You are on page 1of 5

2.

2 BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN
Menurut Kamus Dewan (2005), Bahasa Kebangsaan ditakrifkan sebagai
"bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara
yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat." Bahasa Melayu telah
mengalami proses perkembangan yang pesat. Setelah kemerdekaan, bahasa
Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan menggantikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke
peringkat menengah. Selain itu, bahasa Melayu turut mendukung peranan
sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan pelbagai bahasa. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa kebangsaan
yang melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Perkataan ‘bangsa’
bermakna suku kaum, ras dan juga kerakyatan atau kerwarganegaraan. Cogan
kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), “ Bahasa Jiwa Bangsa” telah
menunjukkan bahawa bahasa itu merupakan identiti serta lambang bagi sesuatu
bangsa. Bahasa kebangsaan hanya boleh ditentukan apabila terdapat satu ciri
kebersamaan yang dapat mempertemukan rakyat pelbagai kaum. Ini kerana jika
diteliti dan dikaji,

penguasaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa

Tamil bagi pelbagai kaum di Malaysia ini adalah sedikit. Selain itu, jika bahasa
Inggeris yang dijadikan bahasa kebangsaan, ia tidak dapat melambangkan
identiti rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa bangsa asing
yang pernah menjajah kita suatu ketika dahulu dan bahasa Inggeris merupakan
lambang serta identiti bangsa penjajah.
Jika dilihat dari sudut sejarah, Malaysia menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi ketika penjajahan British. Tiada usaha yang padu yang
dijalankan untuk memilih satu bahasa kebangsaan untuk membolehkan
penduduk Tanah Melayu menjalankan hal-hal pentadbiran negara dengan
sendiri. Selain itu, adalah kurang daripada 10% penduduk pada masa itu yang
8

Bahasa Kebangsaan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting.berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Perancis dengan Bahasa Perancis dan Rusia dengan Bahasa Rusia. Dari segi undang-undang. bilangan kaum Melayu adalah 43% peratus daripada penduduk Tanah Melayu. Untuk menentukan bahasa yang sesuai sebagai bahasa kebangsaan. Peruntukan di bawah perkara 10 (4) turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannnya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Oleh itu. Untuk menjadi lambang Malaysia di persada dunia. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kaum Cina 36% manakala India ialah 8%. Sebagu contoh. Hal ini sangat penting kerana setiap negara mempunyai bahasa mereka yang tersendiri. terdapat beberapa faktor yang telah dipertimbangkan. Selain itu. Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan lambang jati diri. negara Jepun dengan Bahasa Jepun. terdapat program yang telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu. Jika dilihat dari sudut bilangan penduduk. bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan telah menjadi lambang identiti kebangsaan hingga kini menurut perlembagaan. Tanah Melayu juga baru mencapai kemerdekaan pada masa itu. keperluan untuk menubuhkan bahasa kebangsaan adalah amat mendesak pada ketika itu. Merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. bahasa Melayu merupakan lambang jati diri warganegara Malaysia. Tambahan pula. Program ini dilancarkan 9 . bahasa Melayu merupakan lingua franca sejak zaman berzaman lagi dan turut dituturkan oleh golongan bukan Melayu. Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi kemajuan mengikut acuan sendiri. Oleh itu.

Bahasa kebangsaan merupakan lambang jati diri serta identiti negara. Tiada siapa yang dapat menyangkalkan bahawa bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa. hal. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya merupakan bahasa rasmi sesebuah negara tersebut. Bahasa Melayu. 10 . Menurut Tunku Abdul Rahman. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan. Bahasa kebangsaan selalunya digunakan sebagai wacana politik dan undang-undang yang ditetapkan dalam negara kita.78) Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara. Untuk mengetengahkan Bahasa Melayu. Jika lenyapnya sesuatu bahasa maka lenyaplah bangsanya. bahasa kebangsaan mereka sendiri. Sebagai bahasa kebangsaan. Ia juga merupakan bukti bahawa Malaysia juga mampu untuk berdiri sama tinggi. (Wong & Ee. Jepun dan Rusia. dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan kerana kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita di samping dapat menjadi lambang serta identiti bagi bangsa negara kita. Jerman dan Perancis mampu untuk berdiri megah dengan lambang identiti mereka. Dalam era globalisasi ini. duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain seperti Perancis. Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri.agar rakyat Malaysia dapat mencapai kemajuan dengan menggunakan bahasa kita sendiri. !971. bahasa lain juga tidak boleh ditolak. Malaysia memerlukan bahasa kebangsaan sebagai satu identifikasi kebangsaan selepas kemerdekaan. negara kita akan ketiadaan nyawa. apa kurangnya kita. Jika negara lain seperti Jepun. Oleh itu. Bahasa Melayu mampu menggambarkan kita bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berkuasa.

