You are on page 1of 37

BINCANGKAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR). HURAIKAN

ASPEK-ASPEK YANG TERDAPAT DALAM


PERUBAHAN TRANSFORMASI KSSR SEPERTI
BERIKUT:
I)
II)
III)
IV)
V)
VI)

BENTUK KURIKULUM
ORGANISASI DAN PERUNTUKAN MASA
PEDAGOGI
KANDUNGAN KURIKULUM
KAEDAH PENTAKSIRAN
BAHAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah (KBSR) dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan
kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan

prinsip Kurikulum Bersepadu Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh;


pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu
tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal
dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu
Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna
pakai.

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke


arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning
berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri
penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran
berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru
sewajarnya

dapat

mengembangkan

membolehkan

daya

kreativiti,

murid

memperoleh

mengaplikasikan

ilmu

pelbagai

pengetahuan,
kemahiran

dan

mengamalkan nilai murni.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011)

MATLAMAT KSSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagai mana yang
ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak

mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistic perlu
diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan
masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun
1.

KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif melalu tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan
fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping
mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama
dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti
KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global
player, dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah
untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin
untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada
pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka
seperti buku, internet dan sebagainya.

Hasrat Pendidikan
-

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Cabaran Abad Ke-21

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Model Baru Ekonomi (MBE)

Wawasan 2020

Teori Pembelajaran

Rangka Rancangan Jangka Panjang

4 Pillars of Education

Murid yang seimbang dari segi intelek,


rohani, jasmani dan emosi:

Daya Saing

Berilmu Pengetahuan
Berketerampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak Mulia
Berkeyakinan
Independent learner

Warganegara Bertanggungjawab :

Global Player:

Daya Tahan
Kemahiran
Berkomunikasi
Jati Diri

Pekerja Berilmu:

Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat &
Komunikasi
Creator of Technology
Belajar Sepanjang Hayat
CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk
kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif

Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni

Jati diri dan semangat patriotisme

Memahami dan menghayati budaya nasional

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Aspek

Bentuk

Organisasi

Kandungan
Pedagogi

KBSR

Komunikasi

Manusia Dengan Alam Sekelilingnya

Perkembangan Diri Individu

Berasaskan mata pelajaran

KSSR
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Keterampilan Diri
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Sains dan Teknologi
Tahap I
Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Elektif
Tahap II
Modul Komunikasi
Modul Komunikasi Elektif
Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
Modul Fizikal dan Estetika
Modul Sains dan Teknologi
Modul Kemanusiaan

Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran

Kemahiran Berfikir dalam P&P

Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam


P&P

Penggunaan TMK

Penegasan dan penekanan kepada


pendekatan berikut:
Kemahiran Berfikir dalam P&P
Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam

Aspek

KBSR

Peruntukan Masa

Kaedah
Pentaksiran

Bahan

Pengurusan

Kurikulum

KSSR

P&P
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Penggunaan TMK
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan
Pembelajaran Secara Konstruktivisme Depan
Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar
Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Dijalankan secar a berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran
Penekanan yang ketara kepada
Menggunakan kaedah pentaksiran
pentaksiran sumatif
pelbagai
Bersifat autentik dan holistik
Sukatan Pelajaran
Dokumen Kurikulum
Huraian Sukatan Pelajaran
Standard Kandungan
Kandungan
Standard Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti P&P
Buku Teks
Buku Teks
Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan
kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

B
a
h
K a n da
unga
n
n
k u rik
Kaed
u lu m
ah
pent
a k s ir
an

K
S
S
R

Bent
uk
k u rik
u lu m

Pe
da
go
gi

O rg a n is a s i
dan
P e ru n tu k a n
M asa

i. BENTUK
KURIKULUM

Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang.

Komunikasi

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Perkembangan

Sains dan Teknologi

Kemanusiaan

Keterampilan Diri

Fizikal dan Estetika

Komunikasi
- Penggabungjalinan kemahiran bahasa

secara lisan dan

bukan lisan semasa

berinteraksi.

Sains & Teknologi


- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika

- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri


- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai


- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat
negara dan global
- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

ii. ORGANISASI DAN


PERUNTUKAN MASA

ORGANISASI KSSR

Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu,

Modul Teras Asas


Modul Teras Tema
Modul Efektif
Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras
Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku.
Di bawah Modul Efektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan
Bahasa Kadazandusun.
Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul

MODUL TERAS ASAS


Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

MODUL TERAS TEMA


Seni Visual dan Muzik
Dunia Sains dan Teknologi
Malaysia Negaraku

MODUL ELEKTIF
Bahasa Arab
Bahasa Cina (BCSK)
Bahasa Tamil (BTSK)
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun

Matematik
Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran
Mata Pelajaran Teras
Mata Pelajaran Elektif
Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompok
berdasarkan enam tunjang.

Mata Pelajaran Teras


Tunjang Komunikasi

: Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil

Tunjang Sains & Teknologi

: Matematik
Sains
Reka Bentuk & Teknologi /
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tunjang Perkembangan Fizikal


& Estetika

: Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual

Tunjang Kerohanian, Sikap


& Nilai

: Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

Tunjang Kemanusiaan

: Sejarah

Mata Pelajaran Elektif

Tunjang Komunikasi Elektif

: Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
Bahasa Iban, Bahasa Semai
Bahasa Kadazandusun

Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum


dan kokurikulum

PERUNTUKAN MASA

Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit
seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti
berikut:

Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)


MODUL
SK

SJKC

SJKT

MODUL TERAS ASAS


1

Bahasa Malaysia

360

300

300

Bahasa Inggeris

300

150

150

Bahasa Cina

360

3
Bahasa Tamil

360

Pendidikan Islam
4

180

120

120

Pendidikan Moral
5

Pendidikan Jasmani

60

60

60

Pendidikan Kesihatan

30

30

30

Matematik

180

180

180

MODUL TERAS TEMA

Dunia Seni Visual

60

60

60

Dunia Muzik

30

30

30

Dunia Sains dan Teknologi

60

60

60

MODUL ELEKTIF
9

BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*

90

Perhimpunan

30

30

30

Jumlah

1380

1380

1380

III. PEDAGOGI

Ped
ago
gi
Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pengajaran Berasaskan Kajian


Masa Depan

Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran &


Pembelajaran

Pembelajaran Secara
Kontekstual

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &


Pembelajaran

Pembelajaran Akses
Kendiri

Penggunaan Teknologi Maklumat &


Komunikasi

Pembelajaran
Masteri

Belajar Cara Belajar

Elemen pedagogi dalam KSSR adalah elemen kreatif dan inovatif,


keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan untuk
memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta
berkeperibadian mulia. Sungguhpun, sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan
elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih
terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu
berdaya saing biarpun di peringkat global.

Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk


transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan
berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

IV. KANDUNGAN
KURIKULUM

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /


ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin


ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga
elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perpektif
Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian.
Melalui konsep EMK, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.

Fokus Kurikulum
Dalam KSSR selain kesepaduan, fokus kepada 3M iaitu membaca, mengira dan
menulis terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan
satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Di Tahap 1,
tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala Tahap 2
pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam
pelbagai bidang ilmu. Di samping itu, KSSR juga memberi tumpuan kepada kemahiran
asas Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, sikap dan nilai.

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD


Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan
dan standard pembelajaran.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang

Satu penetapan kriteria

atau

murid patut ketahui dan boleh lakukan

indikator

dan

dalam

suatu

merangkumi

kualiti

pembelajaran

tempoh

persekolahan

pencapaian yang boleh

diukur bagi

aspek

pengetahuan,

setiap standard kandungan.

kemahiran dan nilai.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia

Mendengar,

memahami

dan

Mendengar,

memahami

memberi respon terhadap sesuatu

memberikan

respons

arahan, soalan dan pesanan yang

betul

didengar dengan betul

pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris
Able to express personal response
to literary texts

secara

lisan

Bahasa Inggeris
Able to respond to:
a. Book covers

dan

dengan
terhadap

b. Pictures in books
c. Characters
with guidance
Matematik
Menama

dan

menentukan

nombor

Matematik
nilai

Menamakan nombor hingga 100:


a. Membilang objek dalam
b.

kumpulan.
Menamakan
kumpulan

nombor

bagi

objek sebagai

mewakili kuantiti.

Mengapa Standard?

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

V. KAEDAH
PENTAKSIRAN

Pentaksiran sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan


boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif

bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala


pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah
menguasai apa yang dipelajari. Bagi
Pembelajaran (P&P) lebih
Rendah

KSSR

holistik.

menyeronokkan,

proses

Kurikulum

Pengajaran
Standard

dan

Sekolah

tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kaedah
kaedah akan

menjadikan

pentaksiran akan dilaksanakan

digunakan

supaya

Pentaksiran akan

penilaian

lebih

berasaskan sekolah. Pelbagai

bersifat

berbentuk

lebih

formatif,

autentik dan

dilaksanakan

secara

berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.

Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut


keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan.

BAND

STANDARD PRESTASI TERAS

BAND 4

Boleh

PENGOPERASIAN
STANDARD

Cemerlang

melakukan

keupayaan
cekap

dan

menjalankan

sendiri

aktiviti
dengan

konsisten
aktiviti

melalui Boleh

dari

melakukan

tepat, aktiviti/tugasan/arahan

sendiri

semasa dengan:
pelbagai

Tepat:

mengikut tugasan/arahan
Cekap:
Dapat

tema tanpa memerlukan bantuan.

Betul/sempurna

melaksanakan

masa yang ditetapkan


Konsisten:
Sentiasa,
selalu

dalam

atau

kerap

mempamerkan
Tanpa
memerlukan

bantuan:
BAND 3
Baik/
Kepujian

Boleh

melakukan

aktiviti

pelbagai Boleh

arahan/tugasan sendiri
melakukan

tema dengan tepat sehingga selesai aktiviti/tugasan/arahan


tanpa memerlukan bantuan

Sederhana

Tepat:

mengikut tugasan/arahan
Tanpa
memerlukan

Kerap memerlukan bantuan apabila Boleh

sehingga selesai

Perlu
Bimbingan

Betul/sempurna

Memahami

arahan/tugasan sendiri
melakukan

melakukan aktiviti dari pelbagai tema aktiviti/tugasan/ arahan dengan:


namun masih boleh melakukannya

BAND 1

sendiri

dengan:

bantuan:
BAND 2

Memahami

Sukar

memahami

menjalankan

aktiviti

arahan
dari

Kerap

memerlukan

bantuan

tetapi

masih

boleh

melakukannya

sehingga selesai
untuk Masih tidak dapat melakukan

pelbagai aktiviti/tugasan

dengan

baik

tema, oleh itu bimbingan bantuan sehingga selesai walaupun


sentiasa

diperlukan

namun

masih

tidak dapat melakukannya dengan

Bimbingan
sentiasa diberikan

baik sehingga selesai

Kerangka Asas Standard Prestasi

bantuan

Band 6

Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

Band 5

mithali
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

Band 4
Band 3
Band 2
Band 1

terpuji
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Tahu, faham dan boleh buat
Tahu dan faham
Tahu

VI. BAHAN

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu
Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna
pakai.

1.

Dokumen Kurikulum

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

2.

Buku Teks

Berpendekatan Modular

Pelaksanaan KSSR melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan


pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on
digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).

Dokumen Standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk
merancang rancangan pengajaran mereka. Standard kandungan dan standard
pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.

Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif


(pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard
pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh
melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu
membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang
boleh diukur.

Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik, guru membimbing pelajar


dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang
merupakan standard kandungan bagi topik ini. Manakala standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.

Buku teks ialah bahan bercetak yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1999, KPM, memneri
garis panduan yang khusus tentang penggunaan buku teks serta buku latihan dan
aktiviti. Hanya buku teks yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
wajib digunakan di semua sekolah kerajaan.

Ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan dalam Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti.


Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan

pembelajaraan (P&P) dengan berkesan.


Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku

aktiviti.
Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti

pemulihan.
Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor

seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna.


Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru

membuat rujukan.
Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian

mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan.


Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan
pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan


unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang serta berkembang
secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan
mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan
pada abad ke-21.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada


semua termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta
pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak
yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran
Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.