You are on page 1of 2

DEFINISI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Hak Keistimewaan Orang Melayu membicarakan tentang kedudukan istimewa orang


Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan
ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Yang
di-Pertuan Agong dikhendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perhidmatan
awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lessen untuk perniagaan
dan perdagangan.

SEJARAH TENTANG HAK KEISTIMEWAAN HAK ORANG MELAYU


Pada awalnya, peruntukan terhadap keutamaan kepada penduduk peribumi Melayu tidak
dimasukkan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan
pihak British. Pada ketika itu, tiada siapa yang ingin mempersoalkan berkaitan hak keistimewaan
orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Keadaan ini menemu perubahan selepas beberapa
perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British dalam semua perkara yang melibatkan
pentadbiran, kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini telah
menghakis kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit, tanpa
disedari oleh mereka. Keadaan bertambah buruk apabila dasar pintu terbuka yang dikemukakan
oleh pihak British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 yang membawa masuk ramai kaum
imigran untuk mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah. Pihak British sahaja orang
Melayu kekal di luar bandar dan tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam arus

pembangunan ekonomi. Dalam perlembagaan Malayan Union pada tahun 1946, perkara tentang
hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut sama sekali malah kedudukan yang dimiliki oleh
Raja-raja Melayu sebagai pemerintah berdaulat juga telah dikurangkan sehingga ke peringkat
untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Antara isi kandungan penting dalam
Perlembagaan Malayan Union dalam konteks ini ialah kewarganeraan berasaskan jus soli.
Melalui jus soli, penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam
kedudukan politik orang Melayu, apabila bilangan orang asing melebihi bilangan orang Melayu.
Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu, tanpa mengira kaum boleh mengancam
hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang
Melayu merasakan hak dan kedudukan yang istimewa berbanding kaum bukan Melayu. Dengan
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan hak istimewa orang Melayu di dalam
perlembagan terjamin dan kedaulatan Raja-raja Melayu dipulihkan.
BIBLIOGRAFI:
1. Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Muslim, N., Alias, J., Wan Hassan, W., Umar, A., & Yunos, N. (2013). Analisis
Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam
Konteks Hubungan Etnik. Jurnal Melayu, 11.