You are on page 1of 2

SK.

RANCANGAN BELIA TIULON SOOK


PETI SURAT 1414
89008 SOOK KENINGAU.
Tel/Faks :
___________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami :SKRB/KOKOM/
Kepada:

Tarikh: 04 Ogos 2015

_________________________________
_________________________________
YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
PERMOHONAN SUMBANGAN SUKAN MSS ZON SOOK 2015
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2.
Sukacita pihak Jawatankuasa lnduk Kejohanan Sukan MSS ZON SOOK 2015 ingin memaklumkan bahawa Sukan
MSS ZON SOOK 2015 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:Tarikh : 5-6 OKTOBER 2015
Tempat : Kompleks Sukan Keningau
3.
Bagi menganjurkan kejohanan yang besar ini, pihak kami memerlukan sumbangan daripada pihak swasta dan
badan-badan korporat. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Penganjur MSS Zon Sook 2015 amat berbesar hati jika pihak Ybhg.
Tan Sri/Dato'/Tuan/ Puan dapat menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program tersebut.
4.
Sumbangan YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Tuan/Puan, boleh dibuat atas nama : SK. RANCANGAN BELIA TIULON
SOOK, Jumlah sumbangan adalah tidak terhad dan jumlah anggaran perbelanjaan SUKAN MSS ZON SOOK 2015
sebagaimana lampiran berkembar.
Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Yang Menurut Perintah,


_________________________
( SARIMIN BIN MUSIMAN
)
GURU BESAR,
SK. RANCANGAN BELIA TIULON,

SOOK, KENINGAU