You are on page 1of 3

PUSAT SUMBER SK TANJONG CHENAK

CONTOH AKTIVITI MEMBACA YANG BOLEH DIBUAT DI DALAM KELAS

NAMA GURU :…………………………. KELAS :………………………..

1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat.
Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca.
Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan
apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas
menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik
dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di
bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan
menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami
sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan
menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya,
kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian
menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat
atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis
gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita,
pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam
majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar,
watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk
menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada
sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk
mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya
berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat
tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita
dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak
kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan
mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan
sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak
dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti
ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk
dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota
itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan
kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah
buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu
persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan
seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan
membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang
disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari
sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti
menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku
sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian
maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir
kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu.
Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti
membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku
program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang
biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku
untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain
dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di
kelas untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan
contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi
ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang
dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan
baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh
murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang
rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual
ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang
tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar
bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar
yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk
grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata
bagi minggu itu diperkenalkan.

Note :

1. ........................................................................... Penyelaras PSS

2. ......................................................................... zaiton71
3. ..........................................................................