1 Rahmah Bt.

Hj Johara (A106315)

1)A Foreshadowing of 21st Century Art: The Color and Geometry of Very Early Turkish Carpets (Center for Environmental Structure, Vol 7) (Paperback) by Christopher Alexander (Author)

Ulasan Editor : Menurut Alexander, permaidani Turkey adalah sangat sempurna dan mengkagumkan. Alexander mengukuhkan pendapatnya dengan yang menunjukkan bahawa masyarakat di zaman lampau Turki mengetahui asas mengenai struktur, warna dan cahaya yang telah dilupakan di zaman ini. Huraian Buku: Christopher Alexander mempunyai berbagai pendapat mengenai koleksi terbaik permaidani Turki di kalangan dunia Barat. Alexander telah membawa pembacanya terikat dengan koleksinya yang mengkagumkan, iaitu permaidani yang telah diperkayakan dengan 400 gambar dan 80 jenis warna. Permaidani binatang, sejadah Transylvanian yg merah menyala, permaidani Torquoise Lattice dari Alcaraz. Karya Blue Medallion Keyholes dari Bergama. Permaidani White field Bird yg jarang di temui di abad ke 16 bergabung dengan geometri Karapinar ciptaan hebat abad ke 15 yg berbentuk bunga, berciri kebebasan lagi asli berunsur seni Sufi. Penerangan Alexander mengenai teori keindahan permaidani mengajarkan tentang stuktur untuk artis dan arkitek. Alexander

2 berpendapat bahawa pentingnya pengeluaran yang banyak dalam dunia penghasilan permaidani. 2) Gardens, Landscape, and Vision in the Palaces of Islamic Spain (Paperback) by D. Fairchild Ruggles

Huraian buku: Mengenai sejarah tanam dan Istana Islam di Sepanyol. Taman, landskap dan visi Istana Islam Sepanyol memberikan tafsiran sejarah taman di zanam pemerintahan Islam dari abad kelapan hingga abad ke limabelas. Taman Islam terdiri daripada tanaman, batas dan saliran air secara tradisi. Ia mengambarkan keindahan surga seperti tercatit dalam Al-Quran “taman di sirami air dari 4 sungai”. Namun, menurut D. Firchild Ruggles, taman Istana mestilah mempunyai struktur yg besar dan persekitaran yang luas,ekonomik dan binaan politik,dan simbolik surga belum terhasil sehingga taman tersebut memiliki makam. D. Fairchild Ruggles menbincangkan tiga aspek abad pertengahan pemerintahan Islam di Sepanyol berhubungan dengan landskap dan perubahan pertanian yang tercatit oleh Arabic sceincetific literature dan geografi. Hal ini juga termasuk perubahan typologi taman yang mana masih simbolik, tercatit dari ke 8 abab hingga ke abad ke 15. Ruggles menerangkan binaan repertoir dan taman tidak berubah dari abad ke 10 hingga abad ke 15.Taman istana Cordova menghasilkan ideologi politik membawa Raja ke tengah taman yang membawa maksud jajahannya. Motif pencipta masih tergantung pada

3 awal abad, di Granada pencipta mula mereka pembaharuan. Artist di Alhambra berusaha memperbaiki seperti jendela dan astaka tapi ianya tiada hubung kait dengan raja.

3)The Islamic Threat : Myth or Reality? (Third Edition) (Paperback) by John L. Esposito (Author) Huraian buku: Adakah Islam dan dunia Barat bercangah pendapat?Dari Ayatollah Khomeini kepada Saddam Hussein, Islam digambarkan selaku pengganas militan secara meluas,kawasan anti America mempengaruhi mental Pemimpin Barat dan juga media. John L Esposito berpendapat bahawa sejarah lama Islam dan dunia Barat sama-sama tidak mempercayai sesama sendiri, saling mengkritik dan mengutuk. Ia menjadi sukar dan kurang membantu memahami perkara penting dalam isu Politik kita. Dalam edisi baru “The Islamic Threat:Myth or Reality?” Esposito meletakkan Islam dalam cabaran critical. Meninjau gaya hidup di rantau global dan hubungan dengan Barat, Esposito mendemonstrasi kepelbagaian gerakan Islam serta tanggapan dan andaian yang salah. Di edisi ketiga telah berkembang termasuk risalah baru di Turkey, Afghanistan, Palestine dan Asia Timur adalah secara meluas membincangkan mengenai pengganas antarabangsa.

4

4) A History of Islamic Philosophy (Paperback)

Sejarah Falsafah Islam yang di tulis oleh Majid Fakhry merupakan penulisan yang pertama dalam penyelidikan falsafah Islam dan ia menceritakan berbagai aspek dalam Islam dan kebudayaannya. Buku tersebut menunjukan dunia Islam mula berhadapan dengan budaya asing, berhadapan dengan Falsafah Greek dan teologi Christian, Arabic Sufi yang di perkenalkan berkondisikan pemikiran Hindu asli dan sederhana. Buku tersebut menyelidik penganut Islam di dunia moden dan pengamal ajaran Islam. Tetapi masih ada kekurangan di kalangan dunia luar Islam. Penulis menyatakan bahawa Islam juga menyerap falsafah dari perkembangan falsafah Greek yang mana telah dijumpai di dunia Barat berabad lamanya. Dalam edisi ketiga, Islam juga dikatakan menguasai bahasa sebelum adanya bahasa English, ia juga diperbaharui untuk menggambarkan Ilmiah Islam masa sekarang dan masa dahulu.

5

5) Thou Art That: Transforming Religious Metaphor (Hardcover)

Menempah Huraian

Thou Art That merupakan himpunan penulisan yang dibuat oleh Joseph Campbell yang belum dikutip sebelum ini. Penulisan beliau memfokuskan tentang tradisi JudeoChristian. Di dalam buku ini, Campbell menerokai symbol-simbol keagamaan yang biasa, membuat penafsiran semula dalam konteks keistimewaan pengetahuan beliau dalam dunia Mitologi. Menurut Campbell, masyarakat sering keliru akan pentafsiran literal (harfiah) dengan yang bersifat metafora (ibarat atau kiasan) mengenai simbolsimbol dan cerita-cerita keagamaan. Dalam koleksi beliau ini, beliau dengan tegasnya membuktikan semula metafora ini sebagai satu cara untuk mengukuhkan pemahaman rohaniah dan pendedahan kebatinan.

6

6) Glass from Islamic Lands (Paperback) by Stefano Carboni (Author)

Ulasan Editor: Buku ini merupakan satu bahagian mengenai Koleksi Seni Islam al-Sabah di Muzium Antarabangsa Kuwait, beratus-ratus kepingan kaca daripada dunia Islam sejak abad keenam hingga abad kesembilan belas, pada asalnya bermula di Timur Tengah dan Asia kemudian di eksport ke seluruh dunia sebelum keluarga al-sabah mengumpulkannya semula. Stefano Carboni, Pegawai Penyeleggara Khazanah di Muzium Seni Metropolitan, di dalam bulu ini beliau telah menyusun secara kronologi, dengan 345 gambar berwarna dan pembuatan kaca yang sangat cantik.

Huraian Buku: Keajaiban dalam seni pembuatan kaca Islam didedahkan dalam penerbitan buku ini. Ukiran kaca jarang terbukti untuk memberi maklumat-maklumat yang penting. Hasil daripada kegigihan seorang sarjana iaitu Stefano Carboni, beliau telah berjaya mendapatkan maklumat daripada sejumlah besar rujukan-rujukan yang terdiri dari berbagai bahasa untuk menyelesaikan penyelidikan yang sukar ini. Buku ini pada

7 dasarnya adalah daripada koleksi al-Sabah beserta dengan penerangan yang terperinci tentang beratus-ratus objek, disertai dengan 250 gambar berwarna dan empat puluh ukiran bergaris. Ia bermula dengan warisan Rom dan tradisi-tradisi Sasanian dalam tahun-tahun awal Islam dan kemudian berlanjutan sepanjang seribu tahun sehingga sampai kepada fasa terakhir pengeluaran gelas dalam kerajaan Mughal di India, Safavid dan Qajar Iran pada abad ke-18 dan ke-19. Buku ini menerangkan tentang campuran yang digunakan dalam pembuatan kaca khusus dengan perincian masa dan tempat. Contohnya, enamel ( lapisan cat yang berkilat pada permukaan logam) dan gelas yang disadur dengan emas pada abad ke-13 dan abad ke-14 di Mesir dan Syria, kehebatan teknik hiasan ini tidak ada bandingannya. Buku ini juga menerangkan tentang kategori-kategori objek kaca yang dimiliki oleh rakyat biasa pada zaman awal dan kuno di pelbagai tempat, sama ada ianya objek kaca tanpa hiasan atau objek kaca untuk kegunaan.

8) Crafts and Craftsmen of the Middle East: Fashioning the Individual in the Muslim Mediterranean (Islamic Mediterranean Series) (Hardcover)

Huraian Buku: Buku ini menghuraikan kajian ke atas hasil-hasil petukangan dalam dan luar binaan dari zaman moden dan mediterranian. Beberapa karangan di dalam buku ini adalah berpandukan kepada kajian yang dibuat berdasarkan abad ke-16 iaitu pada pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Buku ini juga berkaitan tentang pertukangan tradisional pada abad ke-20 Turki dan Egypt seperti pembuatan bekas tembaga yang

8 mana ianya dikenalpasti mempunyai persamaan dengan pembuatan bekas tembaga ketika empayar Uthmaniyyah.

9) An Outline of Islamic Architecture (Paperback) by R. A. Jairazbhoy (Author)

Huraian buku Menurut Robert Hillenbrand, University Of California, Los Angeles,buku ini merupakan sebuah buku yang menjadi rujukan utama di Harvard University. Buku ini telah disusun berdasarkan kawasan-kawasan. Buku ini juga memperkenalkan pelajar dan para pembaca tentang kehebatan senibina dalam dunia Islam. Buku ini mengandungi hampir 70 gambar senibina, 200 kepingan gambar hafton (gambar dengan bahagian yang cerah dan gelap terhasil daripada titik-titik kecil dan besar), dan peta-peta yang memisahkan kawasan Timur dan Barat Islam. Sebagai tambahan, terdapat glosari berkenaan tentang istilah-istilah seni bina yang sangat berguna untuk sesiapa yang ingin mempelajari seni bina Islam. Kesimpulannya terdapat empat rangkaian di dalam buku ini iaitu ciri-ciri seni bina Islam, jenis-jenis binaan, para arkitek, dan fokus kepada zaman abad pertengahan.

9

10) Tulips, Arabesques & Turbans: Decorative Arts from the Ottoman Empire By Yanni Petsopoulos Buku ini menganalisis tempat-tempat kesenian yang menggambarkan sejarah, pembangunan, dan gaya-gaya artistik seni logam, seramik, tekstil, seni khat, dan lukisan dalam masyarakat Islam Empayar Uthmaniah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful