You are on page 1of 21

KARANGAN

DESKRIPTIF

proses

pengenalan

mengumpulkan

tebing

memahami

pengalaman

pengajaran

perasaan

penutup

peristiwa

PANDUAN MENULIS KARANGAN DESKRIPTIF

Tujuan

Menceritakan semula
sesuatu peristiwa
atau pengalaman
yang dilalui

Struktur Karangan

Pengenalan

Isi Karangan

Penutup

PROSES MENULIS
A.

AKTIVITI PRAMENULIS

Memahami Tajuk
Baca karangan dengan teliti dan cuba
faham kehendak soalan.
Apakah pengalaman yang perlu kamu
ceritakan semula?

Mengumpulkan Idea

Fikirkan dan catat idea-idea.

Pilih isi yang sesuai mengikut kehendak tajuk / soalan.


Susun isi mengikut pentingnya isi tersebut dengan
kehendak tajuk / soalan.
Semak lakaran isi yang telah kamu pilih dan susun itu.
Gunakanlah lakaran biasa atau peta minda.

B.

AKTIVITI MENULIS

Pengenalan
Apabila menulis, mulakan dengan pengenalan
yang dapat menarik perhatian pembaca.
Kamu boleh menggunakan dialog atau
menggambarkan latar tempat kejadian.

Isi Karangan

Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa


yang telah dialami.
Pilih isi yang sesuai dan relevan mengikut kehendak tajuk.
Kamu perlu menyenaraikan pengalaman kamu itu
mengikut urutan cerita atau kejadian secara kronologi.
Pastikan setiap perenggan mengandungi satu isi dengan
huraian dan contoh yang sesuai.

Isi Karangan
Setiap isi mestilah berkait antara satu sama lain.
Kamu boleh menjelaskan perasaan kamu.
Susun perenggan mengikut kepentingan isi atau
perkara yang berlaku.
Gambarkan peristiwa dalam karangan kamu
dengan jelas.

Penutup

Akhiri karangan kamu dengan memberikan penjelasan


tentang pengajaran atau manfaat yang telah
kamu peroleh daripada pengalaman tersebut.

Aspek-aspek Penting
Maksimumkan kekuatan pancaindera seperti daya lihat,
daya dengar, daya sentuh, daya hidu serta daya rasa
dalam mengolah karangan.
Gunakan kata adjektif yang dapat memberikan gambaran
yang tepat.
Pilihlah kosa kata yang sesuai dengan tema tajuk.
Tulislah dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami.
Pelbagaikan ayat panjang dan pendek dalam penulisan.
Pastikan idea-idea yang dikemukakan berkaitan antara
satu sama lain.

You might also like