You are on page 1of 8

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Ditulis oleh Admin PMWP pada 15 Jun 2015. diterbitkan di dalam Bayan
Linnas

Mukaddimah
Hanya kurang daripada tiga hari kita semua akan dikunjungi satu bulan
yang sarat dengan keistimewaannya. Alangkah beruntungnya seseorang
yang memahami nilai dan fadhilat dan kelebihan bulan tersebut yang
ditambah dengan menekuni fiqh Ramadhan sama ada fiqh siyam (puasa)
atau yang lain-lain lagi.
Kita mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini diisi dengan penuh acara
kebaikan sama ada amalan sunat dan sudah semestinya yang wajib perlu
dilakukan dengan seterbaik mungkin. Justeru Bayan Linnas pada kali ini
kami namakan tajuknya dengan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
Semoga pencerahan ini memberi satu matlamat dan inspirasi dalam
melayari Ramadhan yang akan berkunjung tiba agar benar-benar
menepati piawaian dan syariat Ilahi.
Adab Dan Amalan Di Bulan Ramadhan

Kedatangan Ramadhan pada kali ini, amat perlu kita isi dengan segala
bentuk amalan kebajikan yang disunnahkan oleh Baginda SAW. Yang lebih
penting lagi, pastikan Ramadhan pada kali ini iaitu tidak dinafikan pahala
ibadat yang kita tunaikan . Ini kerana kita melanggari syarat dan adab
yang wajib kita tunaikan. Hal ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah
SAW:




Maksudnya: Maka apabila pada hari kamu berpuasa maka janganlah
bercakap kotor dan meraung marah. Maka apabila seseorang mencelanya
atau memeranginya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku
berpuasa, Sesungguhnya aku berpuasa.
Riwayat Bukhari (1904)
Justeru manual harian Ramadhan dilaksanakan dalam mengukur piawaian
pencapaian antara yang terutama adalah berpuasa kerana Allah dalam
meninggikan nilai ibadat ini. Firman Allah SWT:


Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
(Surah al-Bayyinah: 5)
Syed Qutb berkata: Ibadat kepada Allah yang Maha Esa mengkihlaskan
ketaatan kepada-Nya, menjauhi syirik dan pendokongnya. Seterusnya
ibadat yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah juru bahasa yang
menterjemahkan akidah itu. Lihat Fi Zilal al-Quran, 17/484
Antara amalan dan adab yang baik untuk dilaksanakan adalah:
Puasa

Takhir sahur

Awalkan berbuka

Ikut sunnah dalam berbuka

Solat fardu berjamaah

Dilakukan di masjid

Awalkan langkahan kaki ke masjid

Niat itikaf ketika memasuki masjid

Solat sunat tahiyyatul masjid

Solat sunat rawatib

Jawablah azan dan berdoa selepasnya.

Banyakkan bacaan al-Quran

Cita-citakan untuk berkhatam

Tadabburkan ayat-ayatnya

Jangan rasa malas

Ajarkan anak dan keluarga ayat-ayat Allah.

Banyakkan berinfaq

Tabung masjid

Anak-anak yatim

Fakir miskin

Orang tua

Ibu bapa

Kaum keluarga

Mereka yang dalam kesusahan seperti gempa bumi atau dilanda


banjir

Menunaikan zakat

Zakat fitrah

Zakat harta

Zakat ternakkan

Zakat perniagaan dan lain-lain.

Menjamu orang puasa untuk berbuka.


Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: Siapa yang menjamu orang berbuka puasa, maka baginya


pahala orang tersebut dengan tidak dikurangi dengan sedikit pun.
Riwayat at-Tabarani (5275)
Lakukanlah amalan yang mulia seperti:

Memberi salam

Senyum kepada orang ramai

Membersih tandas masjid

Membersih masjid dan kawasannya

Membantu penyediaan makanan di rumah atau di masjid

Berbudi bahasa yang tinggi

Hadir majlis ilmu dan mempelajarinya

Solat tarawih

Qiamullail

Solat witir

Memperbanyakkan zikrullah

Ini kerana pahala amat besar dan lumayan dijanjikan untuk mereka yang
sentiasa melazimi zikir. Antara zikir yang boleh kita amalkan ialah:









Selain itu, perbanyakkan istighfar antaranya Sayyid al-Istighfar (penghulu
istighfar) :







Begitu juga doa keampunan kepada-Nya seperti :


Dengan berdoa dan beristghfar, sudah pasti ia mempunyai banyak
kelebihan antaranya:

Menghapuskan dosa

Dikurniakan anak

Diturunkan hujan

Dimurahkan rezeki

Terdapat satu kisah menarik daripada al-Hassan al-Basri berkenaan


istighfar ini. Kisah ini dinukilkan oleh Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, alJami li Ahkam al-Quran. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu
kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya
Beristighfarlah kepada Allah
Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata
Beristighfarlah kepada Allah. Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah
supaya Allah memberikan ku anak. Beliau berkata Beristighfarlah
kepada Allah. Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya
yang kekeringan. Beliau berkata Beristighfarlah kepada Allah.
Anak muridnya berkata kepada Hasan Beberapa orang lelaki datang dan
mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua
membaca istighfar?
Hasan menjawab Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku
sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman:


Aku katakan kepada mereka, Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta
dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungaisungai
(Surah Nuh: 10 - 12)
Mohon keampunan kepada-Nya, dengan penuh keinsafan. Moga-moga
dengan itu tersingkap tabir noda yang menutup pintu hati kita. Dengan
itu, apa yang dihajatkan, akan dikabulkan-Nya dan mendapat redha dariNya. Wallahualam.
Antara lain, sentiasalah berdoa di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi ketika
waktu yang digalakkan berdoa, antaranya:

Ketika berbuka

Ketika bersahur

Sedang berpuasa

Dalam bulan Ramadhan ini sebagai menghormati bulan yang mulia, bagi
melayyakan kita untuk meraih . Makanya beberapa pantang
larang hendaklah dijauhi, antaranya

Sifat marah hendaklah dijarakkan daripada diri kita

Sifat hasad dengki

Sifat dendam kesumat

Sifat takabbur dan sombong

Sifat memperlekeh saudara seIslam dan orang lain

Sifat wasangka yang buruk dan suzhan hendaklah diganti dengan


husnul zhan (sangkaan baik)

Bulan Ramadhan mengukuhkan Institusi Kekeluargaan


Sebenarnya siang Ramadhan telah membentuk program harian keluarga
bermula dengan cara kita berbuka hingga kepada bersahur, begitu juga
aktiviti solat tarawih dan solat fardu dengan menuju ke masjid.
Sebagai contoh kebersamaan dalam berbuka puasa lebih-lebih lagi diisi
dengan sedikit tazkirah, zikir, tahlil dan pesan memesan di samping
membaca kisah suri teladan sewaktu menunggu berbuka puasa di
kalangan kelaurga sudah pasti menatijahkan kerukunan rumah tangga
dan perasaan gembira pada hati-hati ahli keluarga.
Selepas itu pula solat berjamaah iaitu solat Maghrib boleh menambahkan
lagi perasaan kasih sayang dan keutuhan hubungan selaras dengan
pencapaian matlamat Hablum Minallah Dan Hablum Minnas. Begitu juga
aktiviti yang lain yang dibuat secara kekeluargaan seperti membantu
dalam menyediakan makanan hidangan berbuka dan membasuh pinggan
mangkuk serta mengemaskan dapur selepas itu boleh menambahkan lagi
seri kekeluargaan.
Menaiki kereta atau kenderaan bersama untuk menuju ke masjid atau
surau dalam mengimarahkan malam Ramadhan dengan solat Tarawih,
witir dan lain-lain sudah tentu memberi kesan maknawi yang cukup besar
dalam jiwa mereka yang melakukannya. Ini menjadikan sebuah keluarga
saling mengambil berat antara satu sama lain dan pengalaman anak-anak
yang dilatih oleh ibu bapa sudah barang tentu menjadi satu nostalgia
yanga kan dicorakkannya pula.
Tatkala mereka menginjak dewasa dan akan menceritakan hal tersebut
keapda anak-anaknya pula. Mereka seupaya mungkin akan membuat jauh

lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka
dahulu. Natijahnya kelaurga akan menjadi aman damai dan penuh dengan
kepuasan untuk meniti dan melayari bahtera kehidupan. Justeru benarlah
Ramadhan sebagai pengikat kasih sayang dan penyambung silaturahim
disamping membajai kerukunan rumah tangga dalam menuju kegerbang
kebahagiaan.
Sifat berkasih sayang menjadi teras dan tiang utama dalam
membangunkan institusi kekeluargaan dan juga masyarakat Islam.
Dengan penghayatan Islam yang sebenar ibadat puasa serta pengisian
malam dalam bulan ramadhan sudah pasti membawa banyak kebaikkan
apatah lagi dilakukan secara bersama atau jamaie.
Semoga dengan amal jamaie ini serta berkat Ramadhan dan penambahan
amalan yang disulami dengan keikhlasan akan menatijahkan kebahagiaan
dalam kelaurga sehingga layak dinobatkan sebagai Baiti Jannti atau
rumahku syurgaku.

Penutup
Ramadhan yang membawa seri satu macam kebaikkan sudah pasti dapat
dimanfaatkan oleh Mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang
sunat, seperti tadarus al-Quran, Qiamullail, Solat Tarawih dan lain-lain.
Begitu juga dengan mengkaji sejarah Ramadhan melalui kemenangan
umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi sehingga kepada mutakhir
ini. Sudah pasti kita dapati kemenangan Islam banyak berlaku pada bulan
Ramadhan, seolah-olah mengisyaratkan kepada kita bahawa bulan
Ramadhan memberi kekuatan kerohanian, spiritual dan juga semangat
yang kental sehingga dapat melakarkan kemuncak kejayaan.
Benarlah kata Buya Hamka: Hidup kita hanya sekali, justeru biarlah beerti.
Maka ambillah peluang Ramadhan yang akan menjelma tiba untuk diisi
dengan sebanyak-banyaknya amalan yang soleh. Inilah musim durian
runtuh kebaikkan dan kebajikkan. Marilah kita merebut peluang ini.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan alMuabarak sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah, yang boleh
melonjakkan kita ke persada kejayaan.
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Sekali lagi
diucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Akhukum Fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Jun 2015 bersamaan 27 Sya'ban 1436H

You might also like