You are on page 1of 1

Sumbangan ilmuan dalam bidang matematik

Menurut sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara
kurun ke-7 hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah
matematik.

Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru
dalam bidang matematik seperti system perpuluhan dan operasi-operasi asas
matematik yang mempunyai kaitan dengan soal-soaol tambah, pengurangan,
darab, bahagi dan eksponen.

Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep ‘kosong’ dalam dunia


matematik. Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi
trigonometri ; sin, kos, dan tangent padakurun ke-10.

Al-khawarizmi (780-850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai
bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-
buku yang terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr Wal Mugabalah(buku
pengiraan), (perbaikan dan pengurangan) dan algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of
Cremona and Robert of Chester telah menterjemahkanbuku algebra Al-Khawarizmi
ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah
kurun ke-16.