You are on page 1of 2

SOCIETY OF PETROLEUM ENGINEERS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STUDENT CHAPTER


(SPE-UTM)

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA DAN KEJURUTERAAN SUMBER ASLI


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM SKUDAI TEL.: +607-5535514
SOCIETY OF PETROLEUM ENGINEERS
UTM STUDENT CHAPTER JOHOR DARUL TA’ZIM FAX: +607-5581463

SPE-UTM STUDENT CHAPTER www.speutm.com

Rujukan kami : SPE-UTM/Petr/Jld.3 (43)


Rujukan tuan :

Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang,


Naib Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor Darul Ta’zim.

Melalui dan salinan,

Profesor Madya Issham Ismail,


Ketua Jabatan Kejuruteraan Petroleum,
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor Darul Ta’zim. 09 FEBRUARY 2010

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Yang Berbahagia Dato’,

MEMOHON KEBENARAN BAGI PENAJAAN LUAR UNTUK PROGRAM "SPE-CUP


FUTSAL CARNIVAL 2010"

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya saya ingin mendapatkan pertimbangan
daripada pihak Yang Berbahagia Dato' supaya dapat membenarkan kami untuk memohon penajaan
dari pihak luar untuk program “SPE-CUP FUTSAL CARNIVAL 2010". Program ini akan diadakan
di Padang Futsal Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia dan terbuka kepada semua pelajar
universiti ini.

2. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Dato’, program ini akan diadakan pada 26 hingga 28
Februari 2010 di bawah kelolaan Society of Petroleum Engineers – UTM Student Chapter. Tujuan
program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar disamping membina
semangat kerjasama satu pasukan dalam diri setiap individu pelajar itu sendiri. Program ini secara
tidak langsung dapat membantu pelajar melepaskan tekanan minda dengan cara yang sihat dan
bijak.

3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Dato’ juga, jumlah perbelanjaan untuk program ini
ialah RM2320.00 sahaja. Pendapatan program ini diperolehi daripada Jabatan Petroleum sebanyak
RM200.00, Pejabat Hal Ehwal Pelajar sebanyak RM300.00 dan yuran komitmen peserta program
ini sebanyak RM1120.00. Jumlah pendapatan program ini ialah RM1620.00 sahaja. Oleh itu
penajaan dari pihak luar adalah sangat diharapkan untuk menampung program ini.
4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja aktiviti,senarai syarikat yang berpotesi menjadi
penaja dan juga surat kelulusan program untuk rujukan pihak Yang Berbahagia Dato’ selanjutnya.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya Yang Berbahagia Dato’ dapat memberikan kebenaran
tersebut kepada kami.

5. Diharap agar Yang Berbahagia Dato’ akan memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas
permohonan ini dan meluluskannya untuk membolehkan persediaan program ini berjalan dengan
lebih lancar. Segala jasa Yang Berbahagia Dato’ amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

___________________________
(Muhammad Farhaan Bin Harun)
Pengarah Program SPE-CUP FUTSAL CARNIVAL,
SPE-UTM Student Chapter,
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor Darul Ta’zim.
Tel.: +6017-2071189
Emel : romanfarhaan89@gmail.com

s.k: Setiusaha SPE-UTM


Fail Program