You are on page 1of 6

Latihan Objektif Bab 4

1.Parameswara merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Dari manakah beliau berasal?
A. Temasik
B. Srivijaya
C. Palembang
D. Siam
2.Parameswara putera raja Palembang berusaha membebaskan negaranya daripada kuasa
kerajaan
A. Srivijaya
B. Temasik
C. Siam
D. Majapahit
3.Sebelum dikuasai oleh Majapahit, Pelembang pernah menjadi pusat kerajaan yang besar
Apakah kerajaan tersebut
A. Kerajaan Acheh
B. Kerajaan Srivijaya
C. Kerajaan Kedah Tua
D. Kerajaan Champa
4.Palembang merupakan kerajaan Parameswara.
Mengapakah baginda lari dari Palembang
A. Baginda gagal membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
B. Baginda telah dihalau oleh bapanya kerana melakukan pemberontakan
C. Baginda gagal dalam perang saudara
D. Palembang diserang oleh kerajaan Srivijaya
5.Setelah Parameswara gagal dalam usahanya membebaskan Temasik. Majapahit telah
mengambil tindakan menyerang Palembang. Ke manakah Parameswara dan pengikutpengikutnya berundur?
A. Temasik
B. Muar
C. Sening Ujung
D. Melaka
6.Setelah berada di Temasik, apakah yang dilakukan oleh Parameswara?
A. Baginda memajukan Pulau Temasik
B. Baginda dijemput oleh rakyat Muar
C. Baginda telah membunuh Temagi
D. Baginda telah terlibat dalam pemberontakan di Temasik

7.Mengapakah Parameswara melakukan tindakan membunuh pemerintah Temasik


A. Parameswara mahukan pertuanannya semula di Temasik kerana Temasik pernah
menjadi naungannya
B. Parameswara berdendam dengan Temagi
C. Parameswara mahu menyerang kerajaan Majapahit dari Temasik
D. Parameswara mahu mengadakan hubungan dengan Siam
8.Mengapakah Siam mahu menyerang Parameswara setelah baginda membunuh Temagi,
pemerintah Temasik?
A. Temasik adalah negeri naungan Siam
B. Temagi adalah putera Siam
C. Paremeswara tidak mahu membayar ufti
D. Temasik sebuah kerajaan yang sangat strategik untuk laluan perdagangan
9.Parameswara meninggalkan Temasik untuk mengelakkan serangan Siam dan Mapajahit.Pilih
urutan yang betul perjalanan Parameswara sehingga baginda tiba di Melaka
A. Temasik -> Sening Ujung-> Muar ->Melaka
B. Temasik -> Muar -> Sening Ujung -> Bertam -> Melaka
C. Temasik -> Bertam -> Muar -> Sening Ujung -> Bertam -> Melaka
D. Temasik -> Muar -> Bertam ->Sening Ujung -> Melaka
Soalan 10 berdasarkan senarai di bawah

Orang Melayu
Orang X
Orang Asli

Apakah Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan baginda mendapati kedudukan


perkampungan tersebut sungguh strategik untuk ndijadikan laluan perdagangan. Penduduk
kampung terdiri daripada pelbagai penduduk seperti di atas. Siapakah orang X di atas
A. Orang Siam
B. Orang Bugis
C. Orang Laut
D. Orang Sungai
11.Mengapakah Parameswara memilih perkampungan nelayan sebagai kerajaannya yang baru?
I Berdekatan dengan laut dan boleh dijadikan laluan kapal
II Boleh memperolehi air yang bersih
III Berbukit bukau sesuai dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal
Selat Melaka
IV Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,II, III dan IV

12.Apakah peranan pokok bakau dan api-api di sekitar kawasan pantai yang menyebabkan
Parameswara memilih perkampungan nelayan ini sebagai kerajaan baru baginda
I Dapat memerangkap ikan
II Petunjuk kepada pelayar
III Benteng pertahanan
IV Pelindung semula jadi
A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan III
D. I dan IV
13.Terdapat sumber bertulis utama yang dijadikan rujukan tentang pengasasan dan pembukaan
Melaka. Apakah sumber bertulis utama tersebut?
A. Hukum Laut Melaka
B. Hikayat Merong Mahaangsa
C. Sejarah Melayu
D. Hikayat Raja-raja Pasai
Soalan 14 berdasarkan pernyataan di bawah

Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka.


Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing pemburuannnya

Setelah Parameswara melihat peristiwa tersebut baginda telah mengambil keputusan untuk
mendirikan sebuah kerajaan dan baginda menamakan kerajaan ini Melaka sempena pokok
tempat baginda berehat. Mengapakah baginda mengambil tindakan tersebut?
A. Baginda bangga dengan kekuatan anjing pemburuannya
B. Baginda menganggap bahawa peristiwa pelanduk kecil menendang anjing
pemburuannya sebagai luar biasa
C. Baginda berehat di bawah pokok yang luar biasa
D. Baginda amat berminat dengan suasana perkampungan nelayan itu
15.Pedagang-pedagang Arab menyebut Melaka sebagai Malakat.Apakah yang dimaksudkan
dengan Malakat?
A. Perhimpunan segala barang
B. Perhimpunan segala dagang
C. Pelabuhan yang maju
D. Pemerintahan yang berwibawa
16.Mulaqah juga merupakan panggilan pedagang-pedagang Arab untuk Melaka.Apakah
maksunya
A. Pasar
B. Perjumpaan
C. Perhimpunan
D. Pertemuan

17.Mengikut kepercyaan mitos Hindu, nama Melaka diambil daripada sepohon pokok Amalaka
yang dipercayai pokok yang pertama tumbuh di alam semesta. Pokok ini mempunyai
keistimewaanitu?
A. Mempunyai kuasa ghaib berkaitan dengan pemerintahan negara
B. Mempunyai kuasa ghaib kepada sesiapa yang memakan buahnya
C. Merupakan kediaman tuhan agama Hindu, iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva dan
buahnya mempunyai kuasa ghaib
D. Memberi kkuasa ghaib kepada sesiapa yang menyembahnya
18.Parameswara telah bertindak bmembentuk sistem pemerintahan yang teratur iaitu dengan
menubuhkan jawatanseperti pembesar, 40 orang bentara dan biduanda kecil. Pada pendapat anda
apakah kesan pembentukan jawatan-jawatan di atas?
A. Mereka sama-sama membantu Parameswara menangkis serangan Siam
B. Mereka bersama-sama Parameswara merancang pembangunan Melaka
C. Mereka bersama-sama Parameswara merancang membina kota
D. Mereka bersama-sama Parameswara menegakkan undnag-undang Melaka
19.Kegiatan perdagangan amat penting bagi kerajaan Melaka. Oleh yang demikian.
Parameswara berusaha gigih dan merancang dengan bijak untuk memajukan Melaka melalui
kegiatan perdagangan.
Apakah kemudahan yang disediakan begi pedagang-pedagang asing?
I Membaiki kapal
II Tempat penginapan
III Bekalan makanan dan minuman yang bersih
IV Tenaga kerja
A. I, II dan III
B. I, II dan Iv
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
20.Parameswara juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam yang merupakan
musuhnya dahulu.
Apakah kesan hubungan baik tersebut ke atas Melaka?
A. Hubungan ini dapat mengelakkan Melaka dari diserang Siam dan kerajaan Siam
mengiktiraf kedaulatan Melaka
B. agama islam berkembang di Melaka dan Siam
C. Pedagang Siam tertarik untuk berdagang di Melaka
D. Ramai orang Siam berhijrah ke Melaka
21.Untuk menjamin keselamatan Melaka daripada serangan Siam dan Majapahit, apakah
tindakan bija yang diambil oleh Parameswara
A. Mengupah askar dari Majapahit
B. Membina kubu-kubu pertahanan yang kukuh
C. Mengadakan hubungan diplomatik dengan China
D. Menubuhkan angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut
Soalan 22 berdasarkan senarai di bawah

---------------------------------------------------------------------

Laksamana Yin ching


Laksamana Cheng Ho

------------------------------------------------------------------------Kedua-dua Laksamana di atas adalah perutusan daripada Maharaja China ke Melaka.


