You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh,

salam

sejahtera ,salam perpaduan, terima kasih kepada pengacara majlis.


Pertamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan limpah kurnia-nya, membolehkan kita berkumpul pada hari ini bagi
menjayakan majlis perasmian perhimpunan Unit Beruniform IPG Kampus Bahasa
Melayu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit beruniform pengakap IPGKBM
yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan perhimpunan ini. Terima
kasih saya ucapkan.
Untuk pengetahuan sekalian, Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang
bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan
mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada
aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam
masyarakat.

Pergerakan

ini

telah

diwujudkan di England oleh Lord

Robert

Baden-

Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia".


Pergerakan Pengakap sering dikaitkan dengan cerita-cerita hutan. Cerita hutan ini
mengisahkan kehidupan seorang budak kecil yang Mowgli. Cerita ini merupakan
sebahagian daripada bahan yang penting dalam latihan Pengakap Kanak-kanak pada hari
ini. Hal ini demikian kerana kisah Mowgli ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh
dijadikan contoh dan teladan kepada seluruh Pengakap Sedunia. Antara pengajaran yang
boleh diambil iktibar oleh ahli Pengakap melalui cerita ini adalah mematuhi ketua dan ibu
bapa, bekerjasama dengan anggota-anggota Pengakap yang lain, mengikut undangundang dan banyak lagi. Oleh sebab itu, tema perhimpunan unit beruniform pada hari ini
ialah cerita hutan.
Buat pengetahuan umum, sebagai salah seorang ahli Pengakap perlu mengikuti Kursus
Kepimpinan Manik Kayu untuk mendapatkan pengesahan sebagai penolong pemimpin
Pengakap. Para jurulatih Pengakap di IPGKBM sedaya upaya membantu ahli Pengakap di
sini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua manik kayu sebelum ditempatkan di
sekolah kelak.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan perhimpunan unit beruniform


pada hari ini. sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.