You are on page 1of 3

PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KOLAM IKAN AIR TAWAR DI KG TERIDI,

PENDAHULUAN
1.
Bismillahi Rahmani Rahim, terlebih dahulu izinkan saya dengan segala
hormat dan takzimnya mengucapkan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia
Tuan serta keluarga dan semua warga Jabatan Perikanan Pahang semoga berada
didalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah Subhanahu Wataala disamping
menjalani tugas - tugas seharian.
2.
Saya Abdul Latif Bin Mat Arof telah mengusahakan projek kolam ikan di Kg
Teridi Mukim Sega sejak tahun 2001 bermodalkan sendiri. Saya dilahirkan di Kg
Chenua Mukim Sega dan kini tinggal di Kg Jeruas Mukim Sega. Disebabkan
masalah kewangan dan ditambah dengan kadar harga anak ikan dan makanan ikan
yang semakin meningkat, memberi kekangan terhadap saya dalam melaksanakan
projek ini. Justeru itu, saya ingin memohon bantuan dari pihak Jabatan Perikanan
Pahang agar dapat meneruskan projek ternakan ikan air tawar ini dengan lebih
jayanya.
TUJUAN
3.
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan dari pihak Jabatan
Perikanan Negeri Pahang perkara-perkara berikut:
a. Bantuan anak ikan (Talapia, Keli dan Patin)
b. Bantuan makanan ikan (TP1, TP2 dan TP3)
c. Bantuan kewangan bagi memperbaiki infrastruktur projek
(Kolam, Stor dan Saluran Paip Air)
BANTUAN ANAK IKAN (TALAPIA, KELI dan PATIN)
4.
Terdapat 10 x kolam ternakan untuk projek ini, namun hanya 4 x dari padanya
di isi dengan anak ikan (walaubagaimana pun jumlah anak ikan kurang dari saiz
sebenar kolam). Ini adalah disebabkan faktor harga anak ikan yang tinggi di pasaran
ketika ini yang mana mencecah RM 00.60 per ekor.
5.
Pada bulan Jan 2013 pihak Jabatan Perikanan Raub yang diketuai oleh En
Nasirat dan En Marzuki telah mengadakan lawatan ke projek ini dan telah membuat
penilaian kemampuan kolam berdasarkan saiz dan keadaan air. Hasil dari lawatan
dan penilaian tersebut, anggaran jumlah ikan yang boleh dimuatkan adalah 25,000
ekor anak ikan.
6.

Berikut adalah pecahan bilangan anak ikan yang di pohon:


a.

Anak Ikan Talapia = 10,000 anak ikan

b.

Anak Ikan Keli = 5,000 anak ikan

c.

Anak Ikan Patin = 10, 000 anak ikan

BANTUAN MAKANAN IKAN (TP1, TP2 dan TP3)


7.
Angaran keperluan makanan ikan berdasarkan jumlah anak ikan yang
dipohon mengikut kadar tempoh pembesaran adalah seperti berikut:
a.

Fasa 1 (bulan ke 1 hingga 2)


Jumalah keseluruhan ikan = 25,000
Jumlah makanan TP1/hari = 1 bag
Jumlah makanan TP1/bulan: 30 hari x 1 bag = 30 bag
Jumlah permohonan TP1: 30 bag x 2 = 60 bag.

b.

Fasa 2 (bulan ke 3 hingga 5)


Jumalah keseluruhan ikan = 25,000
Jumlah makanan TP2/hari = 3 bag
Jumlah makanan TP2/bulan: 30 hari x 3 bag = 90 bag
Jumlah permohonan TP2 : 90 bag x 3 = 27 bag.

c.

Fasa 3 (bulan ke 6 hingga 7)


Jumalah keseluruhan ikan = 25,000
Jumlah makanan TP3/hari = 5 bag
Jumlah makanan TP3/bulan: 30 hari x 5 bag = 150 bag
Jumlah permohonan TP3 : 150 bag x 2 = 300 bag.

BANTUAN KEWANGAN MEMPERBAIKI INFRASTRUKTUR


(KOLAM, STOR dan SALURAN PAIP)
8.
Harga barangan yang meningkat telah menjejaskan faktor kewangan projek.
Justeru itu bantuan kewangan bagi memperbaiki infrastruktur berikut amat di hargai:

a.

Pembaikan Kolam.

Disebabkan kawasan sekeliling projek dikelilingi oleh belukar (Kawasan tanah


pemilik lain) menyebabkan batas-batas kolam sering kali dirosakkan oleh babi
hutan. Oleh itu permohonan bantuan kewangan membaiki/menaiktaraf kolam
di perlukan kerana kolam simen kurang risiko dari dirosakkan oleh babi hutan
dan pecah akibat hujan/banjir:
Kos membuat 1 x kolam simen (10m x 20m) = RM 1000
Jumlah kos keseluruhan (8 x kolam simen): RM 8000
c.

Pembaikan Stor.

Keadaan stor yang uzur boleh menyebabkan makanan ikan yang disimpan
terjejas dan terdedah kepada kecurian. Oleh itu permohonan bantuan
kewangan membaiki/menaiktaraf stor amat diperlukan:
Kos membaiki/menaiktaraf stor = RM 2000
PENUTUP
Saya amat berharap Yang Berbahagia Dato/tuan dapat memrpertimbangkan
permohonan saya ini dengan sewajarnya segala perhatian dan kerjasama dari pihak
saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Sekian saya sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like