You are on page 1of 10

Malaysia kini sedang menghampiri detik-detik akhir untuk merealisasikan hasrat Wawasan

2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan
satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai
tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan
berpengetahuan dan berkemahiran. Jadi, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )
dilaksanakan bermatlamatkan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua berdasarkan
enam aspek iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan
Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan
dan melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan dilaksanakan. Pelaksanaan enam
teras ini mempunyai hubung kait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu.
Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha ini,
Kementerian Pelajaran berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal
persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan
menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Glokal di sini adalah gabungan antara
dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan
menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.
Masyarakat glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah masyarakat yang berakar nasional
dan berakal internasional. Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha
menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.
Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam kejayaan negara.
Fokus

kementerian

dalam

membina

negara

bangsa

mencakupi

usaha

seperti

memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu,


memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni,
warisan dan budaya bangsa. Sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) juga merupakan salah satu medium untuk
merealisasikan hasrat PIPP ini. Hal ini dapat dilihat dalam kandungan FPK iaitu bertujuan
untuk bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


keluarga, masyarakat , dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu
memberi sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan
negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat
Malaysia berjaya di dalam memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan kepada
keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah
21

keluarga bahkan juga kepada masyarakat. Bagi mencapai aspirasi membina bangsa yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan PIPP, bahasa Melayu memainkan
peranan penting untuk merealisasikannya terutama dalam Pendidikan Bahasa Melayu di
sekolah. Hal ini dapat dilihat

melalui reformasi pendidikan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( KBSR)

iaitu berdasarkan Sukatan

yang diguna pakai untuk Sekolah

Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK ) dengan memberi


tumpuan kepada pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan,
dan bahasa perpaduan. Penguasaan kemahiran berbahasa ini mencakupi bidang
penggunaan tatabahasa bagi membantu murid-murid mengikuti pelajaran dengan lebih
mudah serta menguasai kemahiran belajar dan berfikir melalui pembacaan, perbincangan,
penulisan dan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Melalui kemahiran bahasa yang
diajar di sekolah iaitu seperti kemahiran menulis dan membaca dapat melahirkan pelajar
yang kreatif dan kritis. Seperti contoh, melalui kemahiran menulis, pelajar dapat
menghasilkan penulisan kreatif yang dapat mengekalkan dan memartabatkan warisan
Melayu seperti penghasilan puisi tradisional dan prosa tradisional yang kini semakin hari,
semakin ditenggelamkan dek arus kemodenisasian. Dalam kemahiran bertutur pula dapat
menghasilkan rakyat yang bersopan-santun dalam pertuturan. Hal ini dapat dilihat melalui
aspek kesantunan berbahasa yang diterapkan dalam pembelajaran bahasa Melayu. Melalui
amalan kesantunan berbahasa dalam kehidupan, nilai hormat-menghormati serta bersopansantun dapat diterapkan sekali gus dapat mengekalkan keharmonian negara yang dipelihara
selama ini. Budaya Melayu yang selama ini disanjung tinggi kerana mementingkan soal
kehalusan berbahasa dan berbudi bicara juga akan terus dipelihara melalui penekanan
aspek ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berterusan.
Seterusnya, matlamat kedua PIPP adalah untuk

membangunkan modal insan.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunya jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin
dilahirkan

berkeupayaan

untuk

berfikir

secara

kreatif

dan

kritis,

berkemahiran

menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai


ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk
menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh
kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan
menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan
22

penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang
ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.
Hal

ini

dapat

dilihat

dalam

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

iaitu

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan


insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Untuk merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bukanlah suatu usaha yang ringan. Aspek-aspek
seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-kurikulum dan juga aspek
kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan dilaksanakan secara menyeluruh dan
berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil hasrat FPK dapat direalisasikan.
Aspek yang terpenting ialah aspek pembudayaan sekolah. Sesetengah pihak memanggilnya
iklim sekolah. Budaya sekolah ini mestilah merangkumi kelima-lima elemen yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, rohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial.
Elemen rohani ialah dengan menerapkan kepentingan agama tanpa menentang agama lain.
Contohnya ialah dengan mewujudkan budaya sekolah yang mengamalkan bacaan Al-Quran
setiap pagi dan solat fardhu secara berjemaah. Semua murid pula mestilah menutup aurat.
Hal ini akan menyedarkan murid akan tanggungjawabnya dalam memelihara agama dan
kehormatan diri. Secara tidak langsung akan melahirkan murid yang berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Daripada elemen fizikal pula ialah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang selesa,
ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kemudahan yang disediakan akan dapat merangsang minat murid dalam menuntut ilmu.
Hal ini sejajar dengan hasrat FPK iaitu untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang
secara harmonis dan menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial.
Melalui elemen intelek, sekolah mestilah menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan
murid dan guru. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program akademik seperti
program NILAM. Hal ini akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.
Semangat murid untuk membaca juga semakin meningkat dengan adanya penganugerahan
seperti anugerah NILAM. Melalui pembacaan, minda murid akan lebih berkembang dan
murid mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Perkara ini sejajar dengan hasrat FPK untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam elemen sosial, murid
mestilah diberi pendedahan akan kepentingan bersosial dengan cara yang betul sesama
murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Contohnya budaya memberi salam yang
diamalkan di sesetengah sekolah akan mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama murid dan
guru, keluarga pelajar serta masyarakat jika turut dipraktikkan di luar. Budaya ini akan
melahirkan murid yang menghormati guru dan rakan-rakannya serta akan membenihkan
23

