You are on page 1of 21

JABATAN PERTANIAN SABAH

CAW.PENGEMBANGAN DAERAH TAWAU

TANAMAN AVOKADO

DIBENTANG SEMASA
LATIHAN 2 MINGGUAN KAKITANGAN
PEJABAT PERTANIAN TAWAU

DISEDIAKAN OLEH
MASRI MATLAN
KJP/PLDDM JPTN TWU
ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1.0 Maklumat Am 1 - 2

2.0 Botani Tanaman 2 - 3

3.0 Keperluan Asas Tanaman 4

4.0 Pembiakan Tanaman 5 - 7

4.1 Kaedah Pembiakan Tanaman 5 - 6

4.2 Teknik Cantuman 6 - 7

4.3 Perkara penting yang perlu diberi perhatian 7


dalam pembiakan tanaman

5.0 Penanaman DiLadang 7 - 9

5.1 Cara Penanaman 8

5.2 Langkah-langkah penanaman 8

5.3 Penjagaan Tanaman 8 - 9

6.0 Penyakit dan Perosak 10 - 15

6.1 Serangga Perosak 10 - 13

6.2 Penyakit 14 - 15

7.0 Penuaian Hasil 15 - 16

8.0 Analisa Saiz Ekonomi Ladang 16

9.0 Khasiat Avokado 17 - 18

10.0 Sumber Rujukan 19

i
Teknologi Tanaman Avokado

Avokado
( Persea americana Mil )

1.0 Maklumat Am

Nama Botani : Persea americana Mill


Nama Tempatan : Avokado
Nama Keluarga : Lauraceae
Asal : Amerika Tengah

Avokado tergolong dalam kumpulan pokok renek, terkenal zaman-berzaman.


Bagi puak India Amerika, ia sumber makanan dan agen lemak serta
penyembuh penyakit. Sebab itu ramai wanita menggosok minyak daripada
buahnya pada kulit agar kulit kekal muda. Mereka yang tinggal di kawasan
tropika menggunakan minyak avokado untuk melindungi kulit daripada kering
atau merekah kesan pencemaran.

Berasal dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya Mexico
dan perkataan avocado sendiri berasal daripada nama orang Mexico,
Ahuacale. Kini, kebanyakan pokok avokado ditanam di kawasan tropika dan
separuh tropika seperti di California, Florida, Mexico, Amerika Selatan,
Sepanyol, Portugal, Israel dan Afrika Selatan. Jenisnya melebihi 400. Di
Malaysia tanaman ini belum banyak ditanam walaupun buahnya diketahui
berkhasiat dan berpotensi komersial. Di Negeri Sabah keluasan tanaman ini
iaitu 42.6 hektar, daripada itu hanya 28.4 hektar telah berhasil dengan
jumlah hasil sebanyak 188.6 tan setahun.

Nilai pemakanan untuk satu hidangan avokado


Jumlah lemak 5g Lemak 1g
(polyunsaturated) (monounsaturated)
Lemak tak tepu 1g Lemak tak tepu 3g
Kolesterol 0 mg Natrium 0 mg
Kalium 17 mg Karbohidrat 3g
Serat 3g Protein 1g
Vitamin B6 4% Riboflavin 2%
Vitamin C 4% Niasin 2%
Vitamin E 4% Mg 2%
Asid pantotenik 2% Folate 5%
Kalsium 6%

1
Teknologi Tanaman Avokado

Kegunaan Tanaman kebanyakkannya untuk kegunaan tempatan


antaranya adalah :-

Buahnya dimakan segar


Digunakan dalam industri pembuatan alat-alat kosmetik.
Sebagai Ubatan Tradisional

2.0 Botani Tanaman

Pokok avokado sederhana besar, iaitu kira-kira 10-15m tinggi dan


mempunyai kanopi berbentuk kon. Pokok avokado berbuah mengikut musim,
biasanya ia berbunga dan berbuah sekali atau dua kali setahun. Musim
pembungaan ialah selepas musim kering. Pemerhatian menunjukkan setiap
pokok boleh mengeluarkan sebanyak 50-200 biji buah sepokok semusim
dalam keadaan penjagaan yang minimum.

Daunnya jenis mudah dan teratur melingkar di ranting tetapi berkelompok


rapat dihujung ranting. Daun avokado tebal dan agar keras, panjangnya 9-20
cm dan lebarnya 5-8 cm bergantung pada jenis. Bentuk daun berbeza-beza
daripada hampir bulat hingga panjang dan sempit. Tepi daunnya licin. Daun
matang berwarna hijau tua kekuningan, hijau muda atau hijau tua
bergantung pada jenis.

Bunga avokado ialah jenis lengkap dan teratur pada jambak penikel majmuk
rasem yang dikeluarkan dihujung ranting. Bunga-bunga ini kecil dan
berwarna hijau pucat hingga kuning.

Buah avokado berbeza-beza dari segi saiz, bentuk dan ketebalan isinya.
Bentuk buahnya daripada hampir bulat hingga bentuk pir, bijinya satu dan
berisi tebal, lembut, manis dan wangi. Ukurannya antara 7-20 cm. Warna
kulitnya juga berbeza-beza dari hijau kekuningan,kuning hingga unggu tua
atau hampir hitam. Buah avokado mempunyai satu biji yang besar dan keras
bak batu dibaluti isi yang tebal dan kenyal.

Jenis Avokado secara umumnya boleh digolongkan ke dalam tiga kumpulan


yang berbeza-beza dari segi asal usul, ciri buah serta kandungan minyaknya.
Jenis tersebut ialah jenis Mexico,Guatemala dan jenis Hindia Barat.

Mexico berasal dari dataran tinggi Mexico dan Equador beriklim semi
tropika dengan ketinggian antara 2,400-2,800 m dpl. Klon ini mempunyai
daun dan buahnya yang berbau adas. Masa berbunga sampai buah boleh
dituai lebih kurang 6 bulan. Buah kecil dengan berat 100-225 gram,
bentuk bujur (oval), bertangkai pendek, kulitnya tipis dan licin.

2
Teknologi Tanaman Avokado

Biji besar memenuhi rongga buah. Isi buah mempunyai kandungan


minyak/lemak yang paling tinggi. Jenis ini tahan terhadap suhu dingin.

Guatemala berasal dari dataran tinggi Amerika Tengah beriklim sub-


tropika dengan ketinggian sekitar 800-2.400 m dpl. Klon ini kurang tahan
0
terhadap suhu sejuk (sampai -4,5 C). Daunnya tidak berbau adas. Buah
mempunyai ukuran yang cukup besar, berat berkisar antara 200-2.300
gram, kulit buah tebal,keras,mudah rosak dan kasar (berbintil-bintil).
Buah masak antara 9-12 bulan selepas berbunga. Bijinya relatif
berukuran kecil dan melekat dalam rongga,dengan kulit biji yang
melekat. Isi buah mempunyai kandungan minyak yang sedang.

Hindia Barat berasal dari dataran rendah Amerika Tengah dan Amerika
Selatan yang beriklim Tropika, dengan ketinggian di bawah 800 m dpl.
o
Klon ini sangat peka terhadap suhu rendah. (2 C). Daunnya tidak berbau
adas, warna daunnya lebih terang dibandingkan dengan kedua yang lain.
Buahnya berukuran besar dengan berat antara 400-2.300 gram, tangkai
pendek,kulit buah licin agak liat dan tebal. Buah masak 6-9 bulan
sesudah berbunga. Biji besar dan sering lepas di dalam rongga, keping
biji kasar. Kandungan minyak dari isi buahnya paling rendah.

Jenis-Jenis Avokado Dalam Koleksi MARDI

Jenis-Jenis Avokado Yang Berbentuk Buah Pir Ini Terdapat Di UPM

Varieti Avokado Koleksi Jabatan Pertanian Ini Adalah Yang Terbaik

3
Teknologi Tanaman Avokado

3.0 Keperluan Asas Tanaman

Angin diperlukan oleh tanaman avokado, terutama untuk proses


pendebungaan. Namun demikian angin dengan kelajuan 62,4-73,6
km/jam dapat dapat mematahkan ranting dan dahan tanaman avokado
yang tergolong lunak, rapuh dan mudah patah.

Curah hujan minimum untuk pertumbuhan adalah 750-1000 mm/tahun.


Klon Hindia Barat tumbuh dengan subur pada dataran rendah beriklim
tropika dengan curah hujan 2500 mm/tahun. Bagi kawasan 2-6 bulan
kering tanaman avokado masih boleh tumbuh asalkan kedalaman air
tanah 2 m.

Cahaya diperlukan kira-kira 40-80% bagi pertumbuhan avokado. Baki


Jenis Mexico dan Guatemala lebih tahan terhadap cuaca sejuk dan iklim
kering, jika dibandingkan dengan Jenis Hindia Barat.
O O
Suhu optima bagi pertumbuhan tanaman antara 12,8 C - 28,3 C.
tanaman avokado juga boleh tumbuh di dataran rendah mahupun
O
dataran tinggi, tanaman ini tahan terhadap suhu antara 15-30 C atau
O
lebih. Jenis Mexico memiliki daya ketahanan hingga – 7 C, Guatemala -
O O
4,5 C dan Hindia Barat 2 C.

Kesesuaian tanah bagi tanaman avokado adalah pada tanah gembur,


subur dan banyak mengandung bahan organik dan kawasan yang tidak
mudah bertakung air (sistem perparitan baik). Jenis tanah baik untuk
pertumbuhan avokado adalah jenis tanah liat berpasir (sandy loam),
tanah liat (clay loam) dan endapan berliat. pH tanah antara pH 5,6 - 6,4
adalah sesuai. Bila pH di bawah 5,5 tanaman akan menderita keracunan
kerana unsur Al, Mg, dan Fe larut dalam jumlah yang cukup banyak.
Sebaliknya pada pH di atas 6,5 beberapa unsur seperti Fe,Mg, dan Zn
akan berkurang.

Ketinggian Tempat Pada amnya tanaman avokado dapat tumbuh di


dataran rendah hingga dataran tinggi, iaitu 5 - 1500 m dpl. Namun
tanaman ini akan tumbuh subur dengan hasil yang memuaskan pada
ketinggian 200-1000 m dpl. Bagi tanaman avokado jenis Mexico dan
Guatemala lebih sesuai ditanam pada ketinggian 1000 - 2000m dpl.
Manakala jenis Hindia Barat pada ketinggian 5 - 1000 m dpl.

4
Teknologi Tanaman Avokado

4.0 Pembiakan Tanaman

Avokado boleh dibiak dengan biji benih. Bijinya bersifat poliembrio dan
dengan ini boleh dibelah 4-6 bahagian, setiap bahagian mengandungi
sebahagian embrio. Biji avokado mudah bercambah tetapi mempunyai
tempoh hidup yang singkat, iaitu kurang daripada dua minggu. Bibit
yang baik adalah yang berasal dari buah yang sudah cukup tua dan
buahnya tidak jatuh hingga pecah.

Untuk mempercepak percambahan, kulit biji perlu ditanggalkan sebelum


biji disemai. Pokok avokado boleh juga dibiak secara tampang. Teknik
pembiakan tampang yang boleh digunakan ialah cantuman mata tunas,
cantuman baji dan serpihan, sanding dan tut.

Walaubagaimanpun pembiakkan melalui biji kelemahannya lambat


berbuah (6-8 tahun) dan buah yang dihasilkan tidak tulin berbanding
melalui pembiakan tampang ianya cepat berbuah (1-4 tahu) dan
menghasilkan buah yang sama sifat dengan induknya.

Media Campuran Tanah 3:2:1 sesuai digunakan untuk kebanyakan


pokok, yang mengandung beberapa bahagian tanah atas, bahan organik
dan pasir

4.1 Kaedah Pembiakkan Tanaman

i. Melalui Pucuk

Pokok Penanti

Berumur 6-7 bulan adalah sesuai untuk dibiakkan melalui pucuk


dan Mata tunas.
Tanaman dari biji yang berasal dari buah yang telah tua dan
masak,
Tinggi 30 cm/kurang,
Jaringan pada pangkal batang belum berkayu.

Cabang sambungan yang digunakan adalah pada hujung dahan yang


masih muda dan berdiameter lebih kurang 0,7 cm.

5
Teknologi Tanaman Avokado

Dahan tersebut dipotong miring sesuai dengan celah yang ada pada
pohon pokok sepanjang lebih kurang 10 cm, kemudian disisipkan ke
dalam belahan di samping pohon pokok yang diikat/dibalut. Bahan
yang baik untuk mengikat adalah pita plastik, plastik,rafia/kain
berlilin. Sebaiknya penyambungan pada pohon pokok dilakukan
serendah mungkin supaya tidak dapat kuncup pada tanaman pokok.

Penjagaan Pokok Cantuman

Pokok Penanti yang telah dicantum hendaklah diletakkan di


tempat teduh, tidak berangin,dan lembab.
Hendaklah disiram setiap hari.
Bagi mencegah serangan penyakit sebaiknya tanaman disembur
dengan racun kulat.

ii. Melalui Mata Tunas.

Pokok Penanti berumur 8-10 bulan.

Mata tunas hendaklah diambil dari dahan yang sihat, berumur 1


tahun, serta matanya nampak jelas.

Cantuman sesuai dilakukan apabila kulit batang penanti tidak


melekat pada kayunya.

4.2 Teknik Cantuman

Kulit penanti dipotong sepanjang 10 cm dan lebarnya 8 mm (6’’


dari pangkal pokok). Kupak/pisahkan kulit tersebut dari kayunya
dan ditarik ke bawah lalu dipotong 6 cm.

Potong mata tunas dengan sedikit kayu dari cabang mata


(enthout), kayu dilepaskan pelan-pelan tanpa merosak mata. Kulit
yang bermata dimasukkan di antara kulit dan kayu yang telah
dikupak pada pokok penanti dan balut dengan pita plastik.
(pastikan mata tunas tidak dibalut sekali)

Biarkan 3-5 hari jika matanya masih hijau, bererti cantuman


berjaya.

Buka pembalut selepas 10-15 hari dicantum.

6
Teknologi Tanaman Avokado

Batang pokok penanti dipotong serong kira-kira 5-7,5 cm diatas


tunas, lalu dilengkungkan sehingga pertumbuhan mata dapat lebih
cepat.

Setelah batang yang keluar dari mata mencapai tinggi 1 m, maka


bahagian pohon pokok yang dilengkungkan dipotong tepat di atas
tunas dan lukanya diratakan, kemudian ditutup dengan parafin
yang telah dicairkan.

Pokok cantuman yang berjaya dapat dipindahkan ke kebun setelah


berumur 8-12 bulan dan pemindahan yang paling baik adalah pada
permulaan musim hujan.

4.3 Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pembiakan


tanaman adalah :-

Menjaga kelembaban udara agar tetap tinggi (+ 80%)

Suhu udara di tempat cantuman tidak terlalu panas iaitu antara 15


O
- 25 C.

Mencantum tidak boleh dilakukan pada musim hujan lebat serta


terlalu banyak terkena sinar matahari secara langsung.

Cantuman perlu disiram secara rutin dan dibaja 2 minggu sekali.


Pembajaan boleh dilakukan semasa menyiram, iaitu dengan
melarutkan 1-1,5 gram urea/NPK ke dalam 1 liter air. Baja daun
boleh juga diberikan dengan kadar yang telah disyorkan.

Pengawalan penyakit dan perosak dilakukan bila perlu saja.

5.0 Penanaman Diladang

Bibit sesuai dipindahkan ke kebun setelah berumur 9-16 bulan, dan


pemindahannya dilakukan pada permulaan musim hujan. Manakala Jarak
tanaman yang di syorkan bagi tanaman avokado ialah 20’x20’ (109 pk/ekar )
atau 6 m x 6 m ( 278 pk/ha ).

Tanah digali dengan ukuran panjang, lebar, dan tinggi masing-masing 75


cm. Lubang tersebut dibiarkan terbuka selama lebih kurang 2 minggu.

Tanah bahagian atas dan bawah dipisahkan.

Lubang tanaman ditimbus semula. Tanah bahagian atas dicampur dulu


dengan 20 kg baja organik sebelum dimasukkan ke dalam lubang.

7
Teknologi Tanaman Avokado

Lubang tanaman yang telah ditimbus semula hendaklah beri tanda


supaya kita tahu dimana letak lubang tanaman yang kita gali tadi.

5.1 Cara Penanaman

Waktu penanaman yang sesuai adalah pada awal musim hujan dan
tanah yang ada dalam lubang tanam tidak lagi mengalami penurunan.
Hal yang perlu diperhatikan adalah tanah yang ada dalam lubang tanam
harus lebih tinggi dari tanah sekitarnya. Hal ini untuk menghindari air
bertakung bila disirami atau hujan.

5.2 Langkah-langkah penanaman adalah seperti berikut:

Lubang tanam yang telah ditutup, digali lagi dengan ukuran sebesar
polibag bibit.

Bibit dikeluarkan dari polibag dengan menyiayatnya agar gumpalan


tanah tetap utuh.

Bibit beserta tanah yang masih menggumpal dimasukkan dalam


lubang hingga paras pangkal batang, lalu ditimbun dan diikatkan ke
kayu penyokong.

Setiap bibit sebaiknya diberi naungan untuk menghindari sinar


matahari secara langsung, tiupan angin, maupun hujan. Naungan
tersebut dibuat miring dengan bahagian yang tinggi di sebelah
timur. Naungan diperlukan sehingga tumbuh tunas-tunas baru atau
lebih kurang 2-3 minggu.

5.3 Penjagaan Tanaman

Penyiangan rumput rumpai banyak tumbuh di sekitar tanaman


kerana di tempat itu banyak terdapat zat makanan. Selain
merupakan saingan dalam memperoleh makanan, rumput-rumpai
juga merupakan tempat bersarangnya perosak dan penyakit. Oleh
kerana itu, agar tanaman dapat tumbuh dengan baik maka rumput-
rumpai tersebut harus disiangi (dicabut) secara rutin.

Penggemburan Tanah yang setiap hari disiram tentu saja akan


semakin padat dan udara di dalamnya semakin sedikit. Akibatnya
akar tanaman tidak dapat menyerap unsur pemakanan. Untuk
menghindarinya, tanah di sekitar tanaman perlu digemburkan
dengan hati-hati agar akar tidak putus.

8
Teknologi Tanaman Avokado

Penyiraman pada bibit yang baru ditanam memerlukan air yang


banyak, dimana penyiraman perlu dilakukan setiap hari. Waktu yang
tepat untuk menyiram adalah pagi.

Pembajaan yang diberikan tergantung pada umur tanaman dimana


Pembajaan hendaklah diberikan 4 kali dalam setahun. Program
pembajaan tahunan menggunakan baja urea (45% N), TSP (50%
P), dan KCl (60% K) seperti dalam jadual dibawah .

Umur Tanaman Jenis Baja Kadar baja

1-4 tahun urea, 0,27-1,1 kg/pk

TSP 0,5-1 kg/pk

KCl 0,2-0,83 kg/pk

5 tahun lebih urea, 2,22 - 3,55 kg/pk

TSP 3,2 kg/pk

KCl 4 kg/pk

Pemangkasan hanya dilakukan pada cabang-cabang yang tumbuh


terlalu rapat atau ranting-ranting yang mati. Pemangkasan dilakukan
secara hati-hati agar luka bekas pemangkasan terhindar dari
jangkitan penyakit dan luka bekas pemangkasan sebaiknya diberi
fungisida/penutup luka.

9
Teknologi Tanaman Avokado

6.0 Penyakit dan Perosak

6.1. Serangga Perosak

Serangga Perosak Pada Daun

1) Ulat kipat ( Cricula trisfenestrata Helf )

Ciri-Ciri : Panjang tubuh 6 cm, berwarna hitam berbintik-bintik


putih dan dipenuhi rambut putih. Kepala dan ekor berwarna
merah menyala.

Tanda Serangan : Terdapat bekas gigitan. Pada serangan yang


teruk daun habis sama sekali tetapi tanaman tidak akan mati,
dan terlihat kepompong bergelantungan.

Pengawalan : Menggunakan racun serangga yang


mengandung bahan aktif monokrotofos atau Sipermetein, pada
kadar 1-3 cc/liter.

2) Ulat kupu-kupu gajah ( Attacus atlas L )

Ciri-Ciri : Sayap kupu-kupu dapat mencapai ukuran 25 cm


dengan warna coklat kemerahan dan segitiga tansparan. Ulat
berwarna hijau tertutup tepung putih,panjang 15 cm dan
mempunyai duri yang berdaging. Pupa terdapat di dalam
kepompong yang berwarna coklat.

Tanda Serangan : Sama dengan gejala serangan ulat kipat,


tetapi kepompong tidak bergelantungan melainkan terdapat di
antara daun.

10
Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Menggunakan racun serangga yang


mengandung bahan aktif monokrotofos atau Sipermetein, pada
kadar 1-3 cc/liter.

3) Aphis ( Aphis gossypii Glover / A. Cucumeris, A. Cucurbitii )

Kumpulan Kutu Daun Kutu Daun di perbesarkan

Ciri-Ciri : Warna tubuh hijau tua sampai hitam atau kunig


coklat. Serangga ini mengeluarkan embun madu yang biasanya
ditumbuhi cendawan jelaga sehingga daun menjadi hitam dan
semut berdatangan.

Tanda Serangan : Pertumbuhan tanaman terganggu. Pada


serangan yang serius tanaman akan mengecil dan terpilin.

Pengawalan : Sembur dengan racun serangga berbahan aktif


Dimethoate, pada kadar 0,5-0,8 gram/liter.

4) Koya (Pseudococcus citri Risso / Planococcus citri Risso)

Ciri-Ciri : Bentuk tubuh elips, berwarna coklat kekuningan


sampai ke merah-merahan, tertutup tepung putih, ukuran tubuh
3 mm, mempunyai benjolan di tepi tubuh dengan jumlah 14-18
pasang dan yang terpanjang di bahagian pantatnya.

Tanda Serangan : Pertumbuhan tanaman terbantut dan kurus.


Tunas muda, daun, batang, tangkai bunga, tangkai buah, dan
buah yang diserang akan kelihatan pucat dan lama kelamaan
kering.

11
Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Sembur dengan racun kulat yang mengandung


bahan aktif formotion, monokrotofos, dimetoat, atau karbaril.
Pada kadar 1-1,5 liter/ha,

5) Tungau merah ( Tetranychus cinnabarinus Boisd )

Ciri-Ciri : Tubuh tungau betina berwarna merah tua/merah


kecoklatan, sedangkan tungau jantan hijau
kekuningan/kemerahan. Terdapat beberapa bintik hitam, kaki
dan bahagian mulut putih, ukuran tubuh 0,5 mm.

Tanda Serangan : Permukaan daun berbintik-bintik kuning


yang kemudian akan berubah menjadi merah tua seperti karat.
Dibawah permukaan daun kelihatan anyaman benang yang
halus. Serangan yang serius akan menyebabkan daun menjadi
layu dan gugur.

Pengawalan : Disembur dengan racun serangga yang


mengandung bahan aktifdikofoldan, pada kadar 0,6-1 liter/ha.

Serangga Perosak pada Buah

1) Lalat buah Dacus (Dacus dorsalis Hend.)

Ciri-Ciri: Ukuran tubuh 6 - 8 mm dengan bentangan sayap 5 -


7 mm. Bahagian dada berwarna coklat tua berbintik
kuning/putih dan bahagian perut coklat muda dengan pita
coklat tua. Stadium larva berwarna putih pada saat masih muda
dan kekuningan setelah dewasa, panjang tubuhnya 1 cm.

Tanda Serangan : Terlihat bintik hitam/benjolan pada


permukaan buah, yang merupakan tusukan serangga dimana
digunakan sebagai tempat meletakkan telur. Bahagian dalam
buah berlubang dan busuk kerana dimakan larva.

12
Teknologi Tanaman Avokado

Pengawalan : Dengan umpan minyak citronella/umpan


protein malation akan mematikan lalat yang memakannya.
Sembur racun serangga yang menggandungi bahan aktif
triazofos pada kadar 2 cc/liter dan tindakan yang paling baik
adalah memusnahkan semua buah yang terserang atau
membalik tanah agar larva terkena sinar matahari dan mati.

2) Keluang (Cynopterus sp)

Ciri-Ciri : Tubuh seperti kelelawar tetapi ukurannya lebih kecil


menyerang buah-buahan pada malam hari.

Tanda Serangan : Terdapat bahagian buah yang berlubang


bekas gigitan. Buah yang terserang hanya yang telah tua, dan
bahagian yang dimakan adalah isi buahnya saja.

Pengawalan : Menangkap keluang menggunakan


jala/menakut-nakutinya menggunakan kincir angin yang diberi
whistle sehingga dapat menimbulkan suara.

Serangga Perosak Pada Cabang/Ranting


Kumbang Penggorek Cabang (Xyleborus coffeae Wurth /
Xylosandrus morigerus Bldf).

Ciri-Ciri: Kumbang yang lebih menyukai tanaman ini berwarna


coklat tua dan berukuran 1,5 mm. Larvanya berwarna putih dan
panjangnya 2 mm.

Tanda Serangan : Terdapat lubang yang menyerupai terowong


pada cabang atau ranting. Terowong itu didapati semakin besar
sehingga makanan tidak dapat disalurakan ke daun, kemudian daun
menjadi layu dan akhirnya cabang atau ranting tersebut mati.

Pengawalan : Cabang/ranting yang terserang dipangkas dan


dibakar. Sembur dengan racun perosak berbahan aktif asefat atau
diazinon dengan kadar 0,5-0,8 gram/liter dan Diazinon 60 EC pada
kadar 1-2 cc/liter.

13
Teknologi Tanaman Avokado

6.2 Penyakit

1) Antraknosa
Penyebab : kulat Colletotrichum gloeosporioides (Penz.) sacc. Yang
mempunyai miselium berwarna coklat hijau sampai hitam kelabu dan
sporanya berwarna jingga.

Tanda Serangan : Penyakit ini menyerang semua bahagian


tanaman, kecuali akar. Bahagian yang diserang berwarna coklat
karat, kemudian daun, bunga, buah/cabang tanaman yang diserang
akan gugur.

Pengawalan : Pangkas ranting dan cabang yang mati. Sembur


racun kulat yang mengandungi bahan aktif maneb. Sembur racun
kulat ini 2 minggu sebelum mengutip hasil pada kadar 2-2,5
gram/liter.

2) Bintik daun atau bintik coklat


Penyebab: cercospora purpurea Cke./dikenal juga dengan
Pseudocercospora purpurea (Cke.) Derghton. kulat ini berwarna
gelap dan menyukai tempat lembab.

Tanda Serangan : bintik cokelat muda dengan tepi coklat tua di


permukaan daun atau buah. Bila cuaca lembab, bintik coklat berubah
menjadi bintik-bintik kelabu. Bila dibiarkan, lama-kelamaan akan
menjadi lubang yang dapat dimasuki organisme lain.

Pengawalan : Sembur racun yang mengandung benomyl, pada


kadar 1-2 gram/liter.

3) Akar Busuk dan Kanker Batang


Penyebab : Kulat Phytophthora yang hidup ditanah yang
mengandung bahan organik, menyukai tanah basah.

Tanda Serangan : Bila batang tanaman yang terserang maka akan


nampak perubahan warna kulit pada pangkal batang.Bila tanaman
yang terserang akarnya menyebabkan pertumbuhannya menjadi
terganggu, tunas mudanya jarang tumbuh. Kesan yang paling ketara
adalah tanaman akan mati.

Pengawalan : Sistem Perparitan perlu diperbaiki, jangan sampai


ada air yang bertakung dan musnahkan tanaman yang diserang,
ganti dengan tanaman baru.

14
Teknologi Tanaman Avokado

4) Buah Busuk

Penyebab: Botryodiplodia theobromae pat.

Tanda Serangan : menyerang apabila ada luka pada permukaan


buah. Bahagian yang pertama kali diserang adalah hujung tangkai
buah dengan tanda bintik coklat yang tidak teratur, yang kemudian
menjalar ke bahagian buah. Pada kulit buah akan timbul benjol-
benjol kecil.

Pengawalan : sembur racun kulat yang berbahan aktif Zineb,


dengan kadar 2-2,5 gram/liter.

7.0 Penuaian Hasil

Ciri-ciri buah yang sudah tua tetapi belum masak adalah:

Warna kulit tua tetapi belum menjadi coklat/merah dan tidak mengkilat;
Bila buah diketuk akan mengeluarkan bunyi yang nyaring;
Bila buah digoyang-goyang, akan terdengar goncangan biji.

Penetapan tingkat ketuaan buah tersebut memerlukan pengalaman


tersendiri. Sebaiknya perlu diamati waktu bunga mekar sampai enam bulan
kemudian, kerana buah avokado biasanya tua setelah 6-7 bulan dari bunga
mekar. Untuk memastikannya, perlu dipetik beberapa buah sebagai contoh.
Bila buah-buah contoh tersebut masak dengan baik, tandanya buah tersebut
telah tua dan sedia untuk dituai. Umumnya menuai buah avokado dilakukan
secara manual, iaitu dipetik menggunakan tangan atau menggunakan galah
yang diberi tangguk kain/goni pada hujungnya. Buah harus dipetik/dipotong
bersama sedikit tangkai buahnya (3-5 cm) untuk mencegah memar/lebam,
luka pada bahagian tangkai buah.

Pengendalian Lepas Tuai.

Mencuci dimaksudkan untuk menghilangkan segala macam kotoran


yang terdapat bagi memudahkan proses penggredan di buat.
Penggredan buah dilakukan semasa berada diladang lagi, dengan
tujuan memilih buah yang baik dan memenuhi syarat, buah yang
diharapkan adalah yang memiliki ciri seperti berikut:
i. Tidak cacat, kulit buah harus sempurna tanpa bintik.
ii. Cukup tua tapi belum matang.
iii. Ukuran buah seragam. Biasanya dipakai standar dalam 1 kg terdiri
dari 3 buah

15
Teknologi Tanaman Avokado

iv. Bentuk buah seragam.

Pemeraman dan Penyimpanan Cara pemeraman pada umumnya


hanya dengan memasukkan buah ke dalam karung goni, kemudian
ujungnya diikat rapat. Setelah itu karung diletakkan di tempat yang
kering dan bersih. Kerana avokado hanya mampu bertahan sekitar 7 hari
O
dari ianya dipetik, kecuali ianya disimpan dalam ruangan bersuhu 5 C.
dengan cara ini jangka hayat buah avokada boleh tahan samapai 30-40
hari.

8.0 Analisa Saiz Ekonomi Ladang


Jangka hayat ekonomik 20 tahun
Jumlah kos pengeluaran RM 56,685.00 sehektar.
Jumlah pendapatan kasar RM107,640.00 sehektar
Jumlah pendapatan bersih RM 50,955.00 sehektar
Pendapatan bersih buruh keluarga RM3,717.55
Kadar pulangan balik modal tahun ke 9
Saiz ekonomi ladang 2.21 hektar

16
Teknologi Tanaman Avokado

9.0 Khasiat Avokado

Avokado (bahasa Inggeris avocado), tergolong dalam kumpulan pokok


renek, terkenal zaman-berzaman. Bagi puak India Amerika, ia sumber
makanan dan agen lemak serta penyembuh penyakit. Sebab itu ramai
wanita menggosok minyak daripada buahnya pada kulit agar kulit kekal
muda.

Mereka yang tinggal di kawasan tropika menggunakan minyak avokado


untuk melindungi kulit daripada kering atau merekah kesan pencemaran.

Berasal dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya


Mexico dan perkataan avokado sendiri berasal daripada nama orang
Mexico, Ahuacale.

