You are on page 1of 24

BAB 4

MERANCANG USAHA
TEROKA
Quality is not an act, it is
a habit.
Aristotle
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenal pasti sumber-sumber idea perniagaan.
2. Menjana, menilai dan memilih idea perniagaan.
3. Membandingkan kekuatan dan kelemahan perniagaan melalui
francais.
4. Mengenal pasti faktor-faktor kritikal usaha teroka baru.
5. Menjelaskan sebab-sebab kegagalan usaha teroka.
6. Membezakan bentuk-bentuk organisasi perniagaan.
7. Menjelaskan cara merancang usaha teroka dengan berkesan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

PENGENALAN
aspek yang paling penting dalam merancang usaha teroka ialah penjanaan
dan penilaian idea perniagaan.
Setiap perniagaan yang berjaya lahir daripada idea dan peluang perniagaan
yang mempunyai potensi.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN


Melalui Rajah 4.1, kita dapat melihat konsep bagaimana mendapatkan ideaidea perniagaan sebelum memulakan sesuatu projek.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Sumber-sumber idea perniagaan


Dari sumber manakah idea perniagaan boleh didapati?
Empat sumber utama yang boleh menghasilkan idea perniagaan ialah
daripada
(i) Hobi atau minat seseorang
(ii) Pengalaman pekerjaan, kemahiran dan kebolehan
(ii) Penelitian produk atau perkhidmatan yang sedang ditawarkan adakah
produk atau perkhidmatan ini memenuhi keperluan yang sedia ada atau
keperluan akan datang?; dan
(iv) Perubahan trend atau persekitaran luaran boleh memberi peluang atau
idea perniagaan yang baru contohnya faktor-faktor yang menentukan
ekonomi abad ke-21 ialah revolusi maklumat, kemajuan teknologi terbaru.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Proses Mengenal Pasti, Mengkaji dan Memilih


Idea-Idea Perniagaan
Idea-idea perniagaan yang diperolehi daripada penelitian di atas hanyalah
idea awal yang masih mentah.
Idea ini hanya boleh dilaksanakan setelah kajian teliti dibuat dalam aspek
pemasaran, pengeluaran, organisasi (pengurusan), dan kewangan.
(a) Kehendak dan keperluan
Dunia semakin maju dan teknologi juga berubah dengan cepatnya semakin maju masyarakat semakin banyak kehendak dan keperluan yang
harus dipenuhi dan semakin banyak pula peluang-peluang perniagaan.
(b) Produk dan perkhidmatan
Kehendak dan keperluan manusia yang berbagai dapat dikelaskan kepada
dua iaitu produk dan perkhidmatan.
Produk- Fizikal
Perkhidmatan bukan fizikal

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN
Idea-idea ini perlu dikaji, dinilai dan diambil kira dalam memilih peluangpeluang perniagaan sebelum diterjemahkan sebagai produk atau
perkhidmatan.
Idea-idea boleh dikenal pasti dengan cara melihat keadaan di persekitaran,
menyesuaikan dengan apa yang dimiliki oleh usahawan dan nilai-nilai yang
dibenarkan oleh masyarakat.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Persekitaran
Berikut ialah panduan kasar yang dicadangkan oleh Johari Shaari dan
Zainal Lode (1992) bagi membantu bakal usahawan membuat analisis
persekitaran:
(i) Memahami struktur penduduk, pendapatan dan cita rasa.
(ii) Kajian ke atas data-data import dan eksport.
(iii) Kajian ke atas sumber-sumber tempatan dan penemuan teknologi.
(iv) Rantaian-rantaian industri.
(v) Rancangan-rancangan pembangunan kerajaan dan swasta.
(vi) Meneliti peluang-peluang perniagaan melalui akhbar dan majalah tempatan
dan luar negara.
(vii) Mengkaji masalah-masalah sosial setempat.
(viii) Undang-undang dan peraturan kerajaan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Penilaian Diri
Di samping persekitaran, perkara kedua yang perlu diambil kira dalam
memilih peluang-peluang perniagaan ialah dengan melihat kekuatan dan
kelemahan yang ada pada diri seseorang.
(a) Pengalaman yang dimiliki
(b) Pengetahuan dan kemahiran
(c) Sumber-sumber kewangan
(d) Minat

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Idea-Idea Perniagaan
Di peringkat ini, pilihan hendaklah dibuat supaya satu idea perniagaan
sahaja yang dipilih dan benar-benar sesuai dengan kemampuan diri.
Perkara yang amat penting sekali yang harus dititikberatkan ialah pemilihan
idea perniagaan/projek itu benarbenar berdaya maju, memberi peluang
yang tinggi, mempunyai pasaran yang luas dan berpotensi untuk
berkembang, serta perniagaan tersebut boleh bertahan (sustain) sama ada
dalam kegawatan ekonomi atau sebaliknya.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Tapisan Awal
Perkara-perkara penting yang perlu diambil kira dalam tapisan awal ialah
seperti berikut:
(i) Sah dari segi undang-undang
(ii) Kuasa monopoli/tahap persaingan
(iii) Keperluan modal
(iv) Risiko

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

PENILAIAN IDEA
Penilaian idea akan memberi peluang kepada usahawan untuk menilai
sama ada idea itu viable dan feasible dan boleh menghasilkan apa yang
diharapkan oleh usahawan.
Empat sebab mengapa penilaian idea perniagaan itu penting kepada
usahawan.
a) memaksa usahawan menilai matlamat sebenar usahawan menerokai idea
perniagaan
b) Membolehkan usahawan membuat penilaian mengenai kekuatan dan
kelemahan setiap idea
c) membolehkan usahawan membuat keputusan yang realistik dengan
mengambil kira penggunaan optimum sumber yang terhad
d) usahawan boleh meminimumkan risiko

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Idea Perniagaan yang Muktamad


pilih satu idea perniagaan sahaja yang akan dimajukan ke peringkat
seterusnya.
Sama ada idea perniagaan ini boleh dilaksanakan atau tidak bergantung
kepada kajian-kajian yang dibuat dalam aspek-aspek seterusnya yang akan
dibincangkan dalam pelajaran berikutnya.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

FAKTOR KRITIKAL USAHA TEROKA BARU


Pada peringkat pra-permulaan dan permulaan, lima faktor adalah kritikal
ialah
(i) Keunikan usaha teroka;
(ii)Saiz pelaburan di peringkat permulaan;
(iii)Pertumbuhan jualan dan keuntungan semasa usaha teroka melalui
peringkat permulaan;
(iv)Terdapat produk yang mencukupi semasa pra-permulaan dan permulaan;
dan
(v)Terdapat pelanggan yang mencukupi semasa pra-permulaan dan
permulaan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Kegagalan Usaha Teroka


Kajian oleh Bruno, Leidecker dan Harder (1987) mendapati tiga kategori
utama yang menyebabkan kegagalan perniagaan baru, iaitu masalahmasalah keluaran/pasaran, kewangan dan pengurusan.
Masalah keluaran/pasaran melibatkan faktor-faktor berikut:
(i) Pengaturan masa yang tidak sesuai memasuki pasaran terlalu awal
(ii) Masalah reka bentuk produk
(iii) Strategi pengedaran yang kurang sesuai.
(iv) Definisi perniagaan yang tidak jelas mengakibatkan perubahan yang
kerap dalam perniagaan.
(v) Pergantungan yang berlebihan kepada seorang pelanggan boleh
mengakibatkan kegagalan perniagaan untuk mempelbagaikan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Kegagalan Usaha Teroka


Masalah kewangan melibatkan faktor berikut:
(i) Kekurangan modal awal (initial undercapitalization)
(ii) Meminjam terlalu awal
(iii) Masalah hubungan dengan pemberi modal teroka matlamat dan
wawasan yang berbeza antara usahawan dan pemberi modal teroka
mendatangkan masalah kepada perniagaan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Kegagalan Usaha Teroka


Masalah pengurusan melibatkan dua faktor berikut:
(i) Pendekatan konsep pasukan masalah ini termasuk mengambil staf dan
menaikkan pangkat staf berasaskan nepotisme dan bukan kelayakan atau
kebolehan, hubungan yang tidak baik dengan syarikat induk atau pemberi
modal teroka, memberi fokus kepada kelemahan staf dari kekuatan, dan
sokongan staf profesional yang tidak cekap.
(ii) Masalah sumber manusia ego usahawan yang keterlaluan serta masalah
berhubung dengan staf dan kawalan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

FRANCAIS DAN USAHAWAN


Francais ialah satu bentuk perniagaan yang mana pemilik cap dagang
(trademark), nama dagang (trade name) atau hak cipta membenarkan orang
lain menggunakannya untuk menjual produk atau perkhidmatan tertentu
Latihan
Tarikan
Kelebihan
Pengalaman
Bantuan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

BENTUK-BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN


(i)Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978);
(ii) Akta Syarikat 1965 (dan pindaan-pindaan); dan
(iii) Akta Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Organisasi Perniagaan yang Ditubuhkan di Bawah


Akta Pendaftaran 1956 (Pindaan 1978)
(a) Kepunyaan Tunggal (Sole Proprietorship)
() Maju mundurnya perniagaan ini adalah tanggungjawab pemilik tunggal
sendiri.
() Pada umumnya, bentuk perniagaan ini memerlukan modal yang kecil.
Kelebihan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Organisasi Perniagaan yang Ditubuhkan di Bawah


Akta Pendaftaran 1956 (Pindaan 1978)
(a) Perkongsian (Partnership)
() Pada lebih dari seorang tetapi tidak melebihi 20 orang, kecuali dalam keskes tertentu yang rakan kongsinya tidak melebihi 50 orang
Kelebihan

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Organisasi Perniagaan yang Ditubuhkan di Bawah


Akta Syarikat 1965
Syarikat

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Organisasi Perniagaan yang Ditubuhkan di Bawah


Akta Syarikat 1965
(i) Hak dan tanggungjawab
Seperti seorang individu, syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab dan boleh
memiliki harta serta boleh mengambil tindakan undang-undang sama ada
mendakwa atau didakwa.
(ii) Jangka hayat
Jangka hayat tidak tertakluk kepada hayat ahli-ahlinya dan akan terus wujud
walaupun berlaku kematian ahli-ahlinya. Walaubagaimanpun, syarikat ini boleh
dibubarkan sekiranya ahli-ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.
(iii) Liabiliti
Liabiliti ahli-ahli adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham yang dipersetujui
untuk dibayar kepada modal. Sekiranya syarikat ini dibubarkan, harta persendirian
ahli-ahli tidak terlibat. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana ahli telah
menjadi penjamin peribadi kepada mana-mana pinjaman syarikat, liabiliti adalah
tidak terhad dan boleh melibatkan harta persendirian penjamin tersebut.
(iv) Ahli-ahli
Syarikat mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua orang ahli yang
mempunyai alamat mastautin di Malaysia. Dua orang ahli ini bolehlah bertindak
sebagai pengarah dan pengasas syarikat.
BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

RUMUSAN
Idea perniagaan yang berpotensi dihasilkan menerusi pemerhatian dan
penelitian ke atas keadaan sosio-budaya, ekonomi, politik dan kedudukan
teknologi.
Idea-idea ini perlu dikaji, dinilai dan diambil kira dalam memilih peluangpeluangperniagaan sebelum diterjemahkan dalam bentuk produk atau
perkhidmatan.

BPME3073 KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN