You are on page 1of 16

BAB 1

KEUSAHAWANAN:
SATU PENGENALAN
The secret of success is
to know something
nobody else knows.
Aristotle Onassis
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami cabaran-cabaran dalam dunia
keusahawanan.
2. Menghuraikan perkembangan
keusahawanan.
3. Menjelaskan konsep dan definisi
keusahawanan.
4. Membincangkan manfaat daripada
keusahawanan.
5. Menjelaskan mitos-mitos keusahawanan.
6. Membincangkan trend keusahawanan di
Malaysia.
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

PENGENALAN
Perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan
masyarakat, pembangunan negara serta agama.
budaya keusahawanan, pendedahan dan latihan boleh mendorong
mereka melihat bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya jangka
panjang yang boleh diterokai

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

DUNIA KEUSAHAWANAN
Usahawan - individu yang dapat mengenali peluang walaupun dalam
situasi tersebut orang lain melihat keadaan penuh dengan masalah.
Usahawan muncul di tengah-tengah aktiviti masyarakat sebagai social
entrepreneurs (Boyett, 1997) dan di dalam organisasi perniagaan yang
bersaiz besar sebagai intrapreneur (Pinchott,1985).
usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan
Usahawan - dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran
barang/perkhidmatan, ia tidak dapat lari daripada menangani berbagai
ketidakpastian.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Disiplin Keusahawanan
Konsep, model dan teori masih banyak yang perlu diperhalusi.
Disiplin pengurusan, pengurusan strategik, ekonomi, sosiologi dan
psikologi menyumbang ke arah perkembangan disiplin keusahawanan.
Kini penekanan diberi dalam aspek gelagat keusahawanan,
pembentukan usaha teroka baru (new venture creation), jaringan
usahawan, perniagaan francais dan sebagainya.
Universiti yang menawarkan kursus keusahawanan Universiti-universiti ini termasuk universiti terkemuka di dunia seperti
Harvard University, Stanford University, Northwestern University, The
Wharton School, University of Pennsylvania, Case Western Reserve
University, Cornell University, Columbia University, Babson College dan
Massachusetts Institute of Technology.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

MANFAAT KEUSAHAWANAN
sumbangan kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara
usahawan berusaha untuk mendapat keuntungan dari perniagaannya
memberi sumbangan kepada negara dalam bentuk cukai atau zakat
Peluang pekerjaan ini memberi pendapatan kepada pekerja dan
keluarganya
Agama Islam telah menekankan peri pentingnya kerjaya sebagai
usahawan kerana sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki itu
adalah di dalam perniagaan.
Keusahawanan meningkatkan kualiti hidup dengan penemuan demi
penemuan baru yang pastinya dapat meluaskan pilihan pengguna.
Penggunaan tenaga kerja yang sesuai dan peningkatan kemahiran
tenaga kerja dari semasa ke semasa mempertingkatkan produktiviti. menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik
kepada pengguna.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

KONSEP KEUSAHAWANAN
Istilah usahawan dan keusahawanan digunakan oleh berbagai lapisan
masyarakat dengan membawa erti yang berbeza.

Istilah Usahawan
berasal daripada istilah bahasa Perancis, iaitu entreprendre yang
bermaksud memikul (tugas) atau mencuba.
Dalam tahun 1725, perkataan entrepreneur yang digunakan oleh Richard
Cantillon, seorang ahli ekonomi.
Dalam bahasa Melayu, -usaha. Perkataan usaha adalah berkaitan
dengan ciri-ciri daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain)
untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu (Kamus
Dewan, 2000).
Ciri-ciri ini usahawan juga disebut ciri-ciri enterprais atau enterprise dalam
bahasa Inggeris (Gibb, 1987; Mohd. Salleh dan Gibb, 1991).

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Usahawan, Peniaga Kecil dan Keusahawanan


Seseorang peniaga kecil itu tidak semestinya seorang usahawan kerana
seorang peniaga keci tidak semestinya mempunyai ciri-ciri keusahawanan
atau enterprais di tahap yang tinggi.
usahawan mempunyai ciri-ciri enterprais tersebut di tahap yang tinggi.
kebanyakan peniaga kecil tidak menunjukkan ciri keusahawanan di tahap
yang tinggi (Gibb, 1987; Bridge, ONeill dan Cromie, 1998).
istilah usahawan boleh difahami daripada perkataan usaha yang
membawa erti ciri-ciri peribadi daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan,
dan lain-lain) untuk mencapai sesuatu.
Keusahawanan ialah ciri-ciri yang boleh dibentuk dan diasah dalam diri
individu dan ia boleh dipaparkan di dalam dan luar organisasi perniagaan,
bukan perniagaan, termasuk organisasi untuk bukan bertujuan mendapat
keuntungan.
Rajah 1.1 boleh menunjukkan dengan lebih jelas hubungan enterprise,
keusahawanan dan perniagaan kecil.
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Usahawan, Peniaga Kecil dan Keusahawanan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Definisi
Richard Cantillon, ahli ekonomi Perancis dianggap oleh Schumpeter
sebagai orang pertama yang mengutarakan konsep usahawan
Cantillon - usahawan sebagai agen yang membeli alat-alat pengeluaran
untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan.
Jean Baptiste Say (1803) - usahawan ialah organizer firma perniagaan dan
peranan usahawan itu penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran.
ahli psikologi melihat usahawan dari perspektif masyarakat
Definisi juga relatif kepada budaya dan tuntutan agama/kefahaman.
Definisi usahawan adalah sebagai individu atau kumpulan individu yang
mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap yang tinggi dan berterusan
menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya
Tidak ada kata sepakat mengenainya bukan bererti kelemahan kerana
disiplin pengurusan yang jauh lebih tua pun masih tidak berupaya
menghasilkan satu definisi pengurusan yang boleh diterima dalam semua
keadaan.
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

MITOS KEUSAHAWANAN
Usahawan Ialah Pelaksana, Bukan Pemikir

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

MITOS KEUSAHAWANAN
Apa yang Usahawan Inginkan Ialah Wang

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

ILMU DAN USAHAWAN


Dalam semua aspek keusahawanan, peranan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) amat penting kepada pembangunan serta survival
perniagaan itu sendiri.
Mengendalikan perniagaan secara on-line boleh menghasilkan pulangan
yang baik.
Teknologi on-line dapat mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan
dalam memaparkan produk, menarik pelanggan serta mengambil pesanan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

TREND KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA


pembangunan negara melalui dasar-dasar pembangunan negara seperti
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara
(DPN) (1991-2000) dan Wawasan 2020 (1991-2020).
matlamat utama untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu di
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan adat
resam.
Matlamat kedua ialah untuk mewujudkan sebuah negara dan masyarakat
yang dapat menikmati kualiti hidup yang tinggi dan sempurna
Satu daripada cabaran utama ialah kurangnya penglibatan bumiputera
dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
Usaha untuk membangunkan usahawan di kalangan bumiputera terpaksa
menempuh berbagai cabaran.
Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) merupakan teras penting dalam proses penyusunan semula

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

TREND KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA


agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Ekonomi
Negeri (PKEN) dan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
(BPIMB) diwujudkan.
Isu-isu penting dalam pembangunan MPPB adalah seperti berikut:
(i) Penglibatan bumiputera tertumpu dalam syarikat kecil;
(ii) Penyertaan dalam sektor pembuatan sangat berkurangan;
(iii) Bilangan dalam industri teknologi tinggi adalah di tahap minimum;
(iv) Kemajuan bergantung pada bantuan dan program kerajaan;
(v) Sikap dan nilai keusahawanan kurang berdaya saing;
(vi) Penglibatan sektor swasta masih terhad; dan
(vii) Penyertaan pekerjaan dalam kategori profesional dan pengurusan
tinggi masih rendah.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Kesimpulan
Keusahawanan adalah penting kepada individu, keluarga, masyarakat,
negara dan agama.
Keusahawanan telah terbukti dapat memberi manfaat kepada
pembangunan ekonomi dan juga sosial.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN