You are on page 1of 10

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.

html

M O N D A Y, A U G U S T 2 4 , 2 0 0 9
GURU SEBAGAI SATU PROFESION
Konsep perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,
manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan
dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau
melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk
menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Pekerjaan yang dianggap professional.
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik
dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.
2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.
- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru
contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guruguru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas.
- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu
bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
4. Mendapat latihan khusus.
- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan
dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu
sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan
mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa
melaksanakan tugas mereka.

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.


- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi
terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan
perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada
organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan
autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus
dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi
mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan
profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan
seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan
oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan
cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan
hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi
segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa
sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.
Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?
Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah
suatu pekerjaan yang profesional.
Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion
keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor
perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai
pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang
beranggapan sedemikian.
Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah
mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau
di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang
mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan
yang profesional.
Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan
guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk
memperkukuhkan jawapan anda.
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan
profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak
mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang
yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional
kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara
langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan
hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya
senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.
Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai
profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata,
tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga
melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor,
akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.
Etika perguruan.
Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek
moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan
memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.[2]
Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis
panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan
dikenakan hukuman sewajarnya.
Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

keguruan
Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala sesuatu itu
bermula daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan
penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.
Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan
tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan
atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika
seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam
etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut.
Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan
martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan
menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti
tinggi.
Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri
kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari
segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan
sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada
pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya
dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.
Pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan
satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar sepanjang hayat,
membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling
penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan.
Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang
begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama
ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal
berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.
Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara
bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan
yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu.
Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

disimpulkan kepada proses seperti berikut:


Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat
kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada
masa sekarang, mahupun pada masa akan datang; dan proses pembelajaran
seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila
seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
a. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan
yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya
melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.
b. Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang
menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada
mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.
c. Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar
sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang
berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
d. Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan
rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran
sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.
e. Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami
budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.
f.
Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap
profesionalisme perguruan.
1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu
guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus
peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut
termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.
2. Membuat penyelidikan dan penulisan
o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari
kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau
pengajaran seseorang guru.
o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,
penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan


penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.
3. Usaha ke arah perkembangan kendiri
o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan
tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi
cara kerja seseorang guru.
o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka,
percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut
melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan
meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.
4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus
sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.
o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan
agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
5. Pembelajaran sepanjang hayat
o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih
dinamik.
o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat
kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar
terhadap seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan
membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang
pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Akauntabiliti guru terhadap:
1. Pelajar
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknikyang berkesan.
2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa
bayaran atau hadiah.
5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa
dan bersopan santun semasa bertugas.
2. Diri
1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan
sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan
dengan perbelanjaan.
4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa
atau elektronik.
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.
3. Bangsa dan Negara
1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara
berlandaskan Rukun Negara.
2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa
dalam diri pelajar.
3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni.
4. Terhadap Tugas dan Kerja
1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar.
2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan
oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum.
5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.


Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru.
Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana
semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh
dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan,
sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan
sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya
kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan
khususnya di negara kita.

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan
tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu
dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.
Ciri-ciri Guru Beretika
1. Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar' serta mengelakkan
diri daripada melanggar hukum agama, tata susila masyarakat dan undang-undang
negara.
2. Meletakkan ilmu dan pengajaran di atas kepentingan diri sendiri.
3. Kemaskini dengan maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.
4. Mempelajari dan mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan
teknologi pendidikan.
5. Memahirkan diri dan memahami segala aspek pelajaran yang diajar. (Trampil
dalam pelajaran dan mahir dalam pengajaran)
6. Adil saksama, demokratik dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar
(Tiada pilih kasih atau pet).
7. Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti
melibatkan pelajar.
8. Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah
bukan dengan cara memarahi.

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

9. Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluan~kan masa untuk
membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.
10. Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan
memperkembangkan idea pelajar.
11 . Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka
benar-benar terlatih atau faham mengenainya.
12. Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran I
kemampuan berlainan.
13. Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani I dihormati pelajar.
14. Prihatin ten tang sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.
15. Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.
16. Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan /
kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.
17. Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai
budaya maktab dan masyarakat.
18. Bijak mengurus dan menggunakan masa.
19. Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi
menyenangkan. Mampu berkecindan / berjenaka dan boleh menerima jenaka.
(Sense of humour )
20. Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.
21. Menghormati displin ilmu orang lain, di hadapan pelajar, rakan sejawat dsbnya.
22. Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan
kekurangan sebagai penghalang).
23. Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.
24. Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan
keberkesanan.
25. Dapat menjadi model / teladan
26. Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam melaksanakan tugas.
27. Berani mencuba dan berflkiran terbuka.
28. Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau
rakan guru.
29. Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga
tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan
sejawat.
30. Cermat dan hemat terutama dalam aspek yang memerlukan ketepatan dan
ketentuan.

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satuprofession.html

31. Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.


32. Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan
iktisas serta gemar menyebarkan ilmu.
33. Mudah bergaul, pandai menyesuaikan diri dan mampu memahami keadaan serta
mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekerja. Bijaksana dalam menyelesaikan
masalah.
34. Bersemangat dan memiliki keyakinan diri yang kuat (enthusiasm is contagious)
serta mementingkan kecemerlangan.
35. Mampu mewujudkan semangat kesetiakawan, semangat yang mengandungi un
sur solidarity, kerjasama, perkongsian dan bertukar-tukar pengalaman serta idea
dengan rakan setugas.
36. Berperanan sebagai wakil sekolah dalam aktiviti dan majlis yang dianjurkan oleh
masyarakat.
37. Sentiasa menilai keberkesanan diri dan memberi ruang kepada pelajar dan pihak
berkenaan membuat penilaian. Bersedia membaiki diri dan prestasi keIja dari
semasa ke semasa.
38. Memberi perkhidmatan dengan ikhlas - tidak mengharap ganjaran.