P. 1
[NOVEL] Kecewanya Seorang Hawa

[NOVEL] Kecewanya Seorang Hawa

|Views: 390|Likes:
Published by azan90

More info:

Published by: azan90 on Mar 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/27/2014

pdf

text

original

kecewanya seorang hawa kata orang.. Segalanya mungkin. Huh.. mahu aku mengeluh sepanjang hari..

mengenangkan ketidakpastian yang mula mencengkam jiwa. Sampai bila harus begini? Apa yang tinggal kini cuma rasa yang telah pudar.. rasa itu sebenarnya telah pergi seiring dengan masa.. setelah hati ini dilukai begitu teruk. Sekalipun kata maaf sudah sering dia ucapkan, takkan semudah itu aku akan melupakan segalanya. Mana mungkin aku mampu lupakan peristiwa saat harga diri ini seakan dicarik-carik! Sedangkan selama ini itulah yang sering aku pertahankan.

Sofrie.. aku tahu niatmu baik. Kau pemburu cinta sejati. Sesetengah orang menggelar orang sepertimu sebagai ‘PlayBoy’. Namun, bagaimana harus ku katakan agar kau benar-benar mengerti? cinta bukan sekadar bila kau kesunyian. Bukan sekadar bila kau tak punya sesiapa utk mencintai dan menyayangimu.. Dan bila terlalu banyak cinta disekelilingmu, hatimu mula alpa.. tak dapat bezakan antara kaca dan permata. Hati ini menangis bila kali pertama aku sedar, rupanya itulah pengertian cinta bagimu. Tahukah kau, kau pernah dicintai terlalu dalam? Sungguh! Aku pernah mencintaimu, dengan sebenar cinta. Namun semakin lama, hati ini jadi tawar. Tawar untuk menyintai insan sepertimu. 5 tahun aku mengabdikan cinta dan hidupku terhadapmu.. dgn segala dugaan dan kepayahan, ku pertahankan cinta, ku butakan mata dan hati, ku pekakkan telinga.. memikirkan yang semua ini akan berbaloi satu hari nanti. Entah di mana aku dapat kekuatan dan ketabahan sebegitu. Bertahun lamanya. Yang ku tahu, cinta itu begitu ajaib.. memberi kekuatan yang luar biasa. namun kini, apa yg aku dpt hanya sesuatu yg sudah tak bermakna lagi.. benarlah kata orang, cinta yang subur pun takkan kekal lama jika tidak disiram dan dijaga selalu. memang sukar untuk aku tempuhi. meneruskan hidup tanpa dirimu lantaran bayang-bayang dirimu lah yang temani hidupku selama ini. Membuangmu dari hidupku umpama menyentap jantung sendiri. Umpama membuang kenangan zaman indah persekolahan. Terlalu berat. kerana sering ingatan terhadapmu melayar di fikiran. Menusuk halus relung hatiku.. ke sudut yang paling dalam. Bertemakan pedih! Bagi aku, kau telah silap memilih, sofrie. Kau memilih jalan itu, bermakna kau membuang kasihku. Allah saja yang tahu apa yg benar-benar aku rasakan.. bagaimana hancur berkecai hatiku dalam sedetik kau merenungku penuh rasa bersalah, tanda yg kau memang cukup bersalah. Aku tahu renungan sebegitu, Pie..! sejak itu kau benar-benar telah meyakinkan aku yang memang sudah tidak memerlukan aku dalam hidupmu. Terima kasih, sofrie. Kerana telah begitu tega menghancurkan hatiku, namun akhirnya kau datang semula menagih kasih. Seolah aku ini hanya tempat persinggahanmu. Takkan aku langsung tak berharga padamu?

Bukan aku tidak memberimu masa utk memperbaiki diri, Tapi mungkin salahku juga kerana tidak membantu. Mungkin salahku juga kerana hanya tahu mencintaimu setakat sampai di mata dan hati, tak sampai ke akal dan fikiran. Namun segalanya telah berlaku kini... Kata org, cinta sejati ‘sukar’ utk padam. katalah apa saja. Katalah cintaku bukan cinta sejati Namun percayalah. Aku telah melalui detik ‘kesukaran’ itu saat kau dan aku membawa haluan masing-masing. Ditinggalkan, dan meninggalkan. Mungkin kita masih boleh mulakan hidup baru bersama.. bersama2 membina kisah cinta baru. Yang lebih bermakna. Dalam situasi yang lebih matang. Masa bisa mematangkan. Matang lantaran pengalaman dan kesilapan lalu. Akan lebih menghargai antara satu sama lain. Tapi aku sudah tidak punya kekuatan untuk membangunkan semula kepercayaan itu…

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->