You are on page 1of 4

Frasa gramatis untuk menulis karangan

1.
Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat
saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi
polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak
mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk
?
2.
semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya
generasi Y ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan
usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai
pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam
pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari
sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah
pertama
3.
Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu
sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya
kesihatan diri dalam kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang
sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan
dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan
dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk
terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan
peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
4.
Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah
menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri?
Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan
susah untuk menjadi susah.
5.
Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar.
Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik.
Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini
kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan
Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang
menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya
yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga
malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat
tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa
disiplin diri maka tempanglah kehidupan.
6.
Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat
melalui paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan
gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi
merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020.
Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu

melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan


berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspekaspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk
menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
7.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam
masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang
tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar
dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk
mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang
menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk
menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna
.Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk
menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu
masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara,
kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8.
Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam
punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis
yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang
harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan
emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan
kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam
kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan
seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan


Dimensi Keluarga

Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang
mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup
angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula
daripada institusi keluarga.

Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya


menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata
peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru


mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan

jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,


sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa
merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai
anak-anak.

Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau


dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anakanak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya
hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu caracara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat
disangkal lagi bahawa Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam
membentuk keperibadian anak-anak.

Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap


bagai melepaskan batuk di tangga.

Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu
mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata
mutiara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung


untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua
mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini
perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut
sosial.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar
remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas.
Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak
mereka berbanding dengan hal-hal lain.

Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka
tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan
pendidikan yang sempurna amat didambakan.

Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja
tidak mahu dihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah
tempurung.

You might also like