You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF EDU3083

Pelbagai perkara yang telah saya pelajari sepanjang mempelajari EDU 3083
Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru yang diajar oleh Puan Zaiton
binti Sharif. Antara perkara-perkara yang telah saya pelajari adalah dari aspek ilmu
pengetahuan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan pengurusan masa.
Terdapat banyak ilmu pengetahuan yang telah saya timba sepanjang
mempelajari EDU3083. Antaranya ialah saya dapat gambaran yang lebih jelas
mengenai pemetaan laluan kerjaya sebagai seorang guru. Hal ini kerana menerusi
kursus ini, saya mendapat pendedahan yang mendalam tentang laluan-laluan kerjaya
yang boleh saya terokai pada masa akan datang.
Selain itu, saya telah dapat membina kemahiran berkomunikasi diri saya dengan
lebih baik. Sepanjang kursus ini, kami dikehendaki untuk membentang tutorial dan
menjawab soalan dengan menggunakan laras bahasa yang tepat. Oleh yang demikian,
secara tidak langsung saya dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan
menggunakan ayat yang lengkap dan mudah difahami di hadapan khalayak ramai.
Di samping itu juga, kursus ini banyak mengasah kemahiran berfikir secara
analitikal di mana kami dikehendaki mengemukakan pendapat, memberi hujah serta
mengkritik sesuatu isu yang diberi. Melalui aktiviti seumpama ini, saya dapat berkongsi
idea saya bersama rakan-rakan lain, selain turut dapat melihat sesuatu perkara yang
sama tetapi dari sudut pandangan berbeza apabila mendengar hujah-hujah yang
diutarakan oleh rakan-rakan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah EDU 3083 Asas Kepemimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru iaitu Puan Zaition binti Sharif atas didikan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan oleh beliau sepanjang mempelajari Kursus ini.