rasa kasih dan sayang guru terhadap murid. Justeru, akan menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang terdapat di
dalam FPK.
Seterusnya ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum,
sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan
murid dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani. Aktiviti
ini dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri
setiap murid. Secara tidak langsung, murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar dan
hadir ke sekolah. Aspek disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK.
Disiplin berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah merupakan
institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses pembelajaran dan
pengajaran akan menjadi lebih lancar, mudah dan menarik seandainya masalah disiplin
adalah sifar di sekolah. Hal ini kerana, masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid
kepada pelajaran. Bagi mengawal disiplin setiap murid bukanlah tugas guru dan sekolah
semata-mata. Namun, ibu bapa seharusnya memainkan peranan, contohnya melalui
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, aspek kepimpinan juga memainkan
peranan penting untuk membantu memenuhi tuntutan FPK. Fungsi kepimpinan dalam
menguruskan dan mengendalikan sekolah adalah amat penting. Kepemimpinan di sekolah
haruslah sentiasa proaktif dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan seiring
dengan perubahan arus masa yang semakin mencabar kredibiliti guru seperti penyaluran
budaya kuning. Sekolah yang berkesan dapat dinilai melalui stail kepimpinannya yang
bukan sahaja mampu membawa kecemerlangan, malah berjaya membawa perubahan yang
besar kearah kebaikan. Perkara tidak menumpukan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran semata-mata malahan tumpuan yang diberikan adalah secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam kelima-lima
aspek JERIS. Tugas kepimimpinan ini bukanlah terhad kepada guru besar atau pengetua
semata-mata, malah setiap warga sekolah mestilah memainkan peranan dan tugas masingmasing, termasuklah jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Peranan guru
juga merupakan aspek yang penting dalam memainkan peranan sekolah untuk
merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya berusaha mendekati murid dan menjalin
hubungan yang erat dan mesra dengan murid agar murid berasa selesa untuk berhadapan
dengan guru. Guru merupakan insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa. Martabat
seorang guru diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk
membentuk nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar,
bahkan juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan inovator.
24

Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang cemerlang dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Jelaslah melalui huraian kenyataan diatas bahawa FPK
memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat PIPP bagi melahirkan modal
insan yang seimbang khususnya daripada segi JERIS.
Selanjutnya, pengisian kurikulum dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu
melalui penyerapan elemen nilai dapat merealisasikan hasrat PIPP dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ) untuk membangunkan modal insan. Penyerapan nilai murni dalam
pendidikan bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak
mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda
yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa
Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung.
Hal ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras
dengan keperluan globalisasi. Penekanan kepada aspek nilai untuk membangunkan modal
insan dapat dilihat melalui kemahiran bahasa. Seperti contoh, dalam kemahiran bertutur,
murid diajar untuk bertutur dengan petah, lancar, fasih dan menggunakan aspek-aspek
pertuturan dengan betul. Hal ini melahirkan murid yang berbudi bahasa dalam pertuturan,
dapat menyampaikan maklumat dengan betul serta melahirkan murid yang petah berbicara
yakni dalam menyuarakan pendapat serta dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Penerapan nilai murni yang tinggi ini berupaya melahirkan pemimpin berkesan dalam
keluarga dan masyarakat. Tambahan lagi, kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam
pengisian kurikulum bahasa Melayu dapat melahirkan modal insan yang berkeupayaan
berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini dapat dilihat dalam
kemahiran bernilai tambah yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan
situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan
dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi
keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang
dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta
pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.

