You are on page 1of 8

16% Rakyat Malaysia Sakit mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta
penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang
membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006
mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus
berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan
remaja berusia bawah 16 tahun.
Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat, kata
beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan
di sini hari ini.
Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan
dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka
mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang
dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada
masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala
pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh, kata
beliau.
Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada
setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.
Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma
masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.
Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri
tidak begitu popular sehingga sekarang, kata beliau.
Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar
lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri.
Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai
kesihatan mental dipertingkatkan.

Disusun dan edit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin

http://www.mindasuper.com/sains-dan-perubatan/16-peratus-rakyat-malaysiasakit-mental/

THURSDAY, JULY 29, 2010 SKIZOFRENIA. Penyakit Gila? Keretakan Jiwa & Peribadi?
Gangguan Makhluk Halus? ARTRIKEL 1: ANTARA ciri-ciri umum skizofrenia ialah
pesakit mungkin bertingkah laku yang pelik, luar biasa dan suka menyendiri. RAI MAN
berusia 30 tahun dan masih bujang. Dia menyewa sebuah pangsapuri di sekitar ibu
kota. Sebelum memegang jawatan eksekutif di sebuah bank, dia pernah beberapa kali
bekerja di tempat lain. Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang
sudah berkahwin. Bapa Rai Man meninggal dunia sejak dia berumur 18 tahun.
Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang berkomunikasi
dalam suasana yang mesra. Mengikut kalendar Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun
naga dipercayai membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya
mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan
seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mengalami kemalangan jalan raya yang
menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang melarat, si ibu terpaksa membantu
menjaga anak orang lain untuk menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah
menikmati perasaan kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian
dan manja daripada bapanya namun hasrat itu hanya tinggal impian. Sejak bapanya
meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi renggang. Rai Man jarang
meluahkan perasaan kepada sesiapa. Kebelakangan ini, Rai Man menjadi amat tidak
bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang
ingin meragut nyawanya. Ketika di rumah atau di pejabat, Rai Man suka bersendirian
dan bercakap seorang diri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan
perbezaaan yang ketara dalam tingkah lakunya. Mereka berasa hairan mengapa Rai
Man berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi. Rai Man tidak datang ke
pejabat selama tujuh hari berturut-turut tanpa memaklumkan majikannya. Ibu dan ahli
keluarga yang bimbang dengan perkembangan itu mendampingi Rai Man untuk
mengetahui masalah sebenar pemuda itu. Menurut Rai Man, kebelakangan ini dia
diekori seseorang dengan tujuan merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan
perasaan hati, air mukanya cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis
teresak-esak dan berasa amat khuatir dengan keadaan anak yang tidak stabil. Ahli
keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba menyorok diri di belakang tirai
kononnya si penjahat yang ingin membunuhnya ada di sebelah rumah. Halusinasi Pada
tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan mendengar sesuatu
yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain. Keadaan ini dinamakan sebagai
halusinasi atau hallucination. Dia juga mempunyai kepercayaan yang tidak realistik jika
dibanding dengan norma masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh
kumpulan pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang
tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi atau delusion.
Seisi keluarga amat bimbang dengan keadaan Rai Man dan mengajaknya tinggal

bersama dengan mereka. Dia hanya tidur lena selama tiga atau empat jam dan
menimbulkan gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man
memberitahu ahli keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli barangan.
Namun, selepas beberapa jam dia masih tidak pulang. Selepas puas mencari, ruparupanya dia merayau di sepanjang jalan raya, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan tertekan dengan
kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius? Mungkinkah peninggalan
bapanya sejak remaja meninggalkan kesan negatif yang begitu mendalam? Ataupun
hubungan keluarga yang kurang baik melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil?
Hakikatnya punca sebenar skizofrenia sukar diperolehi. Menerusi kisah benar ini,
Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Dr. Tam
Cai Lian berkongsi maklumat tentang skizofrenia. Ciri-ciri umum skizofrenia Melalui
gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada keseluruhannya,
pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: # Menunjukkan tingkah laku
yang pelik dan luar biasa. # Suka bercakap dan ketawa bersendirian. # Tidak mengambil
berat tentang rupa paras dan kesihatan diri. # Tidak kisah pandangan orang lain
terhadap tingkah lakunya. # Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah
menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya. # Sentiasa mempunyai anggapan
palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal
ataupun membunuhnya. # Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan. # Suka berkeliaran dan kadang kala
menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga. # Suka bangun dengan
kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena. Cadangan
rawatan yang berkesan # Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan
suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius. # Menjalani
rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius. # Mengisikan masa untuk aktiviti
seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan
yang bukan-bukan. # Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli
keluarga dan rakan-rakan. # Menerima rawatan pakar yang terlatih. # Sentiasa
meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar. ARTIKEL
2: Skizofrenia bukan masalah disampuk jin Dianggarkan satu daripada 100 orang di
seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu daripada penyakit mental paling serius. Di
Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus penduduk menghidap skizofrenia yang mana
bilangannya sama banyak antara lelaki dan wanita. Penyakit ini mempunyai gejala
positif (halusinasi dan delusi), gejala negatif (kemurungan, pengasingan diri dan emosi
yang tidak terkawal) dan pemikiran yang tidak teratur. Antara faktor yang dikatakan
meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap skizofrenia adalah pengaruh genetik,
trauma (kecederaan) pada otak sewaktu atau ketika dilahirkan selainnya dari kesan
pengasingan sosial ataupun tekanan. Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti
Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat
mendapatkan rawatan menyebabkan sukar untuk pulih. Ini kerana keluarga tidak tahu
perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di sebabkan skizofrenia, malah
yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat dengan cara keagamaan
kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai makhluk halus. Kerana
wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma datang ke
hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga dan tidak

kepada orang lain. Justeru itu bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat
rawatan awal sebaik sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya
kerosakan pada otak dapat dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah, katanya ketika
menyampaikan ceramah mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and
Bridging Psychosis with Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Dr. Mohamad
Hussain, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau awal usia 20-an
sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat. Kebanyakan
kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum wanita mula
menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun. Penyakit mungkin terjadi tibatiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada
tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak
boleh belajar atau bekerja dengan baik. Ramai orang muda mempunyai corak sikap
begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia
seharusnya diberi perhatian. Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah.
Adakalanya penyakit ini tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan
menghidu gam yang dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu, katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana
penyakit ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana
kurang faham mengenai keadaan mereka. Gangguan ini memberi kesan besar pada
aktiviti sosial mereka kerana kemampuan berinteraksi adalah rendah, keadaan
kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak makan dengan baik, merokok dan
mengambil minuman keras secara berlebihan dan gangguan terhadap kehidupan
keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya penjaga perlu menghabiskan
15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia. Sementara
itu, masyarakat juga menanggung beban kerana keperluan penjagaan di hospital dan
rumah, ubatan, keselamatan sosial dan sistem keadilan awam lain, jelasnya. Beliau
memberitahu, selain daripada pemberian ubatan bagi merawat pesakit, mereka juga
perlu menjalani beberapa program bagi membantu pesakit mencapai kefungsiannya
atau kembali normal. Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia
ini merupakan yang termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak
AS$32.5 bilion (RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah
kos yang terpaksa digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan, ujarnya.
Sementara itu, Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians &
Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati
skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan
ubat antipsikotik. Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah
diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi
rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih
suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun
begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan sering
dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan. Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat
antipsikotik antipikal yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang.
Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil
pil harian. Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi
meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, barubaru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan. Invega

adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan bagi
rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya
sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi
teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan
ketahanan. Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega
mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan
kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale, jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal
secara statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan
plasebo atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan,
kesan sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo. Dengan teknologi
inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap skizofrenia
menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati kehidupan
lebih bermakna dan produktif. Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia
dan merupakan rawatan bagi skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran
berterusan OROS. Teknologi OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten
dalam tempoh 24 jam dengan mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada
kepekatan plasma ubatan, katanya. Tambahnya, kelulusan penggunaan Invega adalah
berdasarkan keputusan program pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit
dalam tiga kajian utama yang dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain
di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat
rawatan adalah dengan Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala
yang biasa digunakan dalam penyelidikan skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif
atau negatif. Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan
sampingan adalah lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo
dibandingkan dengan Invega. Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit
perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan
bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan
khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan, jelasnya ARTIKEL
3 : Skizofrenia berasal dari dua kata, yaitu Skizo yang artinya retak atau pecah (split),
dan frenia yang arinya jiwa. Dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia
adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan kepribadian
(Hawari,2003) Dewasa ini ilmu kedokteran mengalami kemajuan yang pesat dengan
ditemukannya mekanisme terjadinya skizofrenia dan obat-obatan anti-skizofrenia,
sehingga penderita skizofrenia dapat pulih kembali dan dapat kembali menjalani
kehidupan yang normal. Gejala Skizofrenia Skizofrenia memiliki berbagai tanda dan
gejala. Kombinasi kejadian dan tingkat keparahan pun berbeda berdasarkan individu
masing-masing. Gejala-gejalanya dapat terjadi kapan saja. Pada pria biasanya timbul
pada akhir masa kanak-kanak atau awal usia 20-an, sedangkan pada wanita, usia 20-an
atau awal 30-an. Skizofrenia dapat mempengaruhi cara berpikir, perasaan dan tingkah
laku. Dokter membedakan gejala skizofrenia dalam tiga kategori sebagai berikut : Gejala
positif, terdiri dari : Delusi/waham, yaitu keyakinan yang tidak masuk akal. Contohnya
berpikir bahwa dia selalu diawasi lewat televisi, berkeyakinan bahwa dia orang terkenal,
berkeyakinan bahwa radio atau televisi memberi pesan-pesan tertentu, memiliki
keyakinan agama yang berlebihan. Halusinasi, yaitu mendengar, melihat, merasakan,
mencium sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Sebagian penderita, mendengar suara/

