You are on page 1of 8

MENGEKSPLOIT

EKONOMI
PERKEMBANGAN PERUSAHAAN
PERLOMBONGAN

Nama ahli kumpulan:


siti nuraisyah
nur ariena
sharifah fatimah
nur syazwiena
nurul najiha fais

Kerajaan British Memajukan


kegiatan Perlombongan dan
Mengaut Keuntungan Daripadanya
Emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang.
Arang batu dilombong di Batu Arang , Selangor.
Bauksit dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia
(Johor) serta Teluk Emas (Melaka)
Biji besi dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan
Rompin, Pahang.
Ilmanit dilombong di Batang Padang, Perak.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN
BIJIH TIMAH
1)Kekayaan bijih timah mendorong British menguasai tanah melayu.
2) Sebelum campur tangan British, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang
Melayu secara tradisional.
a. Mendulang
-mendulang lazimnya dilakukan oleh kaum perempuan.
-mereka berdiri di dalam anak sungai dan mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dengan
dulang dan membasuhnya dengan air yang mengalir.
-pasir dan lumpur yang lebih ringan akan dibawa arus sementara bijih timah yang berat akan
mendap dalam dulang.

b. Melampan
-pelombong akan memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam palung
yang dibuat daripada kayu.
-penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah itu mengikut aliran air.
-tanah yang lebih ringan akan dihanyut dan bijih timah yang berat akan ditinggalkan dalam palung.

3) Pada awal tahun 1820an, orang Cina mula dibawa masuk bekerja dilombong bijih timah
yang dimiliki oleh pembesar Melayu seperti di daerah Lukut, Sungai Ujung, Larut dan Klang.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

4) Orang Cina dan Eropah kemudian dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan
memajak tanah daripada pembesar-pembesar melayu.
5) Penglibatan orang cina dalam perlombongan merancakkan kegiatan perusahaan bijih
timah di tanah Melayu.
a. Pelombong Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah.
-Melalui kaedah ini,pam kelikir digunakan untuk memancutkan air yang kuat ke
arah tanah yang mengandungi bijih timah.
-Lumpur yang mengandungi bijih timah dipam naik ke palung di mana bijih
timah dikumpulkan.
-Palung yang dibina mempunyai sekatan-sekatan kayu untuk menyekat bijih
timah yang berat.
b. Lombong-lombong baru mula dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah
Kinta di Perak.
c. Pelombong Cina telah berjaya menguasai pengeluaran bijih timah tanah
melayu sehingga akhir kurun ke 19.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN
BIJIH TIMAH
6) Pada kurun ke 19, tanah melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar
didunia.
a. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah meningkatkan
permintaan terhadap bijih timah.
b. Bijih timah diperlukan dalam industri mengetin makanan.
7) Pada tahun 1930an, orang Eropah telah berjaya menguasai 75% daripada
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.
a. Syarikat-syarikat Eropah mula memperkenalkan kaedah melombong
yang mengunakan kapal korek.
b. Pengunaan kapal korek membolehkan bijih timah diperoleh dengan
mudah dan banyak.
c. Kapal korek yang pertama di Tanah Melayu diperkenalkan oleh syarikat
Malayan Tin Dredging di Batu Gajah,Perak pada tahun 1912.
d. Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN
BIJIH TIMAH

8) Pada tahun 1930an, harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi
dunia.
9) Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani pada tahun 1931
untuk membolehkan harga bijih timah di pasaran.
a.Negara-negara yang terlibat ialah Tanah Melayu,Bolivia,Nigeria
dan Indonesia.
b.Semua negara bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah
negara masing-masing.
c.Pada tahun 1934,Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.
d.Kejayaan perjanjian tersebut menyebabkan harga bijih timah di
pasaran dunia menjadi stabil.
10) Bijih timah diproses menjadi jongkong sebelum dieksport ke luar negara.

Soalan
Apakah itu Bauksit?
Berikan kegiatan perlombongan yang dimajukan
oleh British?
Cara apakah yang digunakan oleh orang Melayu
untuk melombong bijih timah?
Apakah kaedah yang lebih moden untuk
menghasilkan lebih banyak bijih timah?
Berikan nama syarikat yang pertama
memperkenalkan kapal korek di Tanah Melayu
berserta tempat dan tahunnya.

Nama ahli
kumpulan:
aisyah
ariena
fatimah
syazwina
najiha