You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013 SK

Rasional
Menyediakan ruang dan peluang untuk murid dan guru bagi melengkapkan persediaan terakhir sebelum
menduduki peperiksaan PKSR 2 dalam mengasah kemahiran dan teknik menjawab soalan.
Objektif
1. Meningkatkan peratus kelulusan murid dari segi kualiti dan kuantiti
2. Meningkatkan penguasaan murid dalam teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan
3. Mengenal pasti dan mengatasi kelemahan murid dalam menjawab soalan
4. Memupuk dan menanam semangat jati diri dalam diri murid
5. Meningkatkan motivasi, disiplin. ketahanan fizikal dan mental murid
6. Memupuk sikap berdikari dan mewujudkan semangat bekerjasama, toleransi dan kepemimpinan
Pelaksanaan
Tarikh :
Hari :
Tempat :
Kumpulan Sasar
Seramai orang murid
Anggaran Kos Perbelanjaan
Perincian kos perbelanjaan rujuk lampiran 1

Sumber Kewangan
Peruntukan Sekolah
Sumbangan PIBG

Sumber Tenaga
Semua guru Matematik

Ahli Jawatankuasa Pengelola


Penasihat : (Guru Besar)
Pengerusi : (PK Pentadbiran)
Setiausaha : (Ketua Panitia Matematik)
AJK : (PK HEM)
(PK KOKU)
Pendaftaran :
Pengacara Majlis :
Makan / Minum :
Motivasi :
Cenderahati :
Siar Raya / LCD :
Jadual Aktiviti / Aturcara Program
Penilaian Program
Sepanjang program/aktiviti dijalankan
Melalui maklum balas yang diperolehi selepas program/aktiviti dijalankan

Penutup
Adalah diharapkan program yang rancang dapat mencapai matlamat dan mendapat kerjasam dari semua
pihak.

CONTOH SURAT KEPADA IBU BAPA


Kepada
Semua Ibu Bapa / Penjaga

Tuan,
KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan program di atas seperti berikut ;
Tarikh :
Tempat :
3. Program ini diadakan bagi persediaan akhir dalam menjana kecemerlangan murid-murid Tahun 6 yang
akan menduduki UPSR pada 10, 11 & 12 September 2013 nanti. Bersama-sama ini disertakan
lampiran Jadual Kem Kecemerlangan UPSR untuk makluman pihak tuan.
4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan pihak sekolah merakamkan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.


..

CONTOH SURAT MOHON PERUNTUKAN KEM KECEMERLANGAN UPSR


Kepada
PIBG SK ..
Tuan,
PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ada mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2013 sepertimana
berikut:
Tarikh :
Tempat :
3. Sehubungan ini disertakan kertas kerja kem kecemrlangan unutk makluman pihak tuan.

4. Dengan ini, pohon jasa baik pihak tuan untuk menyumbang sebanyak RM 350.00 (RINGGIT
MALAYSIA TIGA RATUS LIMA PULUH SAHAJA) bagi melancarkan lagi program yang telah dirancang
demi kecemerlangan murid-murid dalam UPSR ini nanti.
5. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan peruntukan demi kemajuan akademik sekolah dan
keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

You might also like