Bahasa kebangsaan kita juga merupakan wacana politik. Bahasa kebangsaan juga sebagai pendekatan untuk mencapai keharmonian dalam sesebuah negara. Namun begitu. Sesuatu bangsa itu hanya akan maju sekiranya mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain. Bahasa yang dapat membina negara bangsa. Selain itu. Ini bermaksud. bahasa itu juga mampu untuk melahirkan penutur yang berkualiti serta berkuasa. Rata-rata penduduk Malaysia berkemampuan untuk memahami dan bertutur dalam bahasa Malayu. Bahasa Melayu hendaklah menjadi “watak” utama di pentas nasional. segala hal-hal rasmi serta urusan surat menyurat antara pejabat haruslah menggunakan bahasa Melayu. kita haruslah berusaha untuk menjdikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati dan lebih baik agar kita mampu untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa kita sendiri. 11 . Oleh itu. manakala Bahasa Inggeris merupakan “watak” sampingan yang sama-sama mendukung peranan untuk memacu kejayaan negara. bangsa Malaysia. Sebagai kebangsaan. seorang ali politik yang mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu akan dapat mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkuasa. Contohnya. Untuk memastikan bahasa kebangsaan kita berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan negara. bahasa kebagsaan juga merupakan alat komunikasi dalam kelompok sosial yang besar yag mempunyai pandangan hidup yang hampir serupa. bahasa Melayu merupakan alat komunikasi untuk menghubungkan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini. oleh itu. janganlah kita merasa segan untuk menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.pengetahuan dalam bahasa lain tidak akan merugikan bangsa malahan ia adalah perlu. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahasa Melayu digunakan dalam urusan politik serta komunikasi rasmi.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan bahawa matlamat utama bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan warga Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik. Jika tiada bahasa kebangsaan sebagai identiti kita. Bahasa sebagai tunjang penting bangsa telah memperlihatkan tahap kemajuan kita. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sesebuah tamadun juga bergantung dengan bahasanya. Bahasa kebangsaan merupakan identifikasi nasional di mana ketika perasmian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur pada 4 Jun 1995. perancis dan Jerman mampu berdiri megah di persada dunia dengan bahasa ibunda mereka sendiri.Contohnya. Hanya dengan itulah. Kita haru terus menyuburkan. Maka. Lebih-lebih lagi kita sebagi warga pendidik. satu identiti bangsa Malaysia dapat diperolehi dan dicapai. kita haruslah meningkatkan daya usaha untuk memastikan Bahasa Melayu mengambil pentas utama hingga menjadi meta naratif dalam pembangunan negara. haruslah senantiasa untuk menerapkan kepentingan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar agar pelajar akan sentiasa mengetahui serta menghargai bahasa kita yang merupakan simbolik kepada bangsa kita. ia bagaikan bangsa yang tidak mempunyai wajah. bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa dalam sistem pendidikan telah menyatukan rakyat pelbagai rumpun dan etnik selepas era kemerdekaan di mana erpaduan merupakan asas kepada perjuangan kemerdekaan pada zaman penjajahan suatu ketika dahulu. 12 . Hanya melalui bahasa kebangsaan. Jangan sesekali dibiarkan bahasa kita ditelan bahasa asing. kita dapat menggambarkan diri kita sebagai bangsa Malaysia secara utuh. Bahasa jiwa bangsa. Negara-negara seperti Jepun. memperkasakan dan memperluaskan penggunaanya.