You are on page 1of 2

TP2653 Pengaturcaraan Web Lanjutan

Tajuk 2: Sistem Tempahan Tiket


Penyataan Masalah
Syarikat Kenderaan Mewah (SKM) telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan menyediakan
perkhidmatan pengangkutan koc eksekutif ke 5 destinasi di seluruh semenanjung Malaysia. Dengan
pejabat operasi utama bertempat di Bandar Baru Bangi, perjalanan pergi dan balik untuk setiap destinasi
dihadkan kepada 8 kali sehari (4 outbound dan 4 inbound) untuk memastikan mutu perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan berada pada tahap terbaik. Jadual perjalanan koc adalah seperti dalam
Rajah 1.
Destinasi
Jadual perjalanan (semua koc)
Ke Johor Bharu, Bandaraya
8.00 pagi, 12.00 tghari, 4.00 petang,
Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star
8.00 malam
Dari Johor Bharu, Bandaraya
Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star
Rajah 1: Destinasi dan jadual perjalanan

Muatan (semua koc)


30 penumpang

SKM ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menawarkan perkhidmatan tempahan


tiket berasaskan internet. Sistem berasaskan web yang akan dibangunkan dipanggil SKM@online.
Antaramuka utama SKM@online memaparkan maklumat terkini mengenai jadual perjalanan koc. Untuk
memastikan muatan koc tidak melebihi had penumpang, SKM@online membolehkan pemantauan
dibuat untuk setiap perjalanan.
SKM dikendalikan oleh seorang pentadbir sistem (admin). Admin sistem boleh melihat rekod
tempahan, mengedit, memadam dan mencipta rekod tempahan tiket pelanggan. tujuan rekod, admin
boleh melihat laporan penempahan dan penjualan tiket yang telah dibuat oleh pelanggan mengikut
destinasi, masa, dan tarikh.
Pelanggan yang ingin membuat tempahan tiket perjalanan perlu membuat pengesahan
(captcha), memasukkan nama, no mykad/passport, email dan nombor telefon yang sah. Pelanggan tidak
perlu mendaftar untuk menempah tiket tetapi perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya 12 jam
sebelum perjalanan sekiranya tempahan dilakukan awal.

Rekabentuk Pangkalan Data


Berikut adalah cadangan struktur untuk pangkalan data SKM@online:
1.
2.
3.
4.

Admin: Atribut untuk admin ialah id, log_id, katalaluan, nama


Pelanggan: Atribut untuk pelanggan ialah id, nama, no_mykad, email, no_telefon
Destinasi: Atribut ialah id, destinasi, masa
Tempahan: Atribut ialah id, waktu_tempah, tarikh, masa, id_pelanggan, id_destinasi, status

Elemen Sistem
Berikut adalah elemen-elemen yang perlu ada untuk SKM@online:
Borang (Forms)
1. Borang untuk admin log masuk ke dalam sistem.
2. Borang untuk pelanggan membuat tempahan tiket perjalanan dengan memasukkan tarikh
(menggunakan widget calendar), destinasi (radio button), nama, nombor mykad, email dan
nombor telefon yang sah serta pengesahan menggunakan captcha.
3. Borang untuk admin melihat, mengedit, memadam dan mengesahkan rekod tempahan yang
telah dibuat.
Laporan (Reports)
1. Laporan untuk admin yang memaparkan kesemua tempahan tiket yang dibuat mengikut
destinasi, masa dan tarikh.
2. Laporan bulanan untuk semua tempahan perjalanan.
Elemen antaramuka
1. Penggunaan widget untuk pemilihan tarikh
2. Paparan jadual tempahan tiket dalam format yang memudahkan pembacaan/proses tempahan
3. Rekaletak yang mesra pengguna dan menarik

Pemarkahan
Berikut adalah pecahan pemarkahan untuk mini projek ini:
Elemen
User management (menggunakan session)
Keselamatan dan pengesahan (menggunakan captcha)
Fungsi kalendar/masa
Antaramuka sistem (rekaletak, kebolehgunaan)
Rekabentuk pangkalan data

Peratusan (%)
20
20
40
10
10