You are on page 1of 23
Pendahuluan Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerah kalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. Punca Darurat Boleh dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 19421945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. 1 Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun. Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948. MENGIMBAS kembali zaman darurat, terbayang difikiran kisah duka penderitaan yang terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika Parti 2 dan kerajaan mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Pada 1950, Jeneral Sir Horold Briggs memperkenal Rancangan Briggs. Rancangan penempatan semula setinggan di kampung-kampung baharu bertujuan memastikan penduduk dapat diasingkan daripada pengaruh dan ancaman komunis. Taktik ini berjaya menyekat bekalan makanan dan memutuskan perhubungan, maklumat, ubat-ubatan dan keanggotaan baru kepada PKM. Penempatan semula setinggan ini melibatkan seramai 572 917 orang yang telah dipindahkan ke 480 buah kampung baharu (Jun 1950 hingga Disember 1952). Bagi mengekang pemberontakan komunis dan meningkatkan tahap keselamatan negara, pasukan keselamatan diperkukuh dengan pembesaran pasukan polis dan tentera. Antara pasukan yang ditubuhkan semasa berlakunya darurat ialah Pasukan Mata-Mata Khas-SC (Special Constable), Polis Bantuan (Auxiliary Police), Polis Cawangan Khas (Special Branch) dan Pengawal Kampung (Home Guard). Tentera dari negara Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan Afrika Timur turut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk membantu memerangi keganasan komunis. Kemuncak usaha kerajaan untuk mengatasi pemberontakan bersenjata komunis ini adalah mengadakan rundingan damai dengan pihak komunis. Rundingan ini diadakan dalam empat sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra), Baling, Kedah pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk 3 menamatkan darurat. Rundingan ini juga merupakan lanjutan daripada tawaran pengampunan berama-ramai yang diberikan oleh kerajaan kepada angota PKM pada 9 Pemberontakan bersenjata PKM ini di mulai dengan menyerang beberapa sasaran pasukan keselamatan. Serangan ini bertujuan untuk memperlihatkan kesungguhan PKM dalam memulakan semula pemberontakan bersenjatanya. Antara serangan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis ini termasuklah serangan hendap terhadap satu konvoi pasukan keselamatan pada 17 Jun 1968. Dalam serangan tersebut, konvoi Batalion Pertama, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Perak telah diserang hendap oleh penggans komunis berhampiran kawasan sempadan Kroh (Perak) dan Betong (Thailand). Dalam kejadian tersebut, tiga buah kenderaan polis mengalami kerosakan teruk, 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh dan 17 orang anggota lagi mengalami kecederaan. PKM juga bukan sahaja memperhebatkan gerakan ketenteraanya di hutan belantara, malahan memasuki bandar dan melakukan pelbagai sabotaj dan kemusnahan. Antara yang menjadi sasaran utama pengganas komunis termasuklah kerja pembinaan Lebuh Raya Timur – Barat sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Gerik, Perak dan Pasir Puteh, Kelantan. Kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak jentera dan kelengkapan pembinaan diletupkan serta dimusnahkan. 4 Dalam upacara menandatangani Perjanjian Damai yang diadakan di Hotel Lee Gardens, Haadyai, Thailand ini, PKM diwakili oleh Pengerusinya, Abdullah C.D, Chin Peng dan anggota majlis pusat, Abdul Rashid Maidin. Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Mohd. Ali. Kerajaan Thailand pula diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Vhabalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Empat, Lefternan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Saweang Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Anek Sithip Rasasana. Perjanjian damai dan pembubaran Pasukan Komunis Malaya (PKM) ini merupakan lambang kejayaan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani perjuangan bersenjata PKM. Sesungguhnya kejayaan ini menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. Oleh sebab itu, nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang dikecap kini wajarlah disyukuri. Namun begitu, usahlah kita alpa dan leka serta beranggapan ancaman tidak lagi wujud pada masa sekarang dan akan datang. "Kegagalan memandang ke hadapan memungkinkan kita terperangkap ke dalam situasi yang sukar". Begitulah catatan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein, pada 23 Julai 1999 (dipetik dari buku Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989). 5 Pengisytiharan Darurat 1948.  untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan ( tentera, polis) untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara.  Ramai ahli PKM ditangkap serta merta  Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan ahli PKM  Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan mereka.  Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke tangan PKM  Komunis sukar mendapat bekalan makanan,ubat-ubatan.  PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok sekuruh negara  Meluluskan penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948”  Memastikan mereka yang tidak menentang kerajaan diambil bekerja. 6 Rancangan Briggs i. Perkampungan baru  untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan Min yuen  penempatan semula setinggan Cina ke kampung-kampung baru  kampung-kampung dikawal – beri perlindungan dari ancaman PKM  hubungan Min Yuen dengan PKM terputus  memaksa komunis keluar ii. Gerakan kelaparan  mengawal bekalan makanan sampai ke tangan komunis  komunis sukar mendapat bekalan makanan iii.   Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang meliputi peringkat negeri dan daerah bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi menangani ancaman komunis 7 Rancangan Templer i. Ketenteraan  menaikan semangat dan kekuatan tentera  menambah kekuatan tentera - 13 batilion askar British, Gurkha dan Melayu kepada 23 batilion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand dan Rhodesia.  Penubuhan “Home Guard” – bilangan ditambah kepada 210,000 ahkir  Bilangan anggota polis / mata-mata Khas ditambah dari 24,000 kepada 1953 67,000 1952  ii. Melemahkan pasukan komunis. Pengenalan “ Kawasan Putih “  kawasan bebas komunis  penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan  menggalakkan tempat lain mengikut langkah ini  penduduk beri sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap “ Kawasan Hitam” – banyak sekatan  merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk memudahkan komunis ditangkap  Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka September 1952 8 iii. Perang Psikologi  syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui pindaan undang-undang  bilangan kaum Cina dan India yang menjadi warganegara meningkat  mendorong mereka menyokong Inggeris dan melemahkan komunis  pemberian hadiah wang kepada pemberi maklumat cth $250,000 jika 1952 berjaya menangkap Chin Peng.  Pengampunan ; risalah tawaran pengampunan digugurkan dari udara  Berjaya menarik mereka keluar dari hutan untuk menyerah diri  Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – kerajaan bantu perkembangan orang Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman komunis.  Menggalakkan perkembangan politik – parti politik dibenarkan menjalankan aktiviti spt UMNO,MIC dan MCA.  Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan  Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan  Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga pilihanraya umum pertama diadakan pada1955.  Rundingan Baling diadakan pada 28 – 29 Disember 1955 tetapi gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf komunis. 9 1. Tawaran Pertama: 9 September 1955, Kerajaan menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada anggota PKM dengan syarat PKM meletakkan senjata. Rundingan telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di antara Kerajaan dengan PKM di Baling. Kerajaan meletakkan syarat iaitu PKM mesti menyerahkan senjata sebagai syarat pengampunan dan tidak boleh menubuhkan parti politik komunis. Chin Peng yang ketika itu Setiausaha Agung PKM menolak syarat tersebut dan seterusnya menolak tawaran pengampunan beramai-ramai. 2. Tawaran Kedua: 1 September hingga 31 Disember 1957, sekali lagi tawaran penyerahan diri kali kedua kepada PKM diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi juga ditolak. 3. Tawaran Ketiga: 2 Disember 1989, PKM menerima tawaran peletakan senjata oleh Kerajaan. PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan keganasan mereka di Tanah Melayu. Antara syarat kembali ke tanahair ialah memajukan permohonan (ada tarikh tutup) dan hadir temuduga. Malangnya Chin Peng berkeras tidak mahu memohon dan hanya memohon pada saat akhir setelah mendapati semua rakan PKMnya memohon. Permohonan Chin Peng diterima sehari sebelum tarikh tawaran berakhir. Rakan-rakan Chin Peng telah hadir dalam sesi temuduga dan Chin Peng tidak hadir. Ini bermakna, beliau tidak insaf, menolak tawaran kerajaan. Menurut maklumat tertentu, semasa saat memajukan permohonan kembali ke Malaysia, berlaku pergeseran di kalangan mereka yang mana Chin Peng memarahi anggota Komunis yang memajukan permohonan. Dan permohonan Chin Peng untuk 10 kembali yang dimajukan sehari sebelum tamat tarikh tawaran tidak dibuat oleh Chin Peng sendiri tetapi oleh rakan-rakan beliau. Rundingan Baling 1955 Setelah gagal melalui perjuangan bersenjata, Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu mengubah taktik perjuangannya ke arah memenangi hati rakyat. PKM meminta rundingan perdamaian bagi mencari jalan supaya PKM dibenarkan bergiat dalam politik negara secara sah. Sebaik sahaja Parti Perikatan berjaya memenangi pilihan raya tahun 1955, Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Menteri. Kerajaan telah mengeluarkan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis. Antara lain tawaran itu berbunyi: "Anggota komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Mereka yang menunjukkan taat setia dan ikhlas kepada negara ini akan dibenarkan hidup bebas sebagai rakyat biasa. Sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka, tetapi bagi mereka yang ingin pulang ke negara China akan diberikan pertimbangan oleh kerajaan". (Sumber: Berita Harian) Ketua propaganda PKM, Chen Tien keluar dari hutan di Kelian Intan untuk menghantar surat kepada Tunku bagi mengatur pertemuan di antara Tunku dan PKM. Pertemuan telah berlangsung di sebuah sekolah di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. 