You are on page 1of 161

FALSAFAH DAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
**

[EDU3101]

AHLI KUMPULAN :
CHAI CHONG HAO (941008-08-6203)
CHAN MANG YEE (940703-13-5631)
LING CHUAN JIAN (940618-13-6445)
NG MIN ZONG (941121-02-5525)
PENSYARAH PEMBIMBING :
PN. HAJAH MAHANEE BINTI MAHMOOD

Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Pendidikan Untuk Berkeperluan Khas


Tajuk Soalan :
a.

b.

Perincikan KSSR Pendidikan Khas dan


bagaimana ia dapat membantu dalam
peningkatan modal insan murid
Pendidikan Khas.
Analisiskan Program Pendidikan untuk
Murid Berkeperluan Khas dan jelaskan
langkah-langkah untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di sekolah
Berkeperluan Khas.

PERINCIKAN
KSSR
PENDIDIKAN
KHAS
Pendidikan untuk Murid
Berkeperluan Khas

Perincikan KSSR Pendidikan Khas


Cuba Fikirkan :

Apakah yang anda fahami


dengan

PENDIDIKAN
KHAS ?

Definisi Pendidikan Khas


Pendidikan Khas bererti
program yang dirancang
khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan muridmurid khas dengan program
P&P yang menggunakan
teknik yang bersesuaian.

Definisi Pendidikan Khas


Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan
Khas merupakan program pengajaran khusus
yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan
pelajar luar biasa.
Mansor (2005), Program Pendidikan Khas di
Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan
menggalakkan perkembangan optima seseorang
sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Sejarah
Pendidikan
Khas

Falsafah
Pendidikan
Khas
FPK &
PK

Misi
Pendidikan
Khas

Visi
Pendidikan
Khas

HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Sejarah

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit


Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan
pendidikan khas negara.

Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai


yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.

Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober


tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada
Jabatan Pendidikan Khas yang boleh menjalankan
tanggungjawabnya yang dikehendaki oleh negara dan
tuntutan masyarakat.

HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas ialah satu
usaha yang berterusan untuk
menggalakkan perkembangan optima
seseorang individu sebagai seorang
yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah

HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Visi Pendidikan Khas


Visi Pendidikan Khas
menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti kepada
pelajar dengan keperluan
khas ke arah kecemerlangan
hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK).

HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Misi Pendidikan Khas
Misi Pendidikan Khas ialah
membangunkan modal insan yang
cemerlang berasaskan empat prinsip
iaitu: sistem pendidikan yang berkualiti, releven
dan menyeluruh.
perkembangan potensi diri ke tahap yang
optimum
keupayaan berdaya saing
kebolehpasaran dan perkongsian pintar
dengan pelbagai pihak

KSSR Pendidikan Khas


Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Kebangsaan
(KSSRPK) dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan yang sama untuk
semua murid dan pendidikan seumur

KSSR
Pendidikan
Khas
Matlamat KSSR Pendidikan Khas

KSSRPK digubal dengan matlamat


untuk memastikan potensi murid
dapat dikembangkan secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu
sesuai dengan tahap kefungsian
murid.

Perkembangan ini meliputi aspek


intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak

KSSR Pendidikan Khas


Objektif KSSR Pendidikan Khas
Mengamalkan tingkah laku dan sikap
positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna serta
menjadi warganegara yang berguna.
Mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran serta dapat berdikari
dalam kehidupan seharian.
Menunjukkan kemahiran dan
keterampilan ke arah kehidupan
bekerjaya.

KSSR Pendidikan Khas

Mengamalkan penjagaan kesihatan


dan keselamatan diri dengan
sempurna.

Menggunakan kemahiran berbahasa


untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati
tatasusila masyarakat majmuk.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam


kehidupan seharian bagi yang

KSSR Pendidikan Khas


Mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
Melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
Menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.
Menggunakan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi seiring
dengan perkembangan semasa.

KSSR Pendidikan Khas


Murid
Bermasalah
Pendengaran
&
Penglihatan
KSSRPK
Murid
Bermasalah
Pembelajaran

Kurikulum
Akademik

Aliran
Perdana

Matapelajar
an
Tambahan
Wajib

BIK

Kurikulum
Alternatif

KAIMaL
Tahap I
Tahap II

KSSR Pendidikan Khas


Kurikulum Pendidikan Khas
KSSR Pendidikan Khas merangkumi
:kurikulum bagi murid bermasalah
pendengaran
Kurikulum bagi murid bermasalah
penglihatan
Kurikulum bagi murid bermasalah
pembelajaran.

KSSR Pendidikan Khas


Murid bermasalah pendengaran
American National Standards Institute
mentakrifkan masalah pendengaran
sebagai perbezaan keupayaan individu
untuk mengesan suatu bunyi berbanding
dengan piawai yang ditetapkan.
Murid bermasalah pendengaran mungkin
disebabkan punca pewarisan.
Kemungkinan juga berlakunya kerosakan
pada struktur organ pendengaran dan

KSSR Pendidikan Khas

Murid bermasalah
pendengaran biasanya
mempunyai ciri-ciri yang
berikut: Tidak bertindak balas terhadap
bunyi.
Tidak bertindak balas terhadap
panggilan nama sendiri.
Tidak memahami atau silap

Kelihatan nakal, tidak


KSSR
Pendidikan Khas

mempedulikan
oranglain,sangat pasif
danmenyendiri.
Lebih banyak menunggu dan
melihat apa yang dilakukan oleh
orang lain terlebih dahulu
sebelum melakukan sebarang
tugas.
Akan membaca bibir, melihat
isyarat visual, ekspresi muka dan

KSSR Pendidikan Khas

Murid bermasalah penglihatan


Definisi masalah penglihatan dalam
kamus ialah apabila seseorang itu
kurang daya penglihatan dan tiada
kemampuan untuk melihat.
Dari segi undang-undang pula ialah
apabila seseorang itu mempunyai
darjah daya penglihatan kurang dari
20/200 dari yang normal walaupun
dengan bantuan menggunakan
kacamata dan kanta lekap yang mana
boleh mengganggu prestasi

KSSR Pendidikan Khas

Murid bermasalah penglihatan mungkin


disebabkan keturunannya yang juga
bermasalah penglihatan.

Kemungkinan juga berlakunya komplikasi


semasa hamil dan semasa lahir.

Penyakit Rubella juga merupakan punca


kepada masalah penglihatan.

KSSR Pendidikan Khas


Murid bermasalah penglihatan biasanya
mempunyai ciri-ciri yang berikut:Tidakmemahamibenda-bendaabstrak.
Pengamatan dandaya anggaranberat
sesuatujisim amatlemah keranaterbatas.
Tidakmemahamikonsepbentuk.
Keliru denganhuruf.
Lemahdalammelukis saizdanjarakdalam
subjek Matematik.

KSSR Pendidikan Khas


Lebih mengetahui konsepsejukdanpanas
melalui sentuhan.
Selalumenutupmatasebelah.
Seringmencari-cari barisayatyangdibaca.
Meniru kerjakawan.
Kerapmenggosokmata.
Selaluterlanggarobjek.
Selalu mengadu sakitkepala, loyadan
pening.

KSSR Pendidikan Khas


Kurikulum Kebangsaan (Aliran Perdana)
Murid bermasalah pendengaran dan murid
bermasalah penglihatan secara umumnya
menggunakan kurikulum aliran perdana.
Aliran perdana adalah polisi pendidikan
dalam penempatan pelajar dalam sekolah
biasa yang mana melibatkan penempatan
pelajar kurang upaya daripada program
pendidikan yang terasing atau kelas-kelas
khas ke dalam sekolah-sekolah biasa.
Pembentukan hubungan sosial yang positif di
antara kanak-kanak kurang upaya dengan

KSSR Pendidikan Khas

memberi kemudahan yang bersesuaian


kepada kanak-kanak kurang upaya
mendapat pendidikan dalam alternatif
yang tiada batasan berdasarkan program
pendidikan secara individu.

Konsep alternatif yang kurang


mengehadkan merujuk kepada kanakkanak kurang upaya diberi pendidikan
yang lebih mencabar tanpa halangan
atau sempadan fizikal dan pendidikan
yang akan menyekat kemajuan pelajar

KSSR Pendidikan Khas

Penempatan kanak-kanak kurang


upaya dalam pendidikan aliran
perdana melibatkan masa yang
berbeza di antara kanak-kanak
tersebut.

Ada yang ditempatkan sepanjang hari


persekolahannya dan ada yang
ditempatkan sebahagian daripada
masa persekolahan mereka di kelaskelas dalam aliran perdana.

KSSR Pendidikan Khas


Mata Pelajaran Tambahan yang Wajib
Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)
BIK bertujuan melengkapkan murid
bermasalah pendengaran menguasai
kemahiran bahasa, bagi keperluan diri
untuk berkomunikasi, mempelajari dan
memperoleh ilmu serta maklumat baru.
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan
dijadikan wahana utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sebagai mod
komunikasi bagi semua mata pelajaran.

KSSR Pendidikan Khas


Objektif Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi
menyediakan peluang kepada murid
bermasalah pendengaran di peringkat sekolah
rendah untuk mencapai objektif dalam aspek
kemahiran berkomunikasi seperti berikut : Melihat dan mengecam apa yang dilihat.
Membezakan apa yang dilihat dan dirancang.
Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh
guru atau rakan.

KSSR Pendidikan Khas

Membentuk isyarat dan kod dengan


tepat.
Melakukan apa yang diisyarat.
Memperluaskan perbendaharaan kata
secara umum.
Membentuk frasa asas Bahasa Malaysia
dengan isyarat atau kod.
Memperkembangkan kemahiran
membentuk frasa dan klausa.
Kemahiran dalam membentuk pola ayat
bagi meningkatkan pemerolehan Bahasa

KSSR Pendidikan Khas

Berkomunikasi dengan menggunakan


pola ayat-ayat mudah dan betul.
Menguasai kemahiran membina ayat
kompleks dengan tepat.
Bercerita dengan menggunakan ayat
mudah secara isyarat atau lisan.
Bercerita dengan menggunakan ayatayat kompleks secara lisan atau
isyarat.
Bercerita bebas secara isyarat atau

KSSR Pendidikan Khas


BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui asas kemahiran pra psikomotor dan


kemahiran isyarat visual.
Mengetahui dan memahami kemahiran pra
psikomotor dan kemahiran isyarat visual.
Mengetahui, memahami dan memberikan respon
terhadap kemahiran pra psikomotor dan isyarat
visual.
Mengaplikasi bahasa isyarat komunikasi.
Mengaplikasi bahasa isyarat komunikasi dalam
pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
Mahir menggunakan bahasa isyarat komunikasi
dengan betul dan tepat dan bertatasusila.

2
3
4
5
6

KSSR Pendidikan Khas

Kemahiran Asas Individu Masalah


Penglihatan (KAIMaL)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
mata pelajaran KAIMaL bertujuan
melahirkan dan membentuk jati diri murid
bermasalah penglihatan supaya
mempunyai kemahiran asas dalam
menjalani kehidupan seharian.
Matlamat ini berupaya meningkatkan
kemahiran serta rasa kesyukuran kepada
Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah
melahirkan insan yang seimbang selaras

KSSR Pendidikan Khas


Objektif Kemahiran Asas Individu
Masalah Penglihatan (KAIMaL)
Kurikulum KAIMaL sekolah rendah
bertujuan membolehkan murid mencapai
standard pembelajaran berikut : Menguasai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang Orientasi dan Mobiliti.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang Kod Braille dan Penggunaan
Peralatan Khas.

Kod Braille

KSSR Pendidikan Khas

Menguasai pengetahuan dan kemahiran


dalam bidang asas Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.
Menggunakan deria yang masih ada untuk
mengorientasikan diri dengan persekitaran.
Bergerak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain dengan yakin, selesa dan selamat
tanpa atau dengan menggunakan alat
mobiliti (tongkat putih).
Meningkatkan kemahiran sosialisasi.

Tongkak Putih

KSSR Pendidikan Khas


BAND

1
2
3

PERNYATAAN STANDARD

Mengenal asas Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran


Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah
penglihatan.
Mengetahui dan memahami Orientasi dan
Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas
dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) masalah penglihatan.
Mengetahui,
memahami
dan
memberikan
respons
terhadap
Orientasi
dan
Mobiliti,
Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas

KSSR Pendidikan Khas


BAN
D

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui,
memahami
dan
mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran Orientasi dan Mobiliti,
Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah
penglihatan.
Menguasai dan mengaplikasi Orientasi dan Mobiliti,
Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pelbagai strategi.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod

KSSR Pendidikan Khas


Murid bermasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran boleh
didefinisikan sebagai masalah dalam
satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau
penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan di mana
masalah yang dihadapi mengakibatkan
kebolehan mendengar, berfikir, bertutur
dan membaca yang tidak sempurna.

KSSR Pendidikan Khas


Masalah ini tidak termasuk mereka yang
bermasalah pembelajaran akibat
daripada ketidakupayaan penglihatan
dan pendengaran.
Murid bermasalah pembelajaran
mungkin disebabkan keturunannya yang
juga mempunyai masalah pembelajaran.
Masalah pembelajaran juga akan berlaku
dengan faktor kecederaan otak,
ketidakseimbangan biokimia dan
persekitaran.

KSSR Pendidikan Khas

Murid bermasalah pembelajaran biasanya


mempunyai ciri-ciri yang berikut :Lemah dalam pengamatan termasuklah
tumpuan, perhatian, ingatan dan
pemikiran atau pengolahan.
Menghadapi kesukaran dalam
mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baru.
Sukar mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam situasi pembelajaran.

KSSR Pendidikan Khas


Kesukaran memahami apa yang
dibaca dan kesukaran mengenal pasti
perkataan
Kemahiran sosial yang lemah.
Kurang bermotivasi untuk belajar
atau melibatkan diri dalam aktiviti.
Mempunyai masalah mudah
terganggu, terlalu aktif dan resah,
tidak mengikut arahan dan
sebagainya.

KSSR Pendidikan Khas


Contoh Masalah Pembelajaran
Disleksia
Menurut Pete & Steve (1997), perkataan
disleksia berasal dari Greek yang bermaksud
kesukaran dengan perkataan.
Disleksia merupakan keadaan orang yang
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam
membaca, menulis dan mengeja.
Kesukaran ini termasuk masalah yang serupa
dalam kerja nombor dan mengenali simbolsimbol, seperti not muzik atau tanda matematik.

KSSR Pendidikan Khas


Disleksia bukan sejenis penyakit dan tidak
akan dijangkiti atau disebar daripada
seorang kanak kepada kanak-kanak lain.
Punca kepada masalah ini kebanyakan
disebabkan oleh keturunan daripada ibu
bapa.
Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan
bahawa otak orang yang mengalami
disleksia menggunakan jalan yang
berlainan untuk menyusun atur maklumat.

KSSR Pendidikan Khas

Kesukaran yang diakibatkan oleh


disleksia akan menyebabkan
kebimbangan dan susah hati.

Walau bagaimanapun, disleksia


bukan masalah pembelajaran yang
dihukum mati, masalah ini boleh
dibantu dan ditangani melalui
teknik-teknik yang sesuai.

KSSR Pendidikan Khas

Ciri-ciri atau masalah-masalah murid


disleksia
Membaca atau menulis perkataan dan nombor
secara terbalik.
Kadangkala ternampak bentuk dan kabur semasa
membaca.
Sangat sukar untuk mengeja perkataan atau
membentuk huruf-huruf.
Menulis secara terbalik bagi huruf u dan n,
w dan m atau b dan d.
Mereka akan menukarkan huruf, contohnya
semasa kepada sesama.

KSSR Pendidikan Khas

Mereka akan meninggal atau menambah


huruf apabila menulis, misalnya gada
kepada ganda atau binatang kepada
bintang.
Sebahagian kanak-kanak yang mengalami
disleksia sangat cerdik dan berupaya
menyatakan idea-idea mereka dengan baik
dalam perbincangan.
Adanya juga berjiwa seni, kreatif dan mahir
dalam mengendalikan peralatan, seperti
komputer.

KSSR Pendidikan Khas


Sindrom Down (Down Syndrome)
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala
dan tanda yang boleh menunjukkan kepada
sesuatu penyakit.
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor
Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang
pertama yang menjelaskan penyakit ini pada
tahun 1866.
Sindrom Down ialah penyakit keturunan
disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada
seorang kanak-kanak.

KSSR Pendidikan Khas

Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya


dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy


21.

Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciriciri fizikal dan boleh juga mempunyai
masalah-masalah kesihatan yang berkaitan
dengannya.

KSSR Pendidikan Khas

Ciri-ciri atau masalah-masalah murid


Sindrom Down
Tubuh yang pendek.
Kepala bersaiz kecil.
Raut wajah yang rata dengan kedudukan
mata sedikit ke atas.
Lidah terjelir.
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang
besar, jari tangan yang pendek dan jurang
yang besar di antara ibu jari dengan jari
kedua kaki.

KSSR Pendidikan Khas

Pertumbuhan yang lambat.


Kecacatan mental yang ringan atau
sederhana.
Kesukaran untuk belajar dan bertutur.
Berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan
penyakit jantung berbanding dengan kanakkanak biasa.
Kecacatan pertumbuhan perut (tiada dubur).
Mudah mendapat jangkitan.
Gangguan fungsi Tiroid, pengeluaran hormone
yang rendah atau yang berlebihan.

KSSR Pendidikan Khas


Kurikulum alternatif
Kurikulum Pendidikan Khas murid
bermasalah pembelajaran dibina
berdasarkan tahap keupayaan dan
keperluan murid.
Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih
berfokus kepada penguasaan kemahiran
bagi memenuhi keperluan individu, dan
tidak terlalu menekankan akademik.
Dibahagikan kepada Tahap I dan Tahap II.

KSSR Pendidikan Khas


Tahap Satu

Terdapat hanya lima mata pelajaran


iaitu :-

Pengurusan Kehidupan

Asas 3M (Membaca,menulis, mengira)

Seni Kreatif

Pendidikan Islam atau Moral

Pendidikan Jasmani

KSSR Pendidikan Khas


Mata pelajaran
Pengurusan
Kehidupan
Asas 3M
(Membaca,menuli
s, mengira)
Seni Kreatif
Pendidikan Islam/
Moral
Pendidikan
Jasmani

Komponen-komponen
Pengurusan Diri
Pengurusan Tingkah Laku dan
Kemahiran
Manipulatif
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
-

KSSR Pendidikan Khas

Mereka yang tidak kurang dari segi


aptitud atau intelek turut diberi
sokongan untuk menguasai
kurikulum aliran perdana agar
potensi mereka dapat dipertingkatkan
secara menyeluruh dan optimum.

KSSR Pendidikan Khas


Tahap Dua
Sementara itu di Tahap II, disediakan mata
pelajaran seperti berikut : Bahasa Malaysia * Pendidikan Sains
Bahasa Inggeris
* Sosial dan Alam Sekitar
Matematik
* Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Islam * Pendidikan Muzik
Pendidikan Moral * Kemahiran Hidup Asas
Teknologi Maklumat & Komunikasi
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pengurusan Kehidupan

KSSR Pendidikan Khas


Pelaksanaan KSSR Pendidikan Khas

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk


pelaksanaan KSSRPK ialah 1380 minit
seminggu (satu waktu pengajaran dan
pembelajaran ialah 30 minit)
sebagaimana ditetapkan dalam jadual
waktu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
5 Tahun 2011.

KSSR Pendidikan Khas

Bagi memenuhi keperluan individu, program


pengajaran dan pembelajaran di Program
Pendidikan Khas dibentuk secara fleksibel selaras
dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan
Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (b) Peraturan 4,
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1997, yang menyatakan:
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas,
guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti
dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas.

BAGAIMANA KSSRPK
MEMBANTU DALAM
PENINGKATAN
MODAL INSAN
MURID PK
Pendidikan untuk Murid
Berkeperluan Khas

Bagaimana KSSRPK membantu dalam


peningkatan modal insan murid PK

Cuba Fikirkan :

Apakah yang anda fahami


dengan

MODAL
INSAN ?

Definisi Modal Insan

MODAL adalah kekayaan atau


harta yang dapat digunakan
bagi menghasilkan lebih
banyak kekayaan.

INSAN adalah manusia.

Definisi Modal Insan

MODAL INSAN merupakan


individu yang berilmu,
berkeyakinan, bermoral
tinggi, beretika, berbudi
pekerti, bersopan-santun,
berdisiplin, dinamik, inovatif,
kreatif, sihat, bersemangat
patriotik, adil, progresif, cekal
dan berdaya saing.

Bagaimana KSSRPK membantu dalam


peningkatan modal insan murid PK

Sistem
Pendidikan yang
Berkualiti,
Relevan &
Holistik

Perkembangan
Potensi ke Tahap
Optimum

Nilai-nilai sebagai
Warga yang
Bertanggungjawa
b terhadap
Masyarakat

Perkembangan
Diri yang
Seimbang dan
Menyeluruh

Keupayaan
Berdaya Saing
dan
Kebolehpasaran

Sistem Pendidikan yang Berkualiti,


Relevan & Holistik
KSSRPK digubal secara fleksibel berasaskan
kesesuaian dan kepelbagaian keupayaan
individu berkeperluan khas.
KSSRPK menyediakan peluang, kemudahan
dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
KSSRPK memastikan tenaga pengajar yang
mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas.
KSSRPK membezakan struktur kurikulum
berdasarkan masalah-masalah murid.

Sistem Pendidikan yang Berkualiti,


Relevan & Holistik

Implikasinya:

Menyebarkan ilmu pengetahuan


secara formal kepada murid
berkeperluan khas.

Membentuk pemikiran dan tahap


keintelektualan dalam kalangan
murid berkeperluan khas.

Perkembangan Potensi ke Tahap Optimum

KSSRPK memberikan peluang


secukupnya kepada setiap murid
bekeperluan khas supaya potensi
individu boleh berkembang ke tahap
cemerlang.

KSSRPK merangkumi subjek-subjek


seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Seni Visual, Pendidikan Muzik,
Kemahiran Hidup Asas dan TMK.

Perkembangan Potensi ke Tahap Optimum

Implikasinya:
Membangunkan potensi yang ada pada diri
seseorang dan menyerapkan kemahirankemahiran lain secara tidak langsung.
Memperkembangkan bakat-bakat yang ada
pada murid tersebut dan
memanfaatkannya semaksimum mungkin
dalam membantu mengurus kehidupan
dan juga alam kerjaya.

Perkembangan Diri yang Seimbang &


Menyeluruh

KSSRPK mengutamakan pendidikan yang


melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani
supaya menyumbang kepada pertumbuhan
dan perkembangan murid-murid berkeperluan
khas.

KSSRPK menekankan aktiviti pembelajaran


dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan
murid melalui bidang-bidang seperti :
pengurusan kehidupan, akademik berfungsi,
kerohanian dan nilai-nilai murni, sosial, riadah
dan kreativiti.

Perkembangan Diri yang Seimbang &


Menyeluruh

Implikasinya:
Melahirkan kanak-kanak yang
berdaya intelek : Kekuatan berfikir dan
mampu menjana minda yang kreatif, inovatif,
logik dan analitis dalam menguasai ilmu.
mantap rohani dan stabil emosi :
Kemantapan jiwa dan penghayatan nilai-nilai
murni dan norma masyarakat supaya berfikir
dengan tenang dan waras menyumbang kepada
tingkah laku yang betul, bijak dan bijaksana.
sihat dan cergas jasmani : Cara hidup yang
sihat, kecergasan fizikal dan kesihatan diri.

Nilai-nilai sebagai Warga yang


Bertanggungjawab terhadap
Masyarakat

KSSRPK menyediakan murid-murid


berkeperluan khas supaya berkemampuan
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran mereka
dalam kehidupan sosial.
KSSRPK melatih murid-murid yang
bertanggungjawab dan memberi sumbangan
bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
KSSRPK membekalkan subjek-subjek
pengurusan kehidupan, akedemik dan
kerohanian untuk menyempurnakan muridmurid berkeperluan khas dalam kehidupan
sendiri.

Nilai sebagai Warga yang


Bertanggungjawab terhadap
Masyarakat

Implikasinya:
Boleh berdikari, berdisiplin, bersikap
positif, berkemahiran,
berketerampilan dan produktif dalam
kehidupan.
Menjadikan diri insan cemerlang dari
semua segi supaya dapat
menempatkan diri di tempat yang
sewajarnya dalam masyarakat.

Keupayaan Berdaya Saing & Kebolehpasaran


KSSRPK membekalkan pendidikan dan latihan
kemahiran berkualiti yang memastikan modal
insan negara kekal relevan dengan kehendak
industri dan pasaran semasa.
KSSRPK menekan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan dan pencapaian
kanak-kanak dalam kemahiran-kemahiran
pengembang.
KSSRPK memperkenalkan subjek Pengurusan
Hidup, BIK dan KAIMaL untuk membantu muridmurid berkeperluan khas menguasai kemahiran
dan memenuhi keperluan hidup.

Keupayaan Berdaya Saing & Kebolehpasaran

Implikasinya:
Membina keyakinan diri untuk belajar
dan mencari pengalaman dalam
kehidupan.
Belajar berdikari, merancang dan
menguruskan kehidupan sendiri
dengan berjaya dan bermakna.
Mampu berdepan dengan cabaran dan
suasana persaingan antarabangsa
yang kian meningkat.

ANALISISKAN
PROGRAM
PENDIDIKAN UNTUK
MURID
BERKEPERLUAN
KHAS
Pendidikan untuk Murid
Berkeperluan Khas

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Cuba Fikirkan :

Apakah

PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
yang anda kenali ?

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Literasi
dan

Numerasi
(LINUS)

Analisiskan Program LINUS


Pengenalan
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan
kerjasama semua bahagian dalam KPM telah
dipertanggungjawabkan untuk merangka satu
program untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I)
yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi.
Projek ini dinamai Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang merupakan
penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi
Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid
Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.

Analisiskan Program LINUS

Pada 20 Ogos 2010 Ahli Jawatankuasa Kerja


LINUS-NKRA Bil 13/2010 telah bermesyuarat
dan bersetuju Bahagian Pendidikan Khas
pula dipertanggungjawabkan untuk
menerajui dengan kerjasama semua
bahagian dalam KPM.

Satu program alternatif dirangka untuk murid


berkeperluan khas sekolah rendah yang
dikenali sebagai program literasi numerasi
(LINUS) NKRA Pendidikan Khas.

Analisiskan Program LINUS


Objektif
Mengenal pasti tahap literasi dan
numerasi murid berkeperluan khas.
Meningkatkan penguasaan kemahiran
literasi dan numerasi murid
berkeperluan khas.
Memberi intervensi yang relevan dan
sesuai mengikut keperluan murid
Meningkatkan potensi murid mengikut 6
domain perkembangan.

Analisiskan Program LINUS


Rasional
Membolehkan murid berkeperluan
khas menguasai kemahiran literasi
dan numerasi dan mencapai tahap
pencapaian optimum dalam 6
domain perkembangan iaitu
kognitif, bahasa dan komunikasi,
sosio-emosi, tingkah laku, motor
halus dan motor kasar.

Analisiskan Program LINUS


Kumpulan Sasaran
Saringan 1:
Semua murid Tahun 1 atau tahun pertama
di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
Semua murid tahun pertama Program
Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).
Saringan Domain:
Bagi murid yang tidak melepasi saringan 1.

Analisiskan Program LINUS


Pelaksanaan Saringan LINUS
Pendidikan Khas
Instrumen saringan ini ditadbir secara
tidak formal (bukan peperiksaan).
Instrumen ditadbir mengikut tarikh yang
telah ditetapkan.
Guru mesti merujuk kepada Manual
Instrumen Saringan 1 dan Saringan
Domain LINUS Pendidikan Khas sebelum
melaksanakan saringan.

Analisiskan Program LINUS


KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN
LITERASI
Konstruk 1: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille huruf vokal dan
konsonan.
Konstruk 2: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille suku kata terbuka.
Konstruk 3: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan suku kata
terbuka.
Konstruk 4: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille suku kata tertutup.

Analisiskan Program LINUS


Konstruk 5: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan suku kata
tertutup.
Konstruk 6: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup ng.
Konstruk 7: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan yang
mengandungi diftong.
Konstruk 8: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan yang
mengandungi vokal berganding.

Analisiskan Program LINUS


Konsturk 9: Keupayaan menulis/mengisyarat
perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille perkataan yang
berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11: Keupayaan membaca/mengisyarat
dan menulis/membraille ayat mudah.
Konstruk 12: Keupayaan membaca/mengisyarat,
memahami dan menulis/membraille ayat
berdasarkan bahan rangsangan.

a
ri
Analisiskan
n
g
a
n
LI
N
U
S
P
e
n
d

Program LINUS

Analisiskan Program LINUS


Prose

Penerangan

s
Murid berkeperluan Khas menjalani saringan 1
1

menggunakan Instrumen Saringan LINUS


Aliran Perdana.
Guru melengkapkan data berasaskan skor yang
diperoleh daripada saringan 1
Murid yang melepasi saringan 1 meneruskan
pembelajaran seperti biasa manakala murid
yang tidak melepasi akan terus ke proses 4.
Murid menjalani Saringan Domain LINUS

Analisiskan Program LINUS

Guru membuat rumusan skor bagi setiap


domain.
Murid akan terus ke proses 6.
Murid menjalani intervensi berdasarkan
pencapaian dalam Saringan Domain (dalam
tempoh 6 bulan).
Modul Domain LINUS Pendidikan Khas boleh
digunakan sebagai panduan menjalankan
intervensi
Selepas intervensi guru menjalankan saringan
Domain untuk menilai peningkatan prestasi
murid.

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Pemulihan
Dalam
Komuniti
(PDK)

Analisiskan Program PDK


Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
atau "Community-Based Rehabilitation"
(CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
terlibat secara langsung dalam
penyediaan manual dan seterusnya diberi
peluang menilai dan mengubah suai
pelaksanaan program ini.

Analisiskan Program PDK

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan


Masyarakat telah mengambil inisiatif
dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk menjalankan Projek
Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala
Terengganu untuk melibatkan 55 orang
kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang dengan
pesatnya serta mendapat sambutan yang
begitu menggalakkan dari masyarakat
dari masa ke semasa.

Analisiskan Program PDK


Objektif
Meningkatkan kualiti hidup golongan orang
kurang upaya ke tahap maksimum.
Memberikan kesedaran kepada masyarakat
setempat bahawa golongan masyarakat
yang tidak berupaya perlukan bantuan.
Memberi pengetahuan, kesedaran
pemulihan kepada golongan orang kurang
upaya, ahli keluarga dan saudara mara
terdekat dalam pemulihan.

Analisiskan Program PDK

Membentuk jawatankuasa bertindak dalam


kalangan ahli keluarga, golongan profesional,
sukarelawan dan komuniti tempatan dalam
merencanakan program untuk golongan kurang
upaya.
Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi
sebagai orang biasa.
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan
intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti.
Mengurangkan penempatan jangka panjang
yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan
dari keluarga dan masyarakat.

Analisiskan Program PDK

Menyediakan peluang bagi OKU untuk


membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut
potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.
Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU
yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial,
kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli
masyarakat dan golongan OKU.
Menggalakkan penggunaan kaedah teknik
pemulihan yang berkesan yang diterima
masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan
kemampuan Program PDK Berteraskan Kepada 3
Model.

Analisiskan Program PDK

Analisiskan Program PDK


Pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti
PDK di Pusat (Centre Based)
Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK
selama 4 jam sehari.
OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani
program pemulihan.

PDK di Rumah (Home Based)


Program pemulihan dijalankan di rumah OKU
yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan
yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.

Analisiskan Program PDK

Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan


latihan pemulihan selama 4 jam sehari.
Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya
lebih 15 OKU yang tidak hadir ke PDK kerana kecacatan
atau masalah pengangkutan.
PDK di Pusat dan di Rumah (Centre-Home Based)
Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam
sehari.
Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan
untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan
OKU setelah menjalani program pemulihan.

Analisiskan Program PDK


Aktiviti PDK
Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar
badan seperti anggota tangan, lengan, kaki atau
keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti
berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan
membaling bola.
Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak
bergantung kepada kedua-dua nada otot dan
kekuatan.
Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan
melumpuhkan seperti sindrom down, gangguan
genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.

Analisiskan Program PDK

Kemahiran motor halus


Kemahiran motor halus merupakan salah satu
kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot
kecil pada tangan, jari-jari tangan, jari kaki, kaki,
bibir dan lidah.
Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot
kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari
tangan dengan koordinasinya dengan mata.
Perkembangan sosial
Perkembangan bahasa

Analisiskan Program PDK

Pengurusan diri sendiri

Pra-menulis, membaca, mengira dan


melukis

Kreativiti - permainan, rekreasi dan lainlain

Latihan Vokasional

Terapi muzik

Sukan dan rekreasi

Analisiskan Program PDK


PDKNet
PDKNet adalah projek perkembangan
dan pembangunan komuniti PDK tentang
pemulihan OKU menerusi penggunaan
teknologi Multimedia dan ICT.

PDKNet diperkenalkan oleh Jabatan


Kebajikan Masyarakat Malaysia sejak
2000.

Analisiskan Program PDK

Objektif penubuhan PDKNet adalah untuk:


Meningkatkan tahap kesedaran komuniti
tentang pentingnya pemulihan OKU.

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan


komuniti tentang latihan-latihan pemulihan
OKU.

Mendedahkan teknologi Multimedia dan ICT


kepada komuniti.

Analisiskan Program PDK

Melatih komuniti cara mengguna aplikasi


Multimedia dan ICT.
Menyediakan bahan latihan interaktif dan
kemudahan sumber maklumat dan
komunikasi antara komuniti.
Misi dan Visi
Memahirkan komuniti dengan teknologi
Multimedia dan ICT kemudian melatih mereka
menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran OKU secara interaktif.

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Program
Pendidikan
Khas
Integrasi
(PPKI)

Analisiskan Program PPKI


Pengenalan
Sebuah program di bawah pentadbiran Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)
Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan
penglihatan.
Untuk memastikan murid berkeperluan khas mendapat
pendidikan dalam had persekitaran yang minimum. (LRE)
Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa
(rendah, menengah dan sekolah teknikal/vokasional)
supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan
tidak teras terpinggir dengan menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan atau
separa inklusif.

Analisiskan Program PPKI


Objektif
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggembirakan dan bermakna menerusi
pelbagai kegiatan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama
dengan Badan Kebajikan Kelas Khas, NGO,
agensi luar dan masyarakatan sekitar.
Menyediakan pelbagai kaedah terapi.
Meningkatkan kemahiran menguasai
membaca, menulis dan mengira (3M).

Analisiskan Program PPKI

Pelaksanaan pengurusan Kelas Khas, dijalankan


jalankan dengan cekap dan efektif.
Memberi pendedahan kemahiran asas supaya
pelajar produktif dan boleh menyumbang kepada
keluarga dan masyarakat.
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
untuk murid-murid dengan keperluan khas.
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven
kepada setiap murid pendidikan khas.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

Analisiskan Program PPKI


Visi
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid
Pendidikan Khas selaras dengan sistem Pendidikan
Kebangsaan.
Misi
Melahirkan individu yang berpotensi dalam bidang kemahiran
dan akademik.
Melahirkan individu yang boleh mengurus sendiri.
Melahirkan individu yang boleh bermasyarakat.
Berusaha menyediakan pelajar yang berdikari dan
berkerjaya.
Berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.
Berusaha membudayakan akhlak mulia.

Analisiskan Program PPKI


Pentaksiran Murid Pendidikan Khas
Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum
kebangsaan akan menduduki peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah).

Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:


Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV):
menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan
(SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan
Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan
dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Program
Pemulihan
Khas

Analisiskan Program Pemulihan Khas


PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun
1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang memberi fokus kepada masalah menguasai
kemahiran asas.
Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan
menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di
setiap sekolah rendah.

Analisiskan Program Pemulihan Khas

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Satu program pendidikan disediakan untuk
murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran 3M yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini
dijalankan oleh guru yang khusus dan diruang
yang khusus.
MURID PEMULIHAN KHAS
Murid yang menghadapi kesukaran dalam
penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh
faktor persekitaran dan bukan kognitif.

Analisiskan Program Pemulihan Khas

MATLAMAT
Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah
rendah menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M).
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
Menguasai kemahiran asas 3M
Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
Membina keyakinan diri dan positif terhadap
pembelajaran

Analisiskan Program Pemulihan Khas

TINDAKAN SUSULAN (Follow-up)


Murid-murid yang telah mengikuti Kelas
Pemulihan Khas dan berjaya mengatasi
masalah dalam mana-mana kemahiran
adalah layak dikembalikan ke kelas biasa.
Walaupun demikian, guru pemulihan khas
dan guru biasa akan sentiasa mengikuti
perkembangan murid tersebut dengan
memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan
boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa.

Analisiskan Program Pemulihan Khas


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN
KHAS
Emosi dan tingkah laku
Perasaan risau dan rendah diri
Perasaan sedih, hiba atau duka
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap
pelajaran
Perasaan takut akan perkara-perkara baru
Tidak bersedia mematuhi peraturan

Analisiskan Program Pemulihan Khas

Sosial
Gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta
mengganggu kawan-kawan
Banyak perangai ganjil seperti menghisap dan menggigit jari
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
Kesihatan
Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang
Tumpuan perhatian terhad
Lemah gerak motor-kasar dan halus
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama
dan teruk

Analisiskan Program Pemulihan Khas

Kesediaan Belajar
Kurang bersedia untuk belajar
Perbendaharaan kata kurang
Lemah permahaman
Kurang keyakinan diri
Pengamatan
Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
Lemah pendengaran bunyi
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah

Analisiskan Program Pemulihan Khas

Lambat mengkelaskan benda


Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru
Tidak dapat menyelesaikan masalah
Sukar membuat kenyataan am
Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak
faham undang-undang
Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
Lemah pergerakan dan perbuatan
Lemah daya pemikiran
Tidak boleh mengingat kembali

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas

Program
Pendidikan
Inklusif
(PPI)

Analisiskan PPI
Pengenalan
Pendidikan yang diberikan kepada murid-murid
dengan keperluan khas yang belajar bersamasama dengan murid-murid normal, di dalam bilik
darjah yang sama dan diajar oleh guru biasa.
Murid berkeperluan khas diberikan alat sokongan
khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas
yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi
membolehkan mereka mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan mata
pelajaran yang lain dengan lebih berkesan.

Analisiskan PPI
Rasional
Memberi peluang untuk berinteraksi antara
murid berkeperluan khas dengan kanak-kanak
lain.
Memberi peluang untuk murid berkeperluan
khas menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu
dengan sepenuhnya.
Menerapkan nilai-nilai murni antara kanakkanak istimewadengan kanak-kanak lain.

Analisiskan PPI
Matlamat
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada
percampuran (mainstreaming) kanak-kanak
pendidikan khas di sekolah-sekolah normal.
Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanakkanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah
normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.
Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan
diri dari awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang
berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Analisiskan PPI
Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih
berkesan dalam kelas biasa daripada mereka
berada dalam situasi yang terpisah.
Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk
belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran
baru dalam konteks yang lebih natural dengan
wujudnya model-model rakan sebaya (role
model).
Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut
menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum
dan kokurikulum sejakdari awal.

Analisiskan PPI
Murid-murid normal mendapat
keuntungan daripada usaha-usaha
mereka menyokong dan membantu
mengendalikan rakan-rakan Khas
sekelas mereka.
Mereka dapat belajar memahami rakanrakan Khas ini tanpa mengira perbeza,
kekurangan dan kecacatan.
Pendidkan insklusif menyediakan
peluang yang lebih kepada kanak-kanak
istimewa untuk berdikari dan

Analisiskan PPI

Program Pendidikan Inklusif ini boleh


dilaksanakan di sekolah rendah dan
menengah bergantung kepada laporan
prestasi atau RPI oleh guru untuk

Analisiskan PPI

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa


Pelajar berkeperluan khas mengikuti semua mata
pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.
Senarai nama murid kekal dalam kelas khas.
Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta
bantuan daripada guru pendidikan khas (guru
pendamping) sekiranya terdapat sebarang
masalah sama ada dari segipembelajaran atau
tingkah laku.
Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk
mengambil peperiksaan awam.

Analisiskan PPI

Pendidikan Separa Inklusif


Pelajar berkeperluan khas mengikuti pembelajaran
di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
Waktu selebihnya mengikuti program di kelas
pendidikan khas.
Senarai nama pelajar pada program Pendidikan
Khas.
Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing
atau guru pendamping.
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar
biasa.

Analisiskan PPI
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN
INSKLUSIF
Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif
dijalankan secara Partikal Integration sahaja.
Pelaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini
bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran
mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai
dan inovatif sabagai guru integrasi.
Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam
menjayakan program pendidikan insklusif.
Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program
pendidikan insklusif ini dijalankan secara Partikal
Inclusion.

Analisiskan PPI
Langkah-langkah yang telah dijalankan dalam
pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini :1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak
pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan
terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan
insklusif.
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat muridmurid khas yang akan mengikuti program pendidikan
insklusif.
3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak
khas dan kanak-kanak normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan
fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.

Analisiskan PPI
5.

6.

7.

8.

9.
10.

Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di


kelas normal.
Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak khas ini.
Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan
kanak-kanak khas.
Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan
kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di
dalam kelas normal.
Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif
dijalankan secara berperingkat-peringkat.

LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENINGKATKAN
KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN DI
SEKOLAH
BERKEPERLUAN KHAS
Pendidikan untuk Murid
Berkeperluan Khas

Langkah meningkatkan kecemerlangan


pendidikan di Sekolah Berkeperluan Khas

Cuba Fikirkan :

Apakah LANGKAH yang


dapat meningkatkan
kecemerlangan
pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas ?

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Pengenalan
Sebagai usaha untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas, segala langkah-langkah
adalah berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang terkini.

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia dalam Pendidikan Khas
Mengesan murid berkeperluan khas lebih awal
dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan.
Menyediakan kurikulum yang luwes, relevan, dan
berkualiti tinggi.
Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar.
Menawarkan infrastruktur sokongan dan
kewangan yang kukuh.
Membina kesedaran dan penglibatan awam.

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas
Pelan Tindakan: Menganjak kepada pendidikan inklusif
Sekolah arus perdana yang mengamalkan persekitaran
pendidikan inklusif yang berkesan, mampu mewujudkan
komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas dan
membina masyarakat yang inklusif.
Selari dengan ini, Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya
2008, memperaku bahawa murid berkeperluan khas perlu
diberi sokongan untuk membantu mereka mencapai
penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan.
Berdasarkan amalan terbaik antarabangsa dan dasar
negara semasa, Kementerian beriltizam menggalakkan lebih
ramai murid berkeperluan khas ke dalam program
pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti
penyediaannya secara keseluruhan.

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif


bagi mencapai objektif ini dengan Gelombang 1 memberi
tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada.
Gelombang 2 akan memberi tumpuan kepada
peningkatan inisiatif, dan menambah jumlah pakar sedia
ada bagi menangani pertambahan murid berkeperluan
khas dan kepelbagaian keperluan khas yang timbul.
Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan
menggabungkan inisiatif yang berjaya.
Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan
menjalin kerjasama dengan organisasi pakar seperti Pusat
Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia
Tenggara bagi Pendidikan Khas (SEAMEO-SEN).

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Mengenal pasti, menjalankan intervensi


murid berkeperluan khas lebih awal dan
menyediakan sokongan penjagaan
kesihatan
Kementerian akan menggubal dasar pilihan
persekolahan murid berkeperluan khas yang akan
dikaitkan dengan tahap kompetensi yang telah
dikenal pasti dengan teliti.
Murid berkeperluan khas berkefungsian tinggi
yang dapat menyesuaikan diri dengan kurikulum
dan pentaksiran arus perdana digalakkan
memasuki program pendidikan inklusif.

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Murid berkeperluan khas berkefungsian sederhana


akan menghadiri PPKI, manakala murid berkeperluan
khas yang berkefungsian rendah digalakkan untuk
belajar di sekolah pendidikan khas menggunakan
kurikulum yang dibina khusus dengan memberi fokus
kepada kemahiran asas, kemahiran hidup dan
kemahiran sosial.
Kementerian akan mengukuh dan memastikan
kelulusan penubuhan bagi 15 Pusat Perkhidmatan
Pendidikan Khas yang menyediakan sokongan kepada
murid berkeperluan khas.
Kementerian juga akan meningkatkan perkhidmatan
kepakaran dari sumber luar.

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Menyediakan kurikulum yang luwes, relevan, dan


berkualiti tinggi
Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti
dan kerelevanan pendidikan dengan memasukkan pelbagai
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan grafik komputer
ke dalam semua kurikulum pendidikan khas, menaik taraf
infrastruktur dan peralatan dalam sekolah arus perdana dan
sekolah pendidikan khas, dan serta menambah baik
kemudahan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
Kementerian juga akan menyediakan modul asas latihan
pendidikan khas di IPG dan IPTA, menyedia modul latihan
dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran terbeza (dari
peringkat asas hingga peringkat pakar), serta menyesuaikan
kurikulum dan pentaksiran yang khusus mengikut keupayaan
murid.

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Kementerian akan melibatkan majikan bagi


menyokong usaha ini dan membangunkan satu
program transisi tempat kerja untuk membantu
lulusan pendidikan khas memasuki alam pekerjaan.
Di samping itu, Kementerian bercadang membentuk
kerjasama dengan institusi latihan vokasional, bagi
menyediakan ruang pendidikan alternatif.
Kementerian juga bercadang untuk bekerjasama
dengan sektor swasta dan NGO bagi membeli tempat
di pusat latihan vokasional sedia ada dan menentukan
garis panduan yang jelas untuk penyediaan khusus
bagi membantu menginstitusikan kurikulum
pendidikan khas yang berkualiti.

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar


Kementerian berhasrat untuk menjadikan
pendidikan khas sebagai mata pelajaran teras
dalam sukatan pelajaran IPG dan IAB bagi
memastikan sumber guru dilengkapkan dengan
kemahiran asas dan kesedaran tentang keperluan
murid berkeperluan khas.
Di samping itu, latihan dalam perkhidmatan yang
dikendalikan oleh BPG dan IPT akan ditawarkan
kepada guru dan pemimpin sekolah yang berminat
untuk membuat pengkhususan dalam pengajaran
dan pembangunan kurikulum pendidikan khas.

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Kurikulum bagi guru pendidikan khas merangkumi


topik seperti pendekatan pedagogi, psikologi dan
teknik mengendalikan murid berkeperluan khas.
Kementerian bersedia menerima khidmat
sukarelawan daripada komuniti untuk saling
melengkapi peranan guru yang menguruskan
perkembangan murid berkeperluan khas.
Sukarelawan komuniti akan membantu guru dalam
melaksanakan tugasan harian akademik bersama
murid, menghasilkan bahan untuk bilik darjah, dan
juga memenuhi keperluan intervensi murid.

Gelombang 1 (2013 - 2015):


Mengukuhkan asas sedia ada

Menyediakan infrastruktur sokongan dan kewangan


yang kukuh
Kementerian merancang untuk menggandakan usaha menaik
taraf sekolah sedia ada mengikut keperluan asas pendidikan
khas.
Keperluan murid berkeperluan khas juga akan diambil kira
dalam pembinaan sekolah dan penyediaan kemudahan baharu.
Membina kesedaran dan pelibatan awam
Kementerian akan melaksanakan program komunikasi
bersepadu untuk meningkatkan kesedaran mengenai murid
berkeperluan khas termasuk pembangunan laman portal
bersepadu, dan melaksanakan kempen media kebangsaan
merangkumi iklan melalui media elektronik, dan media cetak.

Langkah-langkah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di Sekolah
Berkeperluan Khas

Gelombang 2 (2016 - 2020):


Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

Mengenal pasti, menjalankan intervensi murid


berkeperluan khas, dan menyediakan sokongan
penjagaan kesihatan
Dalam Gelombang 2, Kementerian akan meningkatkan
penyediaan perkhidmatan intervensi awal, menambah
program inklusif dalam persekitaran prasekolah arus
perdana dan meningkatkan perkhidmatan sokongan
kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Kementerian juga akan menjalin kerjasama dengan
Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan dan
menginstitusikan proses diagnosis awal kanak-kanak
berkeperluan khas.

Gelombang 2 (2016 - 2020):


Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar


Kementerian akan mengukuhkan program latihan
dengan memberi fokus kepada penambahbaikan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Kementerian juga akan bekerjasama dengan
Kementerian Kesihatan bagi pengoperasian
kumpulan pelbagai disiplin yang terdiri daripada
doktor, terapis dan pakar untuk untuk melatih
guru.
Kementerian juga akan memberi sokongan dan
latihan kepada pihak pengurusan sekolah yang
ingin melaksanakan pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016 - 2020):


Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

Menyediakan infrastruktur sokongan dan


kewangan yang kukuh
Kementerian akan memanfaatkan kerjasama yang
dibina dalam Gelombang 1 untuk memperkukuhkan
lagi jalinan kerjasama dengan organisasi lain
seperti NGO, organisasi antarabangsa, organisasi
swasta, dan agensi kerajaan.
Jalinan kerjasama tersebut boleh dibuat dalam
bentuk pembiayaan, penganjuran program dan
bengkel untuk murid secara kerjasama, dan
mendapatkan perkhidmatan profesional seperti
audiologis dan terapis cara kerja.

Gelombang 2 (2016 - 2020):


Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

Kementerian juga akan berusaha ke arah


memberi ruang kepada ahli komuniti untuk
membantu secara sukarela dalam program
pendidikan khas.
Dari segi infrastruktur, sasarannya adalah
semua sekolah dinaik taraf dengan
dilengkapi kemudahan mesra OKU pada
2020 dan meningkatkan penggunaan
teknologi dalam pembelajaran murid
berkeperluan khas.

Gelombang 2 (2016 - 2020):


Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

Membina kesedaran dan pelibatan awam


Susulan program rintis rakan sebaya dalam Gelombang 1,
Kementerian merancang untuk menubuhkan kelab rakan
sebaya di setiap sekolah yang mempunyai program
pendidikan inklusif, iaitu setiap murid berkeperluan khas
digandingkan dengan seorang murid daripada sekolah yang
sama.
Kementerian juga akan terus memperluas usaha
melaksanakan kempen komunikasi bersepadu untuk
meningkatkan kesedaran mengenai murid berkeperluan khas.
Kementerian juga akan melancarkan satu inisiatif iaitu
menyediakan modul latihan pengurusan pendidikan untuk
pusat komuniti dan mewujudkan jurulatih bagi memberi
khidmat latihan kepada petugas pusat komuniti.

Gelombang 3 (2021 - 2025): Menilai


dan menyatukan inisiatif

Dalam Gelombang 3, Kementerian akan menilai


kejayaan semua inisiatif yang dilaksanakan dalam
dua gelombang sebelum ini dan membangunkan
pelan tindakan masa depan.
Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap
murid berkeperluan khas akses kepada
pendidikan berkualiti tinggi dan relevan yang
disesuaikan dengan keperluan khusus mereka,
melengkapi setiap guru dengan pengetahuan
asas pendidikan khas, dan mendapatkan 75%
murid berkeperluan khas mendaftar dalam
program pendidikan inklusif Menjelang 2025.

Rujukan
Che Ismail Bin Che Lah. (2008). Kajian masalah pendengaran
dan saringan mutasi A1555G gen DNA mitokondria
(mtDNA) di kalangan kanak-kanak bermasalah
pendengaran jenis sensorinueral tidak bersindromik di
hospital Universiti Sains Malaysia. Didapatkan dari
http://eprints.usm.my/9960/1/KAJIAN_MASALAH_PENDENG
ARAN.pdf

Hamedah Wok Awang & Normah The. (2009). Sekolah


sebagai pembangun modal insan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. (t.t).
Pengenalan kepada pendidikan khas. Didapatkan dari

Rujukan

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (t.t). Program Pemulihan


Dalam Komuniti (PDK). Didapatkan dari
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=program
_pemulihan_dalam_komuniti_pdk&lang=bm
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. (t.t). Program
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Didapatkan dari
http://www.jkmnj.gov.my/v2/index.php?option=com_cont
ent&view=article&id=80&Itemid=123
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). LINUS Pendidikan
Khas. Didapatkan dari
http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor/v5/download.php?id=1991

Rujukan
______________________. (2012). Garis panduan pelaksanaan
program Pemulihan Khas. Didapatkan dari
http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor/v6/bahanpro.php?A=1495

______________________. (t.t). Dokumen standard prestasi


Bahasa Isyarat Komunikasi. Didapatkan dari
http://web.moe.gov.my/lp/files/DSP%20Rendah/Thn3
_BD_18022013/DOKUMEN%20STANDARD%20PRESTASI%20BI
%20BD%20TAHUN%203.pdf

______________________. (t.t). Dokumen standard prestasi


Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).
Didapatkan dari

Rujukan

______________________. (t.t). Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) Pendidikan Khas. Didapatkan dari
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_co
ntent&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&limitst
art=8

______________________. (t.t). Program pemulihan khas.


Didapatkan dari
http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/index.php?option=co
m_content&view=article&id=308:program-pemulihan-khas&c
atid=46:sektor-pendidikan-swasta-a-pendidikan-khas&Ite
mid=62
Mohd Hairol. (2012). Masalah Penglihatan. Didapatkan dari

Rujukan
Mohd Sofi Bin Nasri, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin.
(t.t). Falsafah Pendidikan Kebangsaan memperkasakan
peranan pendidikan teknik vokasional dan pendidikan
khas. Didapatkan dari
http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Keba
ngsaan_Memperkasakan_Peranan_Pendidikan_Teknik-eprint8
.pdf
Pemulihan & Pendidikan Khas PPD Batang Padang. (2012).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas.
Didapatkan dari
http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/kssr-pendidikankhas.html
Pemulihan Dalam Komuniti Network (PDKNet). (2014).

Rujukan

Pendidikan Utusan Malaysia. (2014). Kurikulum


alternatif untuk murid istimewa. Didapatkan dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5
643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas. (t.t). Bahagian


Pendidikan Khas (BPKhas). Didapatkan dari
http://web.moe.gov.my/bpkhas/v2/index.php

* SEKIAN *
*
*

TERIMA
KASIH *

Pendidikan untuk Murid


Berkeperluan Khas