You are on page 1of 5

BAB 1 : Zaman penjajahan Portugis , Belanda , Inggeris

dan Jepun
Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh
kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasakuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang
sama-sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas
kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu
berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah .
Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama
menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang
mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk
mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula
dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun
1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun .
Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu .
Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara
ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan .
Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di
negara ini . Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah
penting untuk memahami situasi negara sekarang .
PORTUGIS
Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu
daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.walaupun begitu lama menjajah
Melaka . Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya.usahausaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya
hanyalah di sekitar bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk
mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan
peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan
masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk
tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat melayu ,
kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu ,
almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan
kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan
melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .
Belanda
Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau
Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun

1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan


melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negerinegeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di
Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di
Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan
bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak
meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa
negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk
tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.
Inggeris
Dari segi sejarah,pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah
menubuhkan syarikat india timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan
dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat
dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan dengan China
tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pengkalan
yang bebas dari serangan lanun.pada 11 Ogos 1786, Francis Light
menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan
Kedah . Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki
Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul
Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba
menguasai keseluruhan Tanah Melayu .
Perjanjian Inggeris-Belanda
Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak
Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang
maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila
termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac
1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting
hingga hari ini . Antaranya ialah :
1. Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu
pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi
corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad
ke 19 dan awal abad ke 20.
2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila
Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara
kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.
3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila
Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas dan
pelabuhan intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .

Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu


telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini
ialah negara malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan
kesan pengaruh penjajah .
Jepun
Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun
pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September
1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik
yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun
dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara
ringkas kemenangan berlaku disebabkan :
1. Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan .
~ Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari
utara dan mereka tidak bersedia .
2. Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .
~ Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan
maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan
tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian
pengintipan yang baik di Tanah Melayu .
Kesan pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif ,
umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan
social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu
radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang
.Antara kesan secara khusus :
Kesan sosial
1.ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu
khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang
melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan
kereta api maut antara negeri thai dan burma.
2.orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera
Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan
masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan
orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini
mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.
Kesan Ekonomi
Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu
lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak
harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih

timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat


dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat
peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan
pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi
masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman
makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang
tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah
Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.
Kesan politik
Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan
kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup
dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun
ialah:
1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk
Tanah Melayu . Propaganda asia untuk orang asia menaikkan semangat
mereka untuk membebaskan tanah air.
2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu
akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orangorang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris .
Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di
kalangan orang melayu semakin berkembang.
Selepas pendudukan Jepun
Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua
sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh
parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih
kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam
kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya
peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula
ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Sekembalinya ke Tanah Melayu,pihak Inggeris telah menubuhkan


pentadbiran tentera British (BMA) dan seterusnya kesatuan Malaya (Malayan
Union).kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak Inggeris mengisytiharkan
darurat di Tanah Melayu ,iaitu di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948 dan di seluruh
Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 . Beberapa langkah telah dijalankan untuk
menyekat kegiatan komunis termasuk rancangan briggs dan rancangan templer .
Perundingan juga telah diadakan dengan tokoh-tokoh PKM iaitu yang dinamakan
sebagai rundingan Baling , pada 28 dan 29 Disember 1955 . Namun rundingan

tersebut gagal . Menjelang tahun 1960,PKM kehilangan pengaruhnya dan pada 31


Julai 1960 undang-undang darurat ditamatkan .
Disediakan : Mohamad Amirul Haiqal bin Jamaluddin (19DIP14F1100)
http://pengajianmalaysiakami.blogspot.com/p/sejarah-menunjukkan-bahawa-tanahmelayu.html

You might also like