11 Di akhir pertemuan itu, Chin Peng telah menolak tawaran pengampunan kerana kerajaan tidak membenarkan PKM bergiat sebagai sebuah parti politik yang sah. Beliau juga menolak keras syarat yang kesetiaan PKM disiasat terlebih dulu sebelum mereka dibebaskan untuk memulakan kehidupan baru.  12  LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS  1. Pergisytiharan Darurat Pengampunan Beramai-ramai. Pengharaman Parti Komunis Malaya Dan Parti Berhaluan Kiri Perang Saraf Pertemuan Baling Memperbesar Pasukan Keselamatan Rancangan Briggs  2. Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus lading berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu untuk melindungi kepentingan ekonomi British di TM British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948 yang membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis Pengisytiharan Darurat Home Guard.  3. Pengharaman Parti Komunis Malaya Dan Parti Berhaluan Kiri PKM diharamkan pada 23 Julai 1948 Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti; Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA) Pemuda Radikal Melayu (PERAM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Hizbul Muslimin Home 13  4. Memperbesar Pasukan Keselamatan Menambah Anggota Polis & Tentara Menubuhkan Pasukan Home Guard Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji Menambah Anggota Polis & Tentara Menubuhkan Pasukan Home Guard Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji Ditubuhkan di peringkat kampung untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan terdiri daripada kaum lelaki & wanita Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji Ditubuhkan di peringkat kampung untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan terdiri daripada kaum lelaki & wanita Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British Menambah Anggota Polis & Tentara 14 Menubuhkan Pasukan Home Guard Menambah Anggota Polis & Tentera Menubuhkan Pasukan Home Guard Home  5. Rancangan Briggs Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yg digelar ‘kampung baru’ bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen Video Komunis  6. Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh TM Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC) Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs  7. Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru 1. Mengadakan Sekatan Jalan Raya Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka Ia memudahkan pasukan keselamatan 15 menggempur pengganas komunis 2.Sistem Pendaftaran Kebangsaan Tujuan – mengawal pergerakan penduduk Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis Home Video Komunis 2. Home Guard Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal keselamatan semasa keadaan darurat 1948 berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Mereka turut berkhidmat dengan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan komunis, dan supaya segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis. Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United Kingdom). Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.[2] Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.[2] Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam 16 menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) ditubuhkan. Perintah Berkurung NIAMEY: Pihak tentera mengumumkan perintah berkurung dari senja hingga subuh, beberapa jam selepas melakukan rampasan kuasa dan menahan Presiden Mamadou Tandja semalam. Perintah itu dibacakan dan disiarkan stesen televisyen negara itu. Majlis Agung Untuk Pengembalian Demokrasi(CSRD) berkata perintah berkurung itu akan berkuatkuasa dari jam 6 petang (1700 GMT) hingga 6 pagi (0500 GMT). Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan utama PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis Antarabangsa yang telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM 17 telah melakukan kekejaman, iaitu pembunuhan para pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948. British berusaha untuk membendung kegiatan komunis dengan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan komunis. Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undangundang darurat. Dalam pada itu, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada lima orang. Pelaksanaan undang-undang darurat telah menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan. Di samping itu, kerajaan telah menambah jumlah tentera untuk memerangi anggota komunis di Tanah Melayu. Semasa darurat, kira-kira 40 000 orang tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan komunis. Selain itu, tentera turut mendapat bantuan daripada pasukan polis yang berjumlah 70 000 orang dan Home Guard yang dianggarkan berjumlah 25 000 orang yang mengawal di peringkat kampung. Pasukan Special Constables (SC) yang berjumlah 29 897 orang dikerah untuk menjaga kawasan ladang pertanian. Melalui pertubuhan Komanwel, 18 Tanah Melayu mendapat bantuan ketenteraan asing untuk memerangi komunis, antaranya dari New Zealand, Australia dan India. Walau bagaimanapun, tindakan ketenteraan kurang berjaya kerana anggota komunis berada di dalam hutan. Kerajaan telah menggunakan teknik perang gerila terhadap komunis. Seterusnya kerajaan telah melancarkan Rancangan Briggs yang telah diasaskan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir Harold Briggs. Tujuan pelaksanaan rancangan tersebut adalah untuk melumpuhkan kegiatan sokongan komunis, iaitu Min Yuen. Tindakan yang dijalankan adalah memindahkan penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru atau kampung baru. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan digunakan oleh gerakan Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan semula yang dibina oleh kerajaan dikawal ketat dan dipagari kawat berduri untuk menjaga keselamatan mereka. Rancangan tersebut telah berjaya memindahkan kira-kira 570 500 orang ke kawasan lebih 400 buah kampung baru menjelang tahun 1952. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau adalah mewujudkan kawasan hitam dan kawasan putih. Rancangan tersebut digunakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu supaya tidak member bantuan 19 kepada pihak komunis. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menghalang rakyat daripada terpengaruh dengan ideologi komunis. Kawasan-kawasan yang terdapat anasir komunis diisytiharkan sebagai kawasan hitam. Pihak tentera dan polis mengadakan sekatan dan kawalan yang rapi di kawasan tersebut. Usaha untuk membersihkan kawasan hitam daripada pengaruh komunis dilakukan dari Johor hingga ke utara Tanah Melayu. Kawasan yang berjaya dibersihkan daripada anasir komunis pula dikenali sebagai kawasan putih. Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan pengangkutan, pusat kesihatan dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan rakyat bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memerangi komunis. Seterusnya pihak British cuba mengeratkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum merupakan usaha ke arah itu. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk mengurangkan sokongan orang Cina terhadap gerakan Parti Komunis Malaya. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-wakil daripada semua kaum utama di Tanah Melayu, contohnya Dato’ Onn bin Jaafar mewakili orang Melayu, E.E.C. Thuraisinggam mewakili kaum India dan Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Dengan wujudnya kerjasama tersebut, semangat kebangsaan telah dapat ditanam dalam kalangan kaum Cina dan India. Tambahan pula, pihak kerajaan telah melonggarkan pemberian taraf kerakyatan. 20 Kerajaan turut melancarkan perang saraf untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghebahkan keburukan perjuangan komunis. Kerajaan telah mengadakan ceramah di seluruh pelosok Tanah Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan mengedarkan posterposter tentang usaha kerajaan memerangi komunis. Malahan kerajaan turut menjadikan pihak komunis sebagai sasaran perang saraf untuk menyedarkan kumpulan tersebut. Risalah-risalah tentang pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah diri telah digugurkan di kawasan hutan. Pihak kerajaan juga menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya anggota komunis, contohnya Chin Peng bernilai $250 000 dan anggota yang lain bernilai $20 000. British juga telah menggalakkan penubuhan parti-parti politik sama ada daripada kalangan orang Melayu, Cina mahupun India. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina untuk menubuhkan parti politik, iaitu MCA. MCA bertujuan untuk membela hak dan kepentingan kaum Cina, manakala kaum India telah menubuhkan MIC yang turut berusaha untuk memperbaik taraf hidup kaum tersebut di Tanah Melayu. Parti-parti politik pelbagai kaum di Tanah Melayu telah bersatu untuk mewujudkan perpaduan.Contohnya, Parti Perikatan antara UMNO-MCA telah bergabung pada tahun 1952. Hasil usaha tersebut telah menyebabkan mereka berjaya memenangi pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dengan wujudnya parti-parti politik mengikut kaum, parti-parti yang berfahaman sosialis dan radikal telah diharamkan oleh British. 21 PENUTUP Secara kesimpulannya darurat yang diisytiharkan pada 1948 telah memberi tamparan yang hebat dalam hidup masyarakat di Tanah Melayu. Pelbagai ancaman yang dilancarkan oleh komunis telah memberi seribu satu penderitaan hidup. Sepanjang tempoh darurat masyarakat terseksa dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka berhadapan dengan masalah kebuluran dan kesihatan yang menyebabkan mereka terbunuh. Mereka dibayangi dengan bayang-bayang komunis dalam melalui detik-detik kehidupan. Langkah yang dijalankan oleh kerajaan pula, hanya menyusahkan penduduk di Tanah Melayu itu sendiri. Dengan itu, jelaslah bahawa darurat yang berlangsung selama 12 tahun mendatangkan banyak kesulitan kepada penduduk di Tanah Melayu. Masalah perkauman sedikit sebanyak menganggu keselamatan negara.Pendidikan juga tidak dapatdijalankan dengan sempurna kerana menghadapi ancaman-ancaman komunis. Begitu juga dengan kemudahan asas yang semakin terjejas. 22 23