You are on page 1of 1

LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 2015

DISEDIAKAN OLEH: UNIT K14


Pada 25 dan 26 Ogos 2015, telah diadakan satu Kursus Pendidikan Kesihatan
Pergigian anjuran IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pergigian
Kinta. Kursus ini telah diadakan selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti.
Pada hari pertama iaitu 25 September 2015, kami telah mendapat
pemeriksaan kesihatan pergigian yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian
Kinta melalui perkhidmatan klinik bergerak. Pemeriksaan ini dilakukan di hadapan
Dewan Seri Tanjung. Kami telah melakukan pemeriksaan pada pukul 11.30 pagi
hingga 12.00 tengahari. Semasa pemeriksaan dilakukan, kami turut menerima
makanan iaitu roti, buah epal, dan air. Selepas melakukan pemeriksaan, kami telah
diberikan ubat gigi percuma. Melalui pemeriksaan ini, kami dapat mengetahui
keadaan gigi kami memandangkan ramai ahli kelas yang sudah lama tidak
melakukan pemeriksaan gigi.
Pada 26 Ogos 2015 pula, satu ceramah mengenai Pendidikan Kesihatan
Pergigian telah diadakan di Dewan Melati bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00
tengahari. Ceramah ini telah dimulakan dengan sesi ujian pra dan diakhiri dengan
sesi ujian pasca tentang isi-isi ceramah berkaitan pendidikan kesihatan pergigian.
Ceramah ini telah dibahagikan kepada dua slot dan disampaikan oleh dua orang
doktor yang berbeza. Satu slot mengenai kesihatan pergigian seperti nama-nama
gigi, ciri-ciri gigi, tahap tumbesaran gigi, kepentingan gigi, penyakit pergigian dan
cara-cara untuk menjaga kesihatan gigi. Satu lagi slot adalah berkaitan dengan
peranan guru dalam menerapakan pendidikan kesihatan pergigian dalam kalangan
murid. Pelbagai maklumat telah diperolehi melalui ceramah ini seperti kepentingan
pendidikan kesihatan pergigian. Segala maklumat ini perlu diketahui oleh seorang
guru seperti kami agar dapat disampaikan kepada anak murid kami kelak.
Satu pertandingan menghasilkan RPH berkaitan pendidikan kesihatan
pergigian turut dilaksanakan dan kami telah menyertainya. Pada awalnya, kami
hanya menghantar draf RPH kepada urusetia dan kami telah berjaya disenarai
pendekkan dalam tiga yang terbaik. RPH kami telah dibentangkan pada petang 26
Ogos 2015 oleh Izzati Jazmin binti Jamaludin dan Nur Farhana bt. Mohd Kassim.
Kami telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini sebagai RPH
Terbaik. Melalui pertandingan ini kamu belajar bagaimana untuk mengadaptasikan
pendidikan kesihatan pergigian dalam pengajaran dan pembelajaran murid.
Kesimpulannya, Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian telah memberikan
kami banyak maklumat mengenai pendidikan kesihatan pergigian yang mana
sebelum ini kami tidak berapa tahu mengenainya. Diharapkan agar aktiviti seperti ini
akan dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang kerana ia telah memberikan
manfaat yang banyak.