bisikan bersifat menghibur atau tidak menakutkan. Sedangkan yanng lainnya mungkin
menganggap suara/bisikan tersebut bersifat negatif/ buruk atau memberikan perintah
tertentu. Pikiran paranoid, yaitu kecurigaan yang berlebihan. Contohnya merasa ada
seseorang yang berkomplot melawan, mencoba mencelakai atau mengikuti, percaya
ada makhluk asing yang mengikuti dan yakin dirinya diculik/ dibawa ke planet lain.
Gejala negatif Motivasi rendah (low motivation). Penderita akan kehilangan
ketertarikan pada semua aspek kehidupan. Energinya terkuras sehingga mengalami
kesulitan melakukan hal-hal biasa dilakukan, misalnya bangun tidur dan membersihkan
rumah. Menarik diri dari masyarakat (social withdrawal). Penderita akan kehilangan
ketertarikan untuk berteman, lebih suka menghabiskan waktu sendirian dan merasa
terisolasi. Gejala kognitif Mengalami problema dengan perhatian dan ingatan. Pikiran
mudah kacau sehingga tidak bisa mendengarka n musik/ menonton televisi lebih dari
beberapa menit. sulit mengingat sesuatu, seperti daftar belanjaan. Tidak dapat
berkosentrasi, sehingga sulit membaca, menonton televisi dari awal hingga selesai, sulit
mengingat/ mempelajari sesuatu yang baru. Miskin perbendaharaan kata dan proses
berpikir yang lambat. Misalnya saat mengatakan sesuatu dan lupa apa yang telah
diucapkan, perlu usaha keras untuk melakukannya. Bagaimana gejala- gejala
skizofrenia terjadi ? Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada
otak terjadi proses penyampaian pesan secara kimiawi (neurotransmitter) yang akan
meneruskan pesan sekitar otak. Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmitterdopamin- berlebihan, sedangkan kadar dopamin tersebut berperan penting pada
perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeda. Bila kadar dopamin tidak
seimbangberlebihan atau kurang penderita dapat mengalami gejala positif dan negatif
seperti yang disebutkan di atas. Penyebab ketidakseimbangan dopamin ini masih belum
diketahui atau dimengerti sepenuhnya. Pada kenyataannya, awal terjadinya skizofrenia
kemungkinan disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor tersebut. Faktor-faktor yang
mungkin dapat mempengaruhi terjadinya skizofrenia, antara lain: sejarah keluarga,
tumbuh kembang ditengah-tengah kota, penyalahgunaan obat seperti amphetamine,
stres yang berlebihan, dan komplikasi kehamilan. Bagaimana Cara Mengatasi Gejala
skizofrenia? Ada beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi gejala skizofrenia,
antara lain belajar mananggulangi stres, depresi, pikiran negatif, belajar rileks, dan tidak
menggunakan alkohol ataupun obat-obatan tanpa sepengetahuan dokter serta segera
berkonsultasi ke dokter/ psikiater bila timbul gejala-gejala seperti yang disebutkan di
atas. Bantuan dari orang-orang terdekat Pada skizofrenia fase aktif, penderita mudah
terpukul oleh problema yang sederhana sekalipun. Kurangi pemberian tanggung jawab
agar tidak membebani penderita dan mengurangi stres jangka pendek. Tetapi dengan
mengambil semua tanggungjawabnya, akan menimbulkan ketergantungan dan
problema lain dikemudian hari. Penderita skizofrenia mungkin menggunakan kata-kata
yang tidak masuk akal. Agar lebih memahami, cobalah berkomunikasi dengan cara lain
dan mengajak melakukan aktivitas bersama-sama seperti mendengarkan musik,
melukis, menonton televisi, atau menunjukkan perhatian tanpa harus bercakap-cakap.
Jangan membicarakan penderita jika penderita skizofrenia tidak ada. Penderita
skizofrenia biasanya perhatian (sensitif) dengan apa yang terjadi di sekitarnya. Apakah
Skizofrenia Dapat Disembuhkan? Sesungguhnya tiga dari empat penderita skizofrenia
dapat mengalami perbaikan yang bermakna atau pulih dengan baik dan dapat
melakukan aktivitas sehari-hari secara normal, tetapi sembuh atau tidaknya belum dapat

diketahui. Satu-satunya jalan untuk mengendalikan gejala adalah dengan pemberian


antipsikotik yang dikombinasikan dengan terapi pendukung (tanpa obat-obatan).
Pengobatan dengan Antipsikotik Obat antipsikotik banyak beredar di pasaran yang
diresepkan dokter. Meskipun efektif mengatasi gejala-gejala skizofrenia, obat ini
menimbulkan berbagai efek samping seperti : kekakuan otot, gerakan kaku seperti
robot, mengantuk, sindroma metabolik seperti peningkatan berat badan (kegemukan),
diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah sehingga dapat
menyebabkan gangguan seksual, amenorea (tidak menstruasi), galaktorea (keluarnya
air susu), ginekomastia (membesarnya payudara pada pria), yang sudah tentu akan
sangat mengganggu pada wanita lajang dan pria. Sindroma metabolik juga dapat
mengakibatkan gangguan pembuluh darah dan jantung. Sebaiknya sebelum
memberikan antipsikotik perlu dilakukan pemeriksaan darah secara teratur untuk
menghindari kejadian tersebut. Antipsikotik generasi terbaru bekerja dengan
menstabilkan penyampaian pesan melalui dopamin, tidak bekerja memblokir total
dopamin seperti halnya antipsikotik yang lain. Obat ini dapat dipercaya akan
mengurangi/ mengatasi gejala-gejala skizofrenia positif, negatif, dan memperbaiki
kognitif dengan efek samping yang dapat ditoleransi lebih baik dibanding antipsikotik
sebelumnya. Jadi dengan pemberian generasi terbaru ini, efek samping obat antipsikotik
sebelumnya dapat dihindari dan kualitas hidup pasien akan membaik serta dapat
kembali ke kehidupan yang normal. Terapi Pendukung dan Psikoterapi Terapi
pendukung biasanya dikombinasi dengan obat antipsikotik guna membantu
menurunkan/mengatasi gejala skizofrenia, mencegah kekambuhan, membantu pasien
tetap berobat dan membantu pasien kembali ke kehidupan yang normal. Walau tidak
menyambuhkan, psikoterapi dapat membantu pasien mengatasi gejala-gejala spesifik,
seperti: anxiety (kecemasan), panik, fobia, gangguan emosi, stres, insomnia, (susah
tidur), depresi, gangguan hubungan antar manusia dan gangguan psikologi seksual.
Pengobatan berkemungkinan juga dapat membantu pasien melihat kenyataan bahwa
dia menderita skizofrenia dan perlu mematuhi pengobatan yang dilakukan atau yang
dianjurkan oleh dokter. Psikoterapi ini dapat dilakukan baik pada individu atau anakanak, maupun dengan pasangan, keluarga atau kelompok. Dicatat oleh Md Zaini Zainal
di 5:02 PM
http://zainizainal.blogspot.com/2010/07/skizofrenia-penyakit-gila-gangguan.html