Dengan ini, murid bukan sahaja dapat

mempelajari kemahiran bahasa, murid juga dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang
lain yang dapat memperkembangkan lagi pengetahuan mereka dan juga dapat melahirkan
modal insan yang berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

25

Jelaslah di sini bahawa sukatan pelajaran bahasa Melayu dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat membangunkan modal insan yang berkualiti sekali gus merealisasikan
hasrat PIPP.
Teras

strategik

Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan

yang

ketiga

ialah

memperkasakan sekolah kebangsaan ( SK ). Di dalam PIPP, SK merujuk kepada sekolah


rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana
bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah
memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama
masyarakat Malaysia. Dalam sukatan pelajaran KBSR bahasa Melayu, pengisian kurikulum
yang mengandungi peraturan sosiobudaya dan kewarganegaraan adalah salah satu
pendekatan untuk memperkasa sekolah kebangsaan sekali gus dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa Melayu
meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan rakyat Malaysia.
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan diajarkan dalam pendidikan Bahasa
Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan adalah berdasarkan
falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. Hal ini dapat menarik minat
pelajar bukan Melayu dan Melayu untuk mempelajari subjek bahasa Melayu dan memasuki
sekolah kebangsaan sekali gus dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan
mereka dan dapat memupuk perpaduan rakyat Malaysia serta memperkasakan sekolah
kebangsaan. Manakala melalui pengisian kurikulum iaitu kewarganegaraan unsur
patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat

akan tanah air. Di samping itu,

pemupukan unsur ini bertujuan untuk untuk melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Hal ini sekali gus bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat , dan negara. Antara aktiviti yang dapat dijalankan oleh panitia bahasa Melayu
untuk memperkasa sekolah kebangsaan dan memupuk semanagt patriotisme dalam
kalangan pelajar di sekolah seperti, koir lagu kebangsaan, pertandingan mencipta puisi
untuk hari kemerdekaan, melukis, mewarna dan sebagainya.

26

Teras PIPP yang keempat ialah merapatkan jurang pendidikan. Dasar KPM adalah
untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar serta bermatlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti
jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Jadi, kita dapat lihat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu mengandungi elemen
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) iaitu di bawah Kemahiran Bernilai
Tambah. TMK perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
untuk tujuan komunikasi seperti penghantaran e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam
menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet. Penggunaan
alat TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) amat menyeronokkan. Seperti
contoh, dalam pengajaran kemahiran bahasa, guru dapat menggunakan TMK iaitu melalui
penayangan slaid yang mengandungi cerita teladan, lirik lagu dan sebagainya dalam proses
pengajaran. Contoh yang seterusnya, guru bahasa Melayu boleh menggunakan pita
rakaman dan bahan audio visual bagi mengajar sebutan, mengecam bunyi dan menyebut
dengan betul. Jadi, pelajar dapat mengaplikasikan pengajaran ini dirumah sekali gus
membantu mereka dalam mengharungi era ledakan teknologi maklumat pada masa kini.
Seterusnya, penggabungjalinan juga dapat dilaksanakan dengan mudah melalui TMK ini.
Seperti contoh, dalam mengajar kemahiran bertutur, guru boleh menggabungkan kemahiran
membaca dan mendengar melalui penayangan slaid lirik lagu. Melalui kelengkapan alatan
TMK yang disediakan disekolah luar bandar dapat mengurangkan jurang digital dengan
sekolah di bandar. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang daripada segi JERIS dan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan tinggi. Seterusnya, jika dilihat berdasarkan jurang perbezaan
keputusan UPSR, dapat dibuktikan bahawa usaha yang berterusan perlu dilaksanakan
untuk mengurangkan jurang yang ketara ini. Pemberian pendidikan yang sama rata serta
bekalan guru pakar bahasa Melayu yang ramai di sekolah pedalaman dapat mengurangkan
kadar buta huruf dan mengurangkan jurang pendidikan ini. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan petikan akhbar Metro yang disiarkan pada 17 September 2011.
Abd Ghafar berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar
pada tahun ini dapat dirapatkan sebanyak 0.01 daripada GPN 0.16 tahun lepas kepada 0.15
tahun ini berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan kementerian untuk membantu
sekolah-sekolah luar bandar.
Tambahan lagi, beralih pula kepada teras PIPP yang kelima iaitu memartabatkan profesion
keguruan. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru
sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.
27

