You are on page 1of 8

PENGGUNAAN APLIKASI SUPER ADDITION DALAM MEMBANTU MENGATASI MASALAH

PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
Abdul Rahim bin Abdul Rahman
Encik Azman bin Yusoff
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan aplikasi Super Addition yang
telah saya bina untuk membantu murid menguasai kemahiran penambahan yang melibatkan
pengumpulan semula dan menguasai konsep Matematik yang terlibat dalam operasi berkenaan.
Super Addition merupakan sebuah aplikasi bahan bantu belajar virtual. Responden dalam kajian
ini terdiri daripada dua orang murid dari Tahun 3 Juara yang bermasalah melakukan
penambahan melibatkan pengumpulan semula. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul
data ialah analisis dokumen, pemerhatian, temubual dan borang soal selidik. Responden kajian
telah menjalani tiga intervensi dengan menggunakan aplikasi Super Addition untuk mengatasi
masalah yang dihadapi. Hasil analisis data menunjukkan bahawa kedua-dua responden berjaya
mengatasi masalah yang dihadapi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan
bantu belajar virtual Super Addition dapat membantu pelajar memahami konsep penambahan
melibatkan pengumpulan semula dengan berkesan. Untuk kajian akan datang, saya ingin
meluaskan penggunaan bahan bantu belajar virtual ini untuk pengajaran operasi tolak, darab
dan bahagi.
Katakunci : bahan bantu belajar virtual, penambahan melibatkan pengumpulan semula, aplikasi
Super Addition
PENGENALAN
Matematik merupakan salah satu daripada matapelajaran teras yang penting sama ada di sekolah rendah atau
pun menengah. Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang untuk bekerja,
berfikir secara mantik dan bersistem dalam proses penyelesaian suatu masalah serta membuat keputusan.
Untuk murid menaakul dan berupaya untuk mengimplementasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
pemahaman yang mendalam terhadap konsep asas dalam matematik adalah sangat penting. Hal ini kerana
tanpa pemahaman yang mendalam, sukar bagi seseorang untuk memanipulasikan kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari di dalam matematik untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya,
seseorang individu akan berupaya untuk merekacipta sesuatu yang baru hasil daripada pengetahuan yang
dimiliki.
Namun, ramai dalam kalangan murid didapati tidak mempunyai pemahaman yang menyeluruh
mengenai konsep asas dalam matematik. Murid kebiasaannya hanya menghafal algoritma atau langkahlangkah tertentu untuk menjawab soalan dalam peperiksaan. Maka, murid tidak mempunyai pemahaman
yang mendalam terhadap apa yang telah dipelajari dalam matapelajaran matematik. Hal ini seterusnya
menyebabkan murid tidak mampu untuk mengaplikasikan sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari. Tiada penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kerana murid tidak memahami
sepenuhnya konsep asas dalam matematik.
FOKUS KAJIAN
Operasi tambah adalah konsep penting dalam matematik. Hal ini adalah kerana operasi tambah merupakan
algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan menjadi asas kepada pembelajaran
mereka pada masa akan datang. Kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula merupakan
kemahiran yang berkait rapat dengan konsep nilai tempat.
Berdasarkan kepada hasil lembaran kerja murid, saya dapati terdapat dua orang murid menghadapi
masalah dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula. Menurut Amar Saidi (2007), dua kesilapan
yang biasa berlaku ialah berkaitan dengan kedudukan nombor dalam bentuk lazim dan pengumpulan semula.
10 - 1

Adakah penggunaan Super Addition dapat membantu murid untuk memahami konsep nilai tempat dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula? 3. Adakah Super Addition dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar matematik? 4. prosedur dan algoritma. Proses yang kedua biasanya menjadi lebih mudah kerana tidak melibatkan proses mengumpul semula. Penggunaan Partial Sums dalam Membantu Murid Pemulihan Khas Menjawab Operasi tambah dengan mengumpul semula merupakan kajian yang memberikan fokus terhadap penggunaan algoritma alternatif. murid akan menghadapi masalah untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Matematik kerana dalam Matematik. Kajian yang dijalankan oleh Bakhtiar bin Rashidi (2012).Setelah menjalankan analisis yang terperinci. Meningkatkan minat murid untuk mempelajari Matematik dengan aplikasi Super Addition 4. Proses yang kedua pula adalah kesemua bahagian ditambah. kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penambahan murid dan meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep nilai tempat dengan menggunakan bahan bantu belajar virtual yang dinamakan ‘Super Addition’. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera. pembelajaran adalah bersifat masteri di mana untuk meneruskan topik yang seterusnya. murid akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari kemahiran-kemahiran yang seterusnya dalam Matematik di mana ianya berada pada aras yang lebih tinggi. saya dapati dua orang murid benar-benar menghadapi masalah dalam memahami konsep nilai tempat dan kemahiran menambah dengan mengumpul semula. Sekiranya murid tidak berupaya untuk memahami konsep-konsep yang terlibat dalam penambahan terutamanya penambahan melibatkan pengumpulan semula. Adakah aplikasi Super Addition dapat membantu meningkatkan kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid? 2. beliau cuba untuk mengatasi masalah dalam perpindahan nilai nombor yang ditambah lebih daripada nilai 10 . OBJEKTIF KHUSUS Secara khususnya. Menurut Santrock (2008). murid menunjukkan peningkatan di mana markah lembaran kerja responden menunjukkan peningkatan yang positif. Seterusnya. bukan hanya sekadar mengingati fakta. murid perlu menguasai topik yang sebelumnya. OBJEKTIF UMUM Secara amnya. kajian yang dijalankan oleh Muhamad Nor Tarmizi Bin Mohd Sarif dan Ahmad Bin Ibrahim (2014) mengenai Penggunaan Kaedah Pembilang Berwarna dan Bongkah ‘NoPi” Dalam Membantu Murid “Slow Learner” Menguasai Kemahiran Menambah Dengan Mengumpul Semula. beliau menyatakan bahawa pembelajaran matematik adalah bertujuan untuk membantu murid memahami konsep. Memudahkan guru untuk menguruskan resos pengajaran dengan aplikasi Super Addition sebagai salah satu resosnya. SOALAN KAJIAN Secara khusus. Membantu murid untuk memahami konsep nilai tempat dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula dengan aplikasi Super Addition 3. Membantu meningkatkan kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid dengan aplikasi Super Addition 2. Dalam kajian ini. kajian yang dijalankan ini dapat menjawab soalan-soalan kajian tersebut : 1.2 . Braams (2003) menyatakan partial sums mempunyai dua proses iaitu proses pertama adalah melihat pada setiap nilai tempat (dibuat dari kiri ke kanan) dan tambahkan kesemuanya mengikut nilai tempat. Adakah Super Addition membantu guru dalam aspek pengurusan resos pembelajaran? SOROTAN LITERATUR Murid perlu memahami konsep-konsep dalam mata pelajaran Matematik dengan mendalam dan tidak sekadar mempelajari Matematik untuk menduduki peperiksaan semata-mata. kajian ini bertujuan untuk : 1. Hasilnya.

Mereflek Memerhati/ Menilai Merancang Kitaran Seterusnya Bertindak/ Melaksana Rajah 1. Kaedah Pembilang Warna dan Bongkah “NoPi” mampu untuk mengatasi masalah murid dalam menyelesaikan soalan penambahan dengan pengumpulan semula. Pembilang berwarna bertujuan untuk membezakan nilai yang diwakili. Bongkah “NoPi” digunakan untuk menunjukkan proses pemindahan nilai tempat. Kemudian. hasil jawapan yang memerlukan pengumpulan semula akan ditulis di bawah ruangan jawapan. Kaedah ini membantu murid untuk melakukan pengumpulan semula tanpa perlu memindahkan semula nilai yang perlu dikumpul semula. Dalam kajian ini. Untuk mengatasi masalah ini. pembilang ungu mewakili nombor kedua yang hendak ditambah dan pembilang hijau mewakili nombor yang telah dikumpul semula. murid hanya melakukan penambahan seperti biasa dan sekiranya murid tidak memahami konsep pengumpulan semula. Kesimpulan kepada kajian ini. Satu lagi kajian yang menjadi rujukan saya ialah kajian yang dijalankan oleh Fatin Nabilah binti Muhammad (2014). iaitu pembilang merah mewakili nombor pertama yang hendak. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN REKA BENTUK KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah kajian yang berbentuk kualitatif deskriptif yang menggunakan kaedah gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). pengkaji mendapati bahawa penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan murid untuk soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula. Semasa mengira dalam bentuk lazim. Untuk mengatasi masalah ini. Tajuk kajian beliau ialah “Penggunaan Kaedah Side Counting Bagi Membantu Murid Pemulihan Tahun 3 Menguasai Kemahiran Menambah Melibatkan Pengumpulan Semula. Philomina Naomi Bayang (2012) menjalankan kajian terhadap kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula. pengkaji menggunakan kaedah “Cross-A” untuk membantu murid mengatasi masalah ini. dengan menggunakan kaedah ini murid boleh menjawab soalan tanpa ada masalah. pengkaji telah membuat satu inovasi yang dinamakan sebagai kaedah “SideCounting”. Angka yang dibulatkan akan ditulis semula di atas ruangan nilai puluh pada bentuk lazim dan murid akan mengira semula jawapan untuk nilai puluh. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan.sepuluh untuk dipindahkan ke nilai rumah seterusnya.3 . Mohammad Faez bin Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2011) turut menjalankan kajian mengenai penambahan nombor perpuluhan dengan pengumpulan semula. murid akan melukis bulatan sebagai bahan visual konkrit untuk memudahkan proses pengiraan. Gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart 10 . Angka di nilai tempat puluh akan dibulatkan manakala angka di nilai tempat sa akan digariskan. Pengkaji mendapati bahawa kaedah pengiraan ini menunjukkan keberkesanan di mana setiap murid yang dipilih untuk mengikuti kajian ini menunjukkan peningkatan. Seterusnya. pengkaji membina Bongkah “NoPi” dan menggunakan Kaedah Pembilang Berwarna. Tajuk kajian mereka ialah Penggunaan “Cross-A” Bagi Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menguasai Kemahiran Menambah Nombor Perpuluhan Dengan Mengumpul Semula. Kemudian. Beliau turut menjalankan kajian melibatkan kemahiran penambahan dengan pengumpulan semula yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penambahan Pengumpulan Semula Dua Nombor Tiga Digit Dengan Tiga Digit Menggunakan Kaedah Tangga Ke Kotak”.

saya mengedarkan borang kaji selidik dan mengarahkan mereka untuk menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. DAPATAN DAN REFLEKSI PEMERHATIAN Semasa intervensi 1. mereka kelihatan sedikit kekok semasa menggunakan tetikus. saya menguji kefahaman murid dengan terus memberikan mereka soalan melibatkan pengumpulan semula pada nilai tempat sa dan puluh. saya telah menjalankan tiga intervensi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2. Intervensi 1 Memperkenalkan Super Addition dan mengajar cara untuk menggunakannya . Rumusan keseluruhan intervensi Intervensi 1 Untuk intervensi 1. Seterusnya. Intervensi 3 Seterusnya. mengumpul semula pada sa dan mengumpul semula pada puluh.Dalam kajian ini. dalam intervensi 2 saya telah memberikan lebih tumpuan terhadap penambahan melibatkan pengumpulan semula pada nilai tempat sa. Namun. saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan murid A dan murid B. Untuk kali pertama.4 . Selain itu. Rajah 2. saya memberikan lembaran kerja kepada murid untuk melihat perkembangan mereka Intervensi 2 Kemudian. Mereka tidak biasa untuk menggunakan komputer dan ini juga merupakan kali pertama mereka 10 . lembaran kerja diberikan kepada murid untuk melihat tahap penguasaan mereka. Intervensi 2 Memberikan lebih tumpuan terhadap pengumpulan semula sa Intervensi 3 Lebih berfokus terhadap pengumpulan semula pada nilai tempat sa dan puluh. penggunaan aplikasi Super Addition lebih berfokus terhadap penambahan tanpa pengumpulan semula. saya memperkenalkan Super Addition kepada murid dan menunjukkan kepada mereka cara penggunaan aplikasi ini untuk penambahan tanpa mengumpul semula. saya memberikan lembaran kerja kepada murid Selepas semua sesi intervensi selesai. Mereka juga sangat bersemangat semasa menggunakannya. Pada akhir intervensi. Pada akhir intervensi. grafik dan warna serta bunyi yang ada dalam aplikasi ini juga menjadi faktor yang menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selepas selesai intervensi. bentuk soalan adalah pelbagai di mana soalan yang tidak melibatkan pengumpulan semula dan soalan yang melibatkan pengumpulan semula pada nilai tempat sa dan puluh diberikan kepada murid dan murid menggunakan Super Addition untuk menjawab soalan yang diberi. Untuk soalan-soalan seterusnya. Murid terus menggunakan Super Addition dan menjawab soalan yang diberikan. Ini kerana mereka diberi peluang untuk menggunakan komputer dan menjalankan sendiri proses penambahan. saya mendapati bahawa murid sangat berminat dan teruja untuk menggunakan Super Addition.

saya dapati penggunaan multimedia dan komputer dalam pengajaran benar-benar berupaya untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. selepas intervensi 1 murid A menunjukkan peningkatan di mana dalam bentuk lazim. Rajah 4. Hal ini menunjukkan bahawa kesan penggunaan multimedia interaktif terhadap minat murid sangat mendalam. Mereka semakin mahir dan cekap semasa menggunakannya. Bentuk Super Addition juga dibuat berdasarkan kepada bentuk lazim supaya murid dapat melihat perkaitan antara bentuk lazim dengan aplikasi ini. Semua soalan yang diberikan juga telah berjaya dijawab oleh mereka dengan baik dan betul. responden kajian juga masih menunjukkan minat yang tinggi dan sangat beriya-iya untuk menggunakan Super Addition. Murid B juga berupaya untuk menulis bentuk lazim dengan cara yang betul. Mereka juga menunjukkan peningkatan dari aspek penggunaan aplikasi ini.menggunakan Super Addition. Berdasarkan kepada pemerhatian saya. Seterusnya. Saya dapati bahawa melalui penggunaan Super Addition. Walaupun pada intervensi 3. Ini kerana melalui penggunaan Super Addition. Mereka juga berupaya untuk mengumpul semula pada nilai tempat puluh walaupun tidak diajar oleh saya. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah mempunyai pemahaman terhadap konsep yang terlibat dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula. Maka. selepas intervensi 2 murid A dan murid B sudah berupaya untuk melakukan penambahan dengan pengumpulan semula pada nilai tempat sa. murid dapat melihat dengan jelas dan konkrit bagaimana proses 10 . mereka masih menunjukkan minat yang tinggi semasa menggunakan Super Addition. dia sudah berupaya untuk menulis bentuk lazim dengan cara yang betul. mereka sudah mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan Super Addition dan mereka sudah berupaya untuk berpindah kepada aras yang seterusnya. Hasil jawapan murid A dan murid B dalam intervensi 1 Berdasarkan kepada Rajah 1. semasa intervensi 2 saya dapati mereka hadapi sedikit masalah semasa belajar penambahan dengan mengumpul semula menggunakan Super Addition. Mereka juga masih teruja apabila diberi peluang untuk menggunakan komputer. iaitu penambahan dengan pengumpulan semula pada nilai tempat sa. Maka saya membuat keputusan untuk pergi ke peringkat seterusnya iaitu kemahiran pengumpulan semula pada nilai tempat puluh. Mereka juga masih menunjukkan minat semasa menggunakan Super Addition.5 . Hasil jawapan murid A dan murid B dalam intervensi 2 Seterusnya. berdasarkan kepada Rajah 4. ANALISIS DOKUMEN Rajah 3. pelajar dapat memahami dengan mendalam mengenai konsep nilai tempat dalam menulis bentuk lazim. Mereka menghadapi sedikit masalah kerana ini merupakan kali pertama mereka mengumpul semula menggunakan Super Addition. Untuk intervensi ketiga.

Hal ini adalah kerana melalui penggunaan Super Addition. dalam intevensi 3. mereka dapat memberikan lebih tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui temu bual ini juga. mereka menyatakan bahawa mereka suka menggunakan Super Addition kerana mereka berpeluang untuk memegang tetikus dan menggunakan komputer sepanjang sesi intervensi dijalankan. TEMU BUAL Selepas semua intervensi selesai dijalankan.pengumpulan semula dilakukan. Ini memberikan saya input bahawa mereka perlu menggunakan bahan bantu belajar yang konkrit untuk benarbenar menguasai penambahan terutamanya penambahan melibatkan pengumpulan semula. Hal ini menunjukkan bahawa murid sudah benar-benar memahami konsep yang terlibat dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula. Dengan adanya minat. Aplikasi ini juga telah menunjukkan konsep nilai tempat dalam melakukan penambahan dengan pengumpulan semula. Hasil daripada temu bual ini. saya dapati mereka berdua sudah mempunyai pemahaman konsep yang kukuh terhadap nilai tempat dan penambahan melibatkan pengumpulan semula. minat murid terhadap pembelajaran akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan teknik pengajarn yang hanya menggunakan papan tulis sahaja. Antaranya ialah warna. Mereka juga berpeluang untuk melihat bagaimana proses penambahan dan pengumpulan semula dijalankan. murid A dan murid B sudah mampu untuk melakukan pengumpulan semula pada nilai tempat puluh dan ratus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5. saya dapat mengenal pasti faktor yang menarik minat mereka untuk menggunakan Super Addition. BORANG KAJI SELIDIK 10 . Penggunaan unsur teknologi juga dilihat berupaya untuk menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran. murid berpeluang untuk mengalami pengalaman penambahan secara langsung. Ini memberikan kesedaran kepada saya bahawa penggunaan bahan bantu belajar konkrit dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. saya menjalankan temu bual bersama dengan murid A dan murid B. bunyi dan mereka berpeluang untuk menggunakan komputer. Maka. Rajah 5. Penggunaan unsur grafik dan media dalam pengajaran dilihat dapat menarik minat murid dengan efektif dan berkesan. Dalam temu bual ini. Pemahaman yang mendalam adalah perlu supaya murid tidak mengalami kekeliruan semasa melakukan penambahan dengan pengumpulan semula. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Super Addition dapat membantu pelajar untuk mengatasi masalah dalam penambahan meliabtkan pengumpulan semula. Maka. Walaupun saya menggunakan bahan bantu belajar konkrit virtual. tetapi kesan yang diperolehi adalah sama seperti menggunakan bahan bantu belajar konkrit sebenar. Hasil jawapan murid A dan murid B dalam intervensi 3 Kemudian. Melalui temu bual ini juga saya dapati mereka benar-benar menyukai penggunaan Super Addition dan berminat untuk mempelajari topik-topik seterusnya menggunakan konsep yang sapa seperti Super Addtion. murid akan berupaya untuk menerima segala input yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. saya dapati melalui penggunaan unsur teknologi.6 . Minat murid terhadap pembelajaran adalah sangat penting kerana ianya merupakan elemen yang dapat mempengaruhi tahap pembelajaran murid. Saya dapati mereka bosan dan tidak mampu untuk mengikuti pengajaran guru di dalam kelas dengan menggunakan papan hitam sahaja.

Mereka juga sangat bersetuju bahawa mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana proses pengumpulan semula berlaku. minat murid terhadap pembelajaran Matematik dapat ditingkatkan. mereka telah menjalani pembelajaran secara hands-on dan mengalami pengalaman pembelajaran secara langsung. untuk soalan 1 murid A dan murid B menyatakan bahawa mereka sangat seronok semasa menggunakan Super Addition. 10 . mereka juga sangat bersetuju bahawa Super Addition mudah untuk digunakan. mereka dapat melihat perkaitan antara Super Addition dengan bentuk lazim dan ini telah memudahkan murid untuk memahami penggunaan aplikasi ini. Semasa mereka aplikasi ini. Hal ini adalah kerana sepanjang mereka menggunakan Super Addition. saya telah mereka aplikasi ini dengan Paparan Antaramuka Pengguna (Graphical User Interface. fokus mereka terhadap pembelajaran akan meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pembelajaran murid.7 . Oleh kerana mereka rasa seronok semasa menggunakan Super Addition. untuk soalan 4 murid A dan murid B setuju bahawa melalui penggunaan Super Addition mereka dapat memahami proses penambahan melibatkan pengumpulan semula dengan lebih mudah. Seterusnya untuk soalan 2. Ini menjelaskan bahawa Super Addition dapat menterjemah proses pengumpulan semula ke dalam bentuk yang lebih jelas dan dapat difahami oleh pelajar. Seterusnya. Melalui penggunaan bahan bantu belajar konkrit dan boleh dimanipulasikan. mereka telah memanipulasikan bahan bantu belajar konkrit virtual. GUI) yang mempunyai kaitan dengan bentuk lazim yang digunakan dalam proses penambahan. Ini membuktikan bahawa melalui penggunaan Super Addition.Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Murid A Sangat Setuju Setuju Soalan 4 soalan 5 Murid B Kesimpulan Rujukan Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Graf 1. mereka dapat melihat dengan jelas konsep-konsep yang terlibat serta memahami pengetahuan yang diperoleh dengan lebih mendalam. Respon murid A dan murid B dalam borang soal selidik Berdasarkan kepada Graf 1. Maka. mereka setuju bahawa mereka sudah berupaya untuk menjawab soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula. Maka. Kemudian untuk soalan 3.

78-90. J. C. Psychology in Education. East Carolina University. murid A dan murid B juga menunjukkan bahawa mereka sudah memahami konsep nilai tempat dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula. W. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL 2012. Seterusnya. (2008). Saidi. walaupun Super Addition hanya menunjukkan pengumpulan semula pada nilai tempat sa dan puluh sahaja. Boston: Thomson Wadsworth. W. R. Melalui dapatan kajian saya juga dapati bahawa Super Addition telah meningkatkan minat mereka untuk mempelajari Matematik di mana sepanjang kajian ini dijalankan. Veronica Pantelidis (2003). M. & Keller. Mereka juga faham bahawa 10 sa adalah bersamaan dengan 1 puluh dan seterusnya. Philomina Naomi Bayang (2012). Penggunaan kaedah pembilang berwarna dan Bongkah “NoPi” dalam membantu murid “slow learner” menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Malah. M. Penggunaan Super Addition juga telah memudahkan saya dalam aspek pengurusan resos di mana saya tidak perlu berhadapan dengan masalah seperti kehilangan dan kerosakan bahan bantu mengajar dan masalah dalam menyimpan bahan bantu belajar. M. Gagne. Meningkatkan penguasaan kemahiran penambahan pengumpulan semula dua nombor tiga digit dengan tiga digit menggunakan kaedah tangga ke kotak. Golas.sunrisevr. Fatin Nabilah Mohammad (2014). http://www. (2005). Super Addition telah berjaya meningkatkan kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid. Semua dapatan kajian menunjukkan bahawa murid A dan murid B telah menunjukkan peningkatan yang signifikan. tetapi oleh kerana murid A dan murid B telah memahami sepenuhnya kemahiran menambah dengan mengumpul semula. M. Penggunaan kaedah “side-counting” bagi membantu murid pemulihan tahun 3 menguasai kemahiran menambah melibatkan pengumpulan semula. (2007). W. ”The Educators’ Guide to Learning in Virtual Reality”.8 . saya dapat simpulkan bahawa semua objektif kajian telah tercapai dengan jayanya. Muhammad Faez Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi Tengku Ismail (2011). mereka berupaya untuk mengumpul semual pada nilai tempat ratus. Principles of instructional design. saya dapati mereka tidak lagi mengabaikan susunan nombor dalam bentuk lazim. New York: New York University. mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi. Melalui lembaran kerja yang telah diberikan kepada pelajar. UGRU Journal. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.com. Muhamad Nor Tarmizi Mohd Sarif dan Ahmad Ibrahim (2014).KESIMPULAN Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian yang diperolehi. Misconception in Numbers. 5th Edition. A.. K. Wager. Lawrence Auld and Dr. New York: McGraw-Hill Company 10 . Penggunaan Cross-A bagi membantu murid lemah tahun 5 menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan mengumpul semula.. J. The Many Ways of Arithmetic in UCSMP Everyday Mathematics. Bas Braams (2003).s. RUJUKAN Bakhtiar Rashidi (2012). Dr. 62-77. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.s. Santrock. Penggunaan partial sums dalam membantu murid pemulihan khas menjawab operasi tambah dengan mengumpul semula.