Saya menhidapi Skizofrenia. Nasihat saya kepada yang berdepan dengan cabaran yang
sama atau orang-orang disekeliling anda menghadapinya: 1. Jangan pernah putus
harapan. ALLAH Maha Penyembuh. Kasih sayang Allah sangat luas. Minta kesembuhan
dari Dia. Tiada yang mampu memberi mudarat dan manfaat selain dari izin Dia. 2.
Dapatkan bantuan dengan segera. Jangan terus hidup dalam denial. Berdepan dan
beranilah membantu diri sendiri dan orang lain. Minta bantuan dari doktor di Klinik
Psikiatri yang ada di setiap hospital. Dapatkan rawatan yang sepatutnya anda terima. 3.
Teruskan dengan terapi Islam. Sesungguhnya al Quran itu penawar dan rahmat bagi
orang yang beriman. Terapi al Quran sangat banyak membantu saya 4. Anda berhak
mendapatkan kumpulan sokongan untuk berdepan dengan cabaran ini samada dalam
bentuk kaunseling, terapi atau pekerja sosial di hospital yang boleh datang ke rumah
dan membantu memberi nasihat bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif bagi

kejayaan proses kesembuhan sakit anda. 5. Tambahkan ilmu tentang sakit ini supaya
anda berani berdepan dengannya dan tidak takut kepadanya. Tambahkan ilmu supaya
anda menjadi kuat dan bijak berperang dengannya. 6. Makan makanan yang sihat dan
seimbang. Amalkan kurma, madu, habatusauda, kismis, air zam-zam, kacang badam.
Makanan yang membantu otak sangat diperlukan kerana sakit ini melibatkan
ketidakseimbangan bahan kimia pada otak. 7. Rajin solat malam dan tahajjud. Berzikir.
Tenaga yang terhasil di sepertiga malam sangat membantu dalam menyeimbangkan
keadaan otak. Gelombang solat, zikir dan terapi Quran sangat membantu dalam
memberi ketenangan seterusnya mengurangkan tekanan yang boleh mencetuskan
ketidakseimbangan bahan kimia pada otak. 8. Bersenam. Senaman membantu
merembeskan hormon yang berguna bagi menjaga kesihatan mental dan emosi.
Bersenam juga memang bagus untuk kesihatan fizikal kan. :) 9. Teruskan terlibat
dengan aktiviti kemasyarakatan. Jangan biar diri sendiri terkurung dan terbelenggu
dalam perasaan yang bukan-bukan. Syaitan suka mengambil kesempatan dan
menyebabkan kita jauh lalai dan tersasar dek melayan khayalan dan halusinasi yang
berpanjangan. Saya seorang skizofrenia. Saya berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Saya terus berjuang melawan sakit ini. Dan saya yakin ini semua jalan yang indah dari
Tuhan. Cinta Tuhan. Alhamdulillah. ^____^