mengelaskan isi


dan bersoal jawab dengan perbincangan berdasarkan
murid tentang pengalaman beberapa kriteria
mereka mengenai batik.
Perkembangan

1. Memperkenalkan



konsep resis dan


aplikasi dalam

resis


menggambar
2. Melukis motif mudah



Meningkatkan kemahiran
melukis dan mewarna



3. Melukis corak
berdasarkan motif yang

Mengaplikasikan kesan
aktiviti

dengan pensel
berdasarkan tema

Murid mengetahui konsep

mempelajari kemahiran
mencanting



Menghalusi kerja

telah digubah
4. Mencanting
menggunakan lilin
panas atas corak yang
dilukis

100

Menyenarai isi
perbincangan

5. Mewarna hasil
cantingan dengan warna
sejuk atau panas
menggunakan kaedah

wet on wet
6. Seterika catan yang
dialas surat khabar bagi
menanggalkan lilin
7. Menggubah hasil
rekaan corak menjadi
kad Ulang Tahun
Kelahiran Ibu.

Kemuncak Sesi apresiasi hasil kerja:

Penutup

Penerangan hasil

Peragaan hasil

Refleksi/metakognisi

Membuat rumusan

Pengukuhan

berkaitan kegiatan.

pembelajaran

101

Cadangan Bacaan Lanjutan


1.

Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon,
Boston.

2.

Beyer, B.K. (1997) Improving Student Thinking. Allyn and Bacon, Boston.

3.

Ennis, R. H. (1989) Critical Thinking and Subject Specificity: Clarification and


Needed Research. Educational Researcher, 18 (3), 5-6.

4.

Joice, B., Well, M., Showers, B. (1992) Models of Teaching. Allyn and Bacon,
Boston.

5.

Klopfer, L.E. (1971) Evaluation of Learning in Science. In B.S. Bloom, J.T.


Hasting, and G.F. Madaus (eds), Handbook on Formative and Summative

Evaluation of Student Learning, 559-642. McGraw Hill, New York.


6.

Langer, E.J. (1997) The Power of Mindful Learning. Addison-Wesley Co. Inc.,
New York.

7.

Langer, E.J. (1969) Mindfulness. Wesley Co. Inc., New York.

8.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9.

Resnick, L.B., Klopfer, L.E. (1989) Towards the Thinking Curriculum: Current

Cognitive Research. Association for Supervision and Curriculum Development,


Alexandria VA.
10.

Resnick, L. (1987) Education and Learning to Think . National Academy Press,


Washington, DC.

11.

Tanner, D., Tanner, L.N. (1975) Curriculum Development: Theory into Practice.
Macmillan, New York.

102

AHLI PANEL
Penasihat

Sharifah Maimunah Syed. Zin (Ph.D)


Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum

Penasihat
Editorial

Rohani Abdul Hamid (Ph.D)


Timbalan Pengarah , Pusat Perkembangan Kurikulum

Editor

Ahmad Hozi H.A.Rahman


Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum

Penolong
Editor

Zaidi Yazid

Penulis

Ahmad Hozi H.A.Rahman


Dayangku Fadariah Mat Desa
Rusnani Sirin
Mayandi Sinappan
Mat Desa Mat Rodzi
Salbiah Mohd Som
Zaidi Yazid

Rekabentuk
Kulit

Abd Wahab Ibrahim

Jurutaip

Aidiah Mohd. Rashid

103

SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM

Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK:

Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran


dan Pembelajaran

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Belajar Cara Belajar

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Matlamat dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Penilaian Kendalian Sekolah

You might also like