You are on page 1of 2

Resepi Nasi Tomato

71137

Resepi nasi tomato dari bonda mertua. Hidangan yang sangat sesuai untuk santapan di hari raya
dan berbuka puasa . Menggunakan tomato sup minyak sapi dan susu cairsebagai bahan utama .
Nasi Tomato ini sesuai dihidangkan bersama kuah dalca daging, ayam masak merahdan acar
timun . Langkah untuk menyediakan nasi ini sangat mudah walaupun bahanya agak banyak.
Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

4 cawan beras

Bahan untuk di potong halus

3 sm halia*

bawang merah*

bawang putih*

Bahan-bahan lain yang berkaitan:

6 cawan air

3 tangkai bunga cengkih

3 kuntum Bunga lawang

5 biji buah pelaga

2 batang kulit kayu manis

1 helai daun pandan

1/2 cawan kismis

1/2 cawan susu cair

2 cawan tomato sup

1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan bertanda *
2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga
lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng
sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan
masak sehingga mendidih.
4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir
kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.