You are on page 1of 16

EKONOMI RUMAH TANGGA-TINGKATAN 3

BAB 1:
KAEDAH
MEMBUAT
BISKUT DAN
KEK

A) Kaedah Gaul dan Ramas


Pengertian Kaedah Gaul dan Ramas.
Kaedah gaul dan ramas ialah lemak dan tepung digaul ramas
dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti
serbuk roti.
i) Biskut yang disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas.
Antara biskut yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas adalah
seperti:
(a) Biskut samperit
(c) Biskut kacang
(b) Tart nanas
(d) Biskut makmur

men
u

ii) Menghias dan Menghidang Biskut


Biskut boleh dihias dengan pelbagai jenis hiasan agar
kelihatan menarik. Jenis-jenis hiasan yang mudah adalah
seperti kuning telur, ceri, coklat urai, dan gula manik yang
beraneka warna. Biskut boleh dihidangkan di dalam pinggan
yang dialaskan dengan kertas doili.
iii) Membungkus Biskut
Cara Menyimpan Biskut
1 Biskut hendaklah disejukkan sebelum disimpan dalam
bekas yang sesuai seperti plastik, kotak lutsinar, dan balang
kedap udara supaya biskut tahan lama, mudah dilihat dari segi
bentuk dan susunan biskut yang menarik.
2 Simpan biskut yang berlainan jenis di dalam bekas yang
berasingan supaya kualiti biskut terjamin.
3 Elakkan daripada menyimpan biskut dalam bekas yang
sama dengan kek kerana kelembapan pada kek akan meresap
ke dalam biskut.

i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas


Contoh kek yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas
ialah:
a) Ban batu karan b) Ban jem
c) Kek bantal
ii)Kek akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan jika
dihias sama ada menggunakan aising, krim, coklat, atau
menggunakan buah-buahan seperti buah-buahan campuran,
kismis, raspberi dan strawberi. Kek boleh dihidangkan di atas
pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili.

iii)Pengiraan Kos Kek


Pengiraan kos kek bagi kaedah ini dibuat berdasarkan bahan
yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh
pengiraan kos di atas).
i) Pengertian Pastri
Pastri adalah adunan tepung, lemak, dan cecair yang
dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang dihasilkan melalui
kaedah gaul dan ramas dikenal sebagai pastri rapuh.
ii) Pastri yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
Antara contoh pasti rapuh yang disediakan dengan kaedah
gaul dan ramas adalah seperti di bawah:
(a) Karipap
(b) Sardin gulung
(c) Tartkelapa

iii) Menghias dan menghidang pastri


Pastri boleh dibuat sama ada berinti savouri atau manis. Pastri
berinti manis boleh dihias dengan pelbagai jenis jem buahbuahan, aising, gula halus, dan krim kastad.Pastri manis boleh
dihidangkan dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili.
Pastri berinti savouri seperti karipap dan sardin gulung boleh
dihidang dalam pinggan bujur ataupun lebih menarik lagi jika
menggunakan bakul-bakul roti kecil beralaskan kain ataupun
kertas doili. Hiasan dengan cili merah, daun parsli, dan daun
pudina menjadikan hidangan lebih menarik.
iv) Pengiraan Kos Pastri
Pengiraan kos pastri dibuat berdasarkan kepada bahan yang
digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan kos
di atas).

B) Kaedah Putar
Pengertian Kaedah Putar
Kaedah putar ialah kaedah di mana lemak dan gula diputar
sehingga menjadi kembang dan putih.
i) Biskut yang Disediakan dengan Kaedah Putar
Antara biskut yang disediakan dengan kaedah putar ialah
seperti di bawah:
(a) Biskut badam rangup
(b) Biskut serpihan coklat
(c) Biskut cornflakes rangup

ii) Menghias dan menghidang Biskut


Hidangkan biskut di atas pinggan beralaskan kertas doili
apabila sedia untuk dimakan. Biskut juga boleh disimpan di
dalam bekas yang kedap udara supaya rasa biskut dapat
terpelihara. Susunan biskut mestilah kemas dan menarik
agar biskut sentiasa kekal dalam bentuk asalnya.
iii) Pengiraan Kos Biskut Kaedah Putar
Pengiraan kos biskut dibuat berdasarkan kepada bahan
yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh
pengiraan di atas).
i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah Putar
Antara kek yang disediakan dengan kaedah putar adalah
seperti berikut:
(a) Kek pelangi
(b) Kek permaisuri (c) Kek coklat

ii) Menghias dan Menghidang Kek


Aising, krim coklat, buah-buahan seperti kismis, ceri,
raspberi dan buah-buahan campuran digunakan untuk
menghias kek. Hiasan yang berasaskan coklat adalah paling
popular. Coklat cip, coklat urai dan manik gula berwarnawarni boleh digunakan sebagai hiasan. Kek yang dihias
cantik dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan
pelapik kek atau kertas doili.
iii) Pengiraan Kos Kek Kaedah Putar
Pengiraan kos kek dibuat berdasarkan bahan yang
digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan
kos di atas).

c) Kaedah Enjut
Pengertian Kaedah Enjut
Kaedah enjut ialah gula dan telur dienjut hingga kembang
dan gebu. Kualiti kek yang dihasilkan dengan kaedah ini
bergantung kepada kuantiti udara yang terperangkap di
dalam adunan ketika mengenjut.
i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut
Bahulu ialah sejenis kek yang disediakan dengan kaedah
enjut. Bahulu boleh disediakan dalam acuan pelbagai corak
untuk mendapat bentuk yang menarik. Bahulu dihidang di
dalam pinggan beralaskan kertas doili. Simpan dalam balang
kedap udara untuk memelihara rasanya.

ii) Pengiraan Kos Bahulu


Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang
digunakan untuk resipi bahulu (rujuk contoh pengiraan kos
di atas).
Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut yang Divariasikan
Contoh kek daripada kaedah enjut yang divariasikan adalah
seperti di bawah:
(a) Bahulu gulung
(b) Bahulu lapis
i) Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan
Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
Kek kaedah enjut boleh divariasikan dengan menambahkan
bahan-bahan lain seperti krim koko dan jem bagi
menambahkan rasa kepada bahulu. Ia juga menjadikan
bahulu lebih menarik.

ii) Menghias dan Menghidang Kek Kaedah Enjut yang


Divariasikan. Kek bahulu seperti bahulu gulung boleh dihias
dengan berbagai-bagai cara menggunakan aising, coklat cair,
coklat urai, jem panas, dan kelapa parut.
Contohnya: Coklat cair
Bahagian luar kek gulung boleh dihiasi dengan membuat corak
menggunakan coklat cair.
Jem panas dan kelapa parut kering
Sapukan bahagian luar kek gulung dengan jem panas serta
sadurkan dengan kelapa parut kering yang berwarna atau
tanpa warna.
Potong bahulu gulung setebal 2-3 cm. Aturkan di dalam
pinggan bulat beralaskan kertas doili. Hiaskan dengan ceri
merah.
iii) Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang
digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan
kos di atas).