Seorang guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi
efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion
keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru serta
matlamatnya untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai
dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Justeru,
bakal guru yang berkualiti yang akan melahirkan bakal pemimpin yang berkaliber serta
tenaga mahir untuk meneraju ekonomi serta pentadbiran negara kelak. Hal ini bertepatan
dengan hasrat FPK melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, bakal
guru yang berkualiti haruslah mempunyai kemahiran bahasa yang berkualiti tanpa ada cacat
cela. Hal ini demikian kerana guru merupakan model kepada anak murid. Jika seorang guru
bahasa tidak dapat menguasai sesuatu aspek, bagaimanakan pula dengan pelajar. Hal ini
seperti peribahasa Melayu iaitu bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Seperti
contoh, jika seorang guru bahasa Melayu gagal menyebut huruf R dan S dengan betul,
bagaimanakah caranya beliau untuk menunjukkan bunyi bacaan dengan betul dalam proses
pengajaran. Hal ini akan mendatangkan masalah kepada murid untuk memahami dan
menaakul. Jadi, pemilihan pelajar untuk memasuki Institut Pendidikan Guru ( IPG ) haruslah
dikaji berdasarkan kemampuan dalam kemahiran berbahasa dan bukan berdasarkan
keputusan akademik semata-mata. Hal ini demikian kerana untuk memartabatkan profesion
perguruan di samping memartabatkan sistem pendidikan negara yang kini sedang
mengorak langkah yang positif kearah menuju negara maju dan merealisasikan waasan
2020. Kemajuan sistem pendidikan negara tidak dapat disangkal lagi kemajuannya. Hal ini
dapat dibuktikan berdasarkan petikan yang dipetik daripada laman sesawang pendidikan
negara yang bertajuk Pencapain Malaysia Dalam Indeks Persaingan Global Dalam Bidang
Pendidikan:
Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut
menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya dan tangga
kedua selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara. Kedudukan ini turut menjadikan
sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom
dan Jerman. Dicapai daripada http://www.moe.gov.my dan tarikh siaran pada 30 April 2012 .
Jelaslah disini bahawa, FPK dan Sukatan Pelajaran KBSR bahasa Melayu mempunyai
kaitannya dalam merealisasikan PIPP untuk memartabatkan profesion keguruan dan juga
pencapaian pendidikan Malaysia di peringkat global.

28

Teras PIPP yang terakhir adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk
semua. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan
tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat
mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras
yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan
yang ada. Manakala matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model
yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi
ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu
usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Hal ini bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. Berdasarkan FPK ini, kita dapat lihat
pelbagai program dan strategi tumpuan pada masa hadapan dilaksanakan. oleh kerajaan
untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Antaranya, ialah projek berimplak
tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan pendidikan. Seterusnya, kita
lihat pula kaitan antara Sukatan Pelajaran bahasa Melayu KBSR dengan teras PIPP yang
terakhir iaitu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Sekali lagi, kita dapat
kemahiran berbahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu memainkan
peranan penting bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti serta melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan. Hal ini demikian kerana, melalui kemahiran dengar tutur
pelajar dapat memanipulasi data mengikut urutan dan menterjemahkannya dengan betul.
Kemahiran dengar tutur yang baik dapat membantu pelajar untuk cemerlang di peringkat
IPT. Hal ini demikian kerana, pada peringkat ini guru hanya memberikan ilmu dan pelajar
haruslah mendengar dengan betul serta mengambil isi-isi penting untuk kegunaan
pembelajaran. Hal ini berbeza di sekolah rendah kerana pembelajaran adalah berpusatkan
murid. Dalam kemahiran membaca dan menulis, murid yang berkemahiran tinggi dapat
menaakul, menginterpretasi data serta dapat menjalankan kritikan. Dengan ini, jelaslah
bahawa kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu dapat menghasilkan
pelajar yang inovatif, berdaya saing, berpandangan luas serta kreatif dan kritis yang dapat
membantu melonjakkan kecemerlanan institusi pendidikan di negara kita.

29

Konklusinya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Sukatan Pelajaran KBSR


bahasa Melayu

memainkan

peranan

penting dalam

merealisasikan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan seiring dengan matlamat Wawasan 2020. Hal ini seiring dengan
suasana pendidikan dunia, semakin hari semakin mencabar. Dengan adanya PIPP, FPK dan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang saling berhubung kait, hasrat kerajaan untuk
menjadikan tahap pendidikan di Malaysia terbaik di dunia akan mudah dilaksanakan.
Penerapan nilai murni, kemahiran bernilai tambah, pengisian merentasi kurikulum amat
memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang seimbang dan berjaya di masa
hadapan. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi serta berdaya saing.
Sukatan Pelajaran bahasa Melayu terutamanya tidak ketinggalan dalam menyelitkan aspek
ini dalam pengisian kurikulumnya sekali gus dapat merealisasikan hasrat PIPP dan FPK.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirangka ini sedikit sebanyak dapat
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita selain menghasilkan bakal peneraju
pimpinan negara yang berkredibiliti dan mempunyai sikap yang prihatin terhadap rakyat.

30

You might also like