Apakah kesan utama perutusan tersebut kepada Melaka
A. Melaka sama taraf dengan negara China
B. Melaka mendapat perlindungan China daripada ancaman musuhnya
C. Melaka membayar ufti kepada China
D. Melaka menjadi kuasa yang kuat
23.Setelah Melaka mempunyai hubungan diplimatik dengan China, musuh Melaka yang
manakah tidak berani menyerang Melaka
A. Temasik dan Palembang
B. Temasik dan Siam
C. Majapahit dan Srivijaya
D. Siam dan Majapahit
24.Apakah pengurniaan Maharaja China kepada Parameswara sebagai tanda pengiktirafan
kerajaan China kepada Melaka
I. Payung kuning
II. Sepersalinan pakaian
III. Cap mohor
IV. Kapal perang
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I, II,III dan IV
25.Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang laut untuk menjaga keselamatan perairan
Melaka.
Apakah kesan tindakan Parameswara tersebut?
A. Keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka diperolehi
B. Dapat melindungi negeri-negeri kecil di sekitar Melaka
C. Dapat menghapuskan serangan Siam
D. Dapat menjaga perairan Melaka dari serangan Majapahit
26.Parameswra adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan. Apakah bukti yang
menunjukkan baginda seorang yang berwawasan?
A. Lari daripada Palembang untuk mengelakkan diri daripada dibunuh
B. Mewujudkan sebuah kerajaan di Temasik setelah berjaya membunuh pemerintahnya
C. Menukar sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah petempatan yang maju
D. Membina sebuah petempatan di Muar

Soalan 27 berdasarkan petikan di bawah


________________________________________
Rakyat itu umpama akar,
Raja itu unpama pohonya,
Jikalau tiada akar nescara
pohon tiada akan dapat berdiri
sejarah Melayu
______________________________________
Apakah yang dimaksudkan dengan petikan di atas jika dikaitkan dengan Melaka?
A. Raja perlu meminta bantuan rakyat Melaka untuk membangunkan Melaka
B. Dalam usaha untuk membangunkan Melaka rakyat Melaka memainkan peranan yang
penting
C. Raja perlu memberi perintah yang baik kepada rakyat
D. Raja mempunyai kuasa mutlak untuk merancangpembangunan Melaka
28.Pilih penyataan yang betul mengenai peranan rakyat Melaka untuk membangunkan Melaka
I Orang Asli - menangkap ikan untuk makanan rakyat
II Orang laut - menjaga keselamatan Selat Melaka
III Orang Melayu - menyandang jawatan pembesar dan biduanda
IV Orang Asli - membekalkan hasil hutan untuk kegiatan perdagangan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
29.Orang Kaut berperanan untuk menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. Mereka dipilih
oleh Parameswara kerana mempunyai ciri-ciri kepahlawanan dan taat setia kepada raja. Selain
daripada tugas tersebut, apakah peranan lain yang dilakukan oleh Orang Laut
A. Membekalkan hasil hutan
B. Menyandang jawatan biduanda
C. Menyandang jawatan pembesar
D. Membekalkan hasil laut
30.Apakah wawasan sifat kepimpinan yang wajar dicontohi daripada Parameswara?
I Sikap suka berperang
II Bijak mengatur strategi
III Keyakinan tinggi
IV Kegigihan yang kuat
A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan Iv
D. I, II, III dan IV

You might also like