You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAL 1103: PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB


SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini dalam Bahasa Melayu dan ditulis sekitar 10-15 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan
tersebut.
SOALAN TUGASAN

Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa
bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah
satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mutakhir
ini.

1. Jelaskan objektif dan kelebihan menggunakan unsur permainan bahasa dalam


pengajaran bahasa Arab:

(a) Objektif Permainan Bahasa


(b) Kelebihan Permainan Bahasa

(10 markah)

2. Huraikan bentuk pengelolaan aktiviti permainan bahasa agar ia menjadi lebih


berkesan.

(5 markah)

3. Bina satu permainan bahasa mengikut kreativiti anda (yang dihasilkan sendiri) yang
boleh digunakan dalam pengajaran bahasa Arab kepada murid tahun dua di sekolah
kebangsaan di Malaysia. Huraikan kaedah dan langkah dalam permainan bahasa tersebut
serta manfaat yang diperolehi daripadanya.

(15 markah)

[Jumlah: 30 markah]
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Merujuk kepada buku-buku yang membincangkan aspek permainan bahasa dalam


pengajaran bahasa.

3. Membaca pelbagai buku berkaitan tugasan.

4. Menggunakan lampiran sekiranya perlu.

5. Menggunakan kaedah penulisan ilmiah iaitu dengan memuatkan nota kaki dan
rujukan.
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
Penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.


RUJUKAN

• Abd. Fatah Abd Malek (1985). Pengukuran Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
• Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
• Furqanul Aziz (1996). Pengajaran Bahasa Komunikatif Teori dan Praktek.
Bandung:Penerbit PT Remaja Rosdakarya.
• Ibrahim Ahmad Musallam (1994). Al-jadid fi asalib al-tadris. Amman: Dar al-
Basyir.
• Kamarudin Hj. Husin (1995). Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan
Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
• Kamarudin Hj. Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya:
Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Kajang: Bintang Jaya.
• Keith Morrison & Ken Ridley (1988). Curriculum Planning and the Primary
School. London: Paul Chapman Publishing Ltd.
• Mahmud Muhammad Ali ( 2002). Maharat al-tadris al-fa’al. Sudan: Dar al-
Mujtama’.
• Muhammad Abd. Ghani al-Misri (1990). Asaalib al-Tadris al-Lughah al-
Arabiyyah li al-Takhassus al-Ta’hil al-Tarbawi. Amman: Maktabah al-Risalah al-
Hadithah.
• Muhammad Abdul Khaliq Muhammad (1989). Ikhtibar al-Lughah. Riyadh:
Jami’ah al-Malik Su’ud.
• Muhammad Zaki, Mohd Shukri & Khairil (2002). al-Lughah al-Arabiyyah al-
• Nasif Mustafa Abd. Aziz (1983). al-Al’ab al-Lughawiyyah fi Ta’lim al-Lughaat
al- Ajnabiyyah. al-Riyadh: Dar al-Marikh.
• Walid Jabir (1991). Asaalib Tadriis al-Lughah al-Arabiyyah. Amman: Dar al-
Fikr.
• Zawawi Ismail, Mohd Sukki Othman & Abd. Rauf Hassan Azhari (2005).
Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Pendidikan
Bahasa Arab di Malaysia: Cabaran dan Inovasi, Bangi: Minda Imtiyaz
Publications.