You are on page 1of 6

PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah Ipg Kampus Tun Hussein Onn.

MASUK TUAN
PENGARAH/VIP
ALU-ALUAN

Bissmillahirrahmanirahim

PENGACARA
MAJLIS

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.
Assalamualaikum, salam sejahtera salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha
Dr. Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Yang Berusaha
Tn Hj Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Yang Berusaha
Tn Hj Esa bin Abd Rahman, Ketua Jabatan Kemahiran Hidup IPG Kampus
Tun Hussein Onn
Yang Berusaha
En Rousliluddin bin Ambia, Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid IPG Kampus
Tun Hussein Onn

Yang Berusaha
Pn Hjh Zanariah binti Mahyun, Timbalan Ketua Jabatan Kemahiran Hidup
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Yang Dihormati
Pensyarah cemerlang, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan serta
rakan pelajar RBT IPG Kampus Tun Hussein Onn sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diberikan luangan waktu untuk
sama-sama berkumpul di dewan yang permai ini untuk majlis jamuan akhir
semester Jabatan Kemahiran Hidup serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi
tahun 2015.
Anak monyet anak kera
Anak singa bernama tahim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim
Tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makan-makan ,ia juga
menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi
mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah
dengan penglibatan dlm pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun
ini.

DOA

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kalau pergi ke tanjung keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis pada petang ini..dipersilakan saudara Izzuwan bin
Isa untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Izzuwan bin Isa
atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN WAKIL

Lemang dihidang enak rasanya

PELAJAR

Nasi dagang pilihan kita


Bingkisan kata bingkisan raya
Wakil pelajar bermadah kata
Seterusnya, majlis mempersilakan
Muhammad Ifran bin Md Lazim, wakil pelajar Reka Bentuk dan Teknologi
IPG Kampus Tun Hussein Onn
untuk menyampaikan ucapan. Dengan sukacitanya dipersilakan.
Terima kasih di atas ucapan yang sungguh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN KJ

Hadirin yang dihormati,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
yang berusaha Tn Hj Esa bin Abd Rahman, Ketua Jabatan Kemahiran Hidup
IPG Kampus Tun Hussein Onn
untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan..
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Esa bin
Abd Rahman di atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PENGARAH

Hadirin yang dimuliakan,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika pengarah tidak sudi berbicara
Melengkapkan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan yang berusaha ,
Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn
untuk menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan dan amanat yang
disampaikan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN SIJIL

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil
___________________________ kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan
Kemahiran Hidup.
Majlis menjemput Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun
Hussein Onn diiringi oleh Tn Hj Esa bin Abd Rahman, Ketua Jabatan
Kemahiran Hidup IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk menyempurnakan
penyampaian sijil ini. Dipersilakan
Dipersilakan:.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah kerana sudi menyampaikan

DOA/MAKAN

sijil sebentar tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung daik bercabang tiga
Doa sudah ucapanpun sudah
Tiba masa menjamu selera
Laksa Johor menu utama
Lontong ketupat tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Marilah kita menjamu selera
Sebelum itu dijemput sekali lagi saudara Izzuwan bin Isa untuk memimpin
bacaan doa makan, dipersilakan.
Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang
telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagulagu raya sepanjang zaman.
PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan
Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan Kemahiran Hidup ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Majlis bersurai.