Pangajian Am 2-Masalah Remaja

PANGAJIAN AM 2 -JENAYAH REMAJAPensyarah:En.Saad b Halil.

Pembentang:Abd Alif b Masturi

Pendahuluan
Pada masa kini,jenayah yang dilakukan oleh remaja dan pelajar telah memberi impak yang negatif kepada negara. Kejadian ini telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja.Mengikut satu kajian yang dijalankan kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar daan remaja semakin berleluasa.Masaalah ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Persoalannya, apakah puncapunca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan adakah masalah ini dapat diatasi?

Faktor-faktor

Kurang didikan ataupun tumpuan daripada ibu bapa. Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan,terdapat pelbagai faktor berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Seperti,didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang akan menjadi role model kepada anak-anak sekaligus penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada masa kini,kebanyakkan ibu-bapa yang menetap di kota dan menjawat jawatan yang tinggi sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah faktor-faktor utama yang menyebabkan akhlak pelajar dan remaja dewasa kini runtuh. Kesannya mereka tergamak melakukan jenayah-jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja meningkat kerana mereka terlalu rapat sehingga sanggup mengikut rakan melakukan jenayah. Remaja pada masa kini lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan di tempa-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum tamatnya waktu persekolahan.Jika mereka memilih rakan yang dapat memimpin serta membantu terutama sekali mengenai pelajaran,remaja tidak akan terjebak dengan masalah yang tidak bermoral.Tetapi,jika rakan yang dipilih tidak bermoral.Maka secara tidak langsung mereka akan terikut-ikut dengan gaya dan cara yang tidak bermoral.Hal ini kerana sememangnya remaja-remaja mudah terpengaruh dengan rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Teknologi yang moden. Selain itu, teknologi yand dikecapi pada masa kini telah menjadi salah satu faktor kegiatan jenayah di kalangan remaja meningkat.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini,jika tidak dimanfaatkan atau digunakan dengan betul. Contohnya, penyalah gunaan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya. Perkara-perkara ini merupakan salah satu faktor yang akan mendorong para remaja untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.Hal ini kerana mereka telah dipengaruh oleh cerita-cerita yang disiarkan oleh television,kononnya mereka dapat terlepas daripada melakukan kesilapan.

Langkah-langkah untuk mengatasinya

Memberikan perhatian kepada anak-anak. Namun begitu, jenayah-jenayah yang disenaraikan tadi dapat dibendung sekiranya perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut sebelum berlakunya kejadian yang dapat mengaibkan nama keluarga.Contohnya,perhatian yang sepenuhnya hauslah diberikan terutama kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa,hal ini kerana segalanya bermula daripada pendidikan di rumah.Pendidikan agama dan nilai-nilai murni haruslah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Displin yang ketat oleh pihak sekolah.
Selain itu, pihak sekolah wajarlah melaksanakan denda yang setimpal untuk diberikan bagi menjadikan pelajar-pelajar takut untuk melanggar disiplin,disamping menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah direkodkan dan pihak sekolah juga wajar mengambil tindakan segera seperti memanggil ibu bapa pelajar yang telah melanggar disiplin sekolah ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Penguatkuasaan undang-undang.
Penguat kuasaan undang-undang hendaklah diperketatkan ataupun dikaji semula terutama mengenai masalah juvenil.Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya

Tuntasnya, pelajar-pelajar ataupun remaja-remaja haruslah diberikan pendedahan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara yang akan menggalas tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Sekali gus, dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut iaitu remaja dan pelajar juga perlu mengetahui bahawa jenayah yang dilakukan tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada mereka sebaliknya akan merosakkan masa depan mereka

TAMAT SUDAH….

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful