You are on page 1of 31

AKTA PENDIDIKAN

1996
(AKTA 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996(2).pdf

OBJEKTIF
Meneliti dan membincangkan kandungan
dasar-dasar awam yang dinyata dalam
Akta Pendidikan 1996
Menyatakan tindakan-tindakan yang mesti
dan boleh diambil oleh pengurus sekolah
Menyatakan tindakan-tindakan yang tidak
wajar dilakukan oleh pengurus sekolah

KANDUNGAN

Latar belakang Akta 550


Meneliti tafsiran beberapa istilah yang
digunakan dalam Akta 550
Membincangkan sistem pendidikan negara
Membincangkan beberapa kandungan utama
Akta 550
Hubungan Akta 550 dengan akta-akta lain

PERLEMBAGAAN

ORDINANAN

PARLIMEN
Dll
593
555

KANUN
4

AKTA

30
174

550

PENDIDIKAN
1996

P
P -Peraturan
P

LATAR BELAKANG AKTA 550

Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran


1961
Inti pati kandungan dalam akta berasaskan
perakuan-perakuan dalam Laporan Jawatankuasa
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1979)
Diperkenan oleh Yang Di-pertua Agung setelah
diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996
Diwartakan pada 1 Ogos 1996

LATAR BELAKANG AKTA 550..

Akta 550 dibahagikan 16 bahagian dengan 156


seksyen
Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang
menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar
Pendidikan Kebangsaan
- rasional kandungan pendidikan kebangsaan
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
landasan kepada Dasar Pendidilan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelaksanaan Dasar Pendidikan


Melalui satu sistem pendidikan yang
memperuntukkan:
- Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama
- Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang
sama
- Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya
yang akan memenuhi keperluan negara serta
memupuk perpaduan negara

Tafsiran Istilah (Seksyen 2)


Apakah yang anda faham dengan istilah-istilah berikut?
Bahasa kebangsaan
Guru
Ibu bapa
Institusi pendidikan
Ketua pendaftar
Murid
Pegawai pendidikan
Pendidikan rendah
Sekolah
Sekolah bantuan kerajaan

Kandungan Utama Akta


Bahasa
Kurikulum Kebangsaan
Pengajaran Agama Islam
Penilaian dan Peperiksaan Murid
Pengurusan Sekolah
Kuasa Menteri Membuat Peraturan
Dendaan dan Kompaun

Kandungan Utama Akta (Bahasa)


Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi
bahasa pengantar utama Seksyen 17(1)
Bahasa Kebangsaan diajar sebagai mata
pelajaran wajib Seksyen 17(2)

Perkara-perkara Utama Dalam Akta


(Kurikulum)

Kurikulum kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah


Seksyen 18(1)
Kurikulum Kebangsaan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid
pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah
termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan
apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan Seksyen 18(2)
Menteri boleh menambah / meminda Jadual dari semasa ke
semasa & diwartakan Seksyen 18(4)
Peraturan Kurikulum Kebangsaan P.U.(A) 531 hendaklah dirujuk

Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah


Apakah maksudnya kurikulum kebangsaan untuk
semua sekolah?
Apakah tujuannya?

Peraturan-peraturan Pendidikan

Kurikulum Kebangsaan, 1997


Pendidikan Khas, 1997
Penilaian dan Peperiksaan, 1997
Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998
Persatuan Sekolah, 1998
Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftardan Syarat Penekalan
Murid Belajar di Sekolah, 1998

Perkara-perkara Utama Dalam Akta


(Pendidikan Islam)

Diadakan bila terdapat 5 atau lebih murid Islam dalam


sesebuah institusi pendidikan yang diajar oleh guru
bertauliah Seksyen 50(1)
(Tauliah hanya dikeluarkan oleh JAIN/guru agama KPM)
Minimum 2 jam seminggu Seksyen 50(2)
Pengelola/orang lain bertanggungjawab membuat
perkiraan untuk memenuhi keperluan ini Seksyen
50(3) dan (4)
Institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan dan
disenggara Menteri/Kerajaan Negeri boleh diberi
bantuan wang peruntukan parlimen Seksyen 52

Kandungan Utama Akta


(Pengajaran Selain Islam)

Institusi pendidikan bantuan kerajaan


boleh mengadakan pengajaran selain
agama Islam untuk murid dengan dua
syarat:
(a) tidak dibiayai menggunakan wang
yang diperuntukkan oleh parlimen
(b) pengajaran agama yang dianuti sahaja

Kandungan Utama Akta (Penilaian


dan Peperiksaan Murid)

Menteri boleh menetapkan cara murid dinilai


dan taraf yang perlu dicapai Seksyen 67(1)
Penilaian ini adalah sebagai tambahan kepada
mana-mana peperiksaan yang ditetapkan
Seksyen 67(2)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
untuk mengendalikan peperiksaan Seksyen 68

Kandungan Utama Akta (Penilaian


dan Peperiksaan Murid).

Larangan pengendalian peperiksaan kecuali


mendapat kelulusan bertulis Pengarah
Peperiksaan Seksyen 69(1)
Larangan di atas tidak terpakai bagi:
(a) lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 68(e)
(b) Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah Akta 225
(c) pengendalian untuk menilai murid sesuatu institusi itu
sendiri

- Seksyen 69(4)

Kandungan Utama Akta


(Pengurusan)

Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut


suratcara pengelolaannya Seksyen 53
Tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai
suratcara pengelolaan Seksyen 53(1)
Pembubaran Lembaga Pengelola institusi pendidikan
kerajaan / bantuan kerajaan Seksyen 59,60,61 dan 62
Kuasa Menteri memberi bantuan kewangan dan lain-lain
- Seksyen 64

Kandungan Utama Akta


(Pengurusan)

Tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi


pendidikan melainkan jika didaftarkan sebagai guru di
bawah Akta ini Seksyen 103(1) tetapi tidak terpakai
bagi :
- anggota Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
- seseorang yang suatu permit mengajar telah dikeluarkan di bawah
Seksyen 114 (guru pelatih, guru sementara dan mereka yang
menunggu keputusan permohonan untuk idaftar sebagai guru)
- seseorang murid institusi latihan guru yang ditubuh di bawah
kawalan langsung Menteri Seksyen 103(2)

Hubungan Akta 550 dengan AktaAkta Lain

Akta Pendidikan (Pindaan 2002)


- Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
hendaklah digunakan oleh semua tadika
(Pindaan Seksyen 22)
- Pendidikan rendah wajib (Seksyen baru
29A)

Hubungan Akta 550 dengan AktaAkta Lain

Menteri bertanggungjawab ke atas institusi pendidikan


tinggi (IPT) Seksyen 70
Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undangundang bertulis tentang IPT Seksyen 71
Melanggar Seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau
dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Seksyen 72
Akta yang berkaitan ialah Akta 555

Kuasa Menteri Membuat Peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan


bagimaksud pelaksanaan Akta ini Seksyen 130
- prosedur penerimaan murid
- tempoh penggal institusi pendidikan
- prosedur pendaftaran institusi pendidikan, guru
- disiplin murid
- Kurikulum Kebangsaan
- persatuan murid
- dan lain-lain

Dendaan dan Kompaun

Sila bincangkan denda maksimum yang layak dikenakan


jika sabit kesalahan-kesalahan berikut :
(a) Mengendalikan peperiksaan
(b) Menubuh, mengendali, mengurus IPT
(c) Mengendalikan kursus atau pengajaian
(d) Mempromosi sesuatu institusi pendidikan tidak
berdaftar
(e) Kesalahan berhubung pendaftaran institusi
pendidikan

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke


atas Sistem Pendidikan Kebangsaan
Senaraikan beberapa implikasi Akta
Pendidikan 1996 terhadap Sistem
Pendidikan Kebangsaan

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke


atas Sistem Pendidikan Kebangsaan

FPK menjadi landasan akta


Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat
persekolahan
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh
Kurikulum diselaraskan
Pendidikan Islam diperluas
Pendidikan prasekolah diperluas
Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan
Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke


atas Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan guru diperkukuh


Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih
sistematik
Pendidikan khas diberi tumpuan
Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum

RUMUSAN
Akta Pendidikan 1996 menekankan
kepentingan pendidikan untuk semua
kaum.
Justeru, seseorang guru perlu memahami
serta menghayatinya untuk melahirkan
warganegara yang bersepadu dan
mencapai matlamat 1Malaysia

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akt
a%20pendidikan%201996.pdf

You might also like