1 TAJUK : ISLAMIC ART IN DETAIL OLEH : SHEILA R.

CANBY

Buku Islamic Art in Detail ini menerangkan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan seni Islam. Buku ini juga menerangkan kepada kita imej-imej dan artifak dalam dunia Islam yang mana ia merupakan satu kebudayaan dalam sejarah dari Sepanyol yang datang ke Asia Tenggara. Buku ini bagus untuk pembaca mengenalpasti unsur-unsur dan tema-tema seni takrif dalam Islam dan untuk mereka memeriksa kerja-kerja lukisan, seni logam, seni khat, manuskrip-manuskrip, seramik, kaca, kayu dan gading yang mempunyai koleksi-koleksi kesenian yang paling mengagumkan dalam dunia Islam. Buku ini disusun mengikut bab. Setiap bab menumpukan kepada agama dan kepercayaan, peperangan, muzik dan lain-lain lagi. Buku ini juga turut menyediakan satu konteks budaya yang sangat diperlukan dalam kerja-kerja untuk meluaskan pelbagai cirri dalam kesenian. Dalam penerokaan kerja-kerja tersebut, buku ini telah mengatur imej setiap objek yang luar biasa.

2 TAJUK : THE ORIENTAL OBSESSION : ISLAMIC INSPIRATION IN BRITISH AND AMERICAN ART AND ARCHITECTURE 1500-1920 OLEH : JOHN SWEETMAN, FRANCIS HASKELL, AND NICHOLAS PENNY

Taksub ketimuran bermula pada abad ke 16 dimana Cardinal Wolsey telah menunggu dua tahun penghantaran karpet Turki daripada Vinece, dan tamat pada zaman pameran – pameran besar di kedua-dua belah Atlantik. Hasil seni Islam telah dihargai dan dibeli berjuta-juta orang. Dalam sejarah tradisi artistik Islam, idea seni tampak telah memberi pengaruh dalam tamadun barat. Sebelum ini, kajian-kajian telah dilakukan tetapi tidak dibuat secara mendalam. Ini merupakan satu usaha dalam mengkaji dari skop gegrafi. Selain itu, turut di kaji adalah seni bina, lukisan, seramik, tekstil, seni logam, dan perabut.

3 TAJUK: STAGING REVOLUTION : THE ART OF PERSUASION IN THE ISLAMIK REPUBLIC OF IRAN OLEH : PETER J. CHELKOWSKI AND HAMID DABASHI

Revolusi di Iran merupakan peristiwa yang bersejarah dan luar biasa apabila kuasa kata dan imej dicabar dengan kekuatan tentera yang kuat. Dalam Staging Revolution, Peter Chelkowski dan Hamid Dabashi mengkaji bagaimana simbol-simbol yang disusun dengan seragam semasa revolusi Islam. Penulis menunjukkan bagaimana kepercayaan biasa yang ditukar dalam bentuk setem, wang kertas, poster-poster dan lain-lain lagi. Pementasan revolution mewakili sekeping gambar yang luar biasa yang mempengaruhi sensibiliti ketuhanan, tindakan revolusi, dan gambaran visual yang diserap yang tidak dapar dileraikan.

4 TAJUK : ISLAMIC DESIGN (DOVER PICTURA) OLEH : DOVER

Di dunia besar tradisi seni hias, reka bentuk Islam mempunyai inspirasi kesenian dan kraf-kraf kebudayaan. Ianya berkualiti tinggi dan royalti bebas ilustrasi termasuk dengan corak-corak yang indah dan mempunyai motif-motif tersendiri mempunyai keindahan dan kerumitan dalam Islam. Ia mempunyai 201 warna ilustrasi san 12 warna hitam putih.

5 TAJUK : ISLAMIC DESIGN IN COLOUR OLEH : N.SIMAKOFF

Buku ini mempunyai rekaan yang mewah dan diterbitkan pada abad ke 19. Motif Royalty-free dilukis pada hamparan, atap genting, kayu yang berukir, pinggan, barang kemas, lukisan berhias pada bangunan dan perabut, seni logam dan lain-lain lagi. Geometric, bunga-bungaan merupakan bentuk-bentuk yang digunakan dan mempunyai pelbagai saiz.

6 TAJUK : THE ART OF MORAL PROTEST : CULTURE, BOIGRAPHY AND CREATIVITY IN SOCIAL MOVEMENTS OLEH : JAMES M.JASPER

The Art of Moral Protest hasil tulisan James Jasper merupakan salah satu yang terpenting kebelakangan yang banyak memberi sumbangan dalam penulisan pendidikan mengenai gerakan sosial, politik dan bantahan kritikan. Buku ini juga telah mengsignifikasikan kepada dua perkara penting. Pertama, Jasper mahu memulihkan kritikan politik moral yang mana dapat mengurangkan kepada tuntutan kebendaan. Kedua, buku ini menitikberatkan kelicikan dalam mengkritik fakta dan bukan mudah untuk bangkit dalam mengatur rangka precondition. Sesungguhnya, Jasper mahu meluahkan perasaan dan emosinya yang mana pihak sekular cuba menjauhkan diri dari kejadian yang berlaku. Dia juga menegaskan bagaimana untuk mengspesifikkan individu seseorang. Buku ini juga mengolah kritikankritikan yang hebat, menarik dan yang berpengaruh.

7 TAJUK : MUSIC AND SONG IN PERSIA (CURZON PERSIAN ART & CULTURES) OLEH : LLOYD MILLER

The Art of Persian merupakan sebuah buku mengenai unsur-unsur yang halus yang diungkapkan dalam gaya yang indah dan menarik. Buku ini juga telah menganalisis lagulagu Persian dari segi teori dan praktikal. Lagu-lagu yang membawa muzik keislaman merupakan pembaharuan yang telah dibuat di Persian. Lagu-lagu itu bercorak tradisional dan moden. Ia juga telah membincangkan tentang kandungan-kandungan lagu tersebut dan juga memberi pengaruh kepada falsafah dan gambaran zaman pra-Islam. Semua lagulagu telah diterjemahkan dengan note-note lagu.

8

TAJUK : CLASSICAL ART : FROM GREECE TO ROME (OXFORD HISTORY OF ART) OLEH : JOHN HANDERSON DAN MARY BEARD

Buku ini menerangkan tentang pembaharuan dan ilustrasi yang menarik tentang kesenian di Greece dan Rom. Buku ini juga memuatkan hiburan dan menyediakan satu pusat kesenian. Tambahan pula, pengembaraan yang unik dari Greek menerusi Rom yang telah menemui satu budaya yang aman dan segar yang telah memberi pengaruh dalam pembinaan empayar klasik yang tinggi.

9

TAJUK : ARCHITECTURE AND POLYPHONY : BUILDING IN THE ISLAMIC WORLD TODAY OLEH : THEMESE HUDSON

Terdapat banyak bangunan dalam dunia Islam telah mendapat anugerah Aga Khan dalam senibina bangunan tersebut. Sejak kebelakangan ini, banyak perancangan dilakukan dalam pembinaan bandar, pembaikan, pemulihan pembinaan bangunan dilakukan dalam dunia Islam. Dengan pembinaan tersebut telah memberi kesan yang positif dikalangan penduduk tempatan. Mereka menerima setiap pembaharuan yang dilakukan sejajar dengan pembaharuan globalisasi . Pencapaian yang dicapai ialah seperti pemulihan, melakar bentuk, pembaharuan dalam infrastruktur dan pembinaan bangunan-bangunan baru. Pembaharuan itu juga telah mewujudkan banyak ruang pekerjaan dikalangan penduduk tempatan seperti tukang, arkitek, pelukis pelan, perancang bandar dan lain – lain lagi.