Kini, kebanyakan pokok avokado ditanam di kawasan tropika dan


separuh tropika seperti di California, Florida, Mexico, Amerika Selatan,
Sepanyol, Portugal, Israel dan Afrika Selatan. Jenisnya melebihi 400.

Daunnya kusam, berbentuk bujur dan tajam di hujung. Ukurannya 8-20


cm panjang dan 4-9 cm lebar. Bunganya halus berwarna coklat
kekuningan dan berada di celah daun.

Manakala buahnya berbentuk bujur seperti pir, bijinya satu dan berisi
tebal, lembut, manis dan wangi. Ukurannya antara 7-20 cm dan kulitnya
berwarna hijau tua hingga coklat kemerahan seakan ungu serta mudah
dikupas.

Avokado dipercayai memiliki khasiat semulajadinya tersendiri. Daunnya


berkhasiat melawas kencing, membuang angin, membetulkan perjalanan
haid dan membuka selera.

Buahnya yang mengandungi minyak lemak, lesitin dan phistosterin,


digunakan untuk mengubat luka, membetulkan perjalanan haid dan
merangsang syahwat.

Selain buahnya dimakan begitu sahaja, minyak avokado digunakan untuk


menyediakan mayonis. Ramai tidak tahu, avokado kering boleh dikisar
untuk dibuat tepung.

Keistimewaan avokado turut mendapat perhatian pengeluar alat solek


dan barangan penjagaan diri kerana berkhasiat melegakan resu,
menyegarkan dan melindungi kulit. Ia amat sesuai dan berkesan untuk
kulit sensitif dan kering. Sebab itu, ia digunakan dalam minyak mandian,
krim dan losyen khusus untuk kulit kering.

17
Teknologi Tanaman Avokado

Tidak ketinggalan, ia dijadikan bahan utama dalam syampu dan perapi


rambut, terutama bagi rambut kering.

Khasiat dari segi perubatan

Avokado boleh mengatasi tekanan darah tinggi, Avokado tak


sekedar sedap dimakan. Buah yang kaya kalori ini ternyata memiliki
khasiat ubat yang sangat bermanfaat. Selain boleh mengatasi sawan dan
sakit gigi, avokado juga boleh mengatasi tekanan darah tinggi, sakit
kepala, kencing batu, kulit muka kering, bengkak, mual dan haid tidak
teratur. Avokado kaya dengan kandungan kimia, antara lain saponin,
alkaloida, flavonoida, tanin, polifenol, quersetin, dan gula alkohol persiit.
Bahagian tanaman yang bisa digunakan sebagai ubat adalah isi buah,
daun, dan biji. Dalam farmakologi Cina dan pengubatan tradisional,
disebutkan bahwa tanaman ini memiliki sifat peluruh kencing,
antiradang, dan menghilangkan sakit. Daun avokado bersifat antibakteri
iaitu menghambat pertumbuhan beberapa spesies bakteri, antara lain
Staphylococcus sp, Pseudomonas sp, Proteus sp, Escherichea sp, dan
Bacillus sp.
Ubat kencing batu, empat lembar daun avokado ditambah tiga buah
rimpang teki, lima tangkai daun randu, setengah biji pinang, sebiji buah
pala, tiga jari gula enau, direbus dengan tiga gelas air sampai tersisa
2,25 gelas. Setelah dingin disaring lalu diminum. Sehari tiga kali 3/4
gelas.

Untuk mengatasi darah tinggi dan sakit kepala, tiga lembar daun
avokado dicuci bersih lalu rebus dengan satu gelas air panas. Setelah
dingin diminum sekaligus.

Jika kulit muka kering, buah diambil isinya lalu dilumatkan sampai
seperti bubur. Kemudian dipakai untuk masker dengan cara memoles
muka yang kering. Muka dibasuh dengan air setelah lapisan masker
tersebut mengering.

Jika sakit gigi berlubang, masukkan biji avokado pada lubang gigi

Mengatasi bengkak kerana peradangan, bubuk dari biji ditambah


air hingga menjadi adunan seperti bubur. Kemudian sapukan pada
bahagian tubuh yang sakit.

Ubat kencing manis, biji dipanggang di atas api kemudian dipotong-


potong kecil. Rebus dengan air bersih hingga air menjadi coklat, saring,
minum setelah sejuk.

18
Teknologi Tanaman Avokado

Sumber Rujukan

1. Agromedia ( MARDI )

2. www.sabah.gov.my/tani/analisa_saiz_ekonomik_ladang.htm

3. pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a61301.htm

4. www.bppt.go.id/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=9

5. www.ristek.go.id/

6. warintek.bantul.go.id/web.php?mod=basisdata&kat=1&sub=2&file=47

19