You are on page 1of 33

Kebudayaan melayu bmm 3114

1.0 Pengenalan : Sejarah dan Identiti Masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar
bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi
terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak
sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun
yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara
masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya
di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagangpedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain
lagi.
Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang
boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu
anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan
pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri
dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih
lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian
ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya
aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar
barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang.
Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di
Tanah

Melayu

menggalakkan

semakin
lagi

berkembang

kedatangan

maju.

pedagang

Secara

daripada

tidak
luar

langsung
negara.

telah

Hasilnya

pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang
diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga
telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke
Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini
diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota
Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan
rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah
S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud
kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya
1

Kebudayaan melayu bmm 3114

yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan
masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini
berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India.
Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya
yang berbeza-beza mengikut pengkaji itu sendiri. Akan tetapi maksud budaya yang
dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya.
Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu
iaitu;

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan
menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan
seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

Kata daya di sini memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan
segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu
menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini
menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan
kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya
menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima
semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang
diterima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan
sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap
dan nilai.
Dictionary of Philosophy (1996) ada menjelaskan yang budaya itu adalah:
2

Kebudayaan melayu bmm 3114

The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,
scienes, modes of perception, and habits of thought and activity.
Amalan-amalan yang dibentuk ini akan menetukan hala tuju bersama dalam
masyarakat berkenaan.
Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut
beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta
dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya
intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama. Selo
Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat
penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk
yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.
Manakala Malinowsky dalam bukunya A Scientific Theory of Culture telah
mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.
Budaya

merupakan

keseluruhan

aspek

kemanusiaan

dari

segi

sejarah,

kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya. Budaya


secara umum adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
Budaya meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan membezakan
bangsa-bangsa tertentu.
Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek
bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada
masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalakan oleh kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi.
Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan
masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak
masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Menyentuh semula dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Melayu adalah
satu cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
3

Kebudayaan melayu bmm 3114

dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada pendapat yang telah


dinyatakan oleh Mohd Taib Osman dan Malinowsky, budaya dapat dibahagikan
kepada 2 jenis iaitu budaya material dan budaya bukan material. Budaya material
adalah budaya yang bersifat kebendaan. Contohnya alatan permainan, pakaian,
bentuk rumah dan sebagainya. Manakala budaya bukan material adalah budaya
yang bersifat bukan kebendaan. Budaya bukan material lebih bersifat kepada
kepercayaan dan adat resam sesuatu masyarakat itu sendiri. Bagi lebih memahami
konsep budaya material dan bukan material yang terdapat dalam budaya
masyarakat Melayu, rajah berikut boleh dijadikan rujukan yang ringkas dan padat
mengenainya.

Kebudayaan melayu bmm 3114

2.0 Takrif dan Definisi Pantun


Kesusasteraan Melayu merupakan sebahagian daripada pusaka kebudayaan
Melayu yang tak terhingga nilainya. Kesusasteraan Melayu amat berkait rapat
dengan bidang kesenian yang merupakan sub-budaya Melayu yang berbentuk
bukan material atau kebendaan.
Apabila menyebut sahaja mengenai kesusasteraan Melayu, tidak dapat tidak
kita lari daripada membincangkan tentang puisi. Puisi-puisi ini pada asalnya adalah
5

Kebudayaan melayu bmm 3114

salah satu bentuk persembahan yang berbentuk lisan dan diwarisi secara turun
temurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Namun atas kesedaran
yang mula tumbuh dalam diri tokoh sejarawan dan budayawan Melayu, puisi-puisi ini
mula dibukukan bagi menjamin kelangsungan wujudnya pusaka budaya ini daripada
pupus atau hilang ditelan zaman.
Puisi-puisi ini dicipta atas hasil daya kreativiti pemikiran masyarakat Melayu
terdahulu dalam menyusun bait-bait kata sehinggalah terciptanya pelbagai genre
puisi seperti syair, gurindam, teromba, seloka, pantun dan lain-lain lagi. Keindahan
susunan kata ini mencerminkan ketinggian budi pekerti dan adab sopan masyarakat
Melayu dalam berkomunikasi. Kewujudan puisi-puisi ini adalah sebagai salah satu
bentuk hiburan. Selain itu, puisi-puisi ini juga digunakan dalam komunikasi untuk
menyampaikan sesuatu hasrat seperti dalam menyampaikan nasihat dalam bentuk
bahasa yang indah dan berlapik. Hal ini tidak seperti kebudayaan Barat yang lebih
berterus terang dalam menasihati dan menegur sesuatu perbuatan atau perlakuan
yang kurang manis dipandang.
Salah satu bentuk puisi yang begitu terkenal dalam masyarakat Melayu
adalah pantun. Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap pantun Melayu, maka
pelbagailah tafsiran yang muncul bagi menerangkan pendapat masing-masing
tentang hasil kajian mereka. Sebagai contoh, asal wujudnya kata pantun telah
dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal
Abidin Ahmad, Wilkinson. Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Salah seorang
daripada mereka ada mengatakan bahawa pantun itu terdapat dalam pelbagai
bahasa di Nusantara. Contohnya toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga),
tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa
Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Dalam kesemua bahasa yang dinyatakan tadi,
kata-kata yang berasal daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu kata yang
iaitu pantun. Kesemua kata daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu
bentuk atau suatu cara penglahiran maksud mengikut tatasusila yang teratur.
Van Ophuijsen ada mengatakan dalam kajiannya yang menyebut tentang asal
wujudnya pantun itu adalah berasal daripada kebiasaan orang Mandahiling
menggunakan dedaunan sebagai lambang untuk menyuarakan perasaan hati dalam
kalangan golongan muda-mudi. Walau bagaimanapun pendapat beliau disangkal
6

Kebudayaan melayu bmm 3114

oleh Wilkinson, menurutnya pantun wujud hasil daripada kebiasaan masyarakat


Melayu menggunakan perkataan bersajak, sebunyi atau seirama. Manakala Harun
Mat Piah pula berdasarkan kajiannya pula, mengatakan bahawa sebuah pantun
berisi suatu saran bunyi pada kuplet pertama yang memberikan bayangan kepada
kuplet kedua. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti pantun 2 kerat, 4
kerat, 6 kerat, 8 kerat dan seterusnya dalam bilangan yang genap. Namun begitu pa
Banyak pendapat mengatakan bahawa pantun bukan sahaja khazanah
budaya kepunyaan masyarakat Melayu, tetapi merupakan ciptaan orang Melayu itu
sendiri. Pendapat ini disokong lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Harun
Mat Piah setelah melakukan perbandingan antara pendapat-pendapat yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Winstedt, Teeuw, Overbeck dan Prampolini.
Harun ada membuat kesimpulan bahawa pantun adalah ciptaan asal dalam
masyarakat Melayu dan bukan karya saduran dari Jawa, Cina atau India.
Secara umumnya pantun memiliki ciri-ciri dan hukum kepuitisan yang
tersendiri seperti yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan.


Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat.
Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8 hingga 10.
Setiap rangkap ada pembayang dan maksud.
Skima rima akhir a-b-a-b.
Setiap rangkap ada pantun memiliki kesatuan fikiran yang lemgkap dan

vii.

sempurna.
Memiliki lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat

viii.

setempat.
Terdapat hubungan antara bahagian pembayang dan makna.

Ciri terakhir pantun iaitu mempunyai hubungan atau perkaitan antara


pembayang dan makna. Perkara ini sering menjadi polemik antara para pengkaji.
Namun ada sesetengah pengkaji yang menyangkal dan ada juga yang mengambil
jalan tengah dengan mengatakan bahawa hanya pantun-pantun tertentu yang
pembayangnya ada perkaitan dengan makna.
Pantun-pantun ini dapat dibahagikan kepada beberapa variasi atau jenis
bergantung kepada isi kandungan atau tujuan pantun itu dibina. Contohnya:
i.

Pantun Kanak-kanak
7

Kebudayaan melayu bmm 3114

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Pantun Jenaka
Pantun Kiasan
Pantun Nasihat
Pantun Keagamaan
Pantun Kasih Sayang

3.0 Nilai dalam Masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan
bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya.
Nilai merupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat.
Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan
positif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran
harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat
ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran
kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.
Menurut Clyde Kluckhon, nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang
dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang
diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yg
sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya.
Menurut George Lundberg, semua objek mempunyai nilai dan manusia
bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak
8

Kebudayaan melayu bmm 3114

kepunyaan individu. Umumnya, nilai boleh dihuraikan sebagai sesuatu benda atau
perkara yang boleh dilihat dari segi harga yang boleh dikira dgn aritmetik dan kualiti
intrinsik. Nilai merupakan salah satu aspek budaya yang disebut sebagai bukan
material. Bukan material bermaksud sesuatu yang tidak dapat disentuh dengan
anggota badan namun boleh dirasai dan dicontohi.
Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai
ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk
menentukan sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah
dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu,
berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat
dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai
budaya. Kesemua nilai ini akan dikaji dalam tugasan ini berdasarkan pantun-pantun
orang Melayu.

3.1 Nilai : Berbudi.


Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi.
Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini
sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan
antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah
dibiasakan dengan nilai-nilai budi. Sememangnya isu-isu berkaitan budi ini
merupakan antara isu yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu sejak
dulu lagi. Oleh kerana itu, banyak pantun yang menggunakan nilai budi sebagai tema
pantun mereka. Contohnya seperti pantun di bawah.
Mengenang Budi
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Kebudayaan melayu bmm 3114

Mengenang budi merupakan antara aspek yang seringkali dibicarakan apabila


menyentuh sahaja tentang budi. Secara umumnya mengenang budi boleh diertikan
sebagai mengingati, menghargai atau tidak melupakan jasa yang telah diberikan
oleh seseorang.
Contoh yang paling mudah adalah, mengenang budi kedua-dua ibu bapa
yang telah membesarkan anak sehingga dewasa. Sebagai seorang anak jasa, kedua
ibu bapa sememangnya tidak terbalas dengan harta mahupun wang ringgit. Mereka
telah membesarkan kita dari seawal usia dalam kandungan sehinggalah dewasa.
Mereka telah mengasuh kita dengan segala ilmu dunia dan akhirat. Kesemua ibu
bapa di dunia ini sudah tentunya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anak
mereka. Mereka tidak mengatakan tidak atas segala permintaan yang dibuat oleh
anak selagi kemahuan mereka itu tidak mendatangkan kesan yang negatif.
Jika diperhatikan dari aspek keperluan harian seperti makanan, pakaian
mahupun keselamatan, bapalah yang memainkan peranan utama. Bapa adalah
orang boleh dikatakan individu yang bertanggungjawab penuh. Maka tidak hairanlah
apabila adanya kata-kata seperti kasih ayah kekal selamanya. Manakala ibu pula
adalah insan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan anak-anak
dari aspek pengurusan anak itu dari kecil sehinggalah dewasa atau sehingga anak
itu boleh berdikari sendiri. Bayangkan, ibulah orang yang sanggup bangun di tengahtengah malam hanya semata-mata ingin menukar lampin anaknya. Tidak cukup
dengan itu, ibu jugalah yang sanggup menyusukan, membasuh pakaian, memasak
dan berbagai lagi tugasan yang dibuat hanya semata-mata ingin memastikan yang
anaknya sentiasa terurus.
Aspek kerohanian dan pembentukan sahsiah juga tidak dilupakan. Dalam
menjalankan tanggungjawab ini, kedua-dua ibu bapa akan menegur, menasihati,
memarahi atau melakukan apa sahaja bagi memastikan yang anak-anak mereka
menjadi insan yang berakhlak. Jadi tidak hairanlah orang-orang dahulu mengatakan,
sayang anak ditangan-tangankan. Istilah atau frasa ini bukanlah bermaksud yang ibu
bapa tidak menyayangi anak mereka, sebaliknya tujuan perkara itu dilakukan adalah
kerana ibu bapa amat menyayangi anak mereka. Bayangkan, betapa besarnya
pengorbanan mereka itu.
10

Kebudayaan melayu bmm 3114

Ringkasnya, mengenang budi amat penting tidak kiralah daripada siapa kita
menerima budi atau jasa. Sentiasa ingat dan hargailah budi dan jasa yang pernah
kita terima. Seperti apa yang digambarkan dalam pantun di atas, walaupun
seseorang individu itu telah meninggal dunia budi baik yang pernah diterimanya akan
tetap dikenang.

Sikap Berbudi Bahasa tidak Mengenal Taraf.


Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Berbudi bahasa. Berbudi bahasa adalah satu amalan yang mulia dan harus
diamalkan oleh setiap orang di muka bumi ini. Perihal pentingnya berbudi bahasa ini
adalah untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmonis dalam sesebuah
masyarakat itu sendiri. Amalan ini hendaklah dipraktikkan oleh segenap lapisan
masyarakat tanpa mengira darjat, keturunan, warna kulit mahupun taraf sosial
individu itu. Selain itu, kepentingan berbudi bahasa adalah untuk memastikan
seseorang itu sentiasa dipandang mulia dan memberikan persepsi yang positif
kepada masyarakat sekeliling.
Pelbagai kempen telah diadakan oleh kerajaan, contohnya kempen yang
dijalankan melalui media elektronik. Kempen yang dimaksudkan adalah iklan di
televisyan yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli yang sanggup buat-buat tidur
hanya kerana tidak mahu memberikan tempat duduknya kepada orang yang lebih
memerlukan. Keadaan itu telah memberikan persepsi negatif kepada dirinya.
Penumpang-penumpang lain yang sedar akan perbuatan Adlin itu telah mendapat
11

Kebudayaan melayu bmm 3114

persepsi negative kepada Adlin. Walau bagaimanapun dalam iklan yang lain Adlin
telah memberikan reaksi yang positif apabila memerhatikan adanya seorang
perempuan yang lebih memerlukan tempat duduknya. Adlin bingkas bangun dan
memberikan tempat duduknya kepada perempuan itu. Tindakannya itu telah
membuatkan wujudnya suasana yang harmoni tanpa sebarang rasa tidak puas hati.
Selain itu juga, masyarakat sekeliling juga perlulah mengamalkan amalan
berbudi bahasa ini tanpa mengira taraf sosial ataulatar belakang mereka. Sebagai
contoh, dengan mengamalkan sikap ini jurang antara orang kaya dan miskin itu akan
terhapus. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan perhubungan yang lebih
akrab dan mesra antara segenap lapisan masyarakat.
Berbudi Bahasa Tidak Hanya Melalui Pertuturan.
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tapi tanda budi bahasa.

Berbudi bahasa tidak hanya melalui pertuturan adalah bermaksud sikap atau
perilaku berbudi bahasa itu boleh dizahirkan melaui perbuatan atau tingkah laku.
Berdasarkan baris maksud pantun, makan sirih mengenyang tidak, tapi tanda budi
bahasa adalah sebagai menghormati adat dan tujuan seseorang. Perkara ini dapat
dilihat pada zaman dahulu. Kebiasaannya apabila ada tetamu datang ke rumah, tuan
rumah akan menjamu tetamu dengan sedikit minuman dan makan ringan atau kuih
muih, selesai dengan itu tuan rumah akan mengeluarkan sirih untuk dimakan
bersama-sama tetamu yang bertandang. Secara logiknya makan sirih tidak
mengenyangkan dan hanya sekadar bahan kudapan.
Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah niat murni tuan rumah yang tidak
mahu membiarkan tetamu hanya sekadar duduk bersembang kosong sahaja tanpa
ada sebarang jamuan. Manakala sebagai tetamu pula haruslah memakan sirih itu
bagi menghormati tujuan atau niat tuan rumah. Ada sesetengah orang mengatakan
bahawa makan sirih itu adalah budaya atau amalan yang mesti diamalkan apabila
12

Kebudayaan melayu bmm 3114

bertandang ke rumah orang. Sebagai tetamu, individu itu haruslah memakan sirih
bersama dengan tuan rumah sebagai tanda menghormati adat atau budaya tuan
rumah tiu sendiri.

Budi Bahasa Melambangkan Bangsa.


Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Masyarakat Asia memang terkenal dengan adab Ketimuran yang kaya


dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Jadi tidak hairanlah yang masyarakat
Melayu yang merupakan sebahagian daripada penduduk Asia memang terkenal
dengan sopan santunnya yang juga boleh dikatakan sebahagian daripada
kebudayaan Melayu.
Seperti apa yang dinyatakan dalam pantun di atas budi adalah sendi bangsa.
Persoalan pokok yang cuba diutarakan oleh pencipta pantun ini adalah mengatakan
yang kekuatan yang menghubungkan sesuatu bangsa juga terletak kepada budi
yang

juga

merupakan

sebahagian

daripada

kebudayaan

sesuatu

bangsa.

Masyarakat Melayu yang telah dididik sejak dari kecil hinggalah dewasa tentang budi
bahasa penerapan nilai-nilai murni yang sama telah membentuk satu kelompok
masyarakat

Melayu

yang

mengamalkan

sikap

berbudi

bahasa.

Kesannya

terebentuklah masyarakat yang bersatu padu. Walau bagaimanapun akan runtuhnya


sesebuah masyarakat atau bangsa itu jika amalan berbudi bahasa tidak lagi
diamalkan. Hal ini kerana amalan berbudi bahasa yang menjadi sendi penghubung
antara ahli dalam sesebuah masyarakat itu tidak lagi diamalkan. Hal ini akan

13

Kebudayaan melayu bmm 3114

mewujudkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan merenggangkan
perhubungan ahli masyarakat itu.
Apa yang disampaikan oleh pencipta pantun ini amat bertepatan melalui
persamaan yang dibentuk menjadi pantun. Secara umumnya amalan berbudi bahasa
dapat meneguhkan perhubungan antara ahli atau anggota sesebuah masyarakat itu.

Budi yang Tak Terbalas


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Antara sudut lain yang dapat dibincangkan tentang nilai berbudi adalah nilai
budi baik yang tak terbalaskan dengan wang ringgit ataupun harta. Merujuk tentang
pantun di atas yang menyatakan bahawa hutang yang berbentuk wang ringgit boleh
dilunaskan walau dengan apa cara sekalipun, tetapi tidak hutang budi. Contoh
mudah yang dapat diberikan adalah berdasarkan dalam sesuatu situasi berikut yang
melibatkan individu A yang sedang sakit dan memerlukan rawatan dan individu B
pula dengan rela hati dan ikhlas menolong individu A tadi dengan menghantarnya ke
hospital. Walaupun dengan hanya bantuan kecil yang dilakukan oleh individu B tetapi
telah menyelamatkan nyawa individu A.
Jika kita mengibas kembali sejarah perubatan negara, pada tahun1999 telah
terlakarnya satu peristiwa yang akan memilukan hati sesiapa sahaja yang tahu
tentang perkara itu. 13 tahun lalu seorang bayi bernama Afiq yang dijangkakan
hanya dapat hidup selama 10 bulan kerana mempunyai masalah hati. Bayi malang
itu dapat meneruskan hidupnya atas ikhsan seorang yang bukan darah dagingnya
yang sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya semata-mata ingin
memastikan kelangsungan hidup bayi itu. Seorang pemuda berusia 23 tahun,
Hafizam. Atas budi yang diberikan oleh Hafizam, Afiq Berjaya meneruskan hidup
seperti anak-anak yang lain. Manakala ibu bapa Afiq pula merasa begitu terhutang
14

Kebudayaan melayu bmm 3114

budi kepada Hafizam kerana sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya


kepada anak mereka. Ringkasnya apa yang disimpulkan adalah, ada sesetengah
budi boleh dibalas jika budi itu berbentuk harta atau wang ringgit tetapi bagaimana
pula dengan budi yang bukan bersifat wang ringgit sudah tentunya tidak terbalas.
Seperti apa yang digambarkan dalam kes di atas yang melibatkan pendermaan
organ.
3.2 Nilai : Nasihat Menasihati.
Nasihat dan peringatan begitu diperlukan manusia kerana dengannya mereka
akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Beberapa ayat
Allah menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat,
khususnya kepada golongan beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh
Nabi SAW dalam hadis Baginda sehingga dikatakan bahawa Islam itu adalah
nasihat. Agama terletak pada nasihat yang mengandungi unsur ketaatan kepada
Allah dan Rasul-Nya selain keimanan serta usaha beramal dengan kitab-Nya serta
Sunnah Rasul-Nya. Manfaat atau kebaikan besar yang terkandung dalam nasihat
terserlah pada maksud perkataan itu sendiri. Nasihat mengandungi maksud supaya
individu yang dinasihati memperoleh keuntungan atau faedah. Selain itu, nasihat
juga terkandung kaedah penyampaian iaitu dengan menggunakan kata yang dipilih
dengan teliti dan dihalusi di samping berasaskan ketulusan hati serta tidak
dipengaruhi maksud yang buruk.
Yang Baik Jadikan Teladan
Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk tolak ke tepi.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk tolak ke tepi. 2 baris (maksud) pantun
di atas menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu yang baik. Manakala segala
perkara yang bersifat buruk atau negatif haruslah diabaikan. Nilai yang terdapat
dalam masyarakat Melayu selalu menekankan isu-isu mengenai amalan yang baik
15

Kebudayaan melayu bmm 3114

dijadikan teladan. Contohnya melalui cerita-cerita rakyat seperti Perlumbaan Arnab


dan Kura-kura. Berdasarkan cerita ini tema yang ingin disampaikan adalah jangan
berputus asa. Mesej yang terdapat dalam cerita ini diterapkan dalam minda generasi
seterusnya.
Mengenai Segala yang buruk tolak ke tepi, pula bermaksud tidak menerima
amalan yang bertentangan dengan amalan masyarakat Melayu. Contoh perkara
atau amalan buruk yang ditolak oleh masyarakat Melayu adalah mengumpat.
Perbuatan ini walaupun bertentang dengan nilai masyarakat Melayu namun masih
ada lagi sesetengah atau sekumpulan kecil yang melakukannya. Maka dengan
terciptanya pantun ini diharap dapat menyedarkan sekumpulan kecil yang melakukan
perbuatan mengumpat. Melalui pantun ini, sindiran halus dilakukan bagi dalam susun
kata bahasa yang beralas.
Jangan Mengharapkan Balasan
Ada ubi bawalah ubi,
Ada beras berikan beras;
Suka dipuji selalu rugi,
Tamakkan balas kerap melepas.

Pantun di atas jelas menggambarkan bahawa sikap sukakan pujian atas


segala apa yang dilakukanakan mendatangkan kerugian. Pantun ini juga
menerangkan kesan negatif jika bersikap tamak. Kedua-dua sikap negatif ini telah
dimasukkan dalam pantun ini adalah bertujuan untuk menasihati masyarakat Melayu
khususnya agar tidak terjebak dalam sikap yang tidak mendatangkan faedah ini.
Berdasarkan maksud suka dipuji selalu rugi, seseorang individu yang bersikap
begini pada mulanya memang disukai oleh ramai orang, namun lama kelamaan
inidividu seperti ini akan semakin kurang rakan atau teman. Masyarakat di
sekelilingnya akan mula menjauhkan diri daripada individu seperti ini kerana mereka
akan mula rasa hilang hormat. Manakala tamakkan balas kerap melepas pula
bermaksud, orang suka mengharapkan balasan atas segala perbuatan baik
khususnya akan kerap melepas. Hal ini kerana peluang yang diperolehnya untuk
16

Kebudayaan melayu bmm 3114

melakukan jasa atau menghulurkan bantuan akan semakin tertutup kerana


masyarakat akan mula menolak sebarang pemberian oleh individu yang sukakan
balasan atas apa yang dilakukannya.
Secara umumnya pantun di atas menjelaskan yang masyarakat Melayu
khususnya perlu menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan buruk seperti yang
dinyatakan tadi.
Jangan Mengikut Perasaan
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Kepentingan nasihat juga penting dalam masyarakat Melayu khasnya untuk


golongan muda. Hal ini kerana golongan muda sering kali dikaitkan sikap darah
muda yang berjiwa membara. Golongan muda mentah yang kurang pengalaman ini
cenderung untuk melakukan keputusan tanpa memikirkan baik buruk yang
mendatang. Pantun di atas jelas menggambarkan kerasionalan generasi muda ini
dalam menentukan hala tuju mereka. Pembayang dan maksud pantun yang jelas
menasihati golongan muda agar lebih berhati-hati dan berfikir lebih jauh ke depan
dalam membuat sebarang keputusan. Pembayang pantun yang amat berkait rapat
dengan maksud pantun dipilih agar bersesuaian dengan baris maksud pantun.
Pencipta pantun ini mengibaratkan yang golongan muda in sebagai batang padi
muda yang lemah, yang akan pecah jika dilurut. Manakala kesan padi yang pecah
akibat dilurut disamakan dengan kesan negatif yang timbul akibat membuat
keputusan yang terburu-buru.
Jelas sekali pantun nasihat ini amat berguna dalam usaha membantu anak
muda dalam mengingatkan diri mereka agar lebih berhati-hati dalam membuat
keputusan agar tidak mendatangkan masalah bukan sahaja kepada diri mereka
tetapi kadang kala akan membabitkan individu di sekeliling mereka.

17

Kebudayaan melayu bmm 3114

Jangan Selalu Memakan Budi Orang


Jangan selalu memakan budi orang merupakan salah satu nasihat yang
sering dileterkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana seseorang
yang terlebih makan budi orang akan menyesal di kemudian hari.
Dalam masyarakat moden sekarang ini ada istilah yang menyebut tentang
perkara ini yang berbunyi terhutang budi sampai tergadai body. Hal ini timbul
apabila ada keluarga yang malas berusaha dalam mencari rezeki tetapi hanya
bergantung kepada bantuan orang tertentu untuk meneruskan hidup mereka.
Sampai suatu masa apabila ingin membalas budi keluarga tadi tidak mampu dan
penyelesaian yang paling mudah adalah mengahwinkan anak mereka dengan
individu yang banyak membantu keluarga itu. Perkahwinan itu secara kebiasaannya
bukanlah atas kerelaan anak tetapi terpaksa merelakan kerana memikirkan segala
budi yang pernah diterima.
Pantun di atas jelas mengingatkan orang Melayu khususnya agar berusaha
untuk meneruskan hidup tanpa mengharapkan bantuan atau budi baik orang lain.
Hal ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan ahli
keluarga, malah akan menjadi buah mulut orang lain.
Anak Perling melompat pergi,
Singgah mencolok buah hutan;
Jangan kita kedapatan budi,
Kelak tentu orang perkatakan.
Sedar Akan Keupayaan Diri
Masyarakat Melayu juga sering menasihati golongan muda agar sentiasa
berpijak di bumi yang nyata agar tidak hanyut dalam angan-angan yang hanya
sekadar mimpi di siang hari. Unsur nasihat seperti ini penting bagi memastikan yang
masyarakat Melayu tidak berangan yang keterlaluan atau bermimpikan sesuatu yang
mustahil untuk dicapai. Elemen nasihat seperti ini juga penting kerana mempunyai
funsi untuk menaikkan semangat dan usaha bagi memastikan apa yang dihajati
dapat dicapai.
18

Kebudayaan melayu bmm 3114

Nasihat yang terdapat dalam pantun ini juga dpat diperhatikan dalam
peribahasa Melayu seperti ukurlah baju di banadan sendiri atau kalau kail panjang
sejengkal lautan dalam jangan diduga.
Anak tenggiri anak selambai,
Ikan lidah dalam perahu;
Langit tinggi jangan dicapai,
Bumi rendah tengok dahulu.

3.3 Nilai : Kasih Sayang.

19

Kebudayaan melayu bmm 3114

Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk
masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira
sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk
kasih sayang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kasih membawa maksud

perasaaan

sayang (terhadap seseorang atau sesuatu,cinta). Selain itu kasih juga membawa
maksud berasa sayang. Manakala sayang pula menurut Kamus Dewan membawa
maksud mengasihi atau mencintai, kasihan atau berasa belas.
Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan sebagai
nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat yang
harmoni melalui nilai kasih sayang ini. Nilai kasih sayang yang wujud dalam
masyarakat Melayu dapat dilihat melalui bidang kesusasteraan melayu yang amat
terkenal sejak tahun 1940-an lagi yang mana masyarakat Melayu pada masa itu
terkenal dengan cerita penglipur laranya.
Dalam masyarakat Melayu, menurut Aripin Said (1948) dalam bukunya Puisi
Warisan, pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan
budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup
budayanya.
Nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu dapat diterjemahkan dalam
bentuk puisi yang merangkumi sajak,syair,gurindam dan pantun. Antara pantun yang
dapat kita lihat ialah seperti pantun berikut :
Burung terkukur digulai lemak,
Kembang selasih dibawah batang
Sudah lumpur jalanpun semak;
Sebab kasih saya datang.

Dalam pantun ini, ternyata masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan
kasih sayang sebagai nilai dalam masyarakat pada masa tersebut. Dalam rangkap
sudah lumpur jalanpun semak, sebab kasih saya datang, rangkap ini membawa
maksud walaupun

terdapat halangan dan cabaran untuk mendapatkan kasih


20

Kebudayaan melayu bmm 3114

sayang, seseorang itu tetap pergi menempuh halangan tersebut untuk mendapatkan
kasih sayang yang diinginkan. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
amat mementingkan nilai kasih sayang walaupun nilai kasih sayang itu sukar untuk
didapatkan.
Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti
pantun berikut :
Cuba cuba bertanam mumbang,
Moga moga tumbuh kelapa,
Cuba cuba bertanam sayang;
Moga moga menjadi cinta
Dewan Bahasa, Mei 1958, hlm. 241

Rangkap pertama membawa maksud perihal alam iaitu menanam mumbang


kelapa atau pucuk kelapa yang mustahil akan tumbuh menjadi kelapa. Dalam
rangkap kedua pula membawa maksud menyemai kasih sayang agar sayang yang
disemai itu menjadi cinta. Nilai kasih sayang dalam pantun ini menunjukkan kasih
sayang mesti ditanam dalam diri agar dapat membentuk cinta. Dalam budaya
melayu, kasih sayang yang wujud antara seorang lelaki kepada seorang perempuan
akan berakhir dengan cinta apabila mereka berkahwin.
Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti
pantun berikut :

Zaman lampau telah pun hilang,


Dulu kecil kini dewasa,
Zaman baru sudah menjelang;
Kasih ibu masih dirasa.
Puisi puisi pilihan Usman
21

Kebudayaan melayu bmm 3114

Awang, Rahman Shaari 1991.

Dalam pantun di atas, rangkap pertama membawa maksud peredaran zaman


iaitu daripada zaman kanak kanak sehingga dewasa iaitu zaman dahulu.
Manakala, rangkap kedua pula membawa maksud zaman yang yang baru yang
mana menceritakan kasih sayang daripada seorang ibu tetap dirasai walaupun
zaman telah berubah. Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang sangat
dijunjung oleh seorang anak terhadap seorang ibu meskipun zaman dan masa
berubah tetapi kasih kepada ibu tetap dirasai dan diingati. Contohnya seorang anak
yang telah lama terpisah dengan ibunya. Meskipun bertahun-tahun berpisah dengan
ibunya yang telah meninggalkan dunia,tetapi kasih tetap dirasai dan dihargai.

Pantun keempat yang dapat menggambarkan nilai kasih sayang dalam


masyarakat melayu ialah seperti pantun berikut :

Perahu tongkang memuat kayu,


Datang angin dilayarkan,
Hendak kasih, kasih selalu;
Kasih jangan tuan tinggalkan.
Pantun Dondang Sayang Vols. 2, hlm 42.

Maskud rangkap pertama dalam pantun ini ialah memerihalkan tongkang yang
bergerak apabila terkena angin. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud ingin
berkasih. Jika ingin berkasih sayang, janganlah ditinggalkan orang yang kita kasihi
itu. Dalam budaya masyarakat Melayu, kasih sayang kepada seseorang amat
dihargai. Jika kita telah pun sayang atau kasih kepada seseorang, eloklah kiranya
kita terus menyayangi seseorang itu selalu dan tidak meninggalkan orang yang kita
kasih itu. Contohnya, apabila kita berkasih dengan seseorang, haruslah kita
22

Kebudayaan melayu bmm 3114

mengasihinya sampai bila bila agar orang yang dikasihi itu senantiasa bahagia dan
tidak berkecil hati dengan kita.
Pantun kelima yang merupakan pantun terakhir yang dapat menggambarkan
nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu ialah seperti pantun berikut :
Rakit buluh dari seberang,
Dulang terletak diatas geta,
Sakit sungguh kasih seorang;
Orang tidak kasihkan kita.
Petua Mengarang Pantun Melayu,hlm 22.

Dalam rangkap pertama pantun di atas memerihalkan tentang rakit dan


dulang iaitu dua benda yang berbeza dari segi kegunaannya yang mana rakit yang
datang dari seberang dan dulang pula diletakkan di atas geta iaitu tempat raja
beradu atau berehat. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud apabila kita
kasihkan seseorang dan kasih kita tidak terbalas oleh seseorang itu,maka akan
timbul rasa tidak sempurna.
Jika dilihat dari perspektif kebudayaan Melayu, pantun ini menggambarkan
nilai kasih sayang itu seharusnya dibalas untuk mengelakkan sebelah pihak tidak
terasa sakit dan dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam sesuatu budaya
masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih pasti hidup dalam suasana
harmoni dan bersatu padu . Bak kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang
bagai tebu.
3.4 Nilai : Patuh kepada perintah agama.
Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai
kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur
agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam
proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang
menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada
syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah
23

Kebudayaan melayu bmm 3114

berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak
dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]
Kedua-dua aspek ini iaitu agama dan budaya menjadi asas yang utama dalam
proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari
perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang
berfungsi dalam masyarakat tersebut. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001:
187). Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi
memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai
budaya masyarakat yang dianggotainya (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001:
187). Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi
yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap
kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses ini bertujuan mengekalkan kesinambungan
budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun.
Apabila orang-orang Melayu menerima Islam, proses penyesuaian antara
tradisi dengan ajaran Islam itu mengambil masa yang lama. Proses Islamisasi itu
berlaku secara berterusan. Kedatangan pengaruh barat itu juga disesuaikan dengan
kehendak-kehendak ajaran Islam. Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Orangorang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi
permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya
yang dibawa dari luar, bagi menentukan sama ada unsur tersebut dapat diterima
atau tidak, mereka akan merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga
sentiasa menilai kembali unsur-unsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya
dengan ajaran Islam.
Umumnya,

pantun

agama

adalah

merupakan

sebuah

pantun

yang

berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat


serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap
masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam
diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat
dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat
pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik

24

Kebudayaan melayu bmm 3114

dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Antara
pantun Melayu yang menggambarkan keadaan ini adalah seperti yang berikut :
Hari ini hari Selasa,
Hari esok hari Rabu.
Dapat mengenal Tuhan Yang Esa,
Wajib diturut perintahnya itu.
(Mastika, Oktober 1960, halaman 23)
Pantun di atas membawa maksud sebagai seorang muslim, kita hendaklah
sentiasa melakukan perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah. Segala
perkara yang disuruh oleh Allah hendaklah dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan
kerana kita sudah bersaksi bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan Yang Esa. Orang
Melayu hendaklah bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan Islam. Ini
dinyatakan dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa orang Melayu
wajib beragama Islam.
Selain daripada itu, orang Melayu berpegang kepada segala perintah Allah
yang telah termaktub di dalam kitab-Nya supaya menjadi panduan dalam
menyelusuri kehidupan di dunia ini. Oleh yang demikian, orang Melayu hendaklah
patuh kepada kitab suci iaitu Al-Quran yang penuh dengan panduan untuk diikuti
oleh seluruh umat manusia. Contohnya, jika kita hendak melakukan sesuatu
pekerjaan, kita hendaklah memilih pekerjaan yang halal disisi syarak supaya
mendapat berkat daripada Allah SWT. Pekerjaan seperti mencuri, merompak,
menipu dan sebagainya adalah bertentangan dengan syariat Allah dan ini akan
mendatangkan murka Allah kepada mereka yang mengerjakan perkara yang
mungkar. Antara pantun yang menggambarkan betapa perlunya kita mematuhi
segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Quran adalah seperti yang berikut :
Daun terap dia atas dulang
Anak udang mati dituba.
Dalam kitab ada terlarang,
Yang haram jangan dicuba.
(An introduction to Malay Pantuns, halaman 25)
25

Kebudayaan melayu bmm 3114

Pantun di atas membawa maksud di dalam Al-Quran, sudah termaktub


perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah untuk dilakukan oleh
manusia di atas muka bumi ini. Setiap perkara yang telah dilarang di dalam kitab suci
Al-Quran serta As-Sunnah hendaklah dijauhi kerana perkara-perkara yang ditegah
itu datangnya daripada Allah. Ini adalah kerana setiap perkara yang dilarang oleh
Allah akan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengerjakan perkara
tersebut. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, orang melayu hendaklah
patuh kepada segala suruhan Allah seperti yang telah termaktub di dalam kitab-Nya.
Seterusnya, masyarakat Melayu sering melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh dan kemudian menyandarkan usaha bagi sesuatu perkara
yang dilakukan itu kepada Allah SWT. Mereka akan bertawakal kepada Allah atas
segala apa yang telah diusahakan dan dikerjakan oleh mereka supaya pekerjaan
mereka itu mendapat rahmat, berkat dan dimakbulkan oleh Allah. Contohnya dalam
mencari jodoh mahupun pasangan pengantin, mereka disyorkan untuk berusaha
mencari pasangan hidup mereka masing-masing kemudian mereka dikehendaki
untuk bertawakal kepada Allah semoga usaha mereka itu dipermudahkan oleh Allah
melalui solat istikharah dan solat hajat. Patun dibawah dapat membantu
menggambarkan situasi tersebut.

Sayang-sayang buah kepayang,


Buah kepayang hendak dimakan;
Manusia hanya mampu merancang,
Kuasa Allah yang menentukan.

(Kumpulan Pantun Melayu, 1984, halaman 70)


Baris pertama pantun

di atas iaitu

sayang-sayang

buah

kepayang

menceritakan mengenai manusia walaupun mereka cuba merancang atau


menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah
26

Kebudayaan melayu bmm 3114

yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti
manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas
manusia yang diciptanya. Ini bermakna, manusia boleh merancang berbagai perkara
dan berharap akan terlaksana seperti yang dirancang walaupun mengetahui bahawa
yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. Kuasa Allah yang tiada siapa pun
dapat menandingi-Nya.
Sebagai seorang muslim juga, orang Melayu hendaklah melaksanakan solat
lima waktu sehari semalam bagi menandakan rasa syukur dan taatnya kepada
segala suruhan dan perintah Allah. Di dalam solat, mereka dikehendaki untuk berdoa
kepada Allah supaya diampun segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan
sebelum ini. Islam menuntut umatnya supaya segera bertaubat setelah melakukan
kesalahan. Ini adalah kerana, Allah SWT adalah tuhan yang Maha Pengampun.
Contohnya, jika seseorang itu telah melakukan jenayah mencuri, maka dia perlu
segera bertaubat memohon keampunan kepada Allah dan perlu menyesali segala
perbuatan mungkarnya itu. Berikut adalah pantun yang dapat menggambarkan
situasi yang berlaku di atas :

Anak ayam turun sepuluh,


Mati seekor tinggal Sembilan.
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada tuhan.

Pantun di atas menyeru kepada manusia supaya bangun awal pagi iaitu pada
waktu subuh untuk sujud menyembah Allah, memohon keampunan kepada-Nya di
atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan. Antara nilai yang terdapat dalam
pantun tersebut adalah nilai ketaatan yang ditunjukkan pada baris ketiga pantun iaitu
Bangun pagi sembahyang subuh. Orang Melayu sememangnya akan bangun
seawal subuh bagi menunaikan solat subuh. Nilai yang seterusnya yang terdapat
27

Kebudayaan melayu bmm 3114

dalam pantun ialah keinsafan dan memohon keampunan. Orang yang telah
melakukan kesalahan hendaklah memohon kempunan kepada Allah diatas setiap
kesalahan yang telah dilakukanya.
Nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam Islam itu merupakan ketetapan
daripada Allah, namun dalam mempengaruhi perlakuan itu adalah mengikut tradisi
budaya masing-masing. Misalnya, Islam telah menetapkan nilai-nilai dalam menjaga
aurat. Maka bagi menentukan cara atau kaedah untuk memenuhi nilai-nilai itu adalah
berasaskan kepada budaya tradisi. Orang-orang Melayu mempunyai tradisi pakaian
mereka tersendiri sebagai menyatakan jati diri pakaian Melayu. Contohnya pakaian
baju kurung dan baju Melayu yang lengkap menutupi seluruh tubuh lelaki dan
perempuan. Ini selari dengan nilai-nilai Islam yang telah ditetapkan oleh al-Quran
dan Hadith.
Selain itu, orang Melayu sangat terkenal dengan budaya ketimuran yang
tinggi. Masyarakat Melayu terkenal dengan adab sopan santunnya. Ini menyebabkan
masyarakat Melayu dipandang tinggi oleh masyarakat lain yang menjadikan budaya
dan cara hidup orang Melayu sebagai contoh dan teladan untuk diikuti. Kesantunan
perilaku dan berbahasa telah menjadikan masyarakat Melayu tinggi adab dan
budayanya. Untuk mencapai tahap ini, mereka perlu memelihara segala tingkahlaku
supaya setiap perlakuan mereka tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh
Allah. Pantun dibawah menggambarkan betapa pentingnya kita menjaga tingkah
laku dan komunikasi kita supaya semua perlakuan kita terpelihara daripada segala
kemungkaran.
Kalau bercakap peliharalah lidah,
Kalau berjalan peliharalah kaki.
Kalau menghadap kepada Allah,
Luruskan iman peliharalah hati.

Pantun di atas bermaksud kita sebagai umat manusia hendaklah memelihara


segala perlakuan dan anggota tubuh kita daripada melakukan perkara yang dimurkai
oleh Allah. Apabila kita hendak memelihara sesuatu yang zahir, maka kita hendaklah
28

Kebudayaan melayu bmm 3114

memulakan sesuatu itu degan segala amal kebaikan melalui pembersihan hati dan
jiwa kita. Pembersihan hati inilah yang dinamakan sebagai taqwa. Apabila hati kita
baik, maka baiklah seluruh anggota dan apabila rosak hati itu maka akan binasalah
seluruh anggota badan kita dan kebersihan itu hanyalah dicipta melalui AlMuraqabah. Dalam masyarakat Melayu, segala tingkah laku hendaklah berlandaskan
syariat Islam.

Orang Melayu meletakkan ajaran Islam sebagai landasan dalam

menentukan perjalanan hidup mereka. Oleh yang demikian, segala perintah Allah
akan mereka turuti supaya mereka tidak tergelincir ke arah perkara-perkara yang
ditegah oleh Allah.
3.5 Nilai : Tolong-menolong.
Manusia adalah makhluk sosial yang saling perlu dan memerlukan antara satu
sama lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima
pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal.
Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam
memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, menolong dan
ditolongi merupakan fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Budaya
tolong-menolong juga merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan
keharmonian dalam sesebuah masyarakat.
Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Nilai ini merupakan antara unsur
penting yang membentuk masyarakat Melayu. Tolong-menolong sememangnya
sudah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu. Pertolongan yang diberi adalah
seikhlas mungkin kerana orang Melayu percaya bahawa setiap perbuatan baik itu
pasti akan dibalas dengan kebaikan. Pertolongan yang diberi pula adalah seikhlas
hati tanpa meminta balasan mahupun ganjaran daripada orang yang meminta
pertolongan. Pantun di bawah menjadikan nilai ini sebagai tema lantas membuktikan
pentingnya nilai ini dalam masyarakat Melayu.
Buah jambu buah kedodong
Jatuh ke tanah dimakan bulus
Hidup itu tolong menolong
Tanpa diupah kerana tulus.
29

Kebudayaan melayu bmm 3114

Pantun di atas bermaksud, setiap daripada pertolongan yang diberikan


hendaklah kita lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang
ganjaran diatas pertolongan yang telah dihulurkan. Kita tidak sepatutnya meminta
ganjaran di atas segala pertolongan yang telah diberikan kerana kemungkinan kita
akan membebankan orang lain. Kita hendaklah yakin bahawa setiap pertolongan
yang diberikan dengan hati yang ikhlas bukan sahaja merapatan hubungan kita
dengan orang lain, malah kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
Selain itu, tanpa nilai tolong-menolong ini, masyarakat juga akan menjadi
lemah dan tunduk kepada musuh. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan
umatnya supaya memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan
yang memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di
akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t. Tolong-menolonglah kamu dalam perkara
kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas
perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan
Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat. (Surah
Al-Maidah: 2) Ini kerana, kekuatan sesebuah masyarakat dibentuk dari nilai bersatupadu. Pepatah Melayu sendiri banyak mengaitkan nilai bersatu-padu dan tolongmenolong. Ini terbukti dalam penulisan pantun di bawah:
Masa berjalan bawalah tongkat,
Kalau boleh jenis semambu.
Sama sekampung teguhkan pakat,
Kalau tidak musuh berkubu.
(Zainal Abidin Bakar, Koleksi Pantun Zakaria Hitam,150:1983)
Pantun di atas membawa dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah
sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan tolong menolong agar hubungan
kita kita dalam kalangan masyarakat terjalin dengan erat tanpa sebara krisis atau
permasalahan yang boleh memecahbelahkan keharmonian hidup bermasyarakat.
Jika hubungan dalam kalangan masyarakat dapat dijaga dengan baik, maka anasir30

Kebudayaan melayu bmm 3114

anasir luar tidak dapat mengganggu gugat persefahaman anatara masyarakat. Jika
tidak, kehidupan akan menjadi tidak tenteram dan dipenuhi dengan ketidakpuasan
hati dan pemberontakan.
Dalam bermasyarakat, orang Melayu sangat mementingkan nilai tolong
menolong ini. Contohnya dalam sesebuah keraian atau kenduri.Dalam masyarakat
Melayu, majilis kenduri kendara bagi meraikan pengantin baharu mahupun kenduri
kesyukuran akan dijalankan secara bergotong royong. Orang kampung akan turun
padang bersama-sama membantu tuan rumah untuk menyediakan juadah bagi
membantu melancarkan perjalanan majlis kenduri yang diadakan. Masyarakat
Melayu bergotong-royong tanpa mengira peringkat umur. Oleh itu, sesuatu kerja
yang dilakukan akan menjadi mudah. Dengan adanya semangat sebegini, nilai
bersatu padu akan menambahkan kekuatan bagi sesbuah masyarakat itu
terutamanya masyarakat Melayu. Dalam pantun di bawah menunjukkan nilai bersatu
dan tolong-menolong.

Orang cina menjual daging,


Daging dijual berpikul-pikul
Kalau ringan sama dijinjing
Kalau berat sama dipikul.
(Setiamulia, Lima Puluh Pantun, 6:1965)
Tolong menolong juga merupakan kewajiban bagi setiap manusia. Ini kerana,
dengan tolong menolong kita akan dapat membantu orang lain dan jika kita perlu
bantuan tentunya orangpun akan menolong kita. Sikap tolong menolong, bantu
membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau
kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan
Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang
lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul
oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya)Sesungguhnya orang
beriman itu bersaudara, (Surah al-Hujurat : ayat 10). Tolong menolong juga akan
31

Kebudayaan melayu bmm 3114

dapat membantu kita membina hubungan baik dengan semua orang. Jika kita
sentiasa tolong menolong sesama insan, kita dapat memupuk rasa kasih sayang
antara tetangga, antara tema dan juga antara rakan kerja. Singkat kata tolong
menolong adalah sifat hidup bagi setiap orang. Pantun di bawah ini menggambarkan
situasi di atas :
Adat bersampan mahu berdayung
Adat membelat mahu berbasah
Adat berkawan mahu menolong
Adat bersahabat mahu bersusah
(Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 36:2007)

Pantun di atas bermaksud sebagai seorang sahabat dan kawan, kita perlu
mengharungi segala cabaran di dunia ini bersama-sama tanpa mengira waktu sudah
mahupun waktu senang. Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup berasama
kita tidak mengira sama ada waktu senang mahupun waktu susah. Jadi, amat
penting untuk kita memilih kawan yang bukan sahaja sekadar dapat menemani dan
berkongsi suka dengan kita, malah kita dituntu untuk memilih sahabat yang baik
pekertinya dan mendekatkan diri dengan agamanya kerana orang yang dekat
dengan agama akan menjaga hubungan dengan kawannya sebagaimana yang
dituntut oleh agamanya.
Manusia dan masyarakat merupakan entiti yang tidak sempurna. Apabila
manusia dan masyarakat tidak sempurna, maka akan timbul pelbagai masalah.
Masalah yang timbul memerlukan penyelesaian, maka tolong menolong antara satu
sama lain adalah perlu apabila masalah timbul.
Dalam masyarakat Melayu, tujuan menolong secara umumnya adalah untuk
memberi

arahan

dan

motivasi,

mengatasi

masalah

sosial

atau

peribadi,

menyelesaikan konflik interpersonal, isu-isu yang mendadak, dan keperluankeperluan dalam kalangan masyarakatnya. Seandainya perkara-perkara ini dapat di
32

Kebudayaan melayu bmm 3114

atasi, maka kualiti hidup akan meningkat, dan ini merupakan salah satu matlamat
menolong terutama dalam masyarakat Melayu. Kadangkala apabila kita membantu
orang lain, kita akan ingat akan kesusahan yang pernah kita alami sebelumnya.
Secara tidak langsung diri kita terdidik untuk membantu orang yang berada dalam
kesusahan. Pantun dibawah adalah contoh pantun yang boleh menggambarkan
situasi tersebut :
Untuk apa menebang pisang
Supaya dapat merasa buahnya
Untuk apa menolong orang
Supaya ingat masa susahnya
(Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 234:2007